• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • Archives

Aliran

Dari titisan titisan hujan terbentuknya aliran
Dari titisan titisan kata terbuktinya sebuah cinta

Itulah bait-bait kata yang tercipta
Untuk sang pencerita ungkap buat Uda dan Dara
Aliran terbentuk dari halusnya perkara
Menjadi terusan yang amat bahagia

Di awal pagi yang sepi
Satu perkataan menghadirkan diri
Terkejut sang pencerita dari alam mimpi
Aliran kimia mengalir kini

Dari dahulu hanya titisan
Lalu mengalir menjadi molekul geledakan
Kini aliran deras mempercepatkan
Proses penemuan dua insan

Cemburu kecewa hampa selagi ada
Terms yang hendak sang pencerita guna
Sehingga kadang-kadang hilang punca
Oleh aliran yang mengalir setahun lama

Titisan kimia di atas batu
Kesannya nampak ada lubang di situ
Lama-lama lagi dalam tidak perlu di speku
Betul sudah kataku sejak dahulu

Eh eh bukan hanya dari sang pencerita
Kerja mu seorang, kimia mengalir laju
Pohon-pohon burung berkicauan juga mahu
Mendapat nama bila terusan terbina

Benar sungguh dengan apa di kata
Tidak patut di lupa begitu sahaja
Doa mereka mesti merangkum segala
Itulah alam yang hampir kita lupa

Aliran deras menggegar semua
Cemburu juga datang melanda
Namun tabah dan setia juga percaya
Membina terusan kukuh sentiasa

Aliran di bawa dengan perlahan
Mengambil masa untuk di sampaikan
Bila hajat telah di pertemukan
Tiada apa yang mampu mengubah keadaan

Jadilah kita insan yang bahagia
Mendoakan aliran yang terbina
Semuga dapat kita merasa jua
Nikmat dari terusan yang telah ada

Dari terusan ke laut sana
Tersebarlah segala cinta di alam buana
Laut terbentang mengungkap rasa
Bertaut kasih Uda dan Dara

Alam semesta bersama mereka
Menyaksikan kasih yang sedang di bina
Dari titisan embun aliran terbina
Hanya menunggu hari bahagia

Wajah cantik dari sekeping hati
Terpancar seri indah pula peribadi
Setiap cabaran tabah menghadapi
Bercantumlah dua hati keluarga merestui

Tiada perlu berbicara
Hanya aliran jawapan yang ada
Terusan terbina tanpa kata
Indahnya anugerah Yang Maha Esa

Biarlah apa yang orang kata
Tidak mungkin aliran terputus olehnya
Kimia yang ada meledak sentiasa
Bila berdua terserlah ceria

Titisan kasih terus menyirami
Sekeping hati yang dulunya sunyi
Kini terasa kasih di beri
Lalu di terima dengan seikhlas hati

Titisan kata sebagai tanda
Untuk terus menyakini Dara
Hati yang satu hanya untuknya
Tidak mungkin di kongsi dengan sesiapa

Titisan kasih terus di terima
Seikhlas memberi begitu juga menerima
Usahlah di ganggu aliran yang terbina
Dengan kata yang menghiris duka

Sang Pencerita tidak perlu bukti
Kesetiaan dari sekeping hati
Keyakinan yang ku bina sendiri
Ingin melihat mahligai bahagia cjolimoli

Aturan Allah tiada siapa mengetahui
Begitu juga tika titisan gugur ke bumi
Tangan menyambut senyuman di beri
Kalah sudah yang menuding jari

Diriku juga tidak mengenali
Siapakah cjolimoli
Hanya melihat titisan yang di beri
Hingga terbina aliran kini

Sikit sikit lama-lama jadi bukit
Itulah bidalan jangan sesekali di ungkit
Terbukti sudah walaupun sedikit
Setahun lama kini membukit

Aliran dan terusan berganding sama
Gembira melihat walau sekejap cuma
Sejak semalam ku teropng dari hati sahaja
Maka terciptalah aliran sebagai cerita

Jalan berganding itulah bukti
Muafakat di cari di alam realiti
Hampir semua tertanya-tanya kini
Di manakah merpati dua sejoli

Jawapan yang ada pada kamus diri
Mereka mencari rezeki di bumi Allah ini
Memanjat syukur pada Illahi
Bertemu mereka dalam aliran pasti

Cerita ku berputaran di pagi hari
Sila baca jangan pening pula nanti
Aliran dan terusan yang terbina kini
Di kukuhkan lagi dengan muafakat diri

Cjoli adalah idaman hati
Moli simpan ketat sekali
Tidak terusik walau siapa mendekati
Kasih yang ada tidak bertukar ganti

Moli pula punya ciri-ciri
Sebagai pelindung yang di cari
Tiada paksaan ketika memberi
Keputusan di buat dari hati nurani

Bersatulah kita dua hati
Sang Pencerita yakin dan pasti
Andai ada gelombang hadir nanti
Di lerai dengan bijak sekali

Fahamilah coretan yang di beri
Doa yang ikhlas pasti di ketahui
Jangan terus memendam hati
Nanti rosak merana diri

Bait-bait lagu amat menyakinkan
Gadis itu adalah idaman dan pujaan
Tidak mampu untuk di lepaskan
Walau sehari peritnya kerinduan

Owned and writted by : Sanaa 12/10/10

2 Responses

  1. salam,

    doa nan ikhlas dan penuh ketakwaan
    diiring untuk semua insan
    sejuknya bak air yg mengalir dalam taman
    yg menghidup semua hidupan
    sungguh indah aturan mu tuhan
    tidak ku tahu apa hikmah disebalik percaturan
    ……..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: