• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • September 2010
    M T W T F S S
    « Aug   Oct »
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    27282930  
  • Archives

Bila Berkumpul

Hari Raya masih di sambut di mana-mana
Kunjung mengunjung masih berterusan adanya
Ramai juga hari ini di rumah sang pencerita
Walaupun hanya adik beradik dan anak saudara

Kumpulan besar hanya ada tiga sahaja
Kumpulan kecil yang ramai bilangannya
Enam orang dari empat keluarga
Karenah mereka hampir buat ku sakit kepala

“Amina Sophea” bertambah nakal dan cerdik pula
Naa Nak di sebut berlagu ada iqdheram juga
Buah hati Atok dan Pah serta semua
Adorable dan perasan cute sentiasa

Cakap banyak tapi hujung sahaja
Ayut, atut, ejut semua tahu belaka
Cubalah teka apa yang “Phea” kata
Hanya Tatak dan mummy faham bahasanya

Ayish ayish memanggil abang sepupu pula
Faris Faris abang sering membetul Phea sahaja
Kalau makan tidak pernah menolak apa
Nak pancing “Phea” hulurlah biskut atau gula-gula

Berlari berambat itulah mereka
Kumpulan besar dengan video game sahaja
Ketika di panggil saya di jawab orang entah di mana
Di panggil makan naik jenoh pula

Tukang masak asyik mencari masa
Untuk mengenang cjoli moli yang manja
Hmm lupakanlah hasrat wahai sang pencerita
Masaklah dulu mereka di hati sentiasa

Makan tengahari sudah tersedia
Daging salai masak lemak cili padi membuka selera
Sambal udang dengan ikan masin pun ada
Nasi perlu di tanak kali kedua

Nak nak “Phea” asyik meminta
Sup daging sayur goreng kegemaran dirinya
Dua tahun kini berusia
Bermain sendiri pandai juga

Jangan cuba di ambil barang kepunyaannya
“Phea” “phea” mempertahankan harta
Duduk di sudut diam sahaja
Mine mine di tambah pula

Bulat mata memandang semua
Jangan di tegur “phea” menyinga
Di cari mummy mengadu cerita
Tatak…aduh itulah kabarnya

Umping umping menunjuk pandai
Jangan…nanti jatuh sakit kaki
Tak akit “Phea” mempertahankan diri
Rasa nak cubit mulut yang comel ini

Riuh rendah dengan suara
Semua ada cerita mereka
Kisah wanita cerita kaum bapa
Shopping dan kain kaum ibu bercerita

Kutuk mengutuk bagilah pada mereka
Ketawa terbahak tak ingat dunia
Ini kumpulan jarang dapat berjumpa
Tua atau muda boleh ngam apa sahaja

Itulah tradisi budak kolej orang berkata
Dalam keluarga sang pencerita sudah ada tiga
Bila datang kawan dan jiran tetangga
Kisah sekolah dan nakal mereka jadi cerita

Jangan terperanjat bila bertemu mereka
Cerita mereka selamba orang tidak boleh terima
Pedas berdesing juga kalau yang mudah terasa
Itulah sebab they sit at one corner

Cerita punya cerita di minta teh dan kopi pula
Belum lagi masuk sessi kedua
Minum petang yang belum di reka
Pisang ada nanti ku goreng sahaja

Guruh berdentum tanda nak hujan
Lagilah seronok cerita berpanjangan
Hujan turun kopi minta di tambahkan
Baru duduk belumpun kering tangan

Hehehe itulah cerita dalam keluarga
Bila berkumpul banyak di kongsi bersama
Penat dan letih adatlah di hari raya
Esok sang pencerita ada open house juga

Cerita “Phea” bersambung lagi
Naik tangga “Phea” suka hati
Kenyit mata tak henti-henti
Chor chor itulah panggilan yang di gemari

Mummy dan daddy suka ke mari
Chor ada tak perlu risau lagi
“Phea” minta chor akan memberi
Mulut burung memang tak pernah henti

Nak di cerita panjang juga lagi
Biarlah diriku berhenti di kala ini
Ingin ku teropong cjoli moli
Dengar kata sireh pinang akan berganti

Kedai emas telah mereka tujui
Mana boleh sang pencerita terlepas yang ini
Akan ku terbang lewat malam nanti
Untuk melihat rancangan terperinci

Tunggu saja lapuran terkini
Ahli nujum akan sang pencerita temui
Melihat air nampak bayang mereka tadi
Hah nasib baik diri ku belum ke gua lagi

Owned and written by : Sanaa 25/09/10

2 Responses

  1. apa khabar semua
    rs dah lama x berpantun dgn sanaa
    nak buat mcm mana diriku bz mcm nak gila
    ni pun curi2 masa spy dpt release tension di kepala

    dlm bz hatiku berbunga2
    bila dikhabarkan cjoli moli bersama
    dgrnya pi tgk cincin tanda
    mcm x percaya..tp kalu betul..bagus juga

    teropong ku kini x berfungsi
    mintak cuti dr skodeng punya misi
    habis exam nnti ku sambung lagi
    spy dapat ku beri laporan terkini

    wahai sanaa ahli nujum mana pulak nak kau jumpa
    bukan ilmu mu lg power ka
    dok dlm gua pun jgn lama2
    signal payah nak smpi kat sana..nnti tetingai ketapi..padan muka..

    bye2 ..dan selamat beraya…

    • Wahai Sup…diriku sihat adanya
      Ku approved cuti sudah lama
      Tapi ingat doa jangan di lupa
      Lepas ini minta update berita

      Mungkin juga bukan cincin tanda
      Terus ada cincin nikahnya
      Hmm bahagia mereka bahagialah kita
      Nanti ku skodeng di hebah pada semua

      Happy weekend….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: