• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • Archives

Seloka Di Pagi Hari

Menyimpan hasrat setahun lama
Kini Uda mampu tersenyum adanya
Hendak ketawa dan sedih bersama
Kecewa derita kasih sayang mengubat luka

Dara di puja sepanjang masa
Hanya di rapati bila bersedia
Terima kasih yang tidak terhingga
Ucapan Dara pada Uda

Sms di kirim tanda bahagia
Terima kasih kanda ucap si Dara
Kerana waktu indah kita bersama
Mekar dan abadi di dalam jiwa

Sms di jawab dengan gembira
Bibir mengukir senyuman sentiasa
Sama-sama kasih wahai adinda
Malam nanti kita jumpa ya!!!

Seharian semalam tidak bersua
Rindu hatiku tidak terkira
Nasib baik masih waras tidak gila
Ilmu apa yang telah dinda guna

Balasan Dara beri indah bunyinya

Pisang emas masak sebiji
Mari di makan si burung nuri
Hati yang kasih itulah serapah jampi
Kepada kekanda yang adinda kasihi

Woah melompat Uda tidak terperi
Mencari kata membalas kini
Aduhai adinda lemah lutut ini
Menekan huruf terketar jari

Jawapan Uda beri penuh makna

Anak ikan berenang-renang
Mati se ekor di sambar helang
Jampi di beri tak mungkin hilang
Hati di tambat oleh adinda seorang

Dara membaca gembira di hati
Kasih mekar cinta bersemi
Segala cabaran tetap di harungi
Demi kasih yang tersimpan di hati

Terdiam sebentar tiada jawapan
Uda menunggu dalam debaran
Ke manakah pergi kekasih pujaan
Duduk termenung melayan perasaan

Tit tit telefon berbunyi mesti sms lagi
Uda membaca senyuman meniti
Kata-kata Dara pasti mencuit hati
Membuat Uda hampir ketawa kini

Anak ikan berenang-renang
Mati se ekor tercekik tulang
Betul kah yang mengikat adinda seorang
Yang mengejar kenapa tak di bilang

Berbalas pantun pula mereka

Apalah gunanya kanda membilang
Cahaya adinda beri terang benderang
Tidak akan kanda kira yang berkejar-kejaran
Buat penat kanda juga yang kelelahan

Pantas sungguh jawapan di beri
Dara mencari idea pula kini
Yang terfikir di dalam hati
Kalau dah lelah kenapa nak berlari

Sejak bila lelah menyerang diri
Jangan di biar pergilah ubati
Andai kanda tiada di sisi
Sepantas kilat dinda cari pengganti

Remuk redam rasa di hati
Begitu mudah dinda cari pengganti
Di manakah letak segala sumpah dan janji
Kanda tidak langsung di kenang lagi

Kenangan tetap indah di sanubari
Pengganti juga adinda cari
Hmm masakan nak duduk seorang diri
Kanda dah pergi di layan oleh bidadari

Hahaha ketawa Uda jawapan di beri
Wahai adinda kaulah penawar di hati
Resah yang ada hilanglah kini
Janji please, kita jumpa malam nanti

Apa yang di resah di dalam hati
Tidak di kabar sejak tadi
Sudah pandai kiranya tidak berkongsi
Masih ingin berbuat janji

Kerana itu kanda mahu bertemu
Untuk di lerai resah hatiku
Hanya diri mu sahaja yang tahu
Gelodak perasaan yang melanda kalbu

Kabarnya Tun Teja anak Bengala
Cantik rupawan ternama pula
Usahlah risau…biarlah orang berkata
Jangan pula kanda gundah gulana

Makan sirih di dalam puan
Di makan oleh gadis rupawan
Hanya diri mu kasih tersimpan
Gundah hati ku dek dirimu pujaan

Ku semai benih di tepi kali
Di makan pula si ikan keli
Gundah apa yang bersarang di hati
Hingga diri ku di sebut tadi

Pucuk paku di dalam paya
Mari di petik si ayu jelita
Sudah seharian tidak bersua
Orang berkata dinda punya rencana

Tun Fatimah wanita perkasa
Nama di julang sejarah lama
Rencana dinda bersama kanda
Kenapa adanya sangsi bertahta?

Makan sirih berpinang tidak
Bukan sangsi yang mula bertapak
Hasutan orang kini bergocak
Bimbang dinda di rasuk pulak

Bagai nabi kasihkan umat
Kasih dinda amatlah kuat
Usah kanda risau tidak bertempat
Dinda punya tangkal azimat

Gusar hati ku mendengarkan
Tangkal azimat apa yang di gunakan
Sejak bila tangkal jadi pilihan
Bukan qalam Allah yang dinda gunakan

Hehehe wahai kekanda yang dinda kasihi
Penat sudah jari menaip sejak tadi
Qalam Allah tangkal mujarab sekali
Itulah pegangan dinda sehari-hari

Akhirnya Uda mengalah diri
Jari dah penat suara manja ingin di dengari
Code di dail telefon berbunyi
Hello Dara terus saja lemah dan longlai di kaki

Hello kata Dara sekali lagi
Hai dinda sorry..tadi tersadung kaki
Jealous pula kerusi ni
Nak bercakap tidak pula di beri

Hmm mata tak nampak di salahkan kerusi
Kalau batu tentu berdarah tadi
Tak berdarah sakit juga di rasai
Nantilah dinda hembus dan ubati

Hehehe untungnya ada si buah hati
Terlanggar kerusi nak di hembus nanti
Jangan pula nak berangan seorang diri
Nanti dinda tambah dengan gigitan di beri

Kanda menerima dengan rela hati
Gigitan berkesan sudahlah pasti
Dara pujaan tidak akan lari
Kerana darahku di inginkan setiap hari

Hehh kanda melalut juga lagi
Hahaha Uda ketawa dengan jenaka sendiri
I love you wahai kekasih hati
Ucap Uda tanpa teragak-agak lagi

Hmm I know you love me tak terperi
Cakap saja tapi tiada isi
Nak ku beri isi dinda menolak tadi
Sekarang di tuduh pula kanda tak beri

Mereka ketawa indah berbunyi
Oklah dinda I’ll see you malam nanti
Akan ku tunggu kehadiran mu idaman hati
Tapi janji…pandu nanti berhati-hati

Terima kasih dengan pesanan
Flying kiss di beri mesra berpanjangan
Diterima pula dengan kebahagian
Bye bye nanti malam bersambung-sambungan

Seloka Uda dan Dara di pagi hari
Ilham sang pencerita kerana gembira di hati
Dengar kabar tanam ubi dah berisi
Akan di tuai bila ibu pulang nanti

Biarlah diriku senyum sendiri
Asalkan ia positive energy
Untuk melihat bahtera di layar nanti
Termaktub kasih cjoli moi

Cerita akan bersambung lagi
Andainya sudi singgahlah nanti
Kueh makmur boleh di order untuk Raya Haji
Bertuah sungguh dapat menantu tahun ini

Owned and written by : Sanaa 04/10/10

One Response

  1. Love is on air…………….
    Teringat Novel Romantika di’amour ketika eranya…
    Mills & Boon…

    Dan ini walaupun cuma Romantic Fiction by Sang Pencerita, ideanya tetap red kagumi juga….Y2K…era Remy & Tiz pulak…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: