• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • September 2010
    M T W T F S S
    « Aug   Oct »
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    27282930  
  • Archives

Gelak Sendiri

Teman-teman masih berhari raya
Sang Pencerita seorang sahaja
Namun harap semuanya bergembira
Raya ke 4 sang pencerita dah balik kerja

Kerja yang ada banyaklah juga
Tapi hati melonjak nak intai Uda dan Dara
Waktu makan ku perah sepenuh tenaga
Untuk mengintai apa yang boleh di jadikan cerita

Desas-desus berkata mereka bekerja
Dubbing NKTM masih belum selesai di laksana
Teropongku tidak menjadi pula
Jadi kita anggaplah mereka bersama

Manjanya Nur di sisi suami
Adam pula romantis sekali
Padi mengguning melentok sana sini
Di tiup angin dengan kata…dari mata turun ke hati

Adam dan Nur di alam realiti
Nama itu sinonim sekali
Doa di panjat jutaan kali
Harapnya adalah kata pasti

Eratnya genggaman tangan
Janganlah bimbang kali ini tidak kehilangan
Kasih dan cinta telah di kota
Adam bersama Nur Amina selamanya

Senyum manja isteri tercinta
Di balas oleh suami dengan manja
Ada apa sayang…Adam bertanya
Tak ada apa-apa…Nur tengok sahaja

Betul ke ni tak ada apa-apa
Renungan sayang macam ada makna
Tawa kecil dari isteri penuh manja
Sejak bila abang jadi nujum meramal segala?

You are sexy my lady
That smile making me shaky
Don’t blame me wahai suami
You always have this mystery

Di batas-batas sawah mereka berlari
Meninggalkan tapak jalan memori
Adam berusaha mengejar isteri
Yang lebih pantas rupanya meniti pematang padi

Hehehe abang dah gemuk…tak larat lagi
Nur Amin ketawa suka hati
Mengah Adam terdiam kini
Tak mengapa…tahulah abang nak buat nanti

Kalau selain dari berlari…itu tak aci
Nur pun boleh buat abang mengah lagi
Betul sayang…cuba ulang lagi sekali
Adam merapati renungan tajam di beri

Eh eh apa abang buat ni
Lain Nur cakap lain pula interpretasi
You know I know janganlah nak dalih lagi
Abang boleh baca segala gerak dan geri

Ohh…apa maknanya kalau Nur buat begini
Cubitan di beri perit sekali
Itu makna abang tangkap tangan yang ini
Di cium dan di kepit sehingga tak larat lagi

Nur menyerigai menahan kesakitan
Genggaman Adam penuh perasaan
Wahai abang kalau nak gusti tangan
Jomlah…berani cakap berani lawan

Amboi-amboi isteri abang dah tunjuk belang
Oii anak dan menantu dah berperang
Kata Mak Jah dari belakang
Lawanlah…biar mak jadi referee…senggeh Mak Jah memanjang

Apalagi bang…marilah kita mulakan
Wahai sayang…jangan nak teruskan cabaran
Kalau Nur kalah tidak akan abang lepaskan
Dari pelukan hingga kelemasan

Nur memandang dengan tanda tanya
Air liur di telan kerana tidak sangka
Suaminya berani berkata
Depan ibu perkara sensitive di antara mereka

Isyarat mata Nur beri
Adam pura-pura tidak mengerti
Kedua belah pipi di pegang kini
Tidak akan sesekali diriku menyiksamu wahai isteri

Alahh abang mengalah sebelum mencuba
Nakal Nur masih nak menduga
Senyum manja Adam tergoda
I better leave before proceed further…Adam menahan gelora

Yess…Nur menjerit tanda gembira
Adam menoleh lalu berkata
The time is not right wahai isteri tercinta
Tunggulah nanti…bila malam menjelma

Merah padam muka Nur kini
Mak Jah senyum lalu beredar pergi
Mengusap pipi sebelum itu
Terima kasih wahai menantu

Nur terjegat buat sementara
Huh keluhan di lepas kerana
Ibu mertua bahagia juga
Melihat telatah mereka bagai anak kecil sahaja

Adam kembali Nur masih berdiri
Tidak bergerak walau seinci
Helo helo isteri yang ku cintai
Gam apa yang telah melekat di kaki

Tergamam Nur dengan teguran
Gagap bertanya apa yang di tuturkan
Abang tanya kenapa Nur masih di sini
Air abangpun Nur tak buat lagi

Bukanlah…Nur masih tidak mengakui
Kalau bukan apa yang abang cakap tadi
Nur geleng kepala…langsung tidak di ingati
Itulah abang buat Nur lupa semua sekali

Eh eh abang pula yang di salahkan kini
Tadi mencabar tak ingat kerdilnya diri
Hah sekarang masih lagi nak bergusti
Draft agreement dah siap untuk di tandatangani

Dalam sehari berapa agreement yang ada
Aidil menyoal bila terdengar bicara
Banyak bang…kadang-kadang tu tak terkira
Kalau balik lambat Nur catu sebulan lamanya

Pecah perut Mak Jah ketawa
Hahaha patutlah takut isteri tak semena-mena
Ajar mak sikit Nur boleh ku beri petua
Pada anak teruna yang nak nikah esok lusa

Senyum Nur melirik tiba-tiba
Ada yang menyokong…ibu mertua pula
Sudahlah Adam lebih baik beredar saja
Nur dah ada mak…gerenti Adam kalah selamanya

Eh tak boleh bang…biar kalah di medan perang
Ungkapan itu Nur guna malam dan siang
Teruk Adam bang kalau asyik kalah memanjang
Adam kena asah perasap segala pisau dan parang

Aidil pula ketawa geli hati
Matilah aku tengok kau orang berdua ini
Abang ingat Adam terror pujuk isteri
Dah tumpul dan majal ke senjata diri?

Nur melihat gelagat berdua
Abang dan adik yang satu kepala
Otak kuning nanti ku bubuh clorox juga
Nur menyinga mereka masih ketawa

Alahai sayang abang masamnya muka
Senyum sikit janganlah marah adanya
Nur tak faham itu sebab blur saja
Nanti abang cerita Nur mesti rela

Cut cut sang pencerita berkata
Apa yang dah melalut tak semena-mena
Cerita lawak yang diriku reka
Untuk meredakan ngantuk yang sedia ada

Cerita begini hanya ada di sini
Keluar station tv di censored semuanya nanti
Tiada cerita tinggallah pelakon syok sendiri
Usik mengusik itulah yang terjadi

Kalau tak percaya selidiklah sendiri
Usik mengusik masih berterusan kini
Dari dulu sang pencerita dah beri kata pasti
Bakal mertua juga telah di kunjungi

Kita berhenti dulu untuk hari ini
Open house petang nanti kena juga pergi
Makan-makan sudahlah pasti
Di musim perayaan Aidil Fitri

Owned and written by : Sanaa 13/09/10

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: