Burung tempua hinggap di dahan
Sang pencerita asyik dalam angan-angan
Uda dan Dara dalam fikiran
Terbayang pula detik pertemuan
Pertemuan pertama terbitnya rasa
Tanpa di sedari kedua mereka
Haluan hidup di teruskan jua
Sebagai rakan bertemu sekali sekala
Anyam ketupat berisi inti
Inti di masak dengan teliti
Apakah benar ada taman di hati
Rasa yang ada bersulam janji
Terbitnya cinta dalam rasa
Namun Uda menyangkal dalam paksa
Kerana Dara kabarnya sudah ada yang punya
Uda juga tidak tahu diri di mana
Cinta hanya perlu merasa
Sebagaimana cerita lakunan mereka
Menyangkal sudah segala cerita
Apakah mampu di bohongi rasa yang ada?
Sang Pencerita angan sentiasa
Adanya kasih dan cinta antara mereka
Pabila di sangkal oleh tuan empunya
Terlalu payah untuk di percaya
Orang masih terus berkata
Tertanya-tanya di mana sahaja
Pantang nampak aksi berdua
Mula cerita hingga meneliti senyum di bibir mereka
Gossip berlegar heboh bercerita
Katika senyum nampak bahagia
Dalam cerita derita datang melanda
Akhirnya kembali meraih cinta
Dalam realiti amat berbeza
Rasa yang ada di pendam sahaja
Tidak mampu untuk di luah semua
Kerana kepastian tiada noktahnya
Akhirnya Sang Pencerita meneropong mereka
Setahun lamanya masih orang berkata
Kalau tiada angin tidak mungkin ada kabar berita
Sehingga habis garam di laut sana
Doa di iring setiap hari
Semua orang mencari pasti
Teropong sana teropong sini
Cerita sikit panjanglah kini
Rasa di hati masih di nafi
Utara selatan telah mereka pergi
Tidak ada cerita sehebat mereka ini
Semua menanti jawapannya hati
Rasa di simpan dengan rapi
Pertemuan hanya kerana temu janji
Wartawan hiburan dan stesen tv
Setiap kata di nafi pasti
Rasa yang kuat di intip CSI kini
Dari kata di jadikan bukti
Gerak geri sentiasa di perhati
Ini bukan speku tapi realiti
Segala code di cari pasti
Kupasan di buat bukti di temui
Diam mereka diam berisi
Namun masih tidak dapat di tembusi
Bukan hanya seorang yang bercerita
Jutaan rakyat Malaysia di mana berada
Gelaran di beri namun masih rahsia
Uda dan Dara tetap tidak berkata apa
Oleh kerana ada code di antara mereka
Ramai yang berfikir setiap hari dan masa
Cantum segala huruf dan kata
Supaya menjadi ayat dan cerita
Sang Pencerita memasang telinga
Detik jam seolah di rasa
Menunggu cinta Uda dan Dara
Akhirnya anggau di buat mereka
Hari berlalu bulan berganti
Rasa yang ada tidak dapat di nafi
Speku berlalu di sana sini
Masih juga tiada reaksi
Doa di terus hari hari
Melihat Uda dan Dara di alam realiti
Apa saja kabar mereka ini
Pasti forum penuh asyik di cari
Bertukar reben semua senang hati
Adakah “sesuatu” yang akan di kabar nanti
Yang anggau dan royan bertambah lagi
Sang Pencerita setia menanti
Bibir berkata hati merasa
Dustanya bibir oleh kata-kata
Cinta hadir tiada yang memaksa
Hanya mereka yang tahu maknanya
Sehingga kini jejak di ikuti
CSI teropong ke mana pergi
Rasa yang ada bertaut kini
Itulah lapuran yang ku terima tadi
Licin juga Uda dan Dara
Tiada kesan ke mana arah berdua
Di cantum a hingga z belum tentu ada
Kepastian yang di nanti semua
Namun telah ku agak sejak mula
Gaduh dan nafi di bibir saja
Kata tidak hati menyimpan rahsia
Itulah cinta Uda dan Dara
Ikhlas memberi ikhlas menerima
Tidak perlu di hebah merata
Biarlah orang mencungkil rahsia
Hati mereka milik berdua
Terlalu indah cinta Uda dan Dara
Ku beri tabik hormat pada mereka
Soal peribadi tidak perlu di taja
Cukuplah hanya berdua dan keluarga
Selamat berbahagia wahai Uda dan Dara
Semuga Allah memberkati kamu berdua
Semuga berjaya dalam segala usaha
Susah senang di hadapi bersama
Kasih yang ada jangan di sia-sia
Kalau hilang tentu merana
Pemberian Allah banyak hikmahnya
Jagalah ia dengan bijaksana
Akan ku tunggu kabar berdua
Berita gembira di nanti semua
Doa di iring tidak pernah lupa
Ingin melihat berdua di singgahsana
Bayangan ku berhenti di sini
Kalau ada lapuran akan di update lagi
Jangan ada lagi sangsi di hati
Uda dan Dara sudahlah pasti
Owned and written by : Sanaa 18/09/10
Filed under: Pantun | Tagged: Remy & Tiz |
sanaa….
begitu berkeyakinan sanaa..punyalah teguh tembok besi antara mrk..teropong sanaa..dpt juga tembus kedalam tembok ciptaan uda n dara….dasyat2…
itulah yg terbaek…x payah menjaja kata cinta…kerana ia sesuatu yg amat bernilai harganya…bukan untuk dikongsi segala rasa …biar hanya mereka sahaja yg tauharumnya cinta…biarlah mrk bajai hingga subur buah cintanya….baru boleh di petik…jgn ade unggas menggangu …nanti gugur sebelum masak ranum….
teruskan teropong sanaa…akak di sini menanti berita dgn debaran di dada…..
Salam Tasha
Betul tu kak, biarlah hanya mereka berdua saja yang tahu dan saya percaya segala ulat dan unggas mampu di tangani kerana keikhlasan yang ada. Sesungguhnya berita yang di nanti memang debaran di dada…thank you kak
Malaysia saja ke? in the region tak ada? tak caya lah…..
emm….saya lah salah seorg darinya….ohh yahhh terlupa…saya dari planet pluto…