• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • September 2010
    M T W T F S S
    « Aug   Oct »
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    27282930  
  • Archives

Masih Ada

Hari raya pertama demam dah bermula
Batuk selsema dan juga sakit kepala
Sehingga kini masih lagi terasa
Tekak perit berpusing juga bila batuk melanda

Idea yang ada hilang entah ke mana
Namun degil mengatasi segala
Kalau di layan sakit yang ada
Jawabnya sang pencerita tidur sepanjang masa

Sang Pencerita menulis tanpa idea
Hanya membelek majalah di depan mata
Balik kampung berhari raya
Bersama Uda dan Dara yang di minati semua

Naik keretapi ke Johor Bharu
Singgah sebentar di Pekan Rabu
Sang Pencerita menanti siapa nak speku
Betulkah Dara bertemu dengan ibu

Uda dan Dara pasti bersama
Hari ini hari raya kelima
Katanya Uda kembali bekerja
Pada hari raya yang ketiga

Teropong dan carpet tidak dapat di guna
Kerana kesihatan tidak mengizinkannya
Hujan dan kilat guruh berdentum segala
Misi mengintip tergendala sementara

Oleh kerana rindu yang melanda
“Gelak Sendiri” sang pencerita reka
Apakah benar diriku bertanya
Merindui pada Uda dan Dara?

Memang sah demam tak kebah selamanya
Setahun bercerita berjangkit-jangkit pula
Dari Adam dan Nur cerita bermula
Kini sudah ada anak tiga keluarga bahagia

Isyarat Adam sentiasa beri
Menanti persetujuan isteri yang di cintai
Semuga mereka di kurniakan rezeki
Amina Soeraya menjelma tahun ini

Nama juga telah Adam sedia
Betul ke abang gerenti perempuan jantinanya
Tanya pula Nur dengan manja
Adam tidak berkata apa

Nur di belai dengan manja
Duduk berdua di atas tangga
Manalah boleh abang gerenti jantinanya
Abang hanya akan terus berusaha

Tahupun tak boleh gerenti
Yang asyik cakap sejak tadi
Nama perempuan saja Nur dengari
Kalau lelaki Adam apa pula kali ini

Janganlah sayang minta lelaki
Adam merayu Nur merasa sangsi
Kalau itu yang Allah beri
Abang tetap menerima dengan senang hati

Nur leka dalam pelukan
Belaian manja yang Adam berikan
Memang bertuah tuan punya badan
Isteri kesayangan menantu pilihan

Adakah Nur di zaman ini
Isteri mithali kesayangan suami
Nur Kasih menjadi bukti
Apakah mampu kita mengikuti

Setahun sudah berlalu pergi
Penantian kini pada the movie
Bersambungnya kisah pasangan ini
Harapan di bina melambung tinggi

Tepian sawah masih meniti
Merakam indah detik merpati dua sejoli
Kisah kasih suami isteri
Meniti hidup cabaran terkini

Cahaya bulan turut mengiringi
Kasih di sulam hingga ke pagi
Memanjat syukur ke hadrat Ilahi
Bahtera di layar selamat kini

Kokoknya ayam tanda dah pagi
Kewajipan di tunai tuntutan rohani
Doa di pohon rahmat di nikmati
Adam dan Nur sebagai suami isteri

Waktu subuh dingin sekali
Amsyar dan Amin di alam mimpi
Ayah mengejut dengan hati-hati
Supaya tidak terkejut nanti

Anak-anak mendengar kata
Mengikut ayah ke surau bersama
Solat subuh permulaannya
Semuga di berkati perjalanan mereka

Ingin ku sambung cerita mereka
Namun gersang pula sang pencerita
Esok lusa semuga ada
Kisah Adam dan Nur meniti bahagia

Owned and written by : Sanaa 15/09/10

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: