• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • Archives

Pagi Raya

Di pagi raya Nur di usik manja
Sakit kepala dan tidak tentu rasa
Mungkin kerana food poisoning juga
Ibu mertua kata perkara yang sama

Masuk angin Sulis berkata
Adam minta kopi, Mak Jah kata mengada-ngada
Kopinya bang, Nur hulur dengan mesra
Terima kasih sayang, Adam kata

Kali ketiga Sophea menyambut raya
Tahun pertama hanya 3 minggu berusia
Nur bersalin di bulan puasa
Itulah kenangan di platform TV3

Warna biru pilihan keluarga
Mak Jah terasa sayu bila hanya Adam bersama
Walaupun ini sudah biasa
Berselang seli masih ada terasa

Hmm apa nak buat anak hanya dua
Nasib baik cucu Mak Jah ramai juga
Aidil ada dua, Adam ada tiga
Tiga lelaki dua perempuan lima kesemua

Doa di minta dalam hati
Semuga rezeki di beri cucu lagi
Hanya Adam yang di dengari
Ingin menambah seorang lagi

Senyum Mak Jah di pagi raya
Menatap gambar suami yang lama tiada
Alhamdulillah walaupun tidak lagi ada bersama
Harta yang di tinggal bahagia di rasa

Ahli keluarga bersolat raya
Tinggal Nur dengan Sophea sahaja
Ibu ibu panggil si manja
Saya sayang, ibu jawab dengan mesra

Senyum Sophea comel sekali
Buah hati Adam dan Nur si cilik ini
Makin hari makinlah naughty
Ibu risau Sophea makan banyak sekali

Sophea nak apa, ibu bertanya
Ayut ayut Sophea menunjuk kasutnya
Ibu risau dan geleng kepala
Wahai anak kenapalah pelat pula

Heeee Sophea senyum nampak gigi
Di hulurkan tangan nak ketupat lagi
Cukuplah sayang tunggu ayah dan abang balik nanti
Kita makan dengan Tok sekali

Sophea terdiam seolah berfikir
Di pusing badan terus berundur
Kuih di meja pula sedang di atur
Eh eh jangan sayang nanti pecah habis berterabur

Sekejap lagi ayah pulang
Bersama Tok dan juga abang
Kita duduk makan dan bersembang
Tunggu juga tetamu datang

Naa nak jawapan yang Sophea beri
Apa yang naa nak tanya ibu pula lagi
Hee hee Sophea ketawa geli hati
Ibu menggeletek si buah hati

Si comel menarik tangan ibu
Ayut ayut sudah berdiri di hadapan pintu
Mengajak ibu bermain di situ
Sekejap saja lagi tidak boleh dahulu

Janganlah main dahulu
Nanti kotor pula tangan dan baju
Ibu memujuk Sophea mengadu
Tidak boleh…itu saja kata ibu

Memandang ibu minta jawapan di beri
Ayah, abang dan Tok belum balik lagi
Kita tunggu…Sophea janganlah naughty
Alhamdulillah abang sampai, ibu senang hati

Salam abang beri, Sophea senyum nampak gigi
Abang…Sophea menunjuk tepuk di beri
Eh tak tukar baju raya lagi
Ayah menegur…tangan di hulur minta dukung kini

Jom kita tukar baju
Ayah mengajak mesti Sophea mahu
Please basuh tangan dan muka dahulu
Itulah arahan dari ibu

Baiklah puan…saya menurut perintah
Jawab ayah…oh no no Sophea yang melatah
Eee pipi tembam nak saja ibu ratah
Lari…dinasour datang itu kata ayah

Sayang abang dah ok dah
Adam bertanya agak gundah
Di lihat muka yang masih lemah
Pipi di belai supaya merah

Hmm…Alhamdulillah
Jawapan ibu beri hilanglah gundah
Don’t exert yourself…itu pesan ayah
Rehat dulu kak…Sulis menambah

Baju kurung cantik sekali
Sophea pakai di hari ini
Di tayang Sophea pada Tok kini
Antik Tok…Sophea datang merapati

Oh ya cu…cantik sungguh baju Sophea
Ibu…jari menunjuk mengatakan sesuatu
Pandainya cucu Tok…baju sama dengan ibu
Nanti kita salam raya…cucu Tok jangan nakal pula.

Nur ke bilik mengambil baju
Duit raya juga untuk dua pembantu
Adam mengekori ingin berkata sesuatu
Sekejap Nur, abang nak cakap dulu

Wajah di renung pipi di pegang
Dahi di kucup penuh kasih dan sayang
Selamat Hari Raya…sayang abang
Ucapan Nur sambut…airmata bergenang

Sudah bertahun menyambut raya
Adam pasti ingin saat bersama
Tiada siapa di antara mereka
Ketika ucapan dan maaf Adam minta

Airmata menitis di pagi raya
Itulah bahagia yang Nur rasa
Diri di hargai di belai manja
Kasih sayang mengukuhkan mereka

Ampun dan maaf Adam minta
Pada Nur isteri tercinta
Minta di halalkan hubungan berdua
Segala tenaga menjaga rumahtangga

Nur mohon ampun dari suami tercinta
Segala kekasaran semasa bersama
Jari menutup menghalang berkata
Adam sering kata…Nur tidak bersalah padanya

Airmata di sapu senyuman di beri
Kucupan kasih Nur terima lagi
Bahagianya Nur sehari-hari
Kasih di terima sebagai ibu dan isteri

Anak-anak menunggu di pagi raya
Saat begitu Adam mahu juga
Nur tahu tidak di ubah walau anak dah tiga
Walaupun sesaat cukup Adam merasa

Kini giliran untuk bersama
Anak-anak dan ibu mertua
Bersalam raya maaf jua di pinta
Salah dan silap mohon di maafi jua

Ampunkan Nur…itulah ucapan
Halalkan makan dan minum tidak di lupakan
Menantu kesayangan mohon kemaafan
Airmata bergenang tidak mampu di tahan

Eloklah…tambahlah anak lagi
Mak Jah bergurau dengan Nur kini
Nur ketawa bukan maaf yang di beri
Tak ada salah menantu mak yang seorang ini

Tutur Mak Jah buat semua geli hati
Mak Jah tahu segala isi hati
Kalaulah dulu Nur meninggal pergi
Mungkin Adam tidak merasa bahagia ini

Walaupun ini adalah tradisi
Yang di buat oleh semua di sini
Kalau boleh Mak Jah tidak mahu lagi
Airmata menitis di pagi Syawal ini

Doa di baca tanda rahmat di syukuri
Melihat Adam Mak Jah sayu di hati
Terbayang pula pada sang suami
Yang dah lama meninggalkan keluarga ini

Ayah pergi tanpa melihat Adam di kasihi
Merubah diri dan bahagia Nur di sisi
Dugaan dan cabaran mereka harungi
Nikmat kasih suami isteri

Itulah coretan di pagi raya
Sepintas lalu Mak Jah dan keluarga
Tahun ini hanya Adam bersama
Ada umur dan rezeki tahun depan berjumpa pula

Short story sedang di fikir kini
Kisah raya Adam dan keluarga di tahun ini
Princess ayah pasti happy
Duit raya nak di kumpul sendiri

Sekian dahulu di awal pagi
Kisah Adam dan Nur bersambung lagi
Waduh banyak sungguh sambungan yang menanti
Ku perah otak mengisi blog ini

Owned and written by : Sanaa 04/10/10

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: