• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • September 2010
    M T W T F S S
    « Aug   Oct »
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    27282930  
  • Archives

Projek Tani

Bayangan menjelma di awal pagi
Tentang projek hendak bertani
Ku angkat tangan tabik di beri
Projek berjalan matlamat tercapai kini

Kalau bertani tidak akan rugi
Cabaran dan dugaan mesti di harungi
Selagi ada manusia di muka bumi ini
Makanan kita perlu sehari-hari

Tentulah sibuk Uda dan Dara kini
Bidang lakonan dan pertanian yang di ceburi
Perbezaan yang jauh pasti menarik hati
Hasil tani keringat nampak di dahi

Sangkaan ku benar sekali
Uda merancang setiap langkah di cari
Pengalaman lalu benteng diri
Kebahagian keluarga sudahlah mesti

Hujan turun di dinihari
Perjalanan ramai tersangkut tadi
Seronoknya kalau jadi pak tani
Bangun pagi tiada jam di tempuhi

Usahawan muda di bidang tani
Langkah baik di sokong jutaan kali
Semuga berjaya dalam bidang ini
Uda dan Dara sama-sama meniti

Uda melawat kawasan Dara di tinggalkan
Kerana tidak mahu Dara comotkan badan
Dara bertanya Uda pertahankan
Dinda tunggu saja di sini menanti kepulangan

Kawasan becak di sana sini
Hujan turun hampir setiap hari
Andainya dinda jatuh tergelincir nanti
Kanda ada urutlah kaki

Senyum Uda melebar kini
Apa di senyum hingga nampak gigi
Hidung di cuit geram di hati
Ah pura-pura lupa apa yang di lalui

Dahi berkerut Dara memikir
Tidak henti senyuman di ukir
Wahai kanda…senyumanmu makin melebar
Membuat dinda rasa berdebar-debar

Aduhai dinda pujaan sukma
Terseliuh kaki kenangan bersama
Detik pertemuan menggamit rasa
Akan kanda simpan sampai bila-bila

Dara teringat apa yang di kata
Senyuman menguntum muka merah pula
Pipi di belai oleh sang teruna
Terima kasih kerana masih mengingatinya

Dara pula mendapat idea
Kenapa tidak di ulang sejarah lama
Marilah kita meniti bersama
Eh jangan dinda nak mengada-ngada

Rela ku sakit menanggung rindu
Dari melihat dinda sakit begitu
Lumpur dan pacat belum juga tentu
Tercalar sedikit tak hilang seminggu

Elahh…dinda tahan lasak kalau nak tahu
Panjat gunungpun dinda mampu
Itu dahulu wahai buah hati ku
Tidak kanda izin lagi dinda buat begitu

Hmm baiklah kalau begitu wahai kanda
Jangan nanti dinda di label pemalas pula
Di kata mengada-ngada dan manja
Duduk di rumah goyang kaki sahaja

Amboi amboi ke situ pula perginya
Tidak terfikir kanda yang dinda mengada-ngada
Hanya kerana tidak di bawa
Dinda nak geram tak semena-mena

Entah apa buat Uda ketawa
Dara geram jegilkan biji mata
Marilah dinda kalau nak ikut juga
Kita main lumpur dan conteng muka

Dah terlambat…Dara berkata
Alah alah kekasih ku merajuk pula
Dara menoleh tangan di tangkap Uda
Janganlah merajuk…tak kesian pada kanda

Muka kesian di tunjuk Uda
Pinggang di cekak I meant business…itulah Dara
Lagilah Uda bertambah suka
Melihat Dara naik angin tak terkira

Makin kuat Uda ketawa
Ketika Dara menunjuk garangnya
Amboii singa betina dah keluar taring pula
Pipi merah itu yang Uda suka

Kedua tangan di pegang Uda
Supaya Dara tidak lari ke mana-mana
Senyumlah wahai buah hati kanda
Tak cantik kalau asyik masam muka

Eee eee menahan geram tidak terperi
Uda masih menyenggeh tanda suka di hati
Eee eee di sebut sekali
Senyumlah dinda kanda tunggu ni

Nak di cubit tangan terikat kini
Nak lari juga tak boleh lagi
Akhirnya mulut di jadi ganti
Kanda jahat…jeritan Dara beri

Iyaaaaa…Uda menjawab senyuman di beri
Uda nakal ciuman hinggap di pipi
Lagilah Dara geram tambah sakit di hati
Tangan di pegang Dara tak dapat lari

Janganlah melawan sakit tangan nanti
Uda memujuk seolah tiada salah diri
Lepaslah kalau tujuan untuk di sakiti
Uda angkat tiupan di beri

Tak merahpun…kanda pegang sikit saja
Inilah masa nak menyakat…itulah agaknya kata Uda
Mata bertembung bersinar cahaya
Cinta terpancar boleh di agak semua

Mengalah tidak melawan tidak
Hanya berdiri tanpa bertindak
Jadi nak ikut boleh kita bergerak
Uda bertanya senyum serentak

Kan manis bila senyum begitu
Itulah dia pujaan hati ku
Jangan kanda menambah geram yang ada
Baiklah dinda kanda menurut kata

Pergilah mereka bersama-sama
Cerita di sana nantilah ku cari idea
Baik-baik ya Dara jangan tergelincir pula
Hari hujan becak berlumpur juga

Bahagia sungguh hati si Uda
Puas di usik Dara jelita
Macam mana nak di tinggal lama-lama
Walau sehari bergunung rasa

Jam hampir empat petang
Nanti kita sambung episode sembang-sembang
Melihat kolam ikan keli dan sembilang
Di usahakan oleh pasangan terbilang

Owned and written by : Sanaa 30/09/10

One Response

  1. terseliuh kaki, doctor ada…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: