• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • Archives

Rancangan

Salam dan selamat sejahtera buat teman semua
Open house hari raya masih banyak rupanya
Traffic jam di mana-mana
Aduhh penat sang pencerita tidak terkira

Sampai di rumah sang pencerita kepenatan
Namun uda dan dara dalam ingatan
Oleh kerana perutku yang kekenyangan
Carpet ku panggil untuk melawat kawasan

Pusing kiri pusing kanan masih tidak jumpa
Orang yang ku cari bersembunyi agaknya
Vroom Vroom bunyi motor dan juga kereta
Tapi tidak sang pencerita kenal siapa mereka

Jauh carpet bawa sang pencerita terbang
Dari pekan Ampang hinggalah ke Subang
Pusing balik masih tidak nampak bayang
Adik dan abang dah mula main wayang

Carpet berhenti diri ku haus pula
Beli air di Nan Corner Ampang Jaya
Memanglah kamu gila wahai sang pencerita
Orang lain bercinta kamu sibuk tak tentu hala

Ishh diamlah carpet…ganggu konsentrasi ku sahaja
Boleh tak diri ku tahu apa faedahnya…carpet bertanya
Sang pencerita kata doa sudah di beri pada mereka
Kenapa masih tidak percaya pada Yang Maha Kuasa

Bukannya diriku tidak percaya
Melihat mereka berdua hatiku ceria
Lagipun nak menulis mesti lihat mereka
Supaya pembaca senyum dan anggau juga

Ushh ushh untung sungguh Uda dan Dara
Ada orang seperti kamu yang asyik bercerita
Doa di minta tidak pernah lupa
Bilalah agaknya dapat berjumpa mereka?

Jomlah carpet kita teruskan misi
Ingin ku cari rancangan Uda hari ini
Nak ku skodeng apa hadiah untuk harijadi
Carpet gerenti cincin tanda yang di beri

Dengar ini kata bidalan

Kalau tuan bergelang kaki
Biar hamba bergelang tangan
Kalau tuan sujud di kaki
Biar hamba genggam di tangan

Ewah ewah carpet…pandai sungguh berkata-kata
Dengar pula hamba menjawabnya

Rumah kecil di pagar nenas
Ular lidi mati tersangkut
Bukan hati memandang emas
Budi yang baik hati terpaut

Sshhh carpet berpusing ke arah utara
Pabila melihat bayangnya Uda
Kenapa seorang tidak berdua
Eh eh datangnya pula nak berjumpa siapa

Dalam kedai tak nampak pula
Invisible mode sang pencerita guna
Duduk di sebelah Uda dan entah siapa
Mendengar perbualan di catit juga

Uda : Kertas di hulur pada pemuda. Ini rancangan untuk 25th October, tolong arrange dan beri aku berapa budgetnya.

Pemuda : Garu kepala melihat kertas di hadapannya. Oii kawan ini berapa banyak bunga ros kau perlukan. Nak borong di Petaling Street atau koyak poket dek belanja sakan. Baik kau beli cincin, tunang sajakan?

Uda : Nasib baik tidak tersedak air yang di sedut. Sejak bila kau tak tahu baca. Aku tulis birthday suprise untuknya apa yang kau cakap tunang pula. Aku dengan dia tak ada tunang-tunang punya. Dia bagi greenlight kami nikah terus adanya.

Pemuda : Hahaha ketawa dengan gembira sekali. Terrorlah kau ni, orang lain bercinta dapat coverage sini sana, kau senyap tapi orang speku juga, aku baca happy sentiasa kadang-kadang senyum sampai ke telinga.

Uda : Tersenyum memandang si pemuda. Ohh kau pun sama rupanya, sibuk membaca ruang gossip dari orang yang tak ada kerja, asyik mengumpat dan mengata tanpa berfikir perasaan aku dan Dara. Nada sedih terkeluar juga dari mulut Uda.

Pemuda : Hmm janganlah kau hiraukan, kata orang memang tiada sempadan, asalkan ada kejujuran dan kepercayaan, semuga selamat di hindar dari segala tohmahan. Berbalik kepada rancangan, pemuda mengingatkan.

Uda : Surprise party yang aku rancang, hadiah masih belum aku fikirkan, aku ingin kau beri pandangan, divert her attention hingga waktu malam.

Pemuda : Kali ni hampir tersedak juga. Hah, divert her attention yang macam mana? Kau tak mahu berjumpa dengannya? Apa kau ingat Dara tu patung bernyawa, suka hati kau nak buat apa.

Sang Pencerita hampir ketawa
Terlanggar sedikit bahu Uda
Ehh apa yang jatuh? Uda bertanya
Sambil mendongak menengok merata

Uda : Ada aku siku kau nanti, apalah singkat sangat imaginary kau hari ini, aku boleh gila kalau tak berjumpa sehari, ini kan pula pada harijadi.

Lagi sekali sang pencerita terlanggar Uda
Dah nak marah tak jadi pula
Mengingatkan diri ramai orang di sana
Issh itu saja yang di tutur Uda

Dalam hati sang pencerita berkata
Cepatlah selesai dah penat adanya
Siapa pemuda yang kau hire
Cakap sekali di pusing merata

Pemuda : Hari ini aku pening kepala, tadi tidur kau kejut kata emergency nak jumpa, panic aku di buatnya nasib baik tak langgar pokok sena.

Uda : Hahaha ketawa tak geli di buatnya. Maafkan aku wahai kawan, hari ini aku tengok tv rasa keseorangan, sebab rancangan belum di finalisekan, hati risau nanti hajat tak kesampaian.

Pemuda : Ok ok maafmu aku terima. Sebenarnya aku faham apa yang kau minta, cuma nak tanya besar mana bentuk hati dengan bunga, nak di letak apa dalam sana, cincin atau hadiah yang bagaimana.

Uda : Entah kenapa kepala di garu pula. Hadiah masih aku fikir nak bagi apa, benda kecil yang amat bermakna, akan kami simpan buat selama-lamanya. Ok dahlah dulu kita sambung bila nak dekat waktu, itu saja aku nak beritahu supaya kau tulis dalam diari dan aku tak termanggu.

Dah penat aku menunggu
Hanya cakap cakap butir tak tahu
Nak baca tulisan bercelaru
Patutlah pemuda itu kepala di garu

Pemuda : Huh romantik sungguh kawan aku, bunga ros nak di susun dalam dulang, bentuk hati pula yang di inginkan, hadiah kecil tapi boleh di simpan. Tempat di rancang Mandarin Oriental bukan sembarangan…kalau aku jahat lapur pada wartawan mesti dapat duit juta jutaan.

Ishh ishh jangan begitu wahai pemuda
Kamu adalah orang yang Uda percaya
Jangan kerana duit kamu gelap mata
Hilang kawan duit tak jadi apa

Hmm betul tu…siapakah kamu wahai suara
Tak kisahlah…aku tidak akan terpedaya
Doa tidak putus-putus aku minta
Semuga Uda dan Dara selamat sentiasa

Kita tunggulah rancangan Uda selepas ini
Teori sang pencerita sahih di beri
Pasti heboh satu Malaya nanti
Terkebil-kebil pada siapa yang ada hasad dengki

Itulah cerita kita di hari ini
Tidak lawak dan juga geli hati
Clue sudah sang pencerita beri
Bertindaklah untuk mencari pasti

Selamat malam semua di sini
Janganlah jemu singgahlah lagi
Selagi sihat tubuh dan mindaku ini
Pasangan sejati pasti ada berita terkini

Owned and written by : Sanaa 03/10/10

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: