• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • September 2010
    M T W T F S S
    « Aug   Oct »
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    27282930  
  • Archives

Kereta Lembu

Selamat Pagi dan Salam Sejahtera
Kepada teman dan rakan di mana berada
Hari ini kita sambung bercerita
Kisah Uda dan Dara melawat Negeri Melaka

Teropong ku memberi idea
Kata teropong mereka pernah ke sana
Uda memenuhi hajat ibunda tercinta
Dara pula menunaikan hasrat yang ada

Menyusuri sungai di malam hari
Kilauan lampu indah berseri
Sudah lama dari mata turun ke hati
Bila lagi Uda cincin nak lekat di jari?

Kami di sini setia menanti
Detik dan waktu janji di meterai
Penantian yang ada ku penuhi di sini
Saat-saat indah menjejaki cinta hakiki

Hari ini mereka keluar berdua
Entah kemana belum dapat ku teka
Carpet ku terbang lajulah pula
Penat nak di control katanya ikut sahaja

Uh Uh itupun dia Uda dan Dara
Teropong telah siap sedia
Ziung sang pencerita lalu melintasi mereka
Eh ini jalan nak ke highway pula

Diamlah sang pencerita teropong berkata
Sepanjang jalan banyak tempat yang ada
Kereta lembu, Mini Malaysia dan juga Zoo Melaka
Mesti mereka nak melawat ke sana

Betul juga apa yang di kata
Uda berhenti Dara terpinga-pinga
Ramainya orang ini semua nak ke mana
Dek tak perasan Zoo di sebelah kanannya

Wahai adinda pujaan hati kanda
Hari ini orang ramai kerana ingin bersua
Dengan teman dan rakan di dalam sana
Kerana lama tidak beramah mesra

Dara memusing kanan dan kiri
Mencari apa yang Uda katakan tadi
Di hadapan Dara…moo moo sudah berbunyi
Masih tidak terlihat apa yang di cari

Aduhai dinda riuh rendah bunyi mereka
Kalau ketawa nampak gusi sahaja
Satu badan bergerak tiada bunyi nya
Ekor pula panjang berjela

Geram dan marah di pagi hari
Uda mengusik sudahlah pasti
Hehehe jangan marah nanti moo lari
Dahlah baju merah pasti di kejar nanti

Hilang juga sabar Dara
Dalam ketawa di cubit juga
Aduhh moo yang berkata
Itulah kau rasakan baru padan muka

Zoo Melaka di hadapannya kini
Kenapa Zoo perlu kita kunjungi?
Banyak lagi tempat di Melaka ini
Kawan di dalam tu juga yang nak di lawati

Pilih yang mana satu berkenan di hati
Taman Rekreasi, Mini Asean semua ada di sini
Dulu kata nak tahu serba serbi
Jonker Street kita pergi malam nanti

Nah bawa ini andainya perlu nanti
Mask? Dara terperanjatlah lagi
Ialah lembu tu tak sewangi dinda hari ini
Sah…kanda memang berniat hendak membuli

Moo moo…lembu dah tanya kabar dinda
Jawaplah kasihan dari tadi asyik bertanya
Dara ketawa dengan jenaka Uda
Kenapa tidak kanda saja yang menjawabnya

Lembu tidak suka pada kanda
Dinda lihat tu renungan matanya
Bagai nak di tanduk kanda sahaja
Silap haribulan kanda di baling entah ke mana

Moo moo…memang kau aku tak mahu bawa
Hanya Dara yang boleh naik sahaja
Alamak kau faham pulak apa aku kata
Mana boleh Dara naik seorang sahaja

Nak naik kereta lembu?

Seorang pakcik datang bertanya
Boleh tak kalau hanya kami berdua?
Dara menjeling pada Uda
Mulalah tu dengan segala perintahnya

Boleh…apa salahnya
Pakcik bawa pusing sama juga
Kalau hendak ke taman rekreasi
Pakcik hanya boleh berhenti di tepi

Apa ada di taman rekreasi?
Dara bertanya mencari pasti
Jungle trekking dan hutan semulajadi
Seronok cik jalan-jalan di sini

Kelekak kelekuk kereta lembu di bawa
Badan bergoyang buang calori juga
Uda asyik tersenyum melihat Dara
Entah apa yang mencuit hatinya

Dari tadi kanda asyik memandang
Apa yang sedang kanda bayang
Senyum Uda makin memanjang
Melihat Dara yang di sayang

Warna merah terserlah di muka
Lembu kata suka melihat dinda
Boleh tak nanti nak ambil gambar sama
Tentu saja boleh…glamour gitu kata Dara

Satu pusingan telah berlalu
Pusingan kedua sakit pinggangku
Uda memusing…macam mana ya orang dulu
Jalan jauh berpuluh batu

Dara bertepuk tanda gembira
Rasakan itulah tandanya
Lain kali jangan asyik nak mengena
Dinda tak rasa apa ok sahaja

Hajat menarik tangan Dara
Kayu yang licin melorot pula
Eh eh pakcik seat belt tak ada
Nasib tak jatuh…Dara ketawa

Terima kasih wahai lembu
Kalau penat rehatlah dulu
Tak nampak tu orang lain dah menunggu
Dua pusingan lenguh juga kaki ku

Oklah lembu kami balik dulu
Lain kali kita boleh bertemu
Lepas zoo kalau ada waktu
Kita jumpa aku bawa susu

Kepala di geleng dahi di rasa
Eh apa ni? Kanda sihat sahaja
Dinda bimbang dengan lembu kanda bercerita
Lihat kelilingmu pasti semua bertanya

Ohh mereka tak kenal kanda siapa
Dalam sana lagi ramai saudara mara
Ajaklah nanti mereka bersama
Untuk melihat kanda berbicara

Dara menepuk Uda menjerit
Bunyi di dalam sama mencuit
Orang melihat tahu cinta dah terbit
Tidak mungkin di bohongi walau di balik bukit

Kisah zoo di lain masa
Sang Pencerita sudah hilang idea
Dek seronok melihat Uda dan Dara
Mesra bersama sehari di Melaka

Jonker Street ada sejarah juga
Barisan purba tinggalan lama
Tempat kediaman Baba dan Nyonya di Melaka
Ada masjid di antara jalannya

Kita ikuti sambungannya nanti
Sang Pencerita masih duduk mencari
Lokasi dan tempat di lawati
Uda dan Dara pasti senang di sini

Owned and written by : Sanaa 23/09/10

****************************************************************************

Salam kepada teman dan para pembaca sekalian, bukan tujuan sang pencerita nak promote Negeri Melaka cuma sebagai tanda hormat sebagai anak negeri dan sejarah yang ada. Zoo Melaka tidak sama fungsi seperti zoo di negeri-negeri lain kerana zoo Melaka ada pusat kajian dan juga perlindungan hidupan liar serta bentuk mukabumi yang asal, hutan yang masih di kekalkan dengan habitat yang ada. Silalah berkunjung di kesempatan yang ada. Terima kasih…Sanaa 23/09/10

Sejarah

Dahulunya, kereta lembu digunakan sebagai pengangkutan oleh orang-orang kaya di Melaka. Ciri-ciri yang membezakan kereta lembu Melaka ini dengan yang lain adalah bumbungnya yang berbentuk seperti tanduk lembu yang berwarna-warni.

Selain dari kereta lembu yang digunakan di Melaka pada zaman Abdullah dan sebelumnya itu terdapat juga keterangan mengenai kereta kerbau atau pedati kerbau. Pada kebiasaannya pedati ini digunakan di kawasan bandar dan persekitarannya sahaja bagi tujuan menarik barang-barang. Abdullah ada menggambarkan pedati kerbau yang digunakan di zamannya itu dengan menceritakan bahawa:

“Maka dengan seketika itu juga diberinya perintah menyuruh bawa mayat itu, lalu dimasukkannya ke dalam pedati kerbau, maka disuruhnya canangkan berkeliling negeri…”

Kereta kerbau ini didapati masih digunakan sehingga ke pertengahan abad ke-20. Ia dimonopoli oleh orang Cina yang tinggal di Bandar Melaka, bagi tujuan menarik barang-barang seperti papan, beras, batu-bata dan sebagainya di dalam lingkungan perbandaran sahaja. Di kawasan kampung-kampung di kalangan petani Melayu kereta ini tidak digunakan.

Pada asalnya sebelum wujudnya kereta-kereta yang beroda di kalangan masyarakat petani di kampung-kampung, mereka telah tahu menggunakan sejenis sistem pengangkutan yang dipanggil “bentang”. Kereta bentang ini tiada beroda dan ditarik oleh binatang seperti kerbau dan lembu. Penggunaan sistem pengangkutan ini bertujuan untuk faedah diri sendiri seperti menarik padi, kayu api dan barang lain yang berat-berat. Kenderaan ini biasanya dapat dilihat di sawah padi dan dusun terutama dalam tahun-tahun 1880-an. Sekarang ini kereta kerbau atau pedati kerbau tidak lagi digunakan.

*****

HISTORY

Zoo Melaka was originally established by the Melaka State Government in 1963 atop 54 acres (21.2 ha) in Ayer Keroh as a fledgling tourist destination.

In 1979, management of Zoo Melaka was transferred to the Department of Wildlife and National Parks (PERHILITAN) and officially opened to the public by previous Prime Minister of Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad on 13th August 1987. Since then, the Zoo has become a member of the South-East Asian Zoological Park Association (SEAZA) and an active member of the Malaysian Association of Zoological Parks and Aquaria (MAZPA).

Located approximately 13 km from Melaka city center, the Zoo progressed rapidly to become the second largest zoological park in the country. It was the first Zoo in the region, for example, to exhibit the critically endangered Sumatran Rhinoceros and Gaur. The Zoo is also renowned around the world for its Malayan Tiger captive breeding program. In tandem with global trends, Zoo Melaka has also adopted a more “Open Zoo” concept with its newer exhibits as it continuously upgrades its exhibits.

The Zoo currently features a handsome collection of more than 1,200 animals from the world over. Representing more than 200 species of birds, mammals, reptiles and amphibians.

VISION
To excel in terms of wildlife management and conservation, which will contribute towards conserving the nation’s biodiversity, and a product of eco-tourism.

MISSION
To lead ex-situ wildlife conservation program hence, to be an excellent reference center (in terms of zoo management) in the region.

OBJECTIVE

1. To promote wildlife captive breeding programs, especially endangered endemic species.

2. To offer facilities for wildlife conservation research programmers.

3. To create public awareness over the need for wildlife conservation.

4. To offer recreational facilities for the general public.

Zoo Melaka also functions as a center for wildlife research, conservation breeding, zoo education center and a popular tourist destination along the following areas:

Captive Breeding – Zoo Melaka functions as the major ex-situ breeding center for PERHILITAN. In this program, breeding stocks, especially the locally threatened species have been bred in captivity. These species include the tiger, panther, tapir, serow, barking deer, sambar deer and many others.

Research – Research carried out also emphasized medical research/treatment and behavioural studies. Zoo Melaka also provides support for other researchers from PERHILITAN and other institutions of higher learning.

Education – The program is designed to create awareness amongst the general public on wildlife and conservation. Among activities organized are lectures, video presentations, publication of printed material and signage posted at all exhibits in the zoo.

Recreation – Zoo Melaka also provides an inexpensive recreation activity for local tourists. Promotions have been carried out to attract more visitors and hence generate more revenue towards the welfare of the animals and the development of a highly popular tourist destination.

Compiled by : Sanaa 23/09/10

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: