• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • September 2010
    M T W T F S S
    « Aug   Oct »
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    27282930  
  • Archives

Pandangan

Pejam celik pejam celik tidak lama lagi dah nak raya. Setiap kali menyambut raya mesti ada kelainannya. Dari awal pernikahannya sehinggalah ke hari ini tidak ada keriangan yang lebih bermakna dalam diari hidup Nur selain dapat menyambut Syawal yang mulia bersama suami dan anak-anak. Sudah hilang duduk mengenang waktu melalui Ramadhan dan Syawal ketika keseorangan dan hidup dalam penipuan, kerana akhirnya Nur sedar sebahagian dari itu juga adalah kesalahan sendiri kerana tidak mengambil tindakan ketika itu dan kalau di tanya kenapa dan mengapa, jawapan yang Nur ada ialah kerana kasih dan cintanya kepada Adam. Kenangan itu sudah lama di buang jauh dari ingatan. Meniti memori ketika menyambut Ramadhan dan Syawal yang pertama bersama Adam adalah detik paling indah dalam hidupnya sekaligus memadamkan episode duka yang pernah Nur lalui tanpa suami di sisi. Kedatangan Syawal yang pertama setelah bergelar ibu juga amat bermakna bagi Nur, ketika bersama-sama Adam membeli belah untuk anak kembar mereka. Tidak akan Nur lupa keindahan itu dan betapa agungnya kuasa Allah kepada setiap hambaNYA. Dalam setiap duka terselit bahagia, dalam setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Antara senyum dan tangis. itulah manusia yang hidup di dunia yang fana ini. Namun keresahan melanda hatinya jua setiap kali datangnya Ramadhan dan Syawal kerana Adam masih di gamit memori duka itu walaupun telah selalu berjanji untuk tidak mengingatinya lagi.

Deringan telefon mematikan lamunan Nur, rupanya Nabila berada di talian.

Assalammualaikom Nur, salam Nabila beri. Apa kabar? tanyanya lagi.

Wa’alaikomsalam, alhamdulillah sihat adanya. Kau macam mana pula? Sihat?

Alhamdulillah aku sihat cuma Ikram kurang sihat sejak seminggu yang lalu dan kini menjangkit pula pada Faris, minggu lepas kami bergegas ke Johor kerana ayah Ikram masuk hospital kerana demam panas, Nabila bercerita. Adam dan anak-anak macam mana?

Alhamdulillah mereka sihat juga. Samalah kita Ila seminggu yang lepas juga macam-macam yang menimpa kami. Aku demam, Aliya masuk hospital kerana denggi, mak dan ayah di kampung juga demam, Adam terjatuh dan bibirnya luka teruk. Mak Aliya juga masuk hospital kerana tekanan darah tinggi. Dugaan betul masa tu Ila, cerita Nur pula.

Lahh ya ke? Sekarang Aliya macam mana? Dah sihat? Kau pulak? Nabila terperanjat lalu mengajukan berbagai soalan.

Alhamdulillah Ila sekarang semua dah sihat dan dapat meneruskan ibadah puasa. Hmm yang kau menelefon ni mesti ada hal. Kalau tidak memang lambatlah kau nak telefon aku, Nur seolah memperli Nabila.

Janganlah macam tu Nur, hehehe tawa dari Nabila kedengaran tapi kau memang kawan sejati, kau tahu saja apa yang tersirat. Hmm patutlah kau menjadi isteri kesayangan Adam dan menantu yang di sanjung juga. Nabila memuji.

Ah iyalah, tak usah nak memuji wahai kawan, cakap saja apa hajat yang tersimpan, straight to the point kata Nur.

Ok…tolong jahit langsir sliding door dan tingkap tepi ruang tamu rumah aku boleh tak? Nabila bertanya.

Dah aku kata mesti ada sebabnya kau menalifon, lebih-lebih lagi dah nak hujung-hujung puasa ni, Nur mengiyakan agakannya sendiri tadi. Hmm bukan tak boleh Ila tapi dah lambat juga ni, yang aku boleh janji hanya french pleat curtain, kalau kau nak yang banyak bengkok keledoknya dan design modern sekarang memang tak boleh. Tukang jahit kami dah kena kerja lebih masa sekarang kesian juga pada mereka, Nur menjelaskan.

Nabila diam seketika. Hello, Nur bersuara. Eh sorry Nur ada orang bertanya sesuatu tadi. Jahit lurus tu saja Nur, apa kau kata tadi? French pleat? Apa bendanya tu? tanya Nabila pula sambil ketawa kecil…

Iya French pleat itulah yang jahit selari saja dan kalau tukang jahit tak sempat bolehlah aku volunteer tapi aku kena buat sorok-sorok, dan aku offer inipun kerana kau kawan baik aku…hmm kalau tidak aku tak ambik pusing lagi…hehehe Nur ketawa juga.

Aduhh terima kasih banyak-banyak Nur, kau main sorok-sorok takut Adam marah ya, wah tak sangka sekarang kau pun dah pandai dulu senyap dan ikut saja, giliran Nabila pula ketawa.

Bukan takut Ila, hormat. Adam memang tak mahu aku yang jahit, masa awal-awal tu dia bagi jugalah tapi sekarang langsir rumah sendiripun tengok dulu, kalau dia dah mula rasa aku concentrate sangat mulalah nanti dia ambik semua kain di baling. Begitulah ceritanya kata Nur. Itu saja ke permintaan kau kali ini? Tak nak pulak ajak aku shopping macam tahun lepas? Nur menambah pertanyaan.

Bertuah kau Nur, beruntung betulkan jadi isteri dan menantu kesayangan ni mesti buat apapun kena, hehehe boleh juga Nur kita pergi malam Sabtu nanti bersesak dengan semua orang, Ila mengesyorkan.

Hehh tak kuasa aku, kata Nur. Aku dah pergi minggu pertama puasa dengan Adam, kalau kau upah aku sekarang inipun aku tak mahu pergi, tahun lepas aku pujuk punya pujuk Adam sebab kesian kat kau mengenangkan Ikram tak suka pergi tempat-tempat macam tu, keluh Nur.

Hehehe Nabila ketawa lagi. Kau pergi Jalan TAR juga ke Nur? Aku ingat sekarang kau dah shopping kat KLCC? Alahh Nur kau pujuklah Adam nanti aku belanja kau makan sahur di sana.

Eh kawan sejak bilalah KLCC terkenal dengan baju melayu, songkok dan samping. Tahun ini Adam tiba-tiba rasa nak tempah pula baju dia dan anak-anak, sebelum puasa lagi kami dah pergi cari kain dan tempah dan laki aku tahun ini entah apa angin yang melanda semuanya nak baru sampai samping dia dan anak-anak juga tempah di Terengganu. Kau baru nak ajak aku pergi sekarang? Ada di ikatnya kaki aku, dan mesti di tanya apalagi yang kurang? bebel Nur.

Wahh raya sakanlah kau orang tahun ini, bestnya kata Ila. Kali ini kau bagilah alasan nak cari baju si Sophea ke, baju kau ke, baju si Sulis tu ke…Ila mengumpan. Aku gerenti Adam mesti bagi kelulusan bukan selalupun kau pergi shopping, Ila berusaha memujuk.

Ila Ila macamlah kau tak pernah tahu perangai si Adam tu. Adam seorang yang suka merancang dan akan ikut schedule apa yang di rancang kecuali ada perkara-perkara yang tidak dapat di elakan barulah dia mengubahnya. Tahun ini aku benar-benar mintak maaf Ila, segala persiapan kami dah buat awal, penghujung Julai hari tu aku dah confirm dengan Adam kalau setakat baju raya anak-anak, mak di kampung dan juga mak dan ayah aku semuanya dah beres. Yang tinggal hanyalah belanja untuk juadah raya dan kuih raya. Oh ya aku ada biskut raya untuk kau sikit, nanti aku hantarlah kat rumah mak kau ya, Nur benar-benar tidak boleh memenuhi permintaan Ila kali ini.

Kau buat sendiri ke? Ila bertanya. Iya Ila anak aku dah besar dah pandai compare and complain, yang mana satu sedap yang mana satu tidak. Tahun lepas aku buat sikit dan beli sikit dan adalah satu balang tu aku beli sebab aku tertarik dengan bentuk dan warna pelanginya, sekeping saja Amin dah kata tak sedap biskut ini Ibu, Amin tak nak makan, nak makan yang ibu buat saja. Nasib baik Sulis ada dan dah pandai jaga oven kalau tak jenuh juga aku nak buat semua. Eh dahlah Ila aku nak kena buat phone call sekejap, bila nak hantar kain untuk langsir? Nur baru teringat nak tanya.

Oklah Nur, esok aku singgah kat office kau boleh tak? atau nak kena ada secret mission pulak diikuti dengan ketawa kecil Ila.

Tak perlulah secret mission, bukannya Adam nak letak aku di tali gantung kalau ambik order dari kau, setakat French pleat tu senang saja, dan jangan lupa bagi aku ukurannya sekali ya…ok bye Ila. Assalammualaikom, Nur memberi salam penutup.

Thank you Nur, Wa’alaikomsalam.

Ila…Ila tak habis-habis dengan last minutenya. Nur menggeleng-gelengkan kepalanya bila mengingatkan perangai Ila tidak berubah sejak dari bangku sekolah hingga ke universiti dan juga dah kawin sehingga ada anak. Huh Nur melepaskan keluhan. Hai cakap seorang rupanya isteri abang ni…tiba-tiba Adam muncul di hadapan Nur. Terkejut Nurlah, abang selalu macam tu kata Nur manja.

Hai…abang datang terkejut!!! tadi yang dok sembang panjang tu sampai tak nampak abang pun, kata Adam antara senggeh dan mengusik.

Ohh tadi itu memanglah Nur tak nampak abang, boyfriend baru Nur yang telefon senyuman Nur beri jelingan pula Nur dapat kini. Oh ya boyfriend Nur yang mana satu pulak ni? Nur dah kenalkan pada abang tak? Adam bertanya. Dalam sporting Adam go along dengan jenaka isteri mungkin dalam hatinya meruap-ruap juga, melihat dari airmukanya Nur dah tahu, bukannya sehari dua dia menjadi isteri Adam. Ahh yang ini Nur belum kenalkan pada abang, sebab yang ini baru lagi..kata Nur dengan senyum manja. Adam merapati Nur dan merenung dalam, hidung Nur di pijit kini…eee nakal sungguh isteri abang ini dan Nur menepis tangan Adam kerana rasa nak lemas. Hah merah padam wajah Nur dan wajah yang sentiasa Adam senangi. Eee kata Nur geram dan beraksi untuk mencekik leher Adam lalu di sua lehernya pada isteri yang sedang geram. Bukan di cekik tapi belaian pula di beri di pipi sambil berkata…sunyilah hidup Nur kalau tiada penglipur lara yang di depan mata lalu ketawa. Tangan lembut di ambil oleh suami tercinta dan di apit di kedua belah tapak tangannya lalu berkata…siapalah Adam Hassan tanpa Nur Amina isteri tercinta, terukir senyum yang penuh makna di antara berdua.

*****

Ayah ayah Sophea berlari mendapatkan ayahanda yang di kasihi sebaik saja melangkah masuk ke rumah. Tangan ayah di salam dan di cium tapi menggeleng bila ibu minta perkara yang sama. Dengan mata besar dan penuh expresi Sophea bercerita dengan ayah, ayah tersenyum mendengar puteri mengadu dan bila aksi cubit di tunjuk kepada ayah jari terus saja menuding pada abang berdua, tapi abang sebenarnya lena beradu masa itu. Abang cubit? tanya ayah. Abang ubit akit…ayah senggeh Sophea juga beri senyuman menawan dengan menunjuk barisan gigi putihnya bila ayah kata…macam mana ni sayang…abang boleh sebut penuh tapi tang cubit dan sakit jadi ubit dan akit…hahaha Sophea ketawa lalu ibu picit pipinya mulalah Sophea berbunyi…humm ehhh sambil menjengkit-jengkit kakinya. Arghh mulalah tu, buat bunyi mengada-ngada complain ibu dan minta ayah dukung pula.

Tak mahu kata ayah sambil menggeleng…minta ibu dukung Sophea sebab ibu usik tadikan? Ergg ergg ehhh macam-macam bunyilah sambil tangan di hulur pada ayah. Kalau ayah dukung janji ok…Sophea tidur lepas ni…nak tutu kata Sophea tiba-tiba sambil menggosok-gosokan matanya. Minta lagi sekali…macam mana, tanya ayah sambil mendera puterinya…ielsh nak tutu (please nak susu). Sophea pandai main phycology dengan ayah, lepas minta buat susu pipi ayah di cium sekali…eee kishh kata Sophea, apalagi ayah cairlah bila puteri senyum senggeh hingga nampak gusi. Pastinya susu ayah yang kena buatkan tak boleh ada orang lain bila ragam nak tidur Sophea bermula dan kerana itu juga kadang-kadang ibu hadapi kesukaran nak tidurkan Sophea bila ayah tiada di rumah.

Ayah tidurkan Sophea nanti sure ayahpun tidur sekali ni, kata ibu sambil menjeling manja. Apa salahnya, ibu tak nak join sama? ayah bertanya. Thank you very much ayahanda, bonda nak join anakanda teruna, senyum ibu menambah geram di hati ayah. Aceh kata Sophea…aikk bila pula tukar ni? dulukan Sophea suka cakap ang u…hehehe Sophea ketawa geli hati bila ayah menggeletek. Ayah kena bawa Sophea sekali bila hendak tukar pakaian kerana Sophea berdegil tak mahu duduk dengan ibu, giranglah hati ibu dan lebih-lebih lagi mata ibupun dah memang rasa letih sangat. Thank you ayah ucap ibu dengan senyuman di beri. You are most welcome dear itu pula jawapan yang ayah beri. Abisss kata Sophea sambil menyerahkan botol susunya kepada ayah dengan tangan di pusing, oleh kerana cuaca di luar kedinginan dan bulan puasa pula tu senang sangat semua orang nak lelapkan mata kerana itulah tadi Adam dan Nur balik awal kerana masing-masing dah rasa mengantuk sangat. Sophea menyandarkan dirinya di sisi ayah dan sibuk melihat kiri dan kanan. Tidak ada seorangpun yang menegur dirinya dan ayah telah matikan diri dengan memerhati gelagat sang puteri dari sudut mata supaya tidak di sedari, dan mungkin bosan melihat tiada siapa di kiri dan kanan akhirnya Sophea juga tidur di antara ayah dan ibu.

Senyap saja ke mana semua orang pergi, tadi masa tuan dan kakak pulang Sophea masih belum tidur lalu berjalan perlahan untuk memerhatikan si kembar kerana hujan yang lebat dan petir sabung menyambung di luar. Sebaik saja tiba di ruang rehat keluarga kelihatan semua ahli keluarga sedang nyenyak tidur, mungkin keletihan agaknya dan satu pandangan yang indah di mata seorang pembantu rumah. Sebuah keluarga yang penuh dengan kasih sayang, hidup dalam harmoni dan begitu juga ikatan kekeluargaan yang utuh. Kejayaan yang di perolehi bukan menjadi batas untuk membangga diri malah lebih kuat berusaha semuga dapat memberi sedikit sebanyak kemewahan kepada isteri dan anak-anak yang di kasihi. Itulah pandangan yang ada sejak Sulis berada di rumah ini dan menjadi pembantu dalam menguruskan anak-anak dan rumahtangga.

Bahagia mereka adalah bahagia yang Sulis rasa sebagai pekerja, walaupun tegas dalam mendidik anak-anak untuk menjadi orang yang berguna mereka berdua adalah ibu dan bapa yang pengasih dan penyayang dan Sulis memanjat syukur ke hadrat Ilahi kerana berpeluang berada di sini dan sama-sama merasai nikmat melihat keluarga bahagia.

Suara orang memberi salam dan bunyi loceng di pintu menyedarkan Sulis dari lamunan dengan keasyikan memerhati. Sulis bergegas ke pintu supaya bunyi loceng tidak mengganggu tidur mereka. Salam di sambut dengan perlahan dan ketika pintu di buka Sulis meletakan jari di bibirnya minta masuk dengan senyap. Sarah menjengokan diri di rumah kakaknya itu ketika semua umat Islam berada di penghujung puasa. Ke mana semua orang pergi? tanya Sarah pada Sulis hampir berbisik. Semuanya sedang istirehat, tidur jawab Sulis. Masuklah. Terima kasih jawab Sarah, kembali sambut Sulis dan dari tempat Sarah berdiri pandangan mata tertumpu pada lima beranak. Dalam tidur masih dapat di bayangkan kasih yang ada di mana puteri tidur di antara ayah dan ibu. Susah untuk di jangka perasaan Sarah di waktu itu, perasaan seorang pemerhati sejak dari awal pernikahan mereka sehinggalah ke hari ini dan pernah berada di tengah-tengah gelombang kehidupan berdua.

Apakah penderitaan dahulu membuat mereka bahagia kini? Apakah cinta yang mengekalkan rumahtangga yang di bina atau anak-anak pengikat kasih? seperti yang sering di dengar orang berkata. Mungkin itu adalah sebahagian darinya dan kenapakah soalan-soalan ini yang sering berkumandang di benak fikiran Sarah? Keluhan Sarah lepaskan dan masih tertanya-tanya kenapa dirinya masih bertanya tentang kisah cinta kakak dan abang iparnya setiap kali bertemu mereka.

*****

Nur merasakan macam dia dah tidur terlalu lama tapi bila di lihat jam di tangan tak sampai 1/2 jam pun kerana Nur pasti dia masih belum tidur sewaktu abang Adam membawa Sophea dan baring di sebelahnya tapi saja matikan diri. Tiba-tiba abang Adam terlanggar lubang di jalanraya sewaktu dalam perjalanan pulang ke kampung minggu itu dan dengan spontan Nur memegang perutnya. Uh kata Nur dan mengusap perutnya serta mengetap bibir. Nur sedar perlakuannya di perhatikan oleh Adam, serta-merta Nur pura-pura memandang keluar dan berlagak seolah-olah tiada apa yang berlaku dengan reaksinya tadi.

Namun Nur tidak mengalihkan tangan dari memegang perutnya. Ketika menoleh Adam memberikan senyuman…maafkan abang lalu meletakan tangannya ke atas perut Nur. Tiada pertanyaan yang keluar dari mulut Adam dan suasana di dalam kereta sunyi sepi hanya lagu yang kedengaran di radio, Amsyar dan Amin pula lena tidur di tempat duduk belakang bersama Sulis. Walaupun kandungan kali ini tidak banyak kerenah dan tiada morning sickness yang teruk, Nur tidak berapa bersedia kerana Amsyar dan Amin baru berusia 2 tahun 7 bulan ketika itu apabila Dr mengesahkan dirinya berbadan dua dan tiada apa yang perlu di runsingkan. Nur mahu menyembunyikan kandungannya dari Adam buat beberapa ketika namun entah macam mana dirinya pasti Adam telah mengesyaki sesuatu dan sering bergurau yang bentuk badan dan beratnya bertambah. Macam ada benda saja Nur kendung asyik pegang perut kalau abang terlanggar lubang atau berjalan pantas, Adam sering mengusik Nur dan setiap kali itulah Nur akan memberi jawapan…mana ada?.

Di renung wajah Sophea dan suami yang lena, sekilas pandang wajah mereka memang sama dan tidak ada cara untuk orang lain mengatakan bahawa Amina Sophea bukan anak Adam Hassan cuma yang membezakan mereka kini adalah ayah dan anak perempuan yang masih terlalu kecil. Mak mertua Nur juga sering berkata begitu. Amin banyak juga mewarisi nakal ayahnya sewaktu kecil tapi raut wajah Amin campur kata nenek pula. Adam dan Nur sentiasa berdoa dan berharap semuga dapat mendidik anak-anak dengan sempurna supaya mereka bertiga jadi anak yang berguna di sisi masyarakat dan juga membanggakan ibu bapa. Ciuman Nur beri pada sang puteri, terima kasih sayang ibu kata Nur lembut dan juga menyentuh perlahan pipi suami yang di kasihi sebelum meneruskan kegemarannya iaitu memerhati mereka berdua.

Sebuah kotak kecil berbalut kemas serta helaian reben yang berwarna pink dan kuning air menghiasinya berada di atas meja pejabat sewaktu melangkah masuk. Dengan penuh tanda tanya Nur membelek kotak tersebut untuk mencari siapakah pengirimnya. Secara kebetulan abang Adam tidak ada di pejabat pagi tu lalu Nur bertanya pada Dina kalau-kalau Dina tahu siapa pengirimnya. Eh cantiknya Nur wrapping paper dan rebennya, itu yang Dina kata bila di ajukan soalan kepadanya…sorry Nur I tak tahu siapa, hmm boss agaknya lalu senyuman di beri kerana pada Dina hanya boss saja yang dia tahu suka memberi hadiah kepada isteri. Puas Nur belek tapi tiada tanda siapa pengirimnya lalu dengan persetujuan bersama Dina, Nur membuka dengan berhati-hati bungkusan tersebut kerana tadi Dina kata…oh ya Nur kalau you dah decide nak buka, wrapper tu bagi kat I boleh?

Dalam asyik memerhati, Adam juga terjaga dari mimpi di siang hari dengan belaian lembut dan manja sang isteri. Hi sayang, tegur Adam lembut kepada isteri yang berada di sebelahnya yang di pisahkan oleh puteri mereka tatkala ini. Sehelai blouse mom-to-be berada di dalamnya dan sekeping card kecil bertulis…you are beautiful…thank you sayang…love Adam Hassan. Itu saja nota yang tertulis dan terus hati Nur di ragut perasaan bersalah kerana tidak memberitahu Adam tentang kandungannya kali ini walaupun sekarang sudah meniti hampir tiga bulan. Pintu yang di buka tanpa ketukan membuatkan Nur memandang terus, lalu tercegat di situ dengan pemberian di tangan. Maafkan Nur…terucap dari bibir lembut seorang isteri dan sepantas kilat tiada kata lagi yang terkeluar dari bibir itu selain kucupan kasih di beri oleh suami lalu membawa Nur dalam dakapan dan di belai dengan penuh kasih.

Hi jawab Nur dalam nada yang amat perlahan. Kenapa abang macam orang bermimpi saja? tanya Nur. Memang abang mimpi di belai isteri dalam jernihnya awan dengan senyuman yang menawan. Hmm memanglah abang bermimpi kata Nur pula, tapi betulkan isteri abang sentuh pipi abang tadi? Adam pula bertanya. Sentuh saja bukannya belai jawab Nur dengan senyuman yang mengasyikan lalu pipinya pula di sentuh oleh sang suami.

Thank you sayang kata Adam. Untuk? Nur bertanya. Untuk sekarang, hari ini, esok dan selamanya. Jari mereka bertaut sehingga Amin datang memeluk ibunya dan merebahkan kepalanya di belakang Nur.

Dalam keadaan yang masih separuh sedar Amin berkata…hari ini Amin nak makan roti jala dengan kari ayam. Ayah mengangkat kepala untuk melihat Amin tapi mata masih pejam…mengigau agaknya kata Adam. Amin Amin panggil ibu tapi tiada jawapan cuma yang kedengaran hanya nafas seperti orang yang masih tidur. Ah sudah kata Nur, macam manalah ibu nak bangun ni. Tolong bang pinta Nur untuk mengalihkan Amin dari belakangnya. Kejap jawab Adam kerana Sophea juga tidur di atas lengannya dan perlu di alih dengan perlahan untuk mengelakkan dirinya terjaga. Amin Amin ayah mengejut dengan perlahan sudah hampir waktu asar dan Adam mahu mereka berdua ikut sama ke surau petang ini. Ayah dan ibu dah balik? Amsyar bertanya sebaik saja terjaga dari tidur, rasanya Amsyar tidak mengigau. Amin…Amin panggil ayah lagi, Amin bergerak sedikit terus bertanya dah buka ke? Sah anak ayah ni mengigau kata Adam…belum nak, jawab ayah tapi bangun ya kita pergi surau untuk solat asar.

*****

Apa kabar kak? tegur Sarah.

Alhamdulillah sihat. Bila Sarah sampai kenapa tak beritahu nak datang? tanya Nur.

Sarah sampai masa akak semua sedang lena tidur dan lepas tu Sarahpun tertidur juga.

Tak kena hujan masa sampai tadi? tanya Nur.

Kena…basahlah jugak jawap Sarah pula.

Hmm cubalah lain kali kalau nak datang tu telefon dulu bolehlah kakak pergi ambil dan secara kebetulan pagi tadi kakak dan abang Adam lalu di depan office Sarah, terang Nur.

Sarah tak kerja hari ni kak, jawab Sarah pula.

Awal dah ambil cuti? Cuti sampai raya? tanya Nur.

Sarah sebenarnya cuti sakit hari ni dan esok.

Demam ke? Nur bertanya.

Sarah gelengkan kepala, lepas tu? Nur tanya lagi…hairan. Entahlah kak, doktor kata ada ketumbuhan di usus tapi belum tahu apa, lepas raya nanti baru Sarah pergi buat full medical check-up, terang Sarah. Kenapa nak tunggu lepas raya? kenapa tak buat sekarang? Kalau dah perkara yang menganggu kesihatan pergilah buat cepat tak usahlah di tangguh-tangguh kata Nur dengan nada marah dan kerisauan juga. Tak ada apa-apalah kak, janganlah bimbang kata Sarah pula. Suka hati Sarahlah cuma jangan sampai mudharat nanti, ishh macam-macam lah kamu ni.

Ibu ibu terdengar Sophea memanggil, ibu ada di dapur sayang, mari sini Sophea dan terlihat Sophea lari terkedek-kedek mendapatkan ibu di dapur dan terus minta di dukung. Ciuman ibu beri sambil mengusap kepala Sophea yang melentuk di bahunya. Sayang anak ibu…Sophea mengantuk lagi? Kepala Sophea geleng. Nak makan tanya ibu lagi…kepala di geleng juga. Ok kata ibu, Sophea penat lagi ya masih terus di usap kepala puterinya. Hi Sophea, tegur Sarah. Cantiklah rambut dah panjang dah, tak di potong kak? Sarah bertanya kerana seingatnya rambut Sophea belum pernah di potong sejak lepas cukur masa aqiqah dulu. Abang Adam tak mahu tapi depan ada juga di potong jawab Nur. Ayah? tanya Sophea lalu merenung ibunya. Ayah dengan abang pergi surau, sembahyang asar, sekejap lagi ayah balik. Sophea nak apa? ibu bertanya. Roti sambil menunjuk roti di atas meja…ok kita wash hand dulu ya kata ibu lagi tapi perhatian beralih arah apabila terdengar abang dan ayah dah balik.

Abang…abang Sophea berlari mendapatkan Amsyar dan Amin…hai Sophea abang berdua menegur…hai jawab si adik dengan senyuman di beri. Roti kata Sophea sambil menunjukan jarinya ke arah dapur…ok jom kita ambil roti di dapur. Sophea dah wash hand? tanya Amsyar yang memang gemar melayan adiknya. Elum jawab Sophea sambil di gelengkan kepalanya. Kita wash hand dulu baru kita makan roti ok…Sophea mengangguk. Thank you abang, ucap ibu lalu menyambut kepulangan suami. Nak keluar sayang? Adam bertanya. Sebelum keluar Nur nak tanya abang nak makan apa nanti masa buka? Hmm entahlah Nur dah tak tahu apa nak makan pulak rasanya dan tadi jiran baru kita jemput berbuka sama di surau, katanya tak sempat nak buat di rumah jadi di buat di surau dulu, terang Adam. Kalau abang nak buka puasa di surau Nur tak ikutlah ya, Nur buka dulu di rumah dan ke surau lepas maghrib nanti. So tak mahu keluar beli apa-apapun? tanya Adam lagi. Tak payahlah bang, Nur buatlah roti jala untuk anak-anak dan kari ayam juga. Eh tak aci abang tak buka kat rumah Nur buat roti jala kata Adam dengan senggeh di beri. Lahh balik nanti abang makanlah atau makan masa sahur ok…hidung Adam cuit menandakan persetujuan. Ishh ada saja nak mengacau kata Nur dan menepis jari yang mencubit pipinya kini. Hehehe Adam ketawa dan berlalu pergi sambil berpesan…I’ll be in the study if you need to find me…ok darling kata Nur. Adam menoleh memberikan flying kiss..muahhh.

****

Persiapan berbuka hari ini simple saja kerana Adam berbuka puasa di surau dan Nur berbuka puasa bersama anak-anak, Sulis serta Sarah. Nur terasa kelainan di malam ini kerana berbuka tanpa Adam. Pertama kali tidak buka sama sepanjang Ramadhan ini dan yang paling menggembirakan ialah Amin dan Amsyar telah belajar berpuasa. Dalam sibuk terbayang Nur terlupa yang malam ini giliran Sulis ke surau untuk berterawih dan giliran Nur menjaga anak-anak di rumah tapi Sulis mengalah, kakak pergilah malam ini biar saya jaga anak-anak kata Sulis. Hmm baiklah Sulis kalau begitu, terima kasih ucap Nur. Sama-sama kasih kak, jawab Sulis. Beruntung benar Nur punyai pembantu yang begitu namun di cuba sedaya upaya tidak mengambil kesempatan di atas baiknya budi bicara.

Selepas terawih Nur berjalan pulang dengan jiran-jiran yang berjemaah sama hari ini dan dalam bualan asyik bertanya persiapan raya dan menu juadah di pagi raya. Hmm macam mana Nur? beraya di mana tahun ini? tanya jiran yang baru sangat pindah ke kawasan perumahan itu lebih kurang sebulan dua sebelum puasa. Dalam ramai-ramai kita di Jalan Angasana ini Nurlah yang paling beruntung kata Kak Pah menjawab pertanyaan yang di beri. Rumah keluarga Nur dan keluarga Adam jalan kaki boleh sampai. Kak Pah dah pergi beraya di kampung Nur, memang seronok. Oh ya sahut jiran tadi, tak perlu ada no giliranlah ni? Alhamdulillah tak perlu, memang rumah kami berdekatan cuma kali bergilir malam raya sahaja, hmm maksud Nur kalau malam raya pertama di rumah Nur tahun berikutnya di rumah mak mertua pula tapi waktu siang memang beralih tempat selalu, lagipun baik Nur dan Adam kami masing-masing ada dua beradik saja cuma abang kepada Adam telah berumahtangga dan punyai keluarga sendiri. Adik Nur masih belum berumahtangga. Ohh untungnyalah badan sahut jiran baru kami di ikuti ketawa kecil. Banyak juga yang di bualkan sehingga seorang demi seorang sampai di hadapan rumah masing-masing dan mengucapkan salam.

Dalam tawa dan bualan yang ada macam ada terasa sesuatu yang tidak kena dan jam hampir menunjukan 11 malam. Terawih dan ceramah dah lama selesai tapi bayang Adam masih tidak kelihatan. Cemas dan resah mula meragut perasaan Nur dan ketika keluar dari perkarangan surau tadipun kelibatnya tidak juga kelihatan. Bukannya mereka tak pernah jalan berasingan tapi selalunya bila sampai di rumah hanya dulu kemudian sahaja. Astagfirullah il hazim Nur beristifar untuk melegakan keresahan yang ada. Anak-anak sudah lama di buai mimpi dan waktu juga hampir dinihari namun Adam belum juga pulang dan untuk menambah resah yang ada telefon bimbit tidak di bawa. Dalam Nur berfikir sendirian dan mungkin juga kepenatan Nur terlena di sofa.

*****

Eh anak mak ni comot sepanjang masa, entah bila kamu ni nak kemas dan teratur, mak berleter ketika melihat Adam pulang dengan baju yang penuh lumpur.Hanya senggeh yang di berikan. Lama kelamaan kenakalan itu membawa pemberontakan dalam jiwanya dan anak kepada seorang ustaz yang di segani waktu itu tidak menunjukan contoh yang baik. Contoh yang ada hanyalah kejayaan lahiriah yang di raih ketika semua orang kampung tahu yang Adam ke Australia menyambung pelajaran dan cita-citanya menjadi seorang architect. Kejutan berlaku lagi apabila Adam memenuhi permintaan ibu dan bapanya untuk menikahi Nur Amina dan rata-rata semua orang berkata mereka adalah pasangan yang sepadan.

Dirinya setia menanti di mana sahaja, Pasti lenanya di sini juga kerana penantian. Tidak pernah jemu dia menanti, lama atau sekejap pasti di nanti walaupun kadang-kadang perut dah terasa lapar dan badan juga sudah keletihan dan malam ini pastinya aku membuat dirinya menanti lagi. Sentuhan kasih membuat Nur tersedar dari lena…abang? Iya sayang…maaf abang ganggu tidur Nur. Abang ke mana? Abang ok? Abang tak kemana-mana sayang, cuma kaki tersesat melangkah ke tasik tadi and I am ok, Adam menerangkan dengan mesra. Move a bit kata Adam meminta Nur memberi ruang untuk dirinya baring sama…hah kata Nur antara sedar dan tidak tapi Adam dah membaringkan dirinya dengan selesa.

Kini dada Adam adalah bantal kepalanya. Abang…hmm jawab Adam. Are you ok? Nur bertanya lagi sambil menatap wajah suami. Janganlah bimbang, abang tak apa-apa…betul…sumpah sambil mengangkat tangan kirinya dan tangan kanan membelai mesra rambut isteri tersayang.

Senyuman kasih Nur beri senyuman kasih juga di terima lalu merebahkan kembali kepalanya di dada Adam. Tidurlah kata Adam masih dengan belaian dan kini jari jemari Nur di belai mesra sehingga mereka hilang di alam mimpi.

Lena mereka di perhati. Satu pemandangan yang indah dengan kasih dan cinta bersemi tapi si pemerhati mesti tertanya-tanya sendiri…kenapa bilik dan katil yang besar tiada penghuni malam ini, kenapa sofa di jadikan tempat pembaringan. Setiap kali ke mari atau bertemu kakak dan abang iparnya ada saja soalan yang bermain di fikiran namun tidak pernah ingin mencari jawapan. Pernah juga mungkin tapi gagal menyakinkan diri yang cinta mereka bersemi di batas-batas sawah dan ketika padi mengguning suatu masa dahulu lalu mengikat dua hati sehingga hari ini walaupun menempuh segala ranjau dan duri. Aneh tapi benar itulah mereka dan jolokan pasangan romantis di beri sehingga hari ini kekal di kalangan kawan-kawan walaupun mereka tidak berbuat apa-apa di hadapan ramai. Hanya senyum dan tawa membuat ramai leka melihat mereka bersama. Huh entahlah sehingga bila aku akan jadi pemerhati dan kenapa? soalan yang menghantui Sarah sejak sekian lama.

Meniti hari-hari akhir Ramadhan Adam lebih banyak menunaikan solat di malam hari dan apabila Nur terjaga untuk menyediakan sahur untuk mereka, Nur merasa hairan macam mana dia boleh berada di bilik ini. Nur cuba mengingati perjalanan malam tadi ketika menunggu Adam pulang dia terlena di sofa dan Adam bila Adam pulang rasanya mereka sama-sama tidur di sofa. Walaupun dirinya pasti yang Adam membawanya ke atas tapi soalan yang ada bila dan kenapa sehingga Nur tidak sedar ketika Adam membawanya naik ke bilik. Terdengar di hujung bilik Adam mengaji dan wirid tapi bila melihat jam di tangan baru menunjukan pukul 3.00 pagi…ahh awal lagi keluh Nur. Entah kenapa keletihan menguasai diri dan tidak hilang walaupun telah bangun dan tidur sejak siang tadi.

Awalnya Nur bangun? tegur Adam. Abang kejutkan Nur ke? Tak lalu di gelengkan kepalanya dan Adam melabuhkan diri di sisi isterinya. Terima kasih abang kerana bawa Nur keatas. Adam menoleh lalu menjawab, sama-sama kasih Nur. Ketika abang tersedar tak perasan yang kita berdua tertidur di sofa, rasanya dah lama kita tak buat kerja tu, Adam bercakap dengan senyuman di beri. Abang ni ok ke? tanya Nur dengan penuh kerisauan di hati. Dengan tarikan nafas yang amat dalam Adam mengambil jari jemari isterinya dalam genggaman. Mata Adam merenung wajah isteri di hening subuh dengan penuh kasih dan kesayuan. Jari jemari Nur erat dalam genggaman dan di beri kucupan.

Mereka berbalas renungan…abang…dengan lembut Nur memanggil…entah berapa kali kita sudah berjanji dan entah berapa kali juga kita melalui saat ini. Setiap kali hadirnya Ramadhan dan setiap kali kita bersama-sama membuat persiapan Syawal abang akan begini. Adam menarik nafas lagi lalu membawa jari-jemari Nur kembali ke bibirnya dan membiarkannya di situ seketika.

Abang mengaku segala kenyataan Nur dan walaupun dengan segala kebahagian yang kita kecapi abang masih gagal memaafkan diri kerana membiarkan Nur keseorangan selama perpisahan kita dahulu. Cepat saja Nur memotong kata-kata Adam…maafkanlah diri abang kerana selagi abang tidak memaafkan diri abang sendiri selagi itulah abang akan di selubungi rasa bersalah. Nur sudah lama memaafkan keadaan kita berdua, Nur juga bersalah waktu itu hanya kerana kasih yang ada Nur ikutkan kata hati tanpa bersuara. Nur tidak mahu mengenang waktu itu lagi kerana tidak ada yang lebih indah dalam hidup Nur dari menyambut Ramadhan dan Syawal bersama abang dan anak-anak.

Tiada kata di antara mereka buat sementara sehingga loceng jam berbunyi pukul 4 pagi dan Nur mahu cuba membiarkan Adam sendirian buat sementara lagipun dah sampai masanya Nur siapkan sahur untuk mereka…hmm Nur turun bawah dulu ya bang siapkan untuk sahur. Adam hanya menganggukan kepala dan melepaskan jari-jemari di dalam genggaman. Ciuman kasih Nur beri di dahi sebelum melangkah pergi dan mata Adam memerhati langkah isteri tersayang sehingga hilang dari pandangan.

Keluhan Adam lepaskan lagi dan matanya melirik kepada gambar perkahwinan mereka dan terlihat senyuman arwah ayah ketika itu. Adam menatap gambar itu…terima kasih ayah dengan segala pengorbanan dan Adam mohon maaf di atas segalanya. Dalam kesedaran yang ada Adam masih gagal untuk memaafkan diri sendiri dan setiap ramadhan dan syawal perasaan bersalah masih lagi menghantui. Adam bercakap bagaikan ayahnya berada di depan mata, airmata menitis lagi.

Ramadhan dan syawal menjengok setahun sekali. Kekesalan yang ada tidak terhapus oleh kerana waktu yang panjang dan kebahagian yang ada. Adam bermohon kekuatan diri untuk lebih tabah dalam mengharungi dugaan dan cabaran hidup ini dan tidak lagi mengulangi kesilapan yang lalu.

Ya Allah kurniakan kepada kami kebahagian, sifat kasih mengasihi, sayang menyayangi, tulus dan ikhlas tanpa ada yang tersembunyi semuga Ramadhan kali ini dapat aku memaafkan diri dengan segala kesalahan yang pernah aku lakukan terhadap isteri dan juga ibu yang di kasihi. Berkatilah kami dan keluarga kami Ya Allah…Adam bermohon lagi lalu gambar itu berada di dalam dakapan. Lamunan Adam terhenti apabila Nur kembali mengajaknya untuk bersahur. Ketika Adam menoleh Nur sudah sedia menanti dengan senyuman dan huluran tangan. Senyuman berbalas tangan bersambut…semuga di penghujung Ramadhan menambah seri dan cahaya dalam rumahtangga kami…

Owned and written by : Sanaa 06/09/10

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: