• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • September 2010
    M T W T F S S
    « Aug   Oct »
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    27282930  
  • Archives

Sungai Melaka

Sudah berhari-hari hamba mencuba
Masih tidak kelihatan bayang mereka
Dua-dua menyepi apakah cerita
Sang Pencerita sudah garu kepala

Awal pagi ingat pada Uda dan Dara
Bayang mereka ada di mana-mana
Duduklah Sang Pencerita dalam bertapa
Eh eh ada banyak tongkang pula di sana

Puas Sang Pencerita pejamkan mata
Untuk mendapat lokasi mereka
Oh oh rupanya mereka di Sg. Melaka
Di malam hari naik cruise bersama

Alamak Uda…bersih tak sungai hari ini?
Bersih…majlis dah bersihkan pagi tadi
Untuk menyambut kedatangan cjoli
Melaka Bandaraya Bersejarah di gelar kini

Melaka River Cruise sedia menanti
Pandangan bertemu hati berdetik lagi
Boat hampir mereka menaiki
Juragan kata selamat datang jolimoli

Tangan di lepas boat bergoyang
Hampir terjatuh dek tak seimbang
Kanda kejam…Dara menyerang
Habis tangan Dara melayang-layang

Uda senggeh dan geli hati
Melihat Dara marah tak terperi
Dah lama tak tengok kekasih hati
Tangan melayang memukul badan ini

Geram Dara tak habis lagi
Namun juragan tak melepas pergi
Uda perasan cemburu berapi
Dara di tarik bawa ke sisi

Terbayang juragan memaut kekasih hati
Kerana bimbang jatuh ke sungai nanti
Hati Uda meruap di tahan kini
Padan muka siapa suruh lepaskan cjoli

Juragan senyum hingga hilang biji mata
Uda mengibas kesan yang ada
Dara hairan melihat gelagat si Uda
Wahai kanda apa pula yang tidak kena

Dara melihat aneh sekali
Buang kesan kata moli pada joli
Menahan ketawa hampir sakit perut kini
Di tepis tangan Uda menangkap pasti

Padan muka bisik Dara pada Uda
Tangan di genggam tak mungkin di lepaskannya
Hanya itu dapat menahan marah yang ada
Gurauan bertukar marah pula

Dara merenung di kesamaran cahaya
Wajah Uda lalu menahan ketawa
Selamba konon Dara mengusik Uda
Jangan dinda nyalakan api yang ada

Juragan menoleh hendak bertanya
Maaf encik..nak berhenti di mana
Kg. Morten malam tiada apa
Pusing dua kali boleh juga

Ohh patutlah kita naik berdua
Kanda boleh suruh apa yang suka
Hmm lebih baik datang siang sahaja
Boleh lihat sejarah yang ada

Pipi di picit geram terasa
Tadi di tanya malam kata dinda
Dah malam nak siang pula
Aduhai hati sabarlah kau hendaknya

Dara mengurut dada Uda
Sabar ya hati aku memang nak duga
Uda menangkap tangan di dada
Kini dua-dua dalam genggamannya

Melawan mata pula mereka berdua
Uda dan Dara mencari idea agaknya
Tiba-tiba juragan berkata
Ingatkan dalam tv saja mereka bercinta

Eh tidak bang…kami tak bercinta
Ni practice drama olok-olok juga
Aku mungkin orang tua lama
Tapi hati macam orang muda

Jaga baik-baik orang di sebelah tu
Kalau tidak nanti gigit kuku
Nasib baik kerja aku memandu
Tidak mungkin Dara mahu pada ku

Bibir di ketap menahan rasa
Dara pula nak ketawa saja
Gelihati agaknya melihat gelagat Uda
Atau cabaran yang di beri oleh juragan tua

Jangan nak sembunyi apa ada di mata
Samar cahaya boleh nampak hati bersuara
Diriku tua pengalaman banyak juga
Sekali pandang dah ku tahu jantan betina

Tangan masih dalam genggaman
Masih tidak mahu di lepaskan
Cahaya lampu mengasyikan pemandangan
Tenggelam sebentar Uda dan Dara dalam khayalan

Sungai Melaka di terangi cahaya
Sinaran lampu romantisnya suasana
Terlentuk kepala di bahu si Uda
Dinda mengantuk kita balik sahaja

Jari bertaut entah kenapa
Tiada juga jawapan dari si Dara
Rasa selamat ketika berdua
Mungkin itu bahagia terasa

Kecil besar tua dan muda
Cahaya cantik menawan rasa
Mungkin itulah yang di nikmati Uda Dan Dara
Sampai di perhentian mereka terleka

Dah sampai kita di perhentian
Juragan datang buat pengumuman
Siapa yang hendak dapat tandatangan
Silalah naik free lagi satu pusingan

Eh eh abang siapa suruh cakap ni
Kami nak turun camera dah ready
Aiya janganlah nak tipu gua lagi
Ini malam camera ada dalam hati

Orang dengar free berebut lari
Tak di sangka dapat jumpa cjoli moli
Nak terjun tak sempat nanti
Boat bergoyang Uda memaut Dara kini

Terpaksa Uda mengawal keadaan
Microphone di pegang untuk ucapan
Mohon maaf di atas kesilapan
Silalah duduk dahulu wahai tuan dan puan

Dara memandang sekali sekala
Ketika Uda bermohon pada semua
Boat bergerak acara bermula
Satu persatu minta autograph mereka

Senyum Dara nampak malu
Nasib baik malam tiada yang tahu
Jangan di tanya apa dalam hati ku
Hanya Uda yang di rindui selalu

Dara memandang orang di depan
Senyum melirik pantun di berikan
Signlah Dara buat kenangan
Tandatangan dapat hooray di sorakan

Wahai tuan dan puan sekalian
Telah hamba di sini dapat kepastian
Hanya Uda yang ada dalam perasaan
Dara tandatangan sebagai persetujuan

Lagilah tidak terkata apa
Uda dan Dara layan sahaja
Ruginya sang pencerita tiada di sana
Ingatkan tadi hanya romantic berdua

Mungkin lain kali dapat ku lihat lagi
Akan ku tajam penglihatan hati
Untuk melihat merpati dua sejoli
Di alam bahagia kasih bersemi

Tentunya gembira di hati
Ibu melihat syukur di beri
Tunggu apa lagi wahai cjoli moli
Cincin dah ada bila nak letak di jari

Lambat mana semangat ku tetap berapi
Tidak goyah walaupun gosip tersebar sana sini
Begitu yakin sang pencerita kini
Bahagia cjoli moli bahagia juga hati ini

Sungai Melaka sudah di lawati
Cerita kita berhenti di sini
Mungkin lain kali mereka pergi
Dapat melawat satu negeri

Kita sambung lagilah nanti
Nak ku asap dan tajam memori
Bulan ni tak dapat di tembusi
Tembok pertahanan cjoli moli

Owned and written by : Sanaa 22/09/10

*************************************************************************************

Buat teman dan pembaca sekalian

Ini bukanlah nak promote Negeri Melaka tapi sekadar untuk kita tenggelam bersama keindahan yang ada ketika pantun sang pencerita reka. Terima kasih di atas kunjungan semua, sehingga berjumpa lagi. Insha’Allah…Sanaa

Pemandangan di waktu malam menyusuri Sg. Melaka.

The fascinated panorama of “Venice of the East”…

Ticket: (Ticket sold on board)
Adult : RM 10
Children : RM 5

For more information, please contact:
Melaka River & Coastal Development Corporation,
Level 9, Graha Maju,
Jalan Graha Maju, 75300 Melaka.
No. Tel : +606 281 4322 / 23
No. Fax : +606 281 4325

Compiled by : Sanaa 22/09/10

5 Responses

  1. salam san

    bertuah sang pencerita dr negeri yg sama
    dgn simoli yg jg dr Melaka
    bl bercerita whoaa real je
    klu rekaan pun teman terhibur jg..hahaha

    tour guide free punye ade tak..?

  2. salam aidilfitri kak…nk tnye smpat x braya d umah c moli?? hihi…;)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: