• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • September 2010
    M T W T F S S
    « Aug   Oct »
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    27282930  
  • Archives

Riang Ria Suka Duka Di Bulan Mulia

Hanya tinggal sepuluh hari sahaja lagi umat Islam di seluruh dunia akan menyambut syawal yang mulia., tanpa di sedari waktu juga berlalu begitu pantas dan selalunya bila berada di hari-hari terakhir Ramadhan dugaan makin kuat ketika hendak bangun untuk bersahur dan begitu juga bila mengejutkan anak-anak. Letih dan malas dah mula menguasai diri. Itulah yang terjadi pagi tadi… Amsyar…Amin bangun nak, kita bersahur? Nur mengejut anak kembarnya. Liat pulak mata mereka nak buka di awal pagi ni, getus Nur sendirian kerana kedua-duanya tidur lewat sikit semalam. Amin tak lapar itu yang di ucapkan. Bangun juga sayang, makan sikit ya nanti tak boleh puasa kalau kita tidak bersahur, pujuk Nur. Ehmm menggeliat saja anak yang seorang ni, Amsyar dah duduk tapi masih belum turun dari katil. Amin…suara ayah memanggil di pintu…macam suis di tekan bila dengar suara ayah terus melompat bangun…saya ayah jawab Amin tapi mata hanya separuh di buka. Bangun Amin…Amsyar datang menarik tangan adiknya. Jom…Amsyar pegang ke bilik air basuh muka, dengan perlahan Amin turun dari katil lalu Amsyar pimpin tangan adiknya ke bilik air.

Nur juga sibuk dengan persiapan terakhir sebelum meninggalkan pejabat pada hujung minggu ini. Cuti sekolah juga bermula pada hujung minggu ini dan ini akan memudahkan rancangan andaikata mereka nak pulang ke kampung lebih awal. Tahun ini kalau tidak silap hanya kami saja ada di kampung kerana kalau mengikut giliran abang Aidil dan keluarga akan berhari raya di rumah keluarga Aliya di Kuala Lumpur, Nur mencongak sendiri. Dalam mencongak dan mengelamun Nur sedar yang hari ini ada dua order yang mesti di hantar iaitu satu untuk Nabila dan satu lagi untuk rumah lamanya yang telah di sewakan beberapa bulan sebelum puasa yang memang telah Nur janjikan langsir baru untuk hari raya. Kerja pemasangan di rumah Nabila tidak rumit kerana hanya sliding door dan tingkap tepi tapi kalau di rumah lama mungkin banyak sikit kerja yang perlu di buat kerana ada railing hooks yang kena di ganti. Ligat kepala Nur mengaturkan segalanya dan kertas di hadapannya sudah penuh dengan catatan. Huhh keluhan lega Nur lepaskan setelah selesai dengan penelitiannya dan hanya menunggu masa untuk keluar.

Ketika menyusun kertas-kertas di meja gambar Amsyar dan Amin terkeluar dari susunan itu, eh bila pulak gambar ni ada di sini lalu Nur melihat tarikh yang tertera. Kenapa bang? tanya Nur. Senyum Adam melebar beserta ketawa kecil, teringat diri sendiri masa kecil Nur, agaknya macam tulah mak pujuk abang untuk bangun sahur dan ke sekolah, kata Adam. Alhamdulillah dapat Nur tengok abang masa kecik melalui anak sendiri, jawab Nur pula. Senyum meniti di bibir mereka, lalu Adam mencuit hidung isteri kesayangan tanda manja dan berpegangan tangan turun ke bawah dengan di dahului anak kembar mereka. Baru separuh jalan terdengar Sophea merengek, biar abang pergi tengok, Nur turun dulu dengan anak-anak kata Adam. Ok jawab Nur lalu terus turun bersama Amsyar dan Amin. Atuk dan nenek dah sedia di meja makan. Hmm patutlah kamu bangun awal, nak mengejutkan merekapun ambil masa…mak langsung dah terlupa rupanya bagaimana nak latih anak-anak berpuasa, kata Mak Ani. Selalunya senang juga nak bangun mak, ini semalam dah tidur lewat sikit asyik sembang dengan atuk dan nenek, jawab Nur pula.

Awal sangat Nur dan Adam ajar mereka berpuasa, kecik sangat lagi baru nak lima tahun, kata ayah.
Mereka yang nak, masa mula-mula tu Nur halanglah juga tapi mereka yang nak terus cuba, minggu pertama dapat juga dua hari penuh dan selebihnya mereka tahan sampai pukul dua atau tiga. Lepas itu dua-dua tak sihat, bila dah baik nak puasa lagi dan sehingga semalam dah dapat 5 hari yang penuh kalau tidak silap Nur.

Enamlah ibu, Amin membetulkan bilangan walaupun dalam keadaan yang masih separuh sedar.

Wahh banyak tu kata Atuk sambil mengosok-gosok kepala Amin yang sudah duduk di sebelahnya. Baguslah, masih ada sembilan hari lagi ni, Amin dan Amsyar cuba tambah lagi ya, Atuk memberi kata peransang. Ini adalah juga hikmah yang ayah selalu bawa Amsyar dan Amin bersama ke surau sambung Atuk lagi.

Eh Adam mana? mak pula bertanya.

Ada di sini mak jawab Adam yang sedang menuju ke meja makan sambil mendukung puteri kesayangan.

Alahai cucu nenek bangun sahur juga, tegur nenek sambil di cuit pipi Sophea. Mood baiklah tu diam saja bila di cuit, usik nenek lagi.

Aduhai…memang tak dapat tidur lepas sahurlah ni, rungut Nur.

Ibu…Ibu Sophea memanggil dan merebahkan badannya minta di dukung oleh ibu pula. Sekejap ya sayang, ibu letak lauk ni dulu. Eh oh ek semuanya keluar dari mulut Sophea sehingga ibu mengambilnya dari ayah. Sophea nak makan? ibu bertanya. Naa nak jawab Sophea dan merebahkan kepalanya di bahu Nur. Kalau Sophea tak nak makan, duduk saja atas pangku ibu dan ibu makan ok? Di angguk-anggukan kepalanya tanda setuju. Duduk atas pangku ibu Sophea bermain mata dan cubit angin dengan ayahnya tapi tidak mahu duduk di pangku ayah pagi ini, sekali sekala terdengar ketawa manja dari Sophea…entah apa yang menggelikan hatinya mungkin hanya ayah yang tahu. Sophea mula menggeliatkan badannya serta berbunyi erngg…erngg bila nenek datang menghulurkan tangan dan hampir melorotkan badannya. Tak…tak…nenek tak ambil Sophea, Nur mententeramkannya. Oiii tak mahu di ambil tegur nenek, marilah…kesian kat ibu nak makan, pujuk nenek lagi. Tak mengapalah mak, biar saja Nur pangku dia, kata Nur menghalang niat nenek kerana bimbang Sophea menangis nanti.

Nur masih sibuk dengan khayalannya melihat bayi di dalam gambar itu yang telahpun besar serta mengubah rutin hidup Nur hari ke hari, bulan ke bulan dan tahun ke tahun. Meniti detik waktu dan tanpa di sedari tahun ini anak kembar yang dahulunya bayi telahpun mula belajar berpuasa, di antara senyum dan tangis, ketika membawa mereka dalam kandungannya dan membesarkan mereka bersama suami tercinta, detik-detik indah yang tidak akan di lupa dan tidak mungkin padam dari ingatan serta tidak akan dapat di ambil oleh sesiapapun. Ketukan di pintu melenyapkan segalanya.

Hai sayang abang, tegur Adam dengan riang bila wajahnya tersembul di depan pintu.

Hi jawab Nur sambil memerhati dan meneliti wajah suami yang telalu keriangan.

Eh kenapa tengok abang macam tu? Apa pulak yang tak kena? Ada tanda ke kat pipi abang? tanya Adam sambil menyapu-nyapu pipinya dengan sapu tangan.

Tak ada tanda apa-apa cuma gelagat abang tu macam orang menang loteri saja, kata Nur.

Hahaha Adam ketawa..ini lebih dari menang loteri wahai isteriku, ini projek jangka panjang yang abang idamkan selama ini yang sekarang sudah berada dalam tangan, kata Adam lalu menghulurkan proposal draf yang di perolehi dari pejabat Datuk Hamzah sebentar tadi. Senyum Nur melirik bila ternampak nama Datuk Hamzah tertera di atas kertas itu dan sebelum sempat Nur bertanya dan berkata dan seolah-olah di ketahui oleh Adam juga maksud senyuman di beri terus saja Adam berkata…iya Datuk Hamzah yang itulah yang mana lagi? Amboii bukan main lebar lagi senyum ya bila tengok nama Datuk Hamzah kata Adam dan terus merenung wajah isteri yang masih menguntum senyuman.

Senyuman Nur reda bila membaca secara terperinci kandungan surat tersebut dan terus timbul tanya tanya dan kehairanan menguasai diri, this is landscaping project bang? bukannya bangunan. Abang nak project ni kenapa dan kenapa abang kata project ini yang abang idamkan selama ini? Nak venture out lagi?

Sebab landscaping projectlah abang teruja Nur, kerana kalau abang dapat buat group sendiri on landscaping bermakna business kita akan berkembang dan sebahagian dari my retirement plan dah ada, maintenance fees yang di terima setiap bulan, mampu memberikan kita pendapatan tetap selama tempuh yang di tetapkan with upfront payment.

Hmm betul ni abang nak buat? Nur bertanya dan ada nada keraguan dalam pertanyaannya itu. Adam merapati Nur yang jelas benar kerisauan di tunjukan, jangan bimbang Nur, ini rezeki yang datang kepada kita di penghujung Ramadhan ini lagipun Datuk Hamzah memberikan masa yang cukup untuk abang merangkakan plan. Yang pasti abang akan berbincang dengan Ridzwan dan Omar mengenainya dan mereka adalah sebahagian dari impian ini. This is a good opportunity sebagaimana kita mulakan hiasan dalaman dulu, lagipun landscaping bukannya perkara baru dalam diri abang. Ciuman Adam beri di dahi, jangan bimbang ok, what I need the most is your support, its mean a world to me.

Nur melepaskan keluhan, Nur tahu this is a good opportunity tapi hah…tanpa menghabiskan ayatnya lalu berkata pula…hmm abang janganlah risau mungkin Nur keletihan sikit dan tak dapat nak fikir dengan tenang and apapun you will have my undivided support. Senyuman Nur beri dengan penuh kasih lalu Adam terus memberikan dakapan erat.

Thank you Nur, abang hargai segala kepercayaan yang Nur berikan dan pengorbanan Nur selama ini. Pelukan di renggangkan…nak ke mana ni? tiba-tiba pula Adam bertanya.

Nur nak siapkan dua mission hari ini, satu pasang langsir di rumah Nabila yang telah Nur wakilkan pembantu kita dan langsir di rumah Puan Rogayah.

Puan Rogayah? Yang sewa rumah kita tu ke? Adam bertanya.

Iya bang, jawab Nur ringkas.

Hmm…ok. Have a pleasant day, ciuman di beri lagi di dahi sebelum melangkah keluar.

Thank you, kata Nur pula dengan senyum manisnya.

*****

Sudah sekian lama Nur dan Adam berumahtangga dan sejak dari itu jugalah seingat Nur mak dan ayah tidak akan meninggalkan rumah di bulan puasa, lebih-lebih lagi ayah tapi oleh kerana risaukan Sarah mereka ke mari juga dan siang tadi abang Adam minta jasabaik Omar untuk menghantar mereka ke rumah Sarah. Entah kenapa pulak sejak akhir-akhir ini Sarah senang benar di timpa sakit.

Apa kabar Sarah mak? Nur bertanya. Tak mahu pula Sarah ke sini.

Macam biasa saja Nur, mak dan ayah datangpun sekadar dapat tengok saja dah dia degil tak mahu ke mari, katanya baru minggu lepas dia ke sini. Nak bantu macam mana kalau tuan punya badan degil. Biarlah bila dah teruk agaknya baru nak ingat keluarga, mak melepaskan geram.

Marah benar bunyinya mak? Demam sikit saja kot sebab itu Sarah tak mahu ke mari, kata Nur untuk menyedapkan hati ibunya.

Sikit ke banyak ke kalau dah duduk dengan keluarga tu lainlah juga Nur, teratur sikit makan dan minum bolehlah mak dan ayah tunggu di sini sehari dua, kalau dah dia berdegil biarlah mak dan ayah balik esok saja lagipun masih banyak kerja yang mak nak buat di rumah tu.

Eh…Nur ingatkan mak dan ayah nak duduk di sini sampai hujung minggu ni. Insha’Allah mak kami akan balik awal ke kampung sebab sekolahpun dah cuti mulai Jumaat ini, lagi empat hari saja kata Nur menyakinkan. Hmm bila pula Sarah kata nak balik ke kampung? Nur bertanya.

Lahh kalau mak dan ayah tinggal di sini sehingga hujung minggu, siapalah pulak nak kendalikan rumah, nak juga mak siapkan serba sedikit, kemaskan rumah, langsir yang Nur dan Adam beri bolehlah mak gantung, eh banyaklah kerja yang mak nak buat, kata mak Ani lagi.

Sekali sekala mak apa salahnya tinggal lama sikit di sini. Suraupun dekat tak perlu kenderaanpun boleh sampai macam di kampung juga, sampuk Adam.

Bukan tak mahu Adam, hmm tapi tanyalah ayah kamu tu, kalau dia mahu, mak ni mengikut saja, kata mak pula.

Iyalah nanti Adam cakap dengan ayah.

Mak tak jawabpun pertanyaan Nur…Nur tanya tadi bila Sarah kata dia nak balik? Nur mengulangi.

Bila-bila sajalah Nur, suka hati dia, mak menjawab dengan geram.

Masih awal lagi kata hati Nur dan tidak di sangka kerja di rumah Puan Rogayah habis cepat dari yang di sangka mungkin tenaga kerja yang ada sudah lebih mahir dari dulu, kata hati Nur. Alhamdulillah Nur mengucapkan syukur kerana kerja yang di rancang hari ini beres tanpa ada halangan membolehkan Nur pulang ke rumah lebih awal dari yang di jangkakan.

Abang Adam keluar bersama mak, ayah serta Amsyar dan Amin ke bazaar Ramadhan, hanya tinggal Sophea, Sulis dan aku di rumah. Teringin pula Nur membelek gambar-gambar yang tersusun rapi di sudut ruang rehat keluarga dan langsir yang tergantung. Entah apa yang menarik tentang langsir itupun Nur tak tahu tapi mungkin juga ruangan ini mendapat sentuhan peribadinya dan juga merupakan ruangan asal ketika percubaan demi percubaan di buat sebelum melancarkan hiasan dalaman dulu dan langsir yang tergantung adalah hasil pertama Nur, sudah Sulis basuh dan masih cantik lagi. Sudut ini adalah sudut kegemaran Nur dan kini menjadi sudut kegemaran Sulis juga yang nampak bahagia bila bercerita tentang anak-anak yang makin membesar.

Terima kasih Nur kerana sudi siapkan langsir untuk rumah kami, untung akak menyewa rumah ni, kata Puan Rogayah.

Sama-sama kak, dah memang saya janji masa akak masuk rumah lagi, kata Nur dengan senyuman kepada Puan Rogayah yang ramah berbual dengannya sejak awal perkenalan.

Apa kabar anak-anak dan En. Adam? Akak kagum dengan kamu berdua ni, pasangan suami isteri yang rajin berusaha dan romantic pula tu.

Alhamdulillah kak, mereka sihat dan terima kasih di atas pujian yang akak beri, err kami berusaha untuk menampung kehidupan dan untuk anak-anak kak, hmm maklumlah sekarang ni semuanya perlukan duit, kata Nur dengan beralas.

Betul tu Nur dan akak bangga sebenarnya tengok Nur dan Adam berusaha sendiri dan akak cakap dengan abang, dahlah rajin berusaha, sama cantik sama padan, romantic lagi kata Puan Rogayah dengan senyum lebarnya…ialah macam orang selalu kata tu match make in heaven…hehehe tawa kecil di iringkan.

Lebar senyuman Nur beri bila mendengar pujian yang di beri, terima kasih kak, tinggi benar pujian akak tu tak tahu macam mana saya nak membalasnya, kata Nur malu.

Pujian yang akak beri ikhlas dan itulah yang sebenar-benarnya, tambah kak Rogayah dan minta mohon diri untuk melihat anaknya apabila terdengar jeritan dari dapur…aduh paneh paneh paneh…hah nasib baik tak pecah kuih aku…terdengar oleh Nur sekaligus membawa kembali ingatan indah permulaan hidupnya. Indahnya waktu itu dan ia tetap indah di hati Nur buat selama-lamanya.

Nur tersenyum sendirian bila mengingati peristiwa petang tadi dan juga barisan gambar yang merakam detik indah hidup mereka berdua bersama dengan buah hati tercinta dan apabila melihat gambar perkahwinan mereka soalan timbul lagi di benak fikirannya…apakah yang sebenarnya di lihat orang tentang mereka berdua, dulu kawan-kawan Nabila pernah berkata, Liya dah memang kerap benar dan sekarang Puan Rogayah juga berkata begitu, kawan sekolah dan sekampung juga pernah mengusik Nur begitu.

Alhamdulillah, aku bersyukur ke hadratMU Ya Allah dengan pemberian ini semuga mata-mata yang melihat juga melafaz syukur dengan penglihatan mereka. Hmm isteri abang mengelamun seorang diri rupanya di sini. Adam mengejutkan Nur dari lamunan lagi bila bahu Nur di peluk erat dan hampir tersekat nafas Nur kerana terperanjat. Abangg kata Nur dengan jerit kecil. Ishh tak boleh langsung tengok Nur sendirian, mesti nak kacau. Mestilah kata Adam, mana boleh Nur belek semua ini tanpa abang kata Adam manja. You are always with me my darling wherever I am kata Nur dengan penuh kasih,lantas pelukan Adam eratkan. Thank you sayang balas Adam dan mereka sama-sama meniti memori di antara gambar-gambar tersebut buat seketika.

*****

Setelah memastikan semua tugas selesai menjelang Syawal Adam dan Nur pulang ke kampung seminggu sebelum tibanya syawal dan memudahkan Adam untuk menyelesaikan urusan di kampung bersama Pak Mat yang belum Nur tahu apa butirannya lagi. Lagipun mak dan ayah bersetuju tinggal sehingga mereka pulang. Wahh penunggu setia dah melompat dan melonjak kata mak bila melihat Aliesya menjerit keriangan apabila melihat kereta Pak Su menghampiri kawasan. Mungkin kerana jerit pekik Aliesya kedengaran seperti dalam kesakitan atau ketakutan, kelihatan Mak Jah berlari keluar bimbang kalau ada apa-apa yang terjadi agaknya dan ternampak oleh Nur kelibat Datin di sebelah ibu mertuanya. Eh macam Datin saja tu? kata Nur. Ada mak kata apa-apa dengan abang yang Datuk dan Datin ada di sini tanya Nur lagi. Hmm tak ada pulak mak kata apa-apa, mungkin Datuk dan Datin baru sampai agaknya, jawab Adam pula.

Aliesya memang tidak sabar-sabar lagi dan sebaik saja kereta berhenti dialah yang pertama meluru. Amsyar, Amin malam nanti kita main bunga api ok, Tok dan Tok Wan bawa banyak tadi, kata Aliesya dengan girang. Yeah jerit Amsyar dan Amin pula belum sempat turun kereta. Amsyar Amin tegur ayah, salam dengan Tok dan Tok Wan dulu.

Apa kabar mak? tanya Adam ketika bersalaman dengan Mak Jah.

Alhamdulillah sihat adanya, jawab Mak Jah dengan senyum lebarnya. Datin sihat? tegur Adam pula. Alhamdulillah, sihat adanya Adam. Kamu pun nampak bersemangat mesti ada berita gembira agaknya ni. Alhamdulillah Datin, saya ni sentiasa bersemangat kerana ada orang sentiasa memberikan saya semangat lalu menoleh ke arah Nur yang baru menghampiri kerana Sophea merengek tak mahu turun kereta pula tadi. Oh oh terlupa pulak saya, kata Datin dan terus mereka ketawa.

Amboi Ani lamanya duduk di Kuala Lumpur kali ini langsung tak dengar kabar berita, tegur Mak Jah. Tak ada berita tu berita baiklah Kak Jah lagipun Ani ni duduk di rumah anak anak kita, semuanya cukup dan dah naik letih juga bila tak ada apa yang hendak di buat sambung Mak Ani lagi. Kak Jah sihat? Datin sihat? tanya Mak Ani pada berdua. Alhamdulillah sahut mereka serentak. Apa kabar Pak Imam? tegur Mak Jah pula. Sihat adanya Kak Jah, berehat panjang pulak saya puasa kali ini tapi Alhamdulillah rumah anak-anak kita dekat dengan surau dapatlah saya ke sana setiap waktu jawab Iman Bakar. Alhamdulillah sahut Mak Jah lagi. Cucu Tok yang seorang ni kenapa pulak? usik Mak Jah pada Sophea yang masih di dukung oleh Nur. Sihat Nur? tanya Mak Jah apabila menantu kesayangannya datang bersalam. Alhamdulillah mak, jawab Nur dan bersalaman dengan Datin juga.

Amsyar Amin jangan berlari nak, tegur Adam. Cuaca panas ni, nanti tak tahan puasa pula. Kalau buka hari ini ayah potong elaun kata ayah pada anak kembarnya. Strictnya ayah kata Datin dengan memberi senyuman pada Adam dan juga pada anak-anak yang dah berhenti berlari kerana amaran yang ayah beri. Eh naiklah semua dulu, cuaca panas ni pelawa Mak Jah. Naik dulu Ani, Pak Imam…rehatlah dulu sementara tunggu masuk waktu. Eh tak payahlah Kak Jah, biarlah kami balik saja, kata Mak Ani menolak pelawaan Mak Jah untuk naik kerumah. Lagipun lambat lagi nak masuk zohor, biarlah kami jengok rumah dulu, kata Mak Ani memberi alasan. Alahh bukannya lari rumah kamu tu, baru dua hari lepas Kak Jah pergi buka tingkap dan sapu ala kadar kata Mak Jah menghalang hasrat Mak Ani untuk terus saja pulang ke rumah. Iyalah mak, naiklah dulu lepas zohor nanti Adam hantarlah mak dan ayah balik. Tak mengapalah Adam, Kak Jah…biarlah kami balik dulu lagipun nanti Adam ada banyak urusan yang nak di selesaikan, kata Imam Bakar pula. Kalau begitu baiklah, tapi datanglah berbuka di sini nanti, Imam, Ani pelawa Mak Jah, Insha’Allah kak, jawab Mak Ani.

Amsyar dan Amin dah nampak keletihan mungkin sebab cuaca yang panas sejak pagi dan godaan yang terpaksa di hadapi kerana Aliesya tak puasa, menambah letih yang ada. Kesian tengok anak-anak Nur kata Adam. Kenapa bang? Nur pula bertanya. Tengoklah tu dah lembik saja nampaknya tapi masih sedar yang mereka tu puasa, tadi abang pura-pura hulur air, mereka kata eee ayah tak puasa. Eh abang ni sambil menepuk sikit badan Adam, saja duga anak yang bukan-bukan, kata Nur. Suruhlah mereka buka, pesan Adam pada Nur sebelum pergi ke surau untuk solat zohor. Abang pergi dulu ya, lepas sembahyang nanti abang terus pergi jumpa Pak Mat dan kalau tak esok lusa Ridzwan dan Omar akan datang ke sini.

That’s news to me kata Nur, abang tak sebut apa-apapun dua tiga hari ni kata Nur lagi. Aduhai sayang, janganlah beri abang suara manja tu waktu ni, dahlah lutut memang sentiasa lemah lagilah lemah di buatnya. Oh ya? nak Nur pimpin abang ke surau pulak ke? dengan nada yang lebih manja Nur bertanya. Keep on torturing me, nanti sayang sampai masa akan abang balas sambil membetulkan songkoknya dan mengelak pantas bila Nur nak mencubit…bye katanya dengan senyum nakal dan beredar pergi. Hehehe Nur ketawa, yakin ke puasa abang tak batal? jerit Nur. Tembok pertahanku tetap utuh balas Adam dengan flying kiss di beri.

Manjanya merpati dua sejoli ni, manalah orang tak cemburu bila melihat mereka berdua tegur Datin secara tiba-tiba. Tersenyum malu Nur di buatnya, maklumlah Datin tidak pernah komen apa-apa sebelum ini. Buat tak tahu saja Datin tentang mereka berdua ni, kalau tak hati-hati nanti kita pula yang rasa sangsi. Eh apa pulak Kak Jah nak sangsi? Seronokkan tengok anak dan menantu mesra dan manja begitu sambung Datin lagi. Memang seronok Datin, tapi kadang-kadang takut juga di buatnya maklumlah apa yang pernah di alami dulu, bimbang saya tu kadang-kadang datang juga. Ishh janganlah sampai begitu Kak Jah, Insha’Allah apa yang kita lihat tu yang benar belaka, tak gitu Nur? tanya Datin pula. Insha’Allah Datin jawab Nur dan terasa merah pipinya dengan kata-kata itu. Tengok tu Kak Jah, dah merah pipinya…senyuman Datin lemparkan pada Nur di ikuti Mak Jah di sisi.

Sambil memerhati anak-anak bermain banyak pula persoalan timbul di hati Nur, kenapa abang Adam beria-ia mahukan projek landscaping yang di tawarkan oleh Dato’ Hamzah? Adakah kerana projek itu project jangka panjang dan membolehkan abang Adam merealisasikan impiannya untuk membina rumah di atas tanah yang di beri oleh mak dan ayah? atau kerana rancangannya menabung untuk anak-anak supaya terhindar dari mengalami kesulitan kewangan apabila mereka menyambung pelajaran? atau diriku yang masih berada di tengah-tengah perancangannya seperti kata Ridzwan dahulu. Huh keluhan Nur lepaskan dan bayangan kereta yang hampir menandakan abang Adam sudah pulang. Sebaik saja kereta di berhentikan dan abang Adam turun puteri kesayangan datang mengejar, ayah…ayah terus Sophea meluru dalam dakapan ayah. Hmm anak dan ayah makin di lihat makin di tengok makin banyak persamaan mereka kini, kata Nur sendirian dan senyuman di beri.

Hi sayang, tegur Adam. Hi abang jawab Nur. How’s your afternoon tanya Nur lagi dan belum sempat Adam menjawab sang puteri dah berkata…abang main ball terus jari menuding pada abang dan kakak di padang. Ok sayang, pandai anak ayah. Kenapa Sophea tak main sama lalu di gelengkan kepalanya tapi turun dari pangkuan ayah dan berlari mendapatkan abang dan kakak. Tatak tatak jerit Sophea yang kini pandai menggelarkan dirinya Phea, comel dan geram bila melihat telatahnya dan kalau boleh tak mahu dia besar, she’s adorable kata Adam. Iyalah puteri ayahkan sahut Nur pula. Anak ayah bukan anak ibu juga ke? tanya Adam dengan jelingan di beri. Dah bukalah anak berdua tu ya? Adam bertanya walaupun sudah sedia maklum dengan jawapannya. Hmm tak lama selepas abang pergi, tak sampai hati Nur tengok mereka langsung tak bermaya dan Sulislah dok pujuk untuk buka, mula-mula degil tapi mana boleh tahan agaknya asyik tengok Aliesya kejap-kejap dengan air, lepas tu apa saja yang ada dalam fridge di bawa keluar sampai mak dah tak mampu larang, kata mak lagi sekarang ni Aliesya kuat makan. Biarlah Nur selera budak asalkan jangan terlebih sudahlah nanti bimbang sakit pulak. Hmm abang naik dululah, nak mandi terasa lekit badan ni…oh ya Pak Mat dan Mak Leha kirim salam dan jemput kita kerumah kata Adam sambil naik ke atas. Wa’alaikomsalam jawab Nur, arr baju abang dah Nur letakan atas katil. Thank you sayang kata Adam. Kasihmu di terima, jawab Nur pula…ketawa kecil kedengaran dari Adam hingga hilang dari pandangan.

*****

Suasana raya memang telah di rasa. Kalau di Kuala Lumpur orang masih sibuk bekerja dan berniaga, begitulah saban tahun dan malam raya Kuala Lumpur sunyi dan sepi. Mak dan ibu mertuaku dah bertukar-tukar idea apa nak masak walaupun masih ada lima hari lagi untuk menyambut syawal dan oleh kerana abang Aidil dan Aliya akan pulang ke Kuala Lumpur dua hari lagi, sebelah malamnya kami asyik melayan anak-anak bermain bunga api. Abang Adam sentiasa dengan cameranya merakam detik-detik indah bersama anak-anak dan keluarga dan yang paling kasihan Sophea yang takut dengar bunyi mercun dan melihat bunga api tapi nak join sama…api api kata Sophea…atut ejut…hai anak ibu cakap punyalah banyak tapi semuanya separuh siapalah yang ajar cakap pelat ni sayang…abang dulu tak pulak macam ni kata ibu sambil menggeletek puteri seorang dan derai ketawa Sophea adalah kebahagian buat ibu dan ayah yang kini ayah rakamkan.

Akhirnya Nur penat nak dukung Sophea sepanjang masa dan bila di turunkan Sophea bergantung di bajunya…atut ibu atut tapi masih menjengah dan bila Tok datang dan berdiri di sebelahnya mulalah Sophea bercerita…Tok api api…sambil jari menunjukan bunga api yang sedang di mainkan oleh abang dan kakak…atut tok atut, kata Sophea lagi. Iya cu bunga api jawab Tok. Cantik tak? Kenapa Phea takut? tanya Tok pula. Antik jawab Sophea sambil menganggukan kepalanya. Sophea tersenyum memandang Tok dan Tok ambil satu bunga api untuk di pasang dan Sophea dah mula nak melarikan diri…cucu Tok jangan takut ya…Tok pegang… Sophea tengok bunga api tu percik…cantikan? Tok bercerita dan bermain psycology pula dengan Sophea. Mula-mula memang Sophea merapatkan dirinya kepada Tok tapi apabila dah masuk bunga api yang ketiga Sophea tersenyum dan mula nak pegang. Cucu Tok pandai kata Tok lagi…mari Tok pegang tangan Sophea kita pegang sama-sama ok…yeah tepuk sorak abang kembar beri pada adik mereka, Sophea dah pandai main bunga api, senyum senggeh Sophea tidak berhenti dan asyik kata nak nak namun tidak lepas diri dari Tok. Nur pasti abang Adam tidak akan melepaskan peluang merakam semuanya.

Pop pop kata Sophea pula bila abang dan kakak berpindah ke kawasan yang bersimen sedikit untuk mula baling pop pop. Duduk dengan Tok buat Sophea berani bermain dan mula nak baling pop-pop sendiri. Eh apa ilmu Tok pakai ni? tanya ibu…elok saja Sophea main tak gentar dan takut pun. Dengan mata bulat dan senyum manis Sophea terus bermain bersama Amsyar dan Amin serta kakak. Sewaktu Nur turun tadi di lihat Aliya sibuk menyiapkan barang-barang untuk di bawa pulang dan mungkin menutup telinga bila mendengar keriuhan di luar ini tapi akhirnya Liya keluar juga kerana tak tahan mungkin mendengar anak-anak ketawa lalu nak join sama. Eh ini ibu dan Tok yang main bunga api bukan Phea yang main, tegur mak long. Api api kata Sophea…eee geramnya doll Nur dan Adam ni, jangan besar boleh tak? stay the way you are kata Aliya lagi. Keh keh Sophea ketawa macamlah dia tahu apa yang mak long cakapkan. Mana Adam dan Abang Aidil? Aliya bertanya kepada Nur. Ingatkan tadi ada dengan budak-budak ni sambung Aliya lagi. Tu kat sana tu kata Nur sambil menuding jarinya. Oii nak jadi budak-budak baliklah tu main meriam buluh Aliya berkata sambil bercekak pinggang dan dalam samar cahaya boleh nampak Aidil dan Adam berikan senyuman dan Nenek Ani serta Atuk pun sampai sewaktu cucu, anak dan menantu tengah seronok “berperang”. Haa…mari ini Ani kita “perang raya” malam ini, ajak Mak Jah. Hai Kak Jah dah main bunga api sama? tanya Mak Ani. Eh…kan akak dah ajak tadi, marilah kita “perang raya”, Kak Jah dah main banyak sebab temankan cucu comel ni. Ohh itu kisahnya, marilah bagi nenek satu…jom kita main sama. Jom kata Sophea pula dengan senyumnya.

*****

Malam makin larut tapi di kejauhan masih ada suara kanak-kanak kedengaran dan ada juga percikan bunga api yang kelihatan. Anak-anak di rumah ini telah lama di buai mimpi dan begitu juga dengan penghuni yang lain. Puas sudah di kenang, puas sudah di bayang namun tidak dapat di ingati zaman kanak-kanaknya bermain bunga api kerana sewaktu arwah nenek masih hidup pulang ke kampung hanyalah untuk melihat rumah pusaka sekali sekala kerana sejak ketiadaan atuk, nenek memang tinggal dengan mereka. Jangan Liya, nenek kata tak boleh tak boleh, tegas saja suara nenek menghalang untuk dia turun ke laman bermain bersama anak jiran sehingga pernah di rasa dan bertanya kenapalah hanya ummi seorang saja anak nenek dan kenapa juga dirinya tiada adik beradik. Sekarang melihat anak-anak membesar di kampung ini tidak ada apa yang kurang, malah mereka lebih riang berada di sini dari pulang ke rumah Tok dan Tok Wan di Kuala Lumpur. Walaupun punya kawasan untuk berlari namun tiada keriangan tanpa kawan-kawan untuk di kongsi bersama. Aliya kini menyedari kesedihan di hati anak perempuannya bila di beritahu akan pulang ke rumah Tok dan Tok Wan esok. Tiada Amsyar dan Amin juga Sophea di sana. Tiada meriam buluh yang kedengaran, hah Aliya melepaskan keluhan dan buat pertama kali merasa kasihan pada diri dan anak-anaknya.

Eh Liya, kenapa tak tidur lagi ni? Kenapa duduk di luar seorang diri? Liya tunggu abang Aidil balik? tanya Nur kehairanan juga kerana Liya keseorangan di situ.

Tak ada apa-apa Nur, Liya tak mengantuk dan tak mahu ganggu abang Aidil yang dah tidur, sambil mengesat sisa airmatanya.

Kenapa ni Liya? Apa yang tak kena? Cakaplah dengan Nur, jangan di simpan saja, rayu Nur dengan memegang bahu Aliya apabila di sedari yang Aliya menangis.

Lama Liya terdiam dan membiarkan Nur menunggu…entahlah Nur, tiba-tiba saja Liya rasa sedih mengenangkan esok Liya nak balik ke rumah Ummi dan sejak tadi Aliesya asyik pujuk Liya kenapa tak boleh beraya di sini. Tak semena-mena tahun ini Liya rasa berat dan kasihan pada Aliesya, kata Aliya dengan linangan airmata yang tidak boleh di bendung lagi.

Nur mendengar luahan hati Liya waktu itu dan lamalah juga mendiamkan diri untuk mencari kekuatan sendiri sebelum menenangkan Aliya ketika itu. Dahlah tu Liya, anak-anak biasalah menduga kita. Memanglah Aliesya tak nak balik ke rumah Tok dan Tok Wan kerana tiada siapa di sana cuma dia dan Ariff saja, lagipun Ariff tu masih kecil baru nak jalan manalah boleh nak di jadikan kawan, tak mungkin sama dengan Amsyar dan Amin.

Helaan nafas yang panjang Liya ambil sebelum menyambung kisahnya pada Nur. Liya tak pernah merasa seronok macam mereka, kehidupan Liya waktu kecil terlalu di kawal rapi oleh arwah nenek, rumah kampung ada tapi nenek hanya menjengok sekali sekala dan sehingga kini setelah nenek tiada Liya tak pernah lagi ke sana. Dulupun kalau balik boleh di bilang dengan jari kami bermalam di sana, nenek memang tinggal dengan kami dan rumah yang ada sekarang sudah banyak perubahannya dari dulu tapi itulah tempat Liya, yang Liya dengar hanya deru kenderaan Nur, dalam nada yang masih sendu Liya mencurahkan rasa hatinya. Dulu waktu mula-mula kawin memang Liya akui takut walaupun abang Aidil memahami dan memberi semangat dan perangsang pada Liya tapi Liya juga banyak menduga kesabarannya. Enam tahun telah berlalu dan baru kali ini Liya benar-benar terasa alangkah indahnya jadi macam Nur dan Adam, tak perlu berebut nak balik berhari raya dan pastinya anak-anak gembira.

Janganlah macam ni Liya, janganlah banding diri Liya dengan Adam dan Nur. Mungkin tentang hal balik berhari raya kami tidak punya masalah kerana sekampung dan satu jalan pula tapi masih banyak cabaran dan dugaan yang lain.

Cabaran dan dugaan yang lain memang sentiasa ada Nur, itu memang tidak lari dari kehidupan tapi ini tentang di mana kita menyambut raya dan makna berhari raya di mata dan hati anak-anak. Melalui anak-anak kini Liya dah mula terasa tentang menyambut raya. Mungkin bagi kita yang dewasa ini sama sahaja walau di manapun tapi anak-anak lain maknanya bagi mereka. Betullah orang berkata yang meriangkan suasana di hari raya adalah anak-anak.

Giliran Nur pula melepaskan keluhan. Tidak akan Nur sangkal pendapat Liya dan perasaan Liya itu kerana itu yang Nur rasakan sekarang, riang gembira anak-anak adalah riang ria buat kita juga dan suka duka kita akan menjadi suka duka anak-anak cuma mungkin tidak dapat di luahkan. Nur mengakui segala kata-kata Liya.

Terima kasih Nur kerana ringankan perasaan Liya tapi percayalah yang kali ini Liya benar-benar kasihan dengan Aliesya, memang kalau boleh Liya ubah biarlah saja kami berhari raya di sini sambil menggenggam tangan Nur.

Jangan di fikirkan sangat Liya, ada perkara kita boleh ubah dan ada perkara kita kena menerima walaupun perit dan pahit, kata Nur lagi dengan terselit kesayuan di hatinya bila melihat Aliya begitu, namun apakan daya tidak mungkin dirinya mengutarakan cadangan untuk meminta Datuk dan Datin ke mari kerana setahu Nur keluarga Aliya memang buat rumah terbuka di hari raya pertama.

Jomlah kita masuk, saran Nur. Lagi lama kita di sini lagi kenyang nyamuk yang ada sambil ketawa kecil. Liya juga turut ketawa walaupun Nur pasti yang hati dan perasaanya gundah kini kerana Aliesya.

*****

Dengan perlahan Nur membuka pintu bilik agar tidak mengejutkan Adam yang mungkin sudah lena di alam mimpi dan alangkah terperanjatnya Nur bila melihat Adam masih duduk di meja tulis dengan kertas yang bertaburan sampai atas katil pun ada. Sekilas pandang Nur nampak warna hijau dan pohon-pohon, ini sudah pasti projek itu sebenarnya telah bermula tanpa pengetahuannya.

Hi bang, tak tidur lagi? tegur Nur.

Hmm tak lagi Nur, tadi dah rasa mengantuk tapi sleeping partner lari pulak senggeh Adam dengan jawapannya.

Ishh abang ni masih lagi larat nak bergurau awal pagi begini tegur Nur dengan di masamkan muka.

Aii tiba-tiba saja masam muka tu kenapa? sebab tengok kertas bertabur? macamlah tak biasa kata Adam lagi. Dah selesai sessi mencurah perasaan? sambung Adam dengan soalannya.

Mana ada masam? jawab Nur sambil merapati Adam. Abang mengintip ya? tanya Nur pula.

Bukan mengintip sayang, tadikan Nur kata nak keluar ambil air dan tengok anak-anak di bilik mereka, lepas tu langsung tak muncul, jadi abang keluarlah cari isteri abang tiba-tiba terdengar pulak telenovela kat atas tangga, abang pusinglah balik, masuk bilik terus sambung kerja sebab mata dah terang, kata Adam macam orang bercerita serta dengan senyumannya.

Hehehe Nur ketawa kecil bila melihat reaksi Adam bila bercakap, ada-ada sajalah suami Nur ni lalu berdiri di belakang Adam dan merapatkan tubuhnya serta memeluk Adam dari belakang. Abang buat apa ni? Tak sabar-sabar ke nak mulakan project baru abang tu, kata Nur sambil menggoyangkan badan Adam ke depan dan belakang.

Ini nak manja ke nak cekik abang? tanya Adam sambil merenggangkan sedikit tangan Nur yang di rasakan terlalu ketat di lehernya lalu menyandarkan diri dan mendongak melihat wajah isteri kesayangan. Sorry sayang abang tak sempat nak discuss dengan Nur lagi. Dua hari sebelum kita balik ke sini tiba-tiba saja Datuk Hamzah telefon minta draf plan, abang jadi serba salah tapi Ridzwan dan Omar begitu excited dengan project ni jadi abang setuju saja dengan syarat mereka datang sini dan lihat tanah yang ada dan banyak mana yang hendak mereka guna sebagai tapak semaian. Sebab itulah abang nak siapkan apa yang patut dan bila Ridzwan dan Omar datang siang nanti kami akan bincang lebih detail lagi dan dah boleh submit proposal awal to Datuk Hamzah and I need your support and contribution lalu menarik tangan Nur dan membawanya ke pangkuan.

Sambil membelek kertas kerja yang ada dan memberi renungan manjanya, Nur berkata abang dah tahu yang you have my undivided support sambil memegang kedua belah pipi Adam and what kind of contribution yang abang nak dari Nur? Nur bertanya.

Your expertise on pohon-pohon rendang, jawab Adam. Lahh manalah Nur tahu tentang pohon rendang? Nur bukannya tanam pokok, kalau abang nak minta Nur buat pelan bangunan tiada masalah…ini pokok lagipun pohon rendang kita dah lama ada dan masih ada jawab Nur pura-pura tidak faham tentang kata-kata suaminya.

Abang gigit nanti baru tahu, kata Adam geram. Nur kan suka tanam pokok tentu Nur tahu sedikit sebanyak tentang tanah, kandungan air dan sebagainya…ah ah jangan nak tipu abang, abang tahu Nur belajar dan cari fakta perihal pokok yang Nur tanam di kawasan rumah kita, Adam menyambung ketika Nur cuba membantah. Ohh itu, kata Nur dengan senyuman. If that the case, abang dan Nur kena juga duduk berbincang, kata Nur lagi. Lay it out now my dear, kata Adam pula. My consultation fees, jadual kerja yang perlu di ubah dan juga kenaikkan gaji, kata Nur dengan serious, bukan manja walaupun niat asal untuk bergurau dengan suaminya. Ohh small matter, kata Adam, why don’t we do it now? Pandangan mereka bertemu…

Manja sungguh jeritan halus Nur di kesepian malam bila Adam memusingkan kerusi dan dirinya hampir terjatuh, dengan renungan tajam sang suami, segalanya bermula dengan bicara tanpa kata.

*****

Ayah…ayah jerit Amsyar dari luar. Uncle Ridzwan dan Uncle Omar dah sampai dan terus bersalaman dengan mereka.

Hello Amsyar, Amin seronok ya dah dapat balik kampung? tegur Ridzwan. Best tak? Dah main bunga api? tanya Ridzwan lagi.

Best, malam semalam dah main dah. Ayah ada meriam buluh uncle…kuat bunyinya, cerita Amin pula.

Oh ya ke? sahut Omar pula. Betul ni Amin? tanya Omar inginkan kepastian.

Betul uncle, semalam ayah dengan Pak Long dah main beria benar Amsyar dan Amin bercerita sehingga menarik minat Ridzwan dan Omar untuk bertanya lebih lanjut lagi tapi belum sempat bertanya Adam dan Nur dah muncul di hadapan mereka.

Assalammualaikom boss, tegur Omar.

Wa’alaikomsalam jawab Adam dan berjabat tangan dengan mereka.

Hi lady boss, tegur Omar. Sihat? Tanya Omar pula. Alhamdulillah sihat adanya. Omar dan Ridzwan bila nak balik kampung? Raya hanya empat hari saja lagi, tanya Nur. Hmm Nur, macamlah tak tahu yang I ni anak KL sejak di lahirkan, tak pernah kenal kampung, kata Rizdwan. Teringin juga orang ajak I ni balik kampung, sambung Ridzwan lagi. Dah secara kebetulan ada di sini, tinggallah saja hingga hari raya, nanti tiap-tiap malam boleh “perang raya” dengan boss, kata Nur mempelawa dan memberi pandangan sisi pada Adam yang di sebelahnya dengan hasrat nak menduga tahap cemburunya.

Tanpa membuang masa terus saja Adam berkata…dahlah tu jom kita pergi. Nur tak ikut sama, tanya Ridzwan pula. Tak perlulah, banyak kerja yang nak di buat di rumah jawab Nur pula. Have fun gentleman kata Nur secara bergurau lagi dengan senyuman di beri. Have fun? biar betul sayang kata Adam sambil mengetuk sedikit telinganya. Did I hear her right? tanya Adam lagi. Dah tu boss, jom kita pergi nanti rimau menerkam dan terus menggigit boss juga susah, shoru miss boss kata Omar dengan aksinya shoru missnya sekali dan di ikuti deraian ketawa dari mereka.

Abang pergi dulu kata Adam kepada Nur…ok jawab Nur dan bersalaman dengan Adam.

Bye, ayah jerit Amsyar dan Amin pula, sambil melambaikan tangan pada ayah mereka.

Bye. kata ayah, jangan nakal ok, hmm masuklah Amsyar, Amin hari dah mula panas ni kata ayah meninggalkan pesan pada anak kembarnya. Ok ayah jawab Amsyar dan Amin serentak.

Beria benar mereka dengan project yang di tawarkan dan Nur masih tidak dapat membayangkan sejak bila Adam teringin untuk membuat landscaping. Boleh ke suamiku buat? Bila dia belajar costing dan sebagainya? Seolah-olah perkara ini dah lama di dalam fikirannya tapi baru terluah hari ini, hah entah kenapa keluhan Nur lepaskan, mungkin mencari jawapan kepada pertanyaan yang sedang berputar di kotak fikirannya, namun apabila melihat keriangan di wajah Adam, Omar dan Ridzwan tadi, yang dapat Nur rumuskan inilah yang di idamkan. Berkatilah usaha suamiku dan rakan-rakannya Ya Allah, Nur bermohon.

Adam dah ke kebun Nur? tanya Mak Jah ketika Nur masuk ke dapur.

Dah mak, jawab Nur ringkas.

Ada project baru lagi? tanya Mak Jah lagi.

Alhamdulillah, jawab Nur tapi bukan reka bentuk bangunan kali ini mak, kali ini project hiasan laman, terang Nur. Tawaran abang Adam terima lebih kurang dua minggu lepas, rezeki di penghujung puasa mak, abang Adam tak mahu tolak kerana katanya memang di tunggu peluang ini, terang Nur pula.

Alhamdulillah, Mak Jah mengucapkan syukur. Semuga kamu berdua terus berjaya dan semuga rezeki yang di beri Allah dapat di kongsi bersama dengan orang-orang yang memerlukan.

Amin. Insha’Allah mak, sambut Nur dan akan Nur ingat pesanan mak tu sambil meneruskan kerjanya dan ternampak kelibat Aliya di tepi rumah dengan telefon bimbit. Serta merta Nur bersangka yang tentunya Aliya menalifon Datin. Nur pasti Aliya tidak tidur semalaman, matanya bengkak dan tidak bermaya pagi ni. Abang Aidil masih kerja dan mereka hanya akan pulang sebelah petang nanti.

Nur juga perasan yang mata ibu mertuanya melirik pada Aliya di luar dan hanya geleng-gelengkan kepala serta melepaskan keluhan. Mungkin ingin menolong tapi apakan daya kerana sejak pagi tadi Aliesya dah mula mendiamkan diri dan menambahkan kerisauan di hati Aliya. Nur juga mengeluh lalu berkata…Aliya dan abang Aidil kena tegas mak, tidak boleh di ikutkan kata budak yang baru berusia lima tahun, bimbang nanti terbiasa pula.

Mak tahu tu Nur tapi bukan hari ini saja Aliesya buat perangai dari awal lagi dah budak tu macam tu, asyik di tanya kenapa tidak boleh beraya di sini saja. Rumah Tok Wan boring kata Aliesya lagi. Makpun pelik budak besar tu dah pandai cakap boring tak boring…anak-anak zaman sekarang agaknya kata Mak Jah lagi. Silap-silap hari Aliesya pasti menduga ummi dan walidnya bila dia makin membesar, Mak Jah menambah.

Sebenarnya malam semalam Liya dah menangis seorang. Katanya kalau boleh di ubah keadaan akan di turutkan kata Aliesya bukan kerana menurut kehendak Aliesya sangat tapi terkenang zaman kanak-kanaknya dulu yang tidak seriang Aliesya sekarang, ada sepupu dan ramai kawan-kawan di sini, terang Nur pada ibu mertuanya.

Mak sayang cucu-cucu mak Nur tapi dalam hal-hal begini mak tak akan masuk campur biarlah mak ayah mereka selesaikan sendiri, kata Mak Jah tegas.

Masa kami berbual semalam terlintas juga di hati Nur nak kemukakan cadangan supaya Datuk dan Datin beraya di sini tapi tak terucap pula mak sebab kita semua tahu yang Datuk dan Datin memang buat rumah terbuka hari pertama raya, kata Nur pula.

Hmm tak usahlah Nur, tak elok pulak mak rasa untuk kita pandai-pandai cadangkan dan ubah rancangan orang lain. Raya bukannya sebulan lagi cuma tinggal empat hari saja lagi, tentu Datuk dan Datin dah ada perancangan tersendiri lagipun…hmm tak sempat Mak Jah nak teruskan kata kerana Aliya dah hampir dengannya.

Senyum pahit Liya lemparkan pada Nur dan ibu mertuanya. Pada pandangan Nur mata Liya terlalu bengkak dan masih berkaca, ummi dan walid kirim salam pada mak dan Nur. Wa’alaikomsalam jawab Mak Jah dan Nur serentak.
Mereka bertiga diam seketika lalu Mak Jah berkata…mak tidak berniat nak masuk campur urusan kamu sekeluarga, tapi kalau hal Aliesya yang buat kamu jadi macam ni mak rasa tak betul sebab sebagai ibu kita kena bertegas jangan di ikut kehendak anak dan kamu jadi macam orang hilang akal pula di buatnya, kata Mak Jah dengan tegas.

Bukan kerana Aliesya mak, jawab Liya.

Habis kalau bukan kerana Aliesya kerana apa pula? bertanya Mak Jah lagi. Ini bukannya raya pertama kamu sebagai isteri? Dari tahun pertama lagi mak dah dengar Adam, Nur, Liya dan Aidil buat perancangan tentang giliran raya. Memanglah keluarga Nur tidak jauh tapi kamu semua tidak mahu adanya tahun yang mak tinggal seorang saja di malam raya, betulkan? Mak Jah mengulangi cerita.

Mak, perlahan Liya bersuara. Selama Liya menjadi menantu mak tidak banyak yang kita cerita tentang latar belakang keluarga Liya dan Liya hargai segala tunjuk ajar yang mak berikan dan memberikan Liya kekuatan untuk meneruskan perjalanan hidup ini, Liya berkata dengan airmata yang mula bergenang.

Kenapa pulak ni Liya? selagi kita bernama manusia hidup ini penuh dengan cabaran. Susah, senang, kecil, besar cabaran tetap ada. Masa awal dulu mak sering fikir Liya tidak betah duduk di sini tapi lama kelamaan Liya tidak lagi berasa asing, dah jadi guru pula di sini, tapi tiba-tiba saja tahun ini Liya jadi macam ini mak rasa tak seronok jadinya, kata Mak Jah sambil mengurut-ngurut badan menantunya itu.

Memang dah terlambat mak kalau di ikutkan apa yang Liya rasa sekarang, memang Liya tidak mampu nak ubah detik jam dan waktu tapi kalau boleh Liya tidak mahu anak-anak menyesal juga suatu hari nanti seandainya tidak di beri peluang, kata Liya dengan linangan airmata.

Pusing sana pusing sini kita tetap bercakap dengan perangai Aliesya sejak awal puasa, mak tidak akan pujuk Aliesya untuk faham semua ini, Liya kena lakukan. Hidup Liya dahulu dan hidup Aliesya sekarang amat jauh berbeza tapi walau apapun Aliesya perlu di asuh untuk memahami tanggungjawab berkeluarga. Andaikata Liya dan Aidil ikut rentak Aliesya kali ini mak pasti akan di ulang lagi setiap kali Pak Su sekeluarga pulang bercuti. Liya dan Aidil dah cuba sebaik mungkin membahagikan masa untuk anak-anak berkenal mesra tapi ada juga masa kita tidak boleh ikut rentak mereka sahaja, panjang hujah Mak Jah pada menantunya.

Terima kasih mak, kata Liya lagi. Itu saja yang Liya dapat kata dalam sendu yang masih ada.

Sama-sama dan tidak pernah mak sangka kamu akan rasa begini. Agaknya itulah yang Adam asyik merenggek supaya Sophea ada adik-adik lagi macamlah Nur tu mesin buat bayi, gurau Mak Jah dan mereka sama-sama ketawa. Bagus juga tu beranaklah lagi biar ramai cucu mak walaupun anak dan menantu dua sahaja, senyum Mak Jah melirik lalu Nur menyampuk…Nur bukan tak mahu mak cuma tunggulah Sophea besar sikit. Iyalah Nur, mak faham dan mak sentiasa berdoa semuga Allah panjangkan usia mak, sihat tubuh badan untuk lihat adik Sophea pula nanti, tawa kecil kedengaran lagi di antara mereka. Dahlah tu, pergi rehat nampak Liya lesu sangat, biar mak dan Nur serta pembantu sediakan apa yang patut, mana budak-budak Nur? teringat Tok pada cucu-cucunya pula. Mereka semua ada di atas Tok jawab Sulis yang secara kebetulan baru turun dari atas. Sophea dah tidur ke Sulis? Nur bertanya. Sudah kak, baru saja jawab Sulis. Ok, terima kasih, kata Nur lagi.

*****

Berbuka puasa di malam itu memang seronok kerana rumah mak ramai tetamu, Omar dan Ridzwan tunggu sehingga waktu berbuka puasa kerana di halang oleh mak supaya tidak balik tadi, mak dan ayah ku juga ada, dan tidak ketinggalan Pak Mat dan Mak Leha. Abang Aidil dan Aliya telahpun pulang ke Kuala Lumpur jam tiga petang tadi. Omar dan Ridzwan pula asyik pancing cerita dari Amsyar dan Amin tentang meriam buluh abang Adam.

Sekali lagi mak mertuaku menghalang Omar dan Ridzwan yang hendak pulang selepas berbuka dan menunaikan solat maghrib. Makcik ternampak kamu berdua terlelap di kerusi lepas Asar tadi dan walaupun dah berbuka mesti masih penat, tidurlah sini sahaja, nanti makcik minta mereka siapkan tempat tidur. Dengan senyuman serta ucapan terima kasih, Ridzwan berkata tak perlulah makcik, kami dah segar ni lagipun perjalanan tak jauh mana, Insha’Allah semuanya akan berjalan lancar. Pakcik rasa kamu berdua terimalah cadangan makcik ni, kamu berdua letih, rehat dulu malam ini di sini dan boleh juga kita “perang raya” lepas pakcik terawih nanti, kata Pak Mat berjenaka. Tidur sajalah di sini, Omar, Ridzwan kata Adam…mak dan Pak Mat dah cakap macam tu tak sedap pulak hati I dengar. Hmm oklah boss, kami terima tapi betul ke malam ni boleh “perang raya”, tanya Omar dengan senggeh sambil di usap perutnya.

Meriam ada di sana, lampu dah memang sentiasa menyala, silakan wahai tamu berdua. I mengaku dah tak larat nak buka mata sebab tu awal-awal dah nak surrender, kalau duduk dan baring sure terlena, jawab Adam kepada soalan Omar tadi.

Ambooi panjangnya boss jawapan yang di beri, macam berpantun juga ada…tak kisahlah tu asalkan dapat di lepaskan gian yang ada untuk di ingat sejarah lama, balasan Omar beri. Hehehe deraian ketawa dari mereka mengiringi.

Di lawan penat dan letih yang ada abang Adam, Omar dan Ridzwan pergi ke surau untuk terawih dan sebaik saja selesai dari kejauhan dah dengar “perang raya”, dan tawa anak-anak kampung bermain bunya api dan mercun dan ada juga yang sudah menunggu abang Adam bermain meriamnya. Sedih hati ku bila mendengar suaranya tadi, kakak nak raya sini, kenapa ummi tak mahu raya sini? Suaranya mendayu-dayu dengan esak tangis, tanpa bentak ataupun menjerit dan itu yang menambah sayu di hatiku. Walaupun pernah melihat Aliesya buat perangai tapi belum pernah lagi macam ini sehingga membuatkan Liya lari kerana tidak mampu menahan airmata yang keluar, abang Aidil kehilangan kata-kata. Puas di pujuk oleh abang Aidil dan mungkin tidak sampai hati melihat cucu yang meratapt pilu, mak datang juga menghampiri dan menyapu airmata Aliesya yang turun berjurai-jurai.

Kakak anak yang baik, kakak balik beraya di rumah Tok dan Tok Wan dulu ya, lepas tu barulah kakak balik ke sini, pujuk Tok yang cuba sedaya-upaya untuk menahan airmata dari keluar. Dalam sendu yang ada, kakak nak raya dengan Tok kata Aliesya yang kini memaut erat leher Tok, dengan manja Tok mengusap belakang cucunya dan terus memujuk, kakak tetap raya dengan Tok cuma kakak balik rumah Tok dan Tok Wan saja dulu, dengan pelukan yang masih belum dapat di leraikan. Akhirnya dengan segala kekuatan yang ada mak mendukung Aliesya ke kereta dan meleraikan pelukan yang ada dengan paksaan, jangan tinggalkan kakak, Tok ikutlah kakak, jangan tinggalkan kakak, kakak nak raya dengan Tok…itulah raungan Aliesya. memaksa abang Aidil bergerak terus sebaik saja pintu kereta di tutup dan membuat mak terdiam seketika.

*****

Dua hari berlalu membuat diri terkenang setiap kali melihat anak-anak berlari dan bermain bunga api, setiap kali abang Adam mengajak Amsyar dan Amin memasang pelita, semuga Liya tabah menghadapi keadaan yang melanda. Mungkin tidak susah buat diriku tapi buat Liya ini amat menduga ketabahannya dan hati seorang ibu. Ibu…api api atut kata Sophea datang berlari mematikan lamunan ku di malam raya. Ehh kenapa Phea takut? tanya ibu. Hee Sophea senyum menunjukan barisan gigi putih nya. Amsyar dan Amin bermain bersama seorang dua anak jiran. Sedih datang lagi menyapa bila mengingatkan Aliesya. Dahlah tadi masa memasakpun bercerita tentang mereka dan yang paling sedih adalah umminya kerana bila bercakap dengan Aliya, masih tak hilang lagi rasa sedih yang melanda. Sabarlah Liya, esok dah nak raya tak elok pula nanti kalau Datin melihat Liya macam ni, aku cuba memujuk. Tidak banyak yang dapat Nur katakan selain bersabar dengan keadaan dan yang pasti Aliesya akan faham suatu hari nanti.

Nur duduk di tangga melepaskan lelah sebentar dengan merenung kepekatan malam setelah seharian menyiapkan masakan untuk esok dan baru saja lepas menyiapkan pakaian suami dan juga anak-anak. Abang Adam masih belum pulang, mungkin banyak rumah agaknya nak pergi untuk bertakbir malam ini dan dalam melayar angan teguran bergema di cuping telinga Nur.

Hmm di sini rupanya isteri abang…apa di buat termenung ni? Adam datang menyapa. Penat? tanya Adam lagi.

Taklah, jawab Nur manja.

Dah siap semua untuk esok? Adam tanya lagi apabila di lihat Nur hanya menjawab sepatah pertanyaannya tadi.

Sudah, itu saja jawapan yang Nur beri.

Mengambil tempat di belakang Nur dan membawa isteri kesayangan dalam rangkulan lalu terdiam seketika menikmati keindahan malam Syawal lalu mengambil jari jemari isteri kesayangan di apit erat dalam tangan…selamat hari raya…maaf zahir dan batin bisik Adam perlahan…halalkan segala tenaga sewaktu mengandung, melahirkan dan membesarkan zuriat kita…menjaga makan pakai abang, menguruskan perniagaan kita dan…kucupan Adam terima di tangan yang mengenggam mematikan segala kata…ketika mata bertemu tiada kata yang perlu di ucap…itulah bahagia yang di rasa…cinta yang luhur adalah segala…yang memberi Adam dan Nur sinar bahagia hari ini dan selamanya…tiada lafaz dan kata, takbir bergema tanda Syawal telah tiba, airmata menitis tanda gembira semuga di panjangkan usia untuk bertemu di Syawal tahun berikutnya. Kasih Adam dan Nur adalah selamanya.

Selamat Hari Raya…Maaf Zahir Batin dari sang pencerita untuk semua.

Owned and written by : Sanaa 06/09/10

One Response

  1. akak…….besssstttttnyaaaaaa….cita nih……bestnya jd Nur kan????sentiasa bahagia dan gembira di samping suami dan ank2…. mungkin balasan untuk Nur yg sabar dan redha dgn takdir Allah kan????? byknya hikmah yg tersembunyi disebalik ujian yg Dia beri…..moga ada byk lg kisah2 bahagia merpati 2 sejoli ni di lain hari….hehe😀

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: