• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • Archives

Tanpa Disedari

Kerana pulut santan binasa
Kerana mulut badan merana
Itulah lagi pepatah orang tua
Memberi ingatan pada yang muda

Zaman sains mulut kurang bercerita
Teknologi canggih menjalankan kerja
Menaip dan menghebahkan berita
Buat semua yang mahu membaca

Tokok tambah penyedap rasa
Kerana itu ajinomoto diberi nama
Dibubuh setitik enaklah rasa
Makanan terhidang membuka selera

Itulah bahana bahan perisa
Sakit menanggung belakang kira
Asalkan puas menjamu selera
Mulut menerima perut sengsara

Tangan-tangan yang kini berkuasa
Menabur berita di sini sana
Cerita artis dan ahli politik juga
Sedap sungguh menyebar rencana

Bila berjumpa itulah cerita
Kopi dan teh habuan semua
Lagi banyak lagi panjang duduknya
Kitalah sahaja yang tahu benar perkara

Mulut adalah anggota
Anugerah Allah kepada manusia
Hanya mulut jarang orang menjaga
Kerana sedap melepaskan kata-kata

Mulut manis mudah terpedaya
Yang jahat mulut rosak rumahtangga
Akal saja yang mentafsir berita
Percaya dan jujur pegangan yang ada

Telah ku lihat mulut berbicara
Sehingga terluka hati insan bercinta
Bukan kerana tidak percaya
Tidak mampu memikirkan semua

Terlalu payah untuk menjauhi
Apabila mulut advancelah kini
Cyber cafe internet cafe wifi berbunyi
Hanya duduk boleh berdiskusi

Kalau dahulu mulut berbisa
Tangan pula pemusnah anggota
Namun kini sama dibahagi
Tidak sedar sendiri yang rugi

Teringat lagi kekurangan diri
Negativity masih menguasai
Bila membaca hati meragui
Seolah berada di alam mimpi

Alhamdulillah rahmat diberi
Untuk melihat dengan mata hati
Mulut tidak berkata kini
Mata pula membaca terperinci

Alat canggih menyampai berita
Dari mata mentafsir rencana
Lalu tangan menekan butang yang ada
Satu Malaysia mula membaca

Tiada siapa yang akan menyedari
Mulut dan tangan sama berfungsi
Dizaman moden teknologi terkini
Twitter, Facebook, Myspace, tambahlah lagi

Benar ke apa yang hamba kata
Tidak perlu berbuat apa
Menekan butang semua tersedia
Kita juga lalai membaca

Bila membaca proses bermula
Tergerak hati forward sahaja
Tiada mulut tangan bekerja
Apakah nanti ada rasa bahagia?

Hamba kini mengurut dada
Mengenangkan cerita yang berputar lama
Memang diri tidak sempurna
Kenapa hendak ditambah dosa yang ada

Yang wajib belum tentu dapat disempurna
Sunat mungkin sekali sekala
Makruh memang setiap hari dan masa
Dosa bolehkah kita mengira?

Beruntung pula orang yang di keji
Mendapat pahala kerana di caci
Namun susah juga mendidik diri
Bila bersembang tidak sedar diri

Bagaimanalah hamba nak menulis kini
Kritik dikata sahih tidak di ketahui
Namun ruangan gosip sering di cari
Senang pula google sana sini

Oleh itu biarlah di khayalan
Orang membaca senyum dan tertawan
Walaupun hanya igauan
Dapat juga menghibur hati yang rawan

Terima kasih Remy dan Tizzy
Kerana memberi sumber inspirasi
Untuk hamba melihat realiti
Dari kaca mata hati dan budi

Kamu berdua pencetus segala
Sehingga kini masih menyala
Tidak pernah padam walaupun apa
Segar dan mekar di hati hamba

Terima kasih sekali lagi
Kerana memberi idea dihari ini
Semuga anda berdua diberkati
Dijauhi dari khianat dan dengki

Ambillah tauladan dari apa yang terjadi
Hamba pasti dari teknologi terkini
Mulut berapi tangan mencari
Kesabaran yang ada langsung teruji.

Selamat berjumpa lagi kawan-kawan
Pada episode yang akan datang
Belum tahu apa dalam fikiran
Semoga bernas tidak menentang

Owned and written by : Sanaa 21/10/10

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: