• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • Archives

Inilah Bahagia

Wahai teman-teman mari kita bercerita
Kisah kita pastinya Uda dan Dara
Entah kenapa kabar ini hamba terima
Kisah mereka setelah bersama

Cerita dulu mereka sudah bernikah
Lembaran baru mengorek langkah
Anak pertama kembar terasa megah
Dua lelaki menjaga amat parah

Uda sentiasa di samping Dara
Menjaga makan minum segala
Dalam pantang tidak boleh buat kerja
Beruntung sungguh semua berkata

Dara menjadi ibu mithali
Menjaga anak dengan sendiri
Uda pula sentiasa di sisi
Membantu apa yang diperlu isteri

Dara pula bekerja sendiri
Punyai galeri lukisan peribadi
Anak di bawa bersama sekali
Dara bahagia tidak terperi

Kalau di dapur Uda buat sendiri
Sambal udang paling di gemari
Anak berlari Uda gembira di hati
Di panggil ayah comel saja bunyi

Thank you sayang Uda ucapkan
Kerana memberi segala kebahagian
Usahaniaga jalan beriiringan
Kebahagian keluarga tidak di abaikan

Hasil tani amat menggalakan
Uda dan Dara menambah pendapatan
Di lawat kebun bila berkesempatan
Anak-anak gembira lepas berkeliaran

Kembar berdua besarlah kini
Sudah boleh berlari dan bernyanyi
Penghibur antarabangsa memecah sunyi
Bolehlah Uda tubuh pancaragam nanti

Setiap tahun budget di buat dengan teliti
Pendapatan di agih sama merasai
Pekerja gembira Uda senang hati
Hasil tani bertambah lagi

Dara tetap comel dan manja
Isteri kesayangan Uda bahagia
Rumah besar indah terbina
Kini merancang membeli tanah pula

Wahai dinda mari bersembang
Kanda ingin dinda menyumbang
Ada tanah sebidang di Tanjung Karang
Hendak di jual perlu di rebut sekarang

Dara mendengar sambil ketawa
Tawa disambut suami tercinta
Sungguh benar kenangan lama
Kini mereka bakal pulang ke sana

Tawa mereka masih berbunyi
Anak-anak juga hairan kini
Ayah dan ibu gembira sekali
Mesti ada yang mencuit hati

Anak-anak masih kecil lagi
Kalau di cerita masih belum mengerti
Biarlah kenangan di simpan abadi
Akan di cerita bila mereka besar nanti

Uda memegang tangan isteri
Dinda setuju kita membeli
Dara mengangguk senyuman di beri
Kucupan hinggap di dahi dan pipi

Tibalah hari dan masa
Uda membawa isteri tercinta
Melihat pelaburan baru mereka
Tanah sebidang dengan kenangan lama

Dara terperanjat tidak terkata
Tanah dan rumah abadi sentiasa
Surprise my darling, Uda berkata
Inilah tempat pertemuan pertama

Gugur juga airmata gembira
Uda memeluk isteri tercinta
Tidak pernah di sangka begini bahagia
Kerana dahulu asyik di duga

Rumah dan tanah milik mereka
Sawah padi juga ada
Pohon rendang masih di sana
Tiada kata terucap oleh Dara

Terima kasih wahai kekanda
Dinda tidak menyangka tempat yang sama
Kanda juga tidak mengetahuinya
Terperanjat sungguh kali pertama

Sudah ada projek tani
Pengalaman berguna di teruskan lagi
Di sini pula bertanam padi
Senyum mereka tidak henti-henti

Kembar kini sudah besar juga
Dua tahun setengah usia mereka
Uda mula mengenyit mata
Memujuk Dara untuk nombor tiga

Hehehe sering saja Dara ketawa
Bila Uda mengusul cerita
Dara mengusik lalu berkata
Kanda kenalah bekerja keras pula

Besar dan terang mata Uda
Mendengar usikan isteri tercinta
Senyuman melirik juga mengada-ngada
Dara cubit menjerit pula

Uda kini sibuk bekerja
Projek tanaman ada dua
Galeri isteri juga perlu di jaga
Production house di serah pada manager

Zahrah Sophea nama di beri
Ketika Dara melahirkan puteri
Bunga menawan indah sekali
Permata Uda dan Dara kini

Bersyukur Uda pada Yang Esa
Lengkaplah segala yang di cita
Rumahtangga yang begitu bahagia
Bersama isteri dan anak bertiga

Zahrah Sofia comel sekali
Iras ibu di punyai kini
Senyum ayah makin berseri
Melihat anak menambah rezeki

Ucapan syukur tidak terperi
Dengan limpahan rezeki di beri
Uda dan Dara bermuafakat kini
Simpanan anak-anak untuk belajar nanti

Apakah ada yang mengikuti
Jejak langkah mereka nanti
Hmm kenalah tunggu 20 tahun lagi
Semuga umurku panjang untuk berceloteh disini

Opps terlupa pula sang pencerita
Rancang mereka empat kesemuanya
So kita tunggu rancangan selanjutnya
Kisah Uda dan Dara dalam rumahtangga

Alahh alahh sayang, Uda memujuk puteri kesayangan
Kejap ya ayah salin pakaian
Tangisan kecil menambah keriangan
Senyum comel hilang kepenatan

Ayah memang rajin melayan puteri
Bercakap bercerita tidak henti
Tawa comel memang menggelikan hati
Baru tiga bulan tak tahu bila besar nanti

Masa mereka di bahagi tiga
Berada dibandar hari bekerja
Hujung minggu melawat projek pula
Sibuk sungguh Uda dan Dara kita

Sang Pencerita turut gembira
Melihat kesungguhan kedua mereka
Alhamdulillah mereka kini berjaya
Menangkis semua apa orang berkata

Mereka sedar ujian yang melanda
Hampir memusnahkan hubungan yang ada
Kerana kasih dan percaya tidak terhingga
Uda dan Dara berjaya mencapai cita

Anggaplah ini hanya cerita
Sekadar menghibur hati nan lara
Namun andai terbukti semua
Jangan ditanya manakah punca

Gerak hati yang berkata-kata
Bukan hendak mendabik dada
Harapan ku letak pada Yang Maha Esa
Semuga Uda dan Dara bahagia bersama

Habis sudah segala caci
Yang pernah hamba dengar sebelum ini
Andai apa yang ku impi
Benar-benar terjadi dialam realiti.

Akan ada berita mereka lagi
Harapnya tepat dan penuh berisi
Doa ku pohon untuk cjolimoli
Semuga kalian berdua diberkati

Selamat membaca tuan dan puan
Sekadar menghibur hati yang rawan
Uda dan Dara dalam ingatan
Tetap mekar dan segar sepanjang zaman

Owned and written by : Sanaa 20/10/10

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: