• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • Archives

Selamat Pagi

Salam dan selamat pagi wahai permaisuri

Lelapkanlah mata semuga hilang duka nestapa
Bila nanti dirimu terjaga dari lena
Moga segala resah dapat di rungkai bersama
Kerana hati tidak mampu berdusta

Kasih dan sayang yang kita bina
Bukan hanya untuk sehari dua
Kemarahan terasa bila resah melanda
Kerana kasih yang tersimpan lama

Tahukah di kau wahai pujaan
Kasih ku yang lama tersimpan
Marah yang ada bukan pembohongan
Kerana tidak mampu kehilangan

Maaf jua ku pohon
Keterlanjuran kata yang tersinggung
Hatiku amat meruntun
Bagai terasa kasih menghilang

Selamat pagi wahai permaisuri
Bangunlah untuk menikmati hari
Yang indah lagi berseri
Bersama kasih memadu janji

*****

Selamat pagi wahai kekanda
Terima kasih ucapan yang ada
Perhatianmu tidak terkira
Cuma keadaan perit memaksa

Apakah mungkin ini dugaan
Yang menguji tahap kesetiaan
Sedih dan pedih dalam tanggungan
Tidak mampu untuk di leraikan

Maaf jua ku pinta
Berilah waktu dan sedikit masa
Untuk diriku memahami segala
Apa yang berlaku di sebalik ini semua

*****

Jangan di biar diri merana
Perjalanan bermula dari kita
Marilah leraikan bersama
Jangan di biar kalah menerima

Segarkanlah dirimu nanti
Kanda tunggu dengan pasti
Jangan di biar sehari berlari
Dengan segala kekusutan di hati

Kasih ku bukan mainan
Tidak juga hadir kerana paksaan
Mungkin juga dek keletihan
Berkata bertindak terkeluar landasan

*****

Wahai adik-adik yang hamba kasihi
Inilah ujian dalam meniti
Melihat kasih kukuh berdiri
Jangan di biar sorak mengiringi

Adatlah dalam bercinta
Perasaan cemburu pasti menjelma
Jangan di ikut hawa nafsu semata
Hingga lupa janji bersama

Hamba di sini mengiringi doa
Buat Uda dan Dara tercinta
Semuga di lerai resah melanda
Senyuman terukir kami merasa

Mulakan hari dengan kesyukuran
Nikmat di rasa sokongan bersama di teruskan
Jangan berbalah tepukan di berikan
Kita kalah orang keriangan

Hanya ini sebagai pesanan
Uda dan Dara jadi sanjungan
Senyumlah teruskan perjuangan
Yakin ku tiada sempadan

Kepada semua teman-teman
Selamat menjalankan segala tugasan
Hidup ini perlukan kekuatan
Untuk meneruskan setiap perjalanan

Owned and written by : Sanaa 19/10/10

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: