• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • Archives

Pahat Dan Tukul

Tiada angin masakan pohon bergoyang, tiada cerita masakan orang berkata. Itulah yang terjadi sejak seminggu yang lalu. Susah untuk di nafi dan agak susah juga untuk meletakan positive diri bila membaca artikel-artikel yang sebegini di susuli pula oleh suara-suara dan pendapat dengan berbagai reaksi.

Remy Ishak dan Maya Karin sekali lagi memenuhi ruangan gossip. Cerita mereka belum berkesudahan semenjak April lalu. Menjadikan sangkaan ramai yang terjalinnya hubungan peribadi, bukan hanya setakat kawan sepermaian. Hubungan yang ada tidak boleh di nafi. Sejauh mana betul atau tidak hanya Remy dan Maya saja mengetahui. Oleh kerana penafian yang di buat masih menimbulkan sangsi, cerita mereka berkeliaran kembali. Jalan beriring bersama pementasan Natrah yang bakal menyusuli November ini. Photoshoot untuk CUN juga sudah berlangsung. Bermakna CUN bakal masuk ke panggung bila-bila masa sahaja.

Terlalu banyak cerita yang sampai ke pengetahuan saya sehingga memaksa saya menulis kembali hanya untuk mencari ketenangan sendiri. Remy Ishak pelakon yang diminati ketika ini. Lakonan beliau amat di nanti-nantikan. Pasangan yang pernah di gossipkan bersama Remy Ishak adalah ramai termasuk juga Tiz Zaqyah. Ketika memori saya ulangi gosip ini tersebar sewaktu dan di antara penggambaran CUN berlangsung. Screen chemistry Remy Ishak dan Tiz Zaqyah di sebut dan di sanjung sehingga Nur Kasih mencipta fenomena tersendiri. Tidak dapat hendak di nafi aura Tiz Zaqyah bersama Remy Ishak memang belum dapat di tandingi oleh pasangan lain tika ini. Selepas itu perkataan serasi mengiring kedua mereka ini, “serasi” pula di gunakan oleh semua pasangan di screen tv.

Sebagai seorang yang tertawan oleh screen chemistry Remy Ishak dan Tiz Zaqyah mestinya terlalu payah untuk saya menerima yang lain. Lebih-lebih lagi Remy dan Tiz adalah penyumbang semangat saya untuk terus menulis. Walaupun hampir 90% tulisan saya di dalam blog ini adalah berkenaan mereka, itu tidaklah bermakna saya tidak menulis perkara lain. Namun idea yang tercetus untuk tulisan-tulisan yang tidak sempat saya postkan di blog adalah melalui mereka. Perjalanan seni, kesukaan, hobi mereka menjadi penyumbang yang amat bermakna buat saya. Oleh itu apapun orang hendak berkata tentang Remy dan pasangannya yang lain di screen tv tidak sesekali menyentuh kehalusan sanubari saya. Apatah lagi apabila kini orang sibuk menceritakan betapa romantiknya dan serasinya Remy dan Maya di dalam CUN, belum dapat menarik hati saya untuk menyelami.

Keserasian bagi saya dalam context lakonan perlu ada untuk para pelakon bagi melakonkan watak supaya nanti tidak kaku. Itu adalah kejayaan bagi setiap pelakon dan pasti membawa drama atau filem lakonan mereka di sebut ramai. Namun malangnya dari segi pengamatan saya yang amat sedikit ini, perkara serasi, screen chemisty, pasangan sepadan menjadi topic bicara selepas Nur Kasih. Setelah aura Tiz Zaqyah dan Remy Ishak di sebarkan ke seluruh alam buana. Setelah terpukaunya mata-mata yang melihat, setelah terpatrinya kaki-kaki yang melekat, setelah tersentuhnya hati-hati yang mengharap.

Oleh kerana keasyikan melihat Tiz Zaqyah dan Remy Ishak kita terlupa sebenarnya wujud juga keserasian di antara Fizz Fairuz dan Remy Ishak sebagai abang dan adik. Kita lupa keserasian dari segi ini kerana anggapan yang ada keserasian hanya wujud di antara pelakon lelaki dan wanita. Namun bagi saya tidak semua pasangan mampu dan boleh memegang perkataan serasi. Ini adalah kerana kalau pelakon lelaki lebih menjiwai watak dan pelakon wanita kurang di dalam penghayatan ia amat jelas sumbangnya di kaca tv ataupun layar perak. Mungkin juga kerana itu ada sesetengah pengarah lebih suka untuk mengambil pasangan yang sama dalam filem arahan mereka. Namun kesan di sebalik ini akan mendatangkan jemu di hati penonton dan cerita juga akan menjadi hambar.

Kembali kita kepada pasangan yang sedang hangat di gossipkan kini. Di temukan dalam beberapa penerbitan dan kini mungkin dalam sesi latihan untuk Natrah musim kedua, gosip melanda kembali. Mungkin benar pasangan ini punya hubungan kerana itu orang masih berkata. Ataupun sebagai “suka-suka” bagi membantu Maya Karin yang kini telah agak kusam sejak akhir-akhir ini. Sering juga saya terbaca pujian di berikan pada Remy atas lakonanya tapi tidak pernah saya mendengar pujian di berikan kepada Maya. Mungkin ada tapi saya tidak menghiraukannya. Secara kasarnya saya melihat Maya memerlukan gossip untuk menaikan namanya, sama seperti sesetengah pelakon wanita yang lain. Perkataan kaku sering saya dengar di kaitkan dengan dirinya dan gosip juga melanda Maya setelah dikatakan gagal mempertahankan rating sebuah rancangan wanita terbitan TV3 iaitu NONA.

Sudah pernah saya katakan yang saya tidak mengenali Maya Karin. Begitu juga Remy Ishak dan Tiz Zaqyah. Yang anehnya Tiz Zaqyah dan Remy Ishak mampu memberikan saya sesuatu yang indah dalam kehidupan, yakni angan-angan dan seterusnya membina cita-cita. Besar kemungkinan ramai yang tertarik pada Maya yang di katakan punyai kecantikan yang terserlah. “Beauty is in the eye of beholder” itulah kata zaman berzaman. Cantik pada saya pula datang dari hati, bukan di tepek oleh cosmetic semata-mata. Keayuan wajah seorang wanita adalah bukti kecantikan sejati. Oleh kerana itu Maya Karin gagal menarik hati saya untuk menerima gelaran sebagai seorang wanita yang di lengkapi segala.

Ketika gossip melanda Maya masih memegang status seorang isteri. Wanita di tahap mana sekalipun berada di puncak jaya, hukum alam tidak boleh di pisahkan. Status isteri di pegang dengan akad dan janji. Jawatan yang kita sandang, gaji yang kita terima ataupun populariti yang kita raih tidak mengubah fitrah seorang wanita. Di dalam keangkuhan dunia yang indah, kita sering mahu mengubah hukum Allah. Telah siap Allah aturkan bila di jadikan kaum Adam dan Hawa. Kita pula yang terlebih pandai mahu mengubahnya sehingga kita lupa pada tanggungjawab dan batasan yang ada. Remy Ishak di katakan orang ketiga didalam runtuhnya mahligai Maya Karin. Walaupun penafian dibuat oleh kedua-dua mereka namun pahat dan tukul masih berbunyi sehingga hari ini.

Apakah sebenarnya di sebalik semua ini? Ada cerita yang saya dengari mengatakan Remy tidak bersungguh-sungguh menafikan cerita dan Maya merasa seronok berada diantaranya. Betulkah begitu? Sekali lagi hanya tuan empunya diri mempunyai jawapan pasti. Sebagai pembaca dan pendengar, berita begini adalah sumbang di telinga, sakit pula di mata. Keserasian dan keakraban mereka menjadi cerita yang tidak pernah reda. Andainya saya mampu membaca isi hati kedua mereka amatlah mudah untuk saya menghuraikan segala tanda tanya. Namun sehingga hari ini semuanya adalah cerita.

Saya menulis kerana sokongan padu saya pada Remy Ishak, sebagai bintang yang menyinar pesada seni tanahair sekarang ini. Namun tidak juga bermakna saya akan terus menyokong andainya Remy berada di pihak yang salah. Kepada Remy, saya bukanlah sang pencerita yang bercerita mengikut hati, akan tetapi melihat dari segala segi semuga jawapan yang diterima tidak sesekali diragui. Andainya dan sebenar-benarnya anda berada di pihak yang benar, buat sekelian kalinya saya meminta nafi dengan sekeras-kerasnya supaya tidak lagi orang melempar tuduhan yang bukan-bukan. Amat sedih saya rasakan untuk terus membaca dan mendengar segala cerita begini.

Saya tidak berhak menghukum dan saya juga tidak berhak untuk mempertahankanya. Di saat dan waktu sebegini saya cuba meletakan diri saya di tempat anda. Apakah ini yang hendak di dengari tanpa henti? Apakah ini yang hendak ditonjolkan sebagai seorang celebrity? Walaupun anda mengaku lumrah kehidupan artis akan di cabuli, namun apakah mereka berhak melakukannya berkali-kali? Ataupun ini adalah kebenaran yang cuba di nafi? Apakah mungkin juga ada pihak yang tidak menyetujui anda lalu gossip tersebar di sana sini? Pertanyaan demi pertanyaan akan hadir dan hanya tuan punya badan punya jawapan yang mungkin akan melenyapkan terus gossip yang sebegini.

Sebagai seorang anak, gosip mungkin akan mengecewakan keluarga. Sebagai seorang kekasih, gosip pasti membuat pasangan derita. Hanya kejujuran dan keikhlasan dapat menunjuk jalan yang sebenarnya. Tepuk dada tanya selera, itulah pepatah yang sering di dengari. Senang di tutur namun perit menyengat diri.

It takes a minute to like someone, and hour to love someone, but to forget someone takes a life time.

Apakah kata-kata di atas memberi erti yang mendalam kepada anda? Apakah juga kata-kata di atas mengubah diri anda? Sekali lagi saya bukanlah hakim yang hendak menjatuhkan hukuman. Saya sedang belajar untuk melihat dengan mata hati supaya tidak tersasar dalam tafsiran di beri. Musibah yang di beri perlu di kaji dengan teliti, lebih-lebih lagi bila ia hadir berulang kali. Sementara waktu menjadi milik kita, gunalah dengan sebijak-bijaknya untuk mencermin diri dan mencari resolusi agar tidak terlalai lagi.

Saya tetap menjadi penyokong anda di bidang seni, menjadi pendengar kepada gossip yang berlari, merintih andainya pengalaman dahulu gagal di pelajari. Semuga anda di beri cahaya dalam mengharungi perjalanan seni dan di temukan kasih yang sejati. Masih berharap ini adalah hanya kata-kata dari hati yang dengki namun andainya sebalik yang terjadi akan tetap di terima dengan keinsafan diri. “Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak akan datang melayang”…jangan di sia-siakan.

All the best Remy.

Owned and written by : Sanaa 16/10/10

3 Responses

  1. pity dara.. i know how she feels.. hope she remains strong

    tak paham apsal media suka sgt ‘maya-remy’
    nak jadi matchmaker ke?
    tak match langsung kot.. whoops!

    after this lagi bnyk la gossip kuar
    with natrah & cun coming up
    then baru NKTM

  2. sannaa…..
    remy biaa natrah dn cun kembali ..mmg ini yg akan terjadi…mrk dlm satu bumbung…x leh lepas dari semua ini.pelik dan ajaib ..sanggup wartawan buat analisa bagai ttg mrk..apa hebatnya maya ..ape serasinya antara mrk berdua..natrah sbb kes kontroversi remy dan umi yg meledakkan natrah dipersada seni..jika melihat kandungan natrah itu sendiri..banayk yg org pertikaikan….x sama dgn keadaan yg sebenar…erma mmg byk kontriversi…
    cuma remy..mmg kena tegas…dgn pendirian..suka kata suka..tidak kata tidak..untuk kelangsungan dirinya…muak dan jijik dgn segala ini…mcmlah hebat sgt pasangan ini…x de satupun yg kononnya serasi dimataku ini…
    lainlah pasngan yg satu lagi…dah terbukti keserasian mrk…namun wartawan sentiasa nafi.. ape muslihat mrk ini..sembunyi dari yg realiti…berdoalah san….moga nktm menjadi fenomena lagi..baru terbeliak mata yg memendang dan tertelan air liur mrk yg menafi….baru mengakiu bahawa mrk mmg pasanagan serasi..didlm dan diluar realiti….
    sann..maaf panjang akak berbicara di blog mu nie…akak mengerti perasaan dara kini…dlm twitter..boleh rasa hatinya…masih berahsia namun kita yg syg dia boleh trasa….namaun hari ini akak gembira…di kosmo ada cerita mrk berdua…spt yg saanaa kata…kemesraan mrk disaksikan oleh beribu mata….berpegang tangan dan mesra manja…apakah ini nak ditutup jua…..
    jumpa lagi sanaaa….maaf akak meluahkan di blog sanaa..kerana sanaa mengerti apa yg terbuku dihati…..
    selamat berhari minggu sanaaa….love u

  3. to all romour mongers…pls leave him aloneee….sighh….

    hv a good weekend my dear sannn….:)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: