• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • Archives

Syukurlah…

Alhamdulillah
Bersyukur kita ke hadrat Allah
Seharian semalam merasa parah
Hari ini menerima anugerah

Walaupun tidak banyak cerita
Namun inilah detik permulaannya
Hati ini telah lama berkata
Tidak hirau juga walau tiada berita

Harapan hamba semuga tiada spekulasi
Jawaplah yang terbaik wahai cjolimoli
Andainya masih ingin berahsia lagi
Demi menjaga ikatan yang suci

Senyum melirik sejak tadi
Memang Allah maha mengetahui
Perasaan hamba dan sekalian di sini
Hasrat di hati buat merpati dua sejoli

Berita yang lalu terasa sakit di hati
Kepercayaan yang ada tidak di ragui
Dek kasih yang di semai adalah suci
Cuma terkilan kerana masih berbunyi

Uda tidak kalah lagi
Kerana Dara sentiasa di sisi
Hanya kerja sesungguh hati
Buat persediaan berkeluarga nanti

Dapat ku rasa sedih di hati
Senyap dan sunyi Dara kebelakangan ini
Namun tidak sesekali kecewa meniti
Pada Uda yang di kasihi

Ujian yang hadir tabah di hadapi
Bersama kasih yang tersemat kini
Biarlah orang berkata sesuka hati
Kebenaran terserlah juga nanti

Hubungan yang ada telah di restui
Oleh keluarga dan teman sekali
Doa peminat juga sentiasa menyirami
Laman kasih merpati dua sejoli

Niat baik berbalas jua
Tangan yang jahat tidak kemana
Hasad dan dengki berbalik pula
Pada orang yang suka mengata

Hamba bahagia menerima berita
Walau secarit di tulis mereka
Itu bermakna harapan terbina
Untuk melihat mereka di singgahsana

Doa di iring setiap masa
Di atas singgahsana bahagia berdua
Membina mahligai keluarga bahagia
Bersama buah hati cinta mereka

Masih banyak yang ingin di cerita
Namun hamba berhenti di sini sahaja
Uda dan Dara bersambung semula
Bersama kasih dan cerita yang ku reka

Pada mereka yang masih sangsi
Janganlah percaya pada spekulasi
Tanyalah hati di mana letaknya kini
Keinginan yang ada dalam realiti

Kasih dan percaya pada mereka
Tetap tidak berubah walau apa
Uda dan Dara berganding sama
Ikhlas dan jujur di wajah mereka

Selamat berhari minggu wahai semua
Hari yang amat bahagia buat hamba
Bersyukur hamba pada Yang Maha Esa
Permulaan segala sudah nampak di mata

Owned and written by : Sanaa 17/10/10

7 Responses

  1. aminnnnnnn…moga doa kita semua dimakbulkan…..😀

  2. salam semua,

    ingin sup berpantun di sini
    moga tuan tanah sanaa beri izin lagi
    ada ingatan ingin ku beri
    buat merpati dua sejoli

    kisah cjolimoli dah terbongkar kini
    walaupun kita dah lama ketahui
    nampaknya mereka dah tak cover line lagi
    tapi kisah sebnr hanya mrk yg ketahui

    indahnya dunia bila hati berbunga2
    tapi kena ingat byk mata memandang kita
    susila kena jaga..ingat moli..itu belum sah kamu punya
    hebah atau rahsia..kena berpada-pada

    kami di sini on dan senyum aja…
    doa dah lama kami beri utk kamu berdua
    pn president n hulubalang pula kena siap sedia
    kuatkan kubu dan senjata..spy kasih smpi bila2…

    san..red..dodin…dah sedia?…hehe..

    • sup,
      kalau nak di kira lebih dah setahun kita bersedia
      rela pertahankan cjoli moli dlm apa jua perkara
      itu pesan pn.president pada hulubalang semua
      segala peta dah di google merata
      siapa berani ayeq cancicau jawapannya …

      sup,
      tq with the words recently…
      red akan cari kat archieve, pastu kita share…
      sharing is caring…
      you know what I mean?…

    • salam semua

      haahaha nmpak nye semua happy
      dgn berita di cosmo kemarin
      san..red.. sup n lain2 ingat tak lagi
      kate nak lompat tinggi-tinggi
      mai la pakat buat ramai sekali..hihihi

      • salam,

        kita blom boleh lompat tinggi2
        sbb berita masih di nafi
        kita pun takleh nak pasti
        sbb pic pegang tgn x nampak jelas lagi
        yg kunampak joli pegang payung dan sengih nampak gigi

  3. if this is true.. always pray for the best.. for them

    hopefully dorang kuat hadapi segala dugaan yg akan dtg.. especially dara.. AMIN ~

  4. Salam san,
    terkelu lidah utk berkata, hanya ucapan

    Alhamdulillah..syukur kehadrat Illahi….Amin…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: