• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • Archives

Ku Impikan Bintang

Putih melepak wajahnya cerah
Warna merah pasti terserlah
Dara saja buat Uda menggelabah
Merah di pakai Uda pasti parah

Uda memandang ke arah sana
Sangkanya Dara belum bersedia
Bila di toleh terpukau mata
Warna merah di pakai Dara

Dindaaa…aduhai kata Uda
Hampir rebah seluruh anggota
Dara melihat ingin ketawa
Uda sudah mula mengada-ngada

Kenapa begini wahai kekanda
Berilah saja kunci kereta
Dinda bimbang kanda terlena
Dek panahan matahari dimalam kala

Rela kanda berdiri di sini
Dari menyerahkan kunci
Nafas ku ambil sakit sekali
Dinda kejam menyiksa diri ini

Ditarik nafas supaya lega
Silakan wahai adinda ku manja
Ohh sebentar dinda…kata Uda
Sekuntum mawar dihulur…nota minta di baca

Sekuntum mawar sama warna
Baju yang di pakai oleh Dara
Terima kasih kanda…ucap Dara
Kasihmu telah lama di terima…balasan Uda

“My hope and love is for you
A vow I pledge till the end
You are my best friend
My wife and lover forever”

Terkesima Dara dengan kata-kata
Baris akhir penuh tanda tanya
Tidak di soal apakah makna
Senyuman Uda menjawab segala

Silakan wahai adinda
Jangan di siksa batinku adanya
Diriku ini sudah merana
Dengan senyuman dan wangian yang ada

Eee…geram Dara tiba-tiba
Usikan Uda melampau adanya
Sempat juga cubitan mengena
Buatlah adinda…memang kanda rela

Tawa halus dan nakal sudah pasti
Uda mengusik Dara kekasih hati
Hmm bertuah Uda, Dara sentiasa di sisi
Sebagai teman dan kekasih sejati

Di dalam kereta tawa tak reda
Suka benar nampaknya kanda
Ingatkan tadi dah putus urat semua
Hingga tidak mampu membawa kereta

Urat bukannya putus wahai adinda
Hanya kejang tidak semena-mena
Kerana dirimu merah menyala
Sinar memancar arus berganda

Ohh fahamlah sudah…bimbang dinda mendengarkan
Satu cubitan hinggap di badan
Jangan dinda…kereta banyak di hadapan
Lututku ini sejak tadi bergetaran

Dara mengetap bibir menahan rasa
Jenaka Uda tidak terkawal olehnya
Senyuman Uda beri pada Dara di sisi
Dinda marah?…Uda ketawa geli hati

Boleh dinda bertanya…
Kemanakah arah tujuan di bawa
Kuntuman di beri nota telah di baca
Namun tidak tertera arah kita

Kuntuman tidak mampu berkata-kata
Sekadar pengganti diri hamba yang hina
Terima kasih wahai adinda
Nota di baca lapanglah dada

Pertanyaan ku tidak di jawab juga
Berputar belit itulah Uda
Teka teki dan juga silang kata
Dara tidak mampu menjawab semua

Sabarlah adinda hingga tiba
Tidak jauh hanya di depan sana
Cahaya lampu memancar…Dara tertanya-tanya
Orang ramai ada pesta apa?

Dek kerana melayan Uda
Tidak terasa perjalanan mereka
Hotel bukan, restoran pun bukan…apakah iya?
Namun tidak silap macam biasa pula

Orang ramai tapi masih sunyi
Hanya sinaran lampu yang menghiasi
Cantik sekali hiasan yang di beri
Aneh…berkata Dara di dalam hati

Apakah dinda tidak menyetujui?
Untuk kita berada di sini malam ini
Bukan begitu wahai kekasih hati
Cuma hairan sehingga meragui

Tempat ini menjadi tanda tanya
Orang bagaikan tiada
Lampu di pasang indah suasana
Bagai hendak di sanding anak raja

Pandai sungguh dinda meneka
Memang hendak di sanding puteri raja
Di jemput kita menghadiri sama
Walaupun kanda tidak mengenal mereka

Lawakmu lucu sekali
Jangan fikir diriku tidak mengetahui
Entah apalah rancanganmu di kali ini
Disuruh percaya membuta tuli

Itulah dia adinda pujaan
Sudah faham rupanya segala kiasan
Lapanglah dada tiada kerisauan
Dindaku tahu isi hati empunya badan

Silakan wahai kesayangan hamba
Berjalan berdua ke teratak sana
Uda dan Dara di sambut mesra
Tepuk sorak riuh sudah di buatnya

Sekali lagi Dara tertanya-tanya
Kenapa kenalan ada bersama
Tempat di hias indah belaka
Happy anniversary yang tertera

Dara memandang kepada Uda
Hanya senyuman yang di terima
Rakan dan taulan mengusik mereka
Marilah masuk jangan tercegat pula

Ucapan tahniah mereka terima
Dara hilang dalam suasana
Happy anniversary wahai adinda
Uda bisik ke telinga

Dara cuba mengingati semula
Tarikh apa setahun lama
Tidak dinda sangka kanda mengingatinya
Mana mungkin kanda lupa tarikh bermakna

Jemputlah makan segala hidangan
Penat sudah kami menyediakan
Sebaik boleh mengikut kesukaan
Pasangan bahagia juga sepadan

Tertunduk malu di usik begitu
Wajah Dara nampak tersipu
Rakan taulan yang sudahpun tahu
Terus mengusik bertanya bilakah waktu

Hey Uda…coming soon or next change…mereka bertanya
Next change…tidak mampu menunggu lama
Jawapan kumpulan di sebelah sana
Uda mengenyit mata pada Dara

Dara kata jangan dengar itu semua
Coming soon saja yang boleh di terima
Malam ini bertukar segala…sampuk mereka
Sudah di kumpul semua ahli keluarga

Ishh janganlah melampau hingga adat di lupa
Sekali sahaja seumur hidup kita
Biarlah ada seri majlis pembuka kata
Itu macam kahwin lari sahaja

Janganlah bimbang wahai adinda
Usikan mereka begitulah rupa
Amboi-amboi…sekarang sudah bermuka dua
Hari itu kata mengikut sahaja

Deraian ketawa dari semua
Bila Uda memujuk Dara
Sayang weiii…hilang nanti hidup boleh merana
Jomlah kita meneruskan acara

Malam ini kita meraikan
Merpati dua sejoli setahun perkenalan
Menanti tarikh yang bersesuain
Makan nasi minyak tidak dilupakan

Kami ada satu permintaan
Mahu atau tidak mesti di tunaikan
Wahai Uda marilah ke depan
Jangan lari nanti Dara kami tawan

Ok ok diriku menurut sahaja
Asalkan Dara tidak di apa-apa
Usahlah bimbang kami juga menyayanginya
Marilah kita bicara sama-sama

Uda akan menyanyikan satu lagu
Buat Dara yang tunduk tersipu
Mendengar itu Uda rasa tidak tentu
Habislah aku…mungkin Uda kata begitu

Ok ready…pengacara bertanya
Hmmm…sebentar ku tarik nafas supaya lega
Opps temponya sudah hampir lupa
Kemari Uda kita dengar semula

Gunalah segala imaginasi yang ada
Untuk melihat Uda menyanyi buat Dara
Pasti anggau datang tiba-tiba
Andai boleh dilihat Uda dan Dara menari juga

Sebelum bermula Uda datang menyapa
Tiga kuntum mawar ada ditangannya
Dara menerima dengan merah muka
Mawar dicium senyuman bermakna

Pandangan Uda hanya pada Dara
Sewaktu dendangan lagu penuh makna
Renungan mata menjawab rasa
Mata mentafsir hati menerima

Jambangan kedua 12 kuntum semuanya
Diserah kawan bagi pihak Uda
Uda menarik Dara dengan manja
Di dance floor mereka berdua

Semua yang hadir tahu segala
Cahaya dimuka datang dari hati yang setia
Kasih diberi ikhlas menerima
Hanya menunggu hari sandingnya

Terpukau semua yang melihat mereka
Gerak tari dan badan yang sama
Tidak pernah di sangka Uda dan Dara
Kelebihan yang ada pada berdua

Gerak langkah mengalir rasa
Dapat di rasa oleh semua
Cinta yang lahir adalah setia
Tidak goyah walaupun apa

Jambangan ketiga dihulur pula
Tujuh kuntum Dara mengira
Lagu berakhir dalam dakapan mesra
Apakah makna tiga jambangan di terima?

Dara ingin tahu jawapan
Seorang teman hulurkan bantuan
“I love you” tiga kuntuman
Warna merah itulah simbol cinta

Jambangan kedua 12 kuntum semuanya
Kali ini ada nota bersama
“Be mine” Dara pasti tulisan Uda
Merah jambu tanda bahagia di terima

Tujuh kuntum kata hati sebenarnya
Lilac dan Lavendar lambang yang ada
“Together forever” Uda menyata
Bersama kuntuman mewarnai hatinya

Senyuman terserlah Uda bahagia
Dara pujaan itulah impiannya
Semuga kasih bersemi sentiasa
Bersama berdua hingga akhir hayat mereka

Itulah harapan sang pencerita
Sehingga panjang pantun ku reka
Bersama wajah dan khayalan menjelma
Dance floor bermain di hadapan mata

Terima kasih sudi membaca
Harapan ku doa juga mengiringi mereka
Cekal dan tabah harungi dugaan melanda
Mengukuhkan lagi cinta yang terbina

Owned and written by : Sanaa 14/10/10

Note : Lagu asal bertajuk Let’s Never Stop Fall in Love

2 Responses

  1. sanaa….
    akak membayangkan jika inilah realiti …
    sanaa hati semakin berbunga dgn situasi semasa…gambar di gp menerangkan segala…
    namun kekadang keyakinan terhakis ..dgn gossip yg melanda…
    arie ini ade citer mesra yg diungkit oleh wartawan ttg remy dan mayaa….pd pandangan akak..semakin dekat natrah the teater semakin kencang gossip yg melanda…untuk melariskan tiket t dan antara promosi juga…cam ne agaknya dara menghadapi semua..cemburu di dada..apakah keyakinan dara nanti semakin tipis…takut jua akak nak memikirkannya…semoga uda dpt meyakinkan dara ..akan kesetiaannya…..

    • Kak Tasha

      Cinta sejati akan sentiasa di uji
      Cerita yang tersebar telah lama basi
      Dari dulu ada saja tangan yg ingin mendekati
      Pasangan sepadan dan juga serasi

      Keyakinan telah lama di beri
      Bersihnya hati dapat dilihat sendiri
      Dugaan yang hadir sebagai uji
      Sejauh mana kebenaran di hati

      So kak tasha janganlah gusar lagi, andai kakak juga gusar mungkin semangat yg ada juga akan pudar…nothing to worry ok…take care

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: