• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • Archives

Adik dan Abang

Selamat Pagi kepada yang singgah di sini
Harapnya dah sarapan dan hapi
Tugas Sang Pencerita teruskan lagi
Menjejak cinta hakiki

Alhamdulillah hatiku berbunga lagi
Menerima kabaran dari teman-teman di sini
Senyum tak lepas sejak tadi
Hai apa pula serapah jampi

Izinkan sang pencerita bertanya
Cjoli moli caj aura banyak mana
Setahun berlalu NKTM belum bermula
Cerita di dengar senyum hingga ke telinga

Adik dan abang tentunya manja
Bayangkan saja Nur dan Adam bersama
Spin off sang pencerita ada juga anggaunya
Cjolimoli tak mahu baca?

Semalam ku skodeng hingga dinihari
Mata mengantuk kerja banyak lagi
Wahai abang dan adik berilah bukti
Pada kami yang menanti di sini

Sang Pencerita tak perlu bukti
Hari-hari di intip kamu berdua ini
Namun pertanyaan banyak di beri
Dah tak tahu yang mana ilusi

Semalam mereka bertemu hingga ke pagi
Buka email lapuran di beri
Mataku segar asyik memerhati
Senyum abang dan adik yang serasi

Aduhh nasib baik jantung kuat lagi
Mahu pengsan ku melihat mereka ini
Tatap menatap sudahlah pasti
Bergurau pula ketawa adik punyalah seksi

Abang memandang asyik sekali
Tak lepas seminit takut hilang nanti
Adik bergurau abang ketawa kini
Semua gambaran ku simpan di hati

Baju merah masih bercerita
Senyum berdua nampak nyata
Dulu nujum Pak Belalang pernah berkata
Andai tak nampak mati esoknya

Cemburu abang nampak ketara
Pabila adik di lihat oleh semua
Senyum di beri dengan tanda
Pandang saja..dirinya aku yang punya

Wahhh abang dah letak cap mohor ke?
Ada seorang perawan datang bertanya
Boleh minta autograph tak adik manja
Nasib baik ramai orang kalau tak kena buku lima

Helo helo nama dia Dara
Bukan adik manja
Dah dapat autograph masih tunggu apa
Nak rakam senyum adik supaya tidur lena

Abang abang janganlah marah pada kami
Si dia pun cemburu ada dalam hati
Di sana tu semua asyik memerhati
Abang ni tak pandai main phycology

Ewah cakap banyak pulak lagi
Sekali ku lesing melayang gigi
Eh jangan bang, nanti polis mari
Habislah kami shoru miss nanti

Sudahlah tu kanda…jangan di layan mereka
Jenaka budak-budak tidak ke mana
Biarlah kami perasan jadi abang sementara
Eh eh jangan…tolonglah pergi duduk di sana

Alahhh bolehlah adik yang manja
Mata abang dah bulat merah menyala
Kalau kena dengan buku lima
Jangan kata kakak tak halang pula

Baiklah kami undur dengan rela
Tapi nak tanya…kad jemputan bila nak ada
NKTM lambat lagi dik…beli saja tiket jemputan preview saja
Alahhh abang ni pura-pura tak tahu pula

Hehehe Dara tak dapat nak tahan ketawa
Nakal sungguh adik-adik di sisinya
Sudahlah tu dik, jangan di usik nanti menyinga
Lahh kak, ingatkan abang sporting, tak marah punya

Abang memang sporting, Dara berkata
Lama benar, marah naiklah juga
Cukuplah tu tadi kata autograph saja
Dah kakak tandatangani untuk semua

Kak…kak kami mewakilkan orang di sana
Nak ambil gambar dengan abang juga
Hmm Dara tersenyum pada mereka
Tanyalah abang kalau kalau nak menerima

Kakaklah pujuk pasti abang cair
Oh oh silap tu dik…abang keras walau di curah air
Kalau adik nak tanyalah sendiri
Ya atau tidak terimalah dengan senang hati

Senyuman di beri oleh adik-adik tadi
Memandang abang muka terus pucat lesi
Aaa…aaa boleh tak bang ambil gambar dengan kami
Abang pandang adik senyum bertukar ganti

Kenapa abang pandang kakak?
Pertanyaan kami buat kerana berkehendak
Itulah dik…belajar dulu masak-masak
Baru boleh dengar nasihat kakak

Adik-adik menggaru kepala
Tak faham kami apa yang abang kata
Oklah dik…marilah kita bergambar sama
Nanti adik report kat wartawan abang juga yang kena

Eh eh tak bang…kami janji tak report kat sesiapa
Tapi lain kali kami panggil jurukamera
Curi gambar abang dan kakak berdua
Sedang ketawa dan main mata

Apalah bodoh sangat kau ni
Nak melawak kat abang silap hari
Baru sekejap green light di beri
Ini dah di takutkan dengan camera curi

Camera ni mak aku yang beli
Eh sudahlah dik jangan bertengkar lagi
Nak ambil gambar tak? abang dan kakak nak balik dah ni
Esok-esok kami tak datang lagi kat sini

Nak bang nak…janganlah lari
Kawan saya ni teruja sangat hingga gagap tadi
Tiada wartawan dan gossip di beri
Nanti saya tulis dalam blog sendiri

Sejak bilakah sang pencerita jadi lelaki
Itulah bestnya bila berangan dan berilusi
Tulis saja ikut kemahuan hati
Janji happy macam adik hari ini

Hahaha sang pencerita menulis kabaran di beri
Andai di tanya nanti ku cabut lari
Kawan-kawan ku jaga dengan rapi
Supaya tidak di serbu nanti

Oklah dulu sampai di sini
Sebentar lagi nak melihat projek tani
Atau berangan di Jonker Street malam nanti
Tinggallah komen supaya dapat ku perbaiki

Jam sudahpun tengahari
Ada yang keluar makan…jangan makan maggi
Makanan seimbang diet di jaga rapi
Supaya badan sihat minda jalan selari

Bye bye sehingga berjumpa lagi

Owned and written by : Sanaa 05/10/10

One Response

  1. salam sanaa….dah makan…semakin hari semakin hangat ..uda n dara yg disayangi kite…senyum meleret sampai ketelinga….kalau lah akak boleh share gambar mrk berdua…alangkah gembira ..x boleh tidur lena agaknya ..cam sanaa…asyik terbayang mrk berdua….akak menunggu sanaa…laporan yg terkini…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: