Pantun berasal dari Melaka
Dondang Sayang Baba dan Nyonya
Cerita adik dan abang setahun lama
Bermacam gelaran sang pencerita guna
Andainya Hang Jebat di kata menderhaka
Hang Tuah pula menyimpan rasa
Walaupun ada hati pada puteri raja
Di pendamkan sahaja kerana dirinya orang biasa
Adik dan abang mesti bersua
Melepas rindu yang sudah bertakhta
Wahai dinda permata hati kanda
Adakah sakit menanggung rasa?
Anak beruk di kayu rendang
Angin bertiup pohon bergoyang
Andainya dinda menanggung rasa
Kenapa kanda bagai nak gila?
Budak-budak bermain rakit
Rakit di main turun ke muara
Adik dan abang asyik sakit-sakit
Dek kerana rindu menanggung rasa
Abang merenung adik penuh manja
Bagai di belai dengan matanya
Tertunduk adik malu terasa
Merah di pipi itulah tanda
Banyak sungguh adegan di malam ini
Tidak bergerak mata berfungsi
Aduhai kenalah sang pencerita buka dictionary
Untuk mencari tafsiran dalam ilusi
Hinggap se ekor si burung merak
Lehernya panjang bersuara serak
Pandangan kanda tidak bergerak
Apa di fikir sehingga tersentak?
Wajahnya dinda menawan kalbu
Hilang sehari timbullah rindu
Kenapa masih dinda asyik meragu
Perit hatiku tiada siapa yang tahu
Tampan segak anak Melayu
Dirimu saja idaman kalbu
Hatiku merintih menanggung rindu
Bukankah begitu wahai kandaku?
Budak-budak bermain kotak
Mari di main bersama Pak Andak
Telahpun tahu hati ini berkocak
Kenapa masih di buat tak nampak
Suluh pelita di malam hari
Gelap suasana tiada bulan menyinari
Kasih telah lama ku beri
Rindu pula tanggunglah sendiri
Tawa berdua sungguh manja
Nak ambil order menengok mereka
Pura-pura tak nampak pelayan depan mata
Bermain mata sehingga terlupa
Di betul suara menyedarkan mereka
Sang Pencerita senyum tidak terkira
Bila abang betulkan duduknya
Yang hampir jatuh merenung adik manja
Masih tidak berkelip mata
Pesanan di beri oleh si Dara
Amboi tahu saja Uda nak makan apa
Tidak perlu di tanya terus di order
Untungnya diri tiada siapa yang mengetahui
Mengintai mereka sepanjang hari
Bila di buka catitan di beri
Eh katanya Dara tidak sihat tadi
Uwahh untuk abang sanggup berkorban
Eh tidaklah…jumpa abang demanpun hilang
Apalah sang pencerita hilang pula haluan
This is Uda dan Dara bukan lain orang
Ok ok sorry sorry tidak terbilang
Itulah bila asyik duduk memandang
Wajah berdua yang berkilau-kilauan
Hampir terlupa segala perumpamaan
Cahaya bulan sedang mengambang
Adik di renung abang tersayang
Duduk jauh terkenang-kenang
Itulah tandanya kasih dan sayang
Ubi keladi di masak lemak
Jangan nakal nanti di beritahu emak
Makanan di hidang amatlah enak
Abang memandang adik mengelak
Sudahlah kanda…pinta Dara
Jangan di renung nanti hilang segala
Uda tertawa mendengarkannya
Permintaan Dara menambah kasih yang ada
Hebat sungguh kasih mereka
Cinta di sulam penuh bermakna
Bukan kerana pangkat dan harta
Hati melihat terserlah di mana-mana
Makanan terhidang enak di rasa
Jeling menjeling manja dan mesra
Orang memandang tertanya-tanya
Kilauan wajah cantik tidak terkira
Aura berdua jangan di tanya
Kelebihan di beri Yang Maha Esa
Jodoh pertemuan juga aturan dariNYA
Match make in heaven tidak silap orang berkata
Inilah pasangan dekad ini
Menjadi contoh pada muda mudi
Kasih yang lahir dari hati
Terpancar di wajah berseri-seri
Bersembang bercerita berbisik di buai rasa
Senyap dan sunyi dari semua
Ingin melihat pasangan bahagia
Syukur ku panjat pada Yang Esa
Suka benar sang pencerita
Bila melihat mereka gembira
Hanya menunggu detik dan masa
Cincin tersarung di jari Dara
Cerita berulang jadi nyata
Ibu menangis tanda gembira
Anakanda kini telah berdua
Dara jelita baik tingkah laku dan budi bahasa
Malam ini mereka berjumpa
Sang Pencerita dapat mengekorinya
Tempat dan masa biarlah rahsia
Cukuplah dengan kabar gembira
Pulang nanti ku susun semua
Dari awal pertemuan menjejak rasa
Bahagian yang kosong juga telah sedia
Gambar si comel buah hati mereka
Semuga rezeki merimpah ruah
Di beri kasih kurniaan Allah
Ikuti lagi kisah mereka…Insha’Allah
Sang Pencerita rakam tidak sudah-sudah
Bila gambar sang pencerita cuci
Akan ku tatap setiap hari
Mesti ada yang tercuit di hati
Untuk ku terus menulis di sini
Sang Pencerita masih berharap komen di beri
Bagi menambah rasa, perencah dan isi
Manalah tahu ada teropong lebih canggih kini
Melihat mereka berdua sedang menyanyi
Biarlah sang pencerita berhenti di sini
Kita sambung di lain hari
Si hitam manis memang menggoda
Dara mengaku berlapik bahasa
Owned and written by : Sanaa 06/10/10
Filed under: Pantun | Tagged: Remy & Tiz |
salam san..
sory teman lama tak kemari
nk beri komen pun tak de isi
takut nnti bkn saje hilang seri
yg membaca pun terus lari..
bkn niat teman tak nk sertai
tp teropong teman kabur sekali
tak de cite yg blh dikongsi
cuma tumpang baca and senyum sendiri2..
dh ku ketinggalan berhari-berhari..
klu nk kadho tak cukup takat satu hari
perlu diasah otak yg dh hampir beku ni
supaye komen ku nnt tak di pandang sepi..hihi
forum pegi tak kembali lg
kini tinggal blog sang pencerita yg menghiasi
ku percaye sang pencerita semangatnye tinggi
bila tiba bab uda dara or cjoli moli..
Wa-salam Dee
Terima kasih sudi kemari
Sesungguhnya semangat memang tinggi
Lebih-lebih bila bercakap tentang cjolimoli
Pasangan sepadan dan serasi
Apatah lagi ada angin meniup kini
Dikatakan makin akrab dari sehari ke sehari
Berbunga-bunga hati teman mendengar ini
Ku harap coretan ku lagilah berseri-seri
Itulah dulu buat pagi ini
Silalah sarapan jangan masuk angin nanti
Lain kali singgahlah lagi
Untuk teman membaca komenmu lagi