• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • Archives

Keinginan

Kata-kata Dr. Rashidah menghiasi gegendang telinga Nur kembali. Ia bukan sesuatu yang serious dan Nur amat beruntung kerana mengetahuinya di peringkat awal. Ini adalah perkara biasa di kalangan wanita, tidak ada apa yang perlu di risaukan. Lagipun masih kecil sahaja. Mungkin boleh cari alternatif sebelum pembedahan di gunakan sebagai kaedah rawatan. Report yang diterima tiada tanda-tanda yang mencurigakan.

Setiap kali kata-kata itu hadir, setiap kali itulah Nur mencari kekuatan untuk berhadapan dengan Adam. Nur sedar ia adalah perkara biasa tapi masih tidak berani berhadapan dengannya. Bingung memikirkannya. Sudah seminggu pertemuannya dengan Dr. Rashidah dan kini Nur mundar mandir di dalam bilik tidurnya, mencari kekuatan lagi. Adam pula sudah lama memulakan kerja di bilik bacaannya. Entah kenapa suaminya hari ini mengambil keputusan untuk bekerja dari rumah.

Selepas balik dari cuti berhari raya Nur juga dibebani dengan tugas dipejabat dan urusan rumahtangga. Namun jamuan sempena hari raya untuk kakitangan dan pelanggan Adam Hassan and Associates, mesti dibuat. Dengan bantuan Dina dan Salmah rancangan telah di atur dengan sebaiknya. Kali ini Nur memilih club house di kawasaan kediaman mereka sebagai venue. Tidak mudah untuk mendapat kebenaran dari Adam. Hampir seminggu juga Nur memujuk beserta dengan alasan-alasan yang munasabah baru di beri kebenaran.

“Kenapa nak guna club house?” kawasan rumah kita cukup luas, Adam memberi tentangan.

“Apa salahnya kita tukar venue kali ini?” pertanyaan yang Nur kemukakan.

“Dah katanya jamuan hari raya untuk staff dan pelanggan”, biarlah di rumah. Kalau nak buat di club house lebih baik kita sewa hotel saja, kata Adam membantah.

Di club house anak-anak boleh berenang, boleh main di playground, tidaklah boring sangat nanti, Nur memberi alasan. Kalau di hotel semuanya tertutup bang, function room apa yang ada, tambah Nur.

Selang dua hari Nur memujuk lagi, “boleh ya bang? Tanya Nur. “Boleh apa?” Adam seolah menyergah. Lahh jadi rimau laparlah pulak, kata Nur menggoda. Huhh, Adam melepaskan nafas berat. Dipandang wajah isteri yang di belakangnya, hmm..oklah sayang, you win, kata Adam dengan senyuman. Thank you bang, kata Nur lalu merangkul bahu Adam dan ciuman diberi di pipi. You are most welcome sweetheart, jawab Adam lalu mendongak memandang wajah isteri yang keriangan. Senyum menguntum di antara mereka. Senyuman juga meniti di bibir Nur bila mengingatinya.

Dengan hayunan langkah yang berat Nur cuba berhadapan dengan realiti. Apabila di lihat pintu bilik bacaan sedikit terbuka gerak langkah Nur mati begitu saja. Kekuatan yang di bina belum cukup kuat juga untuk berjumpa dengan suaminya. Kenapa terlalu payah untuk Nur bincangkan perkara yang kecil ini? Bentak hati Nur tiba-tiba. Apakah kerana pilihan yang Dr. Rashidah beri atau keadaan kesihatan yang di hidapi? Helaan nafas panjang Nur ambil untuk memberi ketenangan kepada hatinya ketika ini.

Oleh kerana masih gagal menghayun langkah ke bilik itu, Nur keluar ke halaman rumah untuk melihat keadaan di luar sebentar. Walaupun matahari telah naik, angin yang bertiup terasa nyaman juga. Mata Nur melirik ke arah pasu-pasu kecil yang kini mula menampakan tunas, selepas semaian Nur buat lebih kurang dua minggu yang lalu. Semaian yang di buat semasa cuti raya telah nampak hasil yang menggalakan. Terasa girang di hati Nur bila melihat usaha awalnya berjaya. Semuga mereka akan terus berjaya dan Adam dapat merealisasikan satu lagi impian hidupnya, doa Nur dalam hati.

Pasu-pasu kecil ini memberi ilham pada Nur. Melihat tanaman seperti melihat dirinya. Dengan perlahan pintu bilik bacaan di ketuk. Adam menoleh, senyuman di beri pada isteri yang menjengukan diri. Senyuman Nur balas dengan debaran di hati.

“Abang sibuk sangat ke?”, tanya Nur manja sebagai pembuka kata.

“Sesibuk manapun, tetap abang luangkan masa untuk isteri, jawab Adam. Ada apa sayang? Adam bertanya.

“Bagaimana dengan perbincangan abang dengan Dato’ Hamzah semalam?” Projek dah nak mula? Nur mulakan bicara, dengan harapan kekuatan dapat di bina dengan perbualan yang begitu.

“Alhamdulillah” Omar dan Ramdhan begitu yakin dengan projek ni. Mereka dah dapat supplier untuk pokok yang di perlukan yang sesuai untuk kawasan. Dalam masa yang sama kita kena sama-sama usahakan penanaman sendiri, terang Adam.

“Hmm, Nur dah bersedia?” Ini siap bawa pokok masuk ke bilik kenapa? Kalau iyapun nak tunjuk kat abang, panggillah abang keluar tadi. Ada tercalit rasa hairan di hati Adam agaknya melihat kelakuan isterinya pagi ini.

Senyuman Nur beri dengan kenyataan itu. Hmm tak mengapa, saja nak tunjuk kat abang, kata Nur dengan debaran di hati. Pokok ini masih kecil. Nur semai dengan biji benih yang di beli. Ia tumbuh setelah di siram setiap hari, kena sinaran cahaya matahari dan penjagaan rapi telah di beri. Akar mula tumbuh dan pokok mula membesar tapi satu pagi kita bangun lalu terperanjat. Pokok yang kita sangka akan besar dan tumbuh rendang terkulai layu, tidak boleh di selamatkan lagi.

“Pandangan mata mereka bertemu, senyuman terukir dengan penuh pertanyaan di hati suami yang memandang dan mendengar”.

Kenapa Nur, apa sebenarnya yang Nur nak beritahu abang ni? Nur buat abang tertanya-tanya dan gelisah. Cakaplah Nur, jangan buat abang rasa tak tentu begini, Adam merayu, lalu mengambil tangan Nur yang duduk di hadapannya.

Nur masih lagi membisu. “Please sayang”, rayu Adam kembali.

Hah, keluhan Nur lepaskan. Sesuatu yang tidak rumit tapi di rumitkan kerana keyakinan Nur goyah. Wajah Adam, suami yang di kasihi di tatap manja. Tidak ada apa-apa yang serius namun kebimbangan yang ada mengatasi keyakinan diri, jawab Nur.

Giliran Adam melepaskan keluhan. “Apa sebenarnya ni?” Adam bertanya lagi.

Kata-kata Nur tu, tidak menggambarkan apa-apa tapi menambah pertanyaan dalam diri abang, kenapa sayang? Apa yang menghalang Nur untuk berterus terang atau hendak beritahu? Adam keliru dengan perlakuan isterinya. Tadi kata tak ada apa-apa yang serius. Ini di putar belit cakap sampai abang tak tahu nak fikir apalah pulak. Perlahan juga tutur kata Adam.

“Abang ingat apa yang Nur lalui sejak akhir-akhir ini?” Nur bertanya.

Nur berharap semuga Adam mengingati apa yang berlaku di pagi raya. Tidak pernah Nur sangka akan berhadapan dengan Adam tentang perkara ini. Rasanya melahirkan tiga orang zuriat mereka pun tidak sesusah begini.

Wajah isteri yang di kasihi di tatap lagi. Entah kenapa Adam nak ketawa bila memandang wajah cantik dan manis di hadapannya kini. Apakah yang membuat isteri yang di nikahi hampir limabelas tahun yang lalu merasakan terlalu sukar untuk berterus terang. Apakah yang membebani perasaannya ketika ini. Bertalu-talu soalan datang dari dalam diri Adam.

Tawa kecil Adam berikan ketika bangun dan menarik kerusi untuk duduk berhadapan isteri tersayang.

Nur merasa sakit hati pula melihat senyuman yang Adam beri. Entah kenapa jadi begitu, tidak juga di ketahui. Lantas Nur melepaskan cubitan. I have all the time in the world for you my darling, kata Adam dengan senyuman dan senggehnya lagi, sambil menepis dan menghalang cubitan seterusnya. Abanggg, jerit Nur…sayaa jawab Adam manja.

*****

Nur termanggu di hujung katil di awal pagi syawal yang hening. Siraman air dari bilik mandi menandakan pasti Adam yang berada di dalamnya. Terasa perutnya menyucuk-nyucuk kembali. Sejak dua hari yang lalu sakit di perutnya datang kembali. Kali pertama Nur rasa begini adalah tiga bulan yang lalu dan sekali lagi di awal puasa.

Setelah puas berfikir baru kali ini Nur dapat kaitkan dengan putaran haidnya. Tidak pernah Nur rasakan sakit begini. Seingat Nur kali pertama dulupun tak sakit begini, sekadar rasa malas dan letih sehinggalah tiga bulan yang lalu. Setelah anak tiga baru Nur rasakan kesakitan ini.

You ni senggugut atau ada ketumbuhan, Nur? Salmah bertanya di awal puasa hari tu. Kalau tak silap I dah dua tiga bulan kebelakangan ni, you asyik pegang perut saja setiap kali datang bulan, kata Salmah lagi.

Entahlah Salmah, dah tiga anak I tak mungkin sekarang baru nak senggugut. Dari mula sampailah sekarang I tak kenal erti senggugut. Setakat sakit pinggang dan rasa letih tu adalah, jawab Nur pula.

“Adam tahu tak ni?” tanya Salmah lagi. Nada Salmah penuh dengan kerisauan.

“Tak”, jawab Nur ringkas.

“Tanyapun tak pernah”? Salmah macam penyiasat pulak hari ini.

“Wahh, sejak bila you jadi penyiasat peribadi I”? tanya Nur dengan gurauan.

“Sejak you degil dan tak dengar kata”? jawab Salmah dengan tangan di pinggang.

“Aduh, garangnya”?, kata Nur.

Dengan you memang kena garang, itupun tak makan saman juga lagi, Salmah sudah menunjukkan wajah berangnya. Pertanyaan I belum di jawab, Salmah mengingatkan. “Adam tahu ke tidak”? soalan yang sama di ulang.

“Jujurnya I tidak beritahu Adam lagi,” Nur memberi jawapan. You sendiri tahukan tentang perangai Adam, bila dapat tahu I tak sihat or anak-anak tak sihat. I tak mahu Adam susah hati buat masa ini, itulah jawapan Nur. Mati akal terus Salmah bila mendengar penjelasan Nur tapi masih tidak berpuas hati, lalu di tanya lagi.

Hah, Salmah melepaskan keluhan melihat kedegilan Nur. Jangan di biarkan Nur. I nak tanya lagi ni, heavy flow tak? Please Nur, risau I di buatnya tengok you macam ni.

Nur memandang Salmah sebelum jawapan di beri. Iya Sal, memang heavy flow, bukan macam selalu.

Mendengar jawapan Nur, Salmah terus terbayang apa yang pernah dia lalui dan juga adik perempuannya. “Please Nur, jangan biarkan”, kita pergi clinic sekarang ya? Salmah memujuk.

Hah, keluhan juga yang Nur lepaskan. Baiklah Sal, I akan pergi nanti. Tapi sekarang kita habiskan kerja dulu ya! Antara rayu dan mendesak juga permintaan Nur. Insha’Allah Sal, I am ok, jawab Nur.

Salmah memberikan pandangan tidak puas hati. “I am ok,” janganlah bimbang, pujuk Nur lagi.

*****

Nur memandang Adam dengan berbagai perasaan. Kenapa ni? Pertanyaan Adam terus terbiar tanpa jawapan. “Hmm..baiklah,” abang dah tanya tapi Nur cakap putar belit. Oleh itu biarlah abang yang cakap, kata Adam lalu menyentuh pipi isteri kesayangan.

Dengan lembut Adam mengambil jari-jemari Nur dan membawa ke bibirnya. Kucupan Adam beri di jari-jari ini dan membelainya juga. Sentuhan jari Adam berhenti di jari manis Nur, memegang cincin yang tersarung di situ. Renungan Adam yang begitu syahdu membuatkan Nur terkesima.

“Terima kasih Nur,” kata Adam. Terima kasih kerana masih lagi menghargai cincin ini, lebih dari segalanya. Ada kesayuan di suaranya.

Cincin perkahwinan mereka adalah harta yang paling bermakna dalam hidup Nur. Cincin ini adalah pemberian pertama dari Adam, setelah mereka kembali bersama setelah enam tahun berpisah. Walaupun cincin perkahwinan asalnya masih ada, tapi oleh kerana cincin yang ini adalah pemberian Adam yang pertama. Dibeli pula dengan harga kasih sayang, kata Adam dahulu dan memang ia meninggalkan kesan yang mendalam di hati Nur.

Nur hanya memandang ketika Adam memegang tangannya di antara kedua belah tangan dan menggenggamnya kembali. Kalau Nur belum bersedia memberitahu abang tidak mengapa. Cuma abang berharap ia tidak ada kena mengena dengan kesihatan Nur, kata Adam tanpa melepaskan pandangannya pada Nur. Abang sebenarnya masih di ragut kebimbangan bila teringat Nur sakit di pagi raya. Walaupun Nur kata angin tapi kadang-kadang abang semacam terasa ada sebab lain juga.

Mungkin telah terbayang kesedihan di wajah Nur, lalu Adam terus berkata, ok…not to worry. Abang faham kalau Nur belum bersedia, tapi jangan buat abang risau terlalu pulak nanti, hmm. Ciuman Adam beri di dahi untuk menyakinkan isteri bahawa kasih dan sayang yang ada tidak pernah berbelah bagi.

Rasa bersalah bersarang di hati Nur apabila suaminya berkata begitu. Ya Allah, kenapa dengan diriku ini? Tolonglah aku ya Allah, aku mesti memberitahu suamiku, bukan niatku untuk merahsiakan darinya, namun aku tidak punya kekuatan sekarang. Apa yang perlu aku buat sekarang? Nur bermohon di selang seli oleh pertanyaan dalam diri. Kemarahan pada diri sendiri mula menguasai diri.

Jom, kata abang Adam tiba-tiba. Akan tetapi belum sempat Nur bertanya, terdengar Sulis berteriak memanggil Sophea. Adik…adik mari sini pakai baju dulu. Hehehe terdengar juga Sophea ketawa…tak apat…tak apat kata Sophea. Ayah dan ibu berpandangan sesama sendiri bila terdengar Sophea berkata begitu. Ini mesti abang berdua yang ajar, teka mereka.

Eeee kata Sulis, bila Sophea melepasi pintu bilik bacaan yang sedikit terbuka. Ayah…ayah panggil Sophea, dengan tawanya. Saya, jawab ayah dengan harapan Sophea akan datang ke dalam dakapannya tapi ternyata silap. Sophea melencong ke belakang meja.

Ternyata Sulis sudah mengah mengejar Sophea. Princess ayah memang sering menduga kesabaran semua setiap kali selepas mandi. Adam pula terkejut melihat Sophea melarikan diri sehingga tidak mahu pakai baju.

Sophea hanya berdiri di situ dengan wajah “nakalnya”. Dengan tangan di pinggang, Sophea menghayun badan ke kiri dan kanan. “Mari dik”, kita pakai baju ya! Kata Sulis sambil menghulurkan tangannya.

Kekk..kekk Sophea ketawa. Entah apa yang menggelikan hatinya tiada siapa yang tahu. Mungkin seronok di perhatikan oleh tiga orang dewasa yang gagal menangkapnya.

“Tolong tuan,” tangkap adik pinta Sulis.

Adam macam terpinga-pinga pula. Seronok barangkali melihat telatah princessnya di hari ini. “Tangkap Sophea tu, bang,” kalau tidak sampai petang tak pakai baju, kata Nur seakan menyergah.

“Ohh,” kata Adam. Anyway what she’s up to? Selalu ke Sophea macam ini? Dengan abang tak pernahpun, Adam merasa hairan.

“Iya, tuan,” adik sering begini bila lepas mandi. Nak pakai pampers pun sekarang susah. Kalau ada Amsyar senang sedikit, tapi kalau dengan Amin mereka bergurau dulu, terang Sulis.

Kekk kekk ketawa Sophea kedengaran lagi. Dengan mata yang bulat memerhati, Sophea masih menghayun badannya ke kiri dan kanan. “Alahai cutenya anak ayah,” Adam memuji, dengan hasrat memancing Sophea. “Issh”, ada ibu cubit ni nanti, kata Nur geram, bila Sophea masih lagi dengan mengada-ngadanya.

Bulat terus mata Sophea memandang Nur. Pandangannya beralih dari ibu, ayah dan Kak Sulis. “Mari sayang,” ibu dah marah, pujuk Adam.

“Ayah buat,” kedengaran Sophea bersuara.

Lalu Adam berteleku di hadapan Sophea. “Come Sophea,” kita pakai baju dulu, kesian Kak Sulis kejar Sophea tadi, pujuk ayah.

“Kekk kekk,” Sophea beri lagi tawanya dengan menunjukan barisan giginya yang putih. Come sayang, pujuk ayah lagi.

“Amina Sophea?” suara Nur agak tinggi.

“Nur”, jangan marah anak begitu, tegur Adam separuh berbisik dan memandang juga.

“Ayah buat,” kata Sophea.

“Ok ayah buat,” jawab ayah lalu mengambil baju yang di hulurkan Sulis. Serentak dengan itu Adam menghulurkan tangannya kepada Sophea. Sophea datang meluru ke dakapan ayah sehingga membuat ayah hampir terjatuh.

“Hehehe,” ketawa Sophea mengisi setiap ruang bilik bacaan ayahnya. Nur memerhatikan mereka berdua. Anak dan ayah bergurau. Sophea menggeletek ayah dan ayah menggeletek Sophea. Tawa Sophea girang, tawa seorang anak yang dibelai dengan penuh kasih dan sayang. Bermain sorok-sorok jari, menyanyi lagu dimana ibu, twinkle twinkle little star dengan aksi sekali. Menyaksikan ini semua menjadikan Nur disahut sayu. Adam memang rajin melayan anak. Dari Amsyar dan Amin kecil lagi sehinggalah Sophea. Tidak pernah kenal penat, letih dan jemu. Bermain masak-masak dengan anak-anak didapur adalah aktiviti bulanan sekarang ini.

Antara geram, sedih, sayu, gembira dan bahagia, Alhamdulillah, aku bersyukur ke hadratMU ya Allah dengan kebahagian ini. Di tahan airmata yang mungkin keluar dengan memberi senyuman kepada Adam yang sibuk melayan Sophea bercerita.

“Kenapa sayang ayah lari bila nak pakai baju?” tanya Adam pada puterinya.

“Na nakk,” itu jawapan Sophea beri. Ayah buat, kata Sophea lagi.

Sophea tak mahu Kak Sulis buat? Tanya ayah. Lalu Sophea gelengkan kepalanya. Ayah buat, itu lagi yang di ucapkan Sophea. Ok sayang, ayah faham, Adam memberi jawapan beserta ciuman di pipi, digeletek juga lagi. Sophea ketawa lagi tapi dah menolak tangan ayah yang menggeletek lalu merebahkan badannya atas pangkuan ayah.

Sophea membetul kedudukan, merangkul leher ayah lalu membisik sesuatu di telinga ayah. Entah apalah ayah dan anak berbual, asyik bisik-bisik saja. Dengan senyuman, ayah memandang Sophea, lalu berkata, ok let’s jom. Sophea mengangguk.

“Let’s jom ibu”, kata Sophea sambil menarik tangan Nur. Sophea nak pergi mana, tanya Nur. Pergi alan, ibu ambik ayut kata Sophea dengan yakin sekali.

Serentak dengan itu derai ketawa dari Adam dan Nur kedengaran. Sophea turut ketawa. Tidak di ketahui yang ayah dan ibu ketawakan dirinya. Hai bertuah sungguh anak ibu ini, cakap punyalah banyak, pelat masih belum hilang. Hmm…Nur gelengkan kepala. Hmm…Sophea mengikut pula.

*****

Kegembiraan melihat telatah Sophea dan bersamanya membuat resah Nur hilang. Dengan keletah anak kecil ini membuat Adam mengimpikan seorang lagi secepat mungkin. Bukan impian Adam seorang. Impian Nur juga. Sewaktu mereka kembali bersama tiada cita-cita atau hajat yang Nur buat. Masa itu hatinya hanya mahu berada di sisi Adam kerana cinta dan kasihnya.

“Sophea nak pergi mana” tanya Nur pada puterinya.

“Pergi alan”, jawab Sophea dengan laju.

Adam dan Nur saling berpandangan. “Nak kena bawa Sophea pergi speech therapy ke?” Adam bertanya pada Nur. Entahlah bang, perlu ke? Nur pula bertanya. Hmm…nanti abang telefon her paeditrician. Tapi bukannya Sophea tak bercakap bang? Pelat saja, kata Nur diantara pertanyaan dan keraguan. Ialah, tapi risau juga abang dibuatnya. Amsyar dan Amin dulu tak pula macam ni, kata Adam. Tak mengapalah Nur, kita tanya dulu, kalau Dr kata normal bermakna kita kena bagi Sophea masa. Janganlah kita risau yang bukan-bukan pulak, kata Adam lagi.

“Sophea nak pergi jalan kemana ni,” ayah bertanya pula.

“Rumah Tok,” jawab Sophea.

Hah…rumah Tok? kata ayah sambil melihat anak kesayangannya masa mereka berhenti di traffic light.

“Siapa cakap kita nak pergi rumah Tok?” tanya ayah lagi.

“Ampu ibu”, Sophea menunjukan traffice light dan tidak menghiraukan kata ayah, tapi memandang ayah juga. Yes lampu, jawab Nur. Apa warna lampu? Nur bertanya puterinya. Senggeh Sophea beri ketika memandang ibunya..uhh kata Sophea. Tak mahu macam itu, Nur menegur anaknya, bila Sophea enggan menjawab.

Sophea pandai, abang dah ajar hari itu, kata Nur memancing Sophea untuk menjawab. Ketika kereta bergerak Sophea menjerit perlahan, eeen katanya. Clever girl, kata Nur sambil memeluk Sophea dengan geram. Ketawa halus Sophea mengisi setiap ruang kereta BM X5 kesukaan ayah.

“Abang nak kemana”, Nur bertanya.

“Kita pergi office sekejap”, dah secara kebetulan kita keluar.

“Memang ada rancangan nak ke office ke tadi? Nur bertanya dengan senyuman yang melirik.

“Tak sayang”, jawab Adam. Pada awalnya abang ingat nak keluar dengan Nur saja. For us to spend time together, hmm tapi dah puteri kita bawa. Senyuman Nur di balas mesra sambil Adam mengusap kepala Sophea seketika.

“Sophea nak tidur”, Adam bertanya pula pada anaknya.

“Na nakk”, jawapan standard dari Sophea.

“So, what is the plan now”, Nur meminta kepastian.

Kita pergi office sekejap. Lepas tu ambil Amsyar dan Amin dari sekolah, pergi makan dan hmm…Nur nak buat apa-apa tak? Nak beli barang dapur ke atau apa-apa sajalah, kata Adam.

“Barang dapur adalah juga yang hendak di beli”, tapi with these three little chaps boleh ke? Nur meragui.

“Hmm, biarlah abang jaga mereka,” sementara Nur beli barang tu, abang bawalah mereka pergi indoor playground atau toy-u-rus. Indoor playground please, not toy-u-rus kata Nur.

“Baiklah sayang”, abang menurut perintah, jawab Adam dengan senyuman.

Jelingan Nur beri dengan jawapan dari Adam. Amboii comelnya jelingan isteri abang, kata Adam mengusik. Come sayang, kata Adam kepada Sophea yang dah bersedia saja untuk mengikut ayah.

Kita di mana ni? Adam bertanya pada Sophea seraya ciuman di beri di pipi gebunya. Tak tahu, Sophea mengangkat bahunya. Hehh ini semua mesti abang yang ajar, kata Adam lagi bila melihat jawapan yang Sophea beri. Abang? Sophea menyebut abang dan di perhati kiri kanan. Abang tak ada sambil memusing-musingkan tangannya.

Sampai saja di atas, apabila semua melihat Adam mendukung Sophea ramailah yang datang menerpa.

“Hai Sophea,” tegur Omar.

“Hai”, jawap Sophea dengan senyuman. Oh kelass gitu, kata Omar lagi.

Salam Uncle Omar, Adam meminta anaknya bersalaman dengan Omar. Sophea menghulurkan tangan dan dicium juga tangan Omar. “Alahhh baiknya anak uncle ni”, sambil menyentuh pipi Sophea. Uhh kata Sophea pula, lalu menyapu pipinya.

Ohhh pipi tak boleh sentuhlah uncle Omar, usik yang lain. Sophea mula pusingkan badannya dan memaut leher ayah bila ramai sangat yang datang mengerumuni. Selain dari Ramdhan, Dina dan Salmah, Sophea tidak mahu lagi bersalaman dengan sesiapa. Mood sudah hilang, kata Adam. Budak boss, itupun dah baiklah ni tak menangis, jawab seorang kakitangan yang hampir. Sophea, ibu mana? Dina bertanya.

“Ibu”, panggil Sophea, sambil memandang keliling lalu ternampak ibu di pintu. Tu, Sophea menunjuk.

Ohhh ibu ada rupanya, ingatkan tadi ibu di rumah, sebut Salmah.

Untung juga kalau ibu di rumah, sahut Nur.

“Nak ke mana ni?” tanya Dina pula. Siap ada beg, macam nak bermalam saja, sambung Dina lagi.

Aduhh Puan Dina, saya bawa anak baru berusia dua tahun, ibu nak makan, ibu nak tutu, ibu Phea we-we…hmm apa lagi? Nur berseloroh di ikuti ketawa kecil kakitangan di situ.

Oh sorry, I terlupa princess ada hari ini, kata Dina pula. Ayah nak bawa princess keluarpun tak ada advance notice, ibu apalagi, tarik sajalah yang senang di capai. Uuu…Dina. beg susu kelass gitu, dahlah merah, Samsonite you, Salmah bergurau. Wahh, kalau macam ni I nak jadi anak you lah Nur!!! kata Salmah dengan senyuman melebar. Bolehhh…kata Nur, semuga di murahkan lagi rezeki kami.

Omar sedang melayan Sophea. Nur hanya memerhatikan dari jauh ketika berbual dengan Dina dan Salmah. Dalam masa berbual Sophea datang berlari, ibu ibu lalu terus memeluk kaki Nur. Dengan menggosok-gosok matanya, Sophea minta susu.

“Nak tutu”, kata Sophea.

Sophea pandai, macam mana ayah ajar kalau mintak nak susu, Nur memujuk Sophea untuk meminta dengan betul. “Ibu”, issh, nak tutu, ulang Sophea. Ok, sekejap ya, ibu wash hand dan buat susu untuk Sophea. Hah, tengok tu, belum sempat tarik nafas bercerita, confirmation dah ada. Dina dan Salmah tersenyum juga.

Sudah secara kebetulan berada di pejabat, Nur meneliti dokumen yang datang dan appointment yang sudah Salmah aturkan untuk minggu hadapan. Sambil melihat dokumen, mata Nur melirik pada Sophea yang sedang melayan perasaan di atas sofa biliknya dengan botol susu di tangan.

Jam hampir menunjukkan pukul 11. Nur rasa lega, melihat Sophea sudah melelapkan mata. Kesempatan yang ada Nur gunakan untuk membuat beberapa panggilan, dan yang terutama sekali menalifon Nabila, kerana Nur terlupa hendak jemput untuk majlis hari raya Ahad ini.

“Assalammualaikom Ila”, Nur memberi salam. Selamat Hari Raya ucap Nur pula.

Hei Nur, Wa’alaikomsalam, jawab Nabila riang. Selamat Hari Raya, maaf zahir batin, halalkan makan dan minum terlanjur kata dan gurauan, hehehe Nabila ketawa di hujungnya.

Baiklah, aku terima semuanya, jawab Nur. Panjang sangat nantilah aku balas bila kita jumpa, gurau Nur pula.

Hmm, nak jemput open house ke ni? Nabila meneka.

Tepat sungguh sasaranmu wahai teman, seloroh Nur.

“Bila tu”? cepat saja Nabila mencelah.

Hari Ahad ini, bermula pukul 12 tengahari hingga 3 petang, datang ya, jemput Nur.
“Oii dah tukar time”? Nabila perasan kali ini waktu makan tengahari, bukan macam selalu jamuan teh.

Iya Ila, selalu dah buat jamuan teh, tukarlah pulak dan venuenya pun aku tukar. Kami buat di club house pula tahun ini, terang Nur.

“Uwahh” sahut Ila. Club House yang berdekatan dengan golf course tu? Tanya Ila pula.

“Iya”, yang itulah. Jemput datang ya Ila, Nur menjemput sekali lagi.

Insha’Allah Nur, kami akan datang. Terima kasih kerana menjemput, ucap Ila pula.

Sama-sama kasih, jawab Nur. Ok Ila, nanti kita sembang lagi. Bye. Assalammualaikom.

Ok Nur, Wa’alaikomsalam, balas Ila pula.

Nur melepaskan nafas lega kerana telah menyempurnakan sebahagian dari tanggungjawabnya hari ini. Sempat melihat jam ditangan. Tidak sedar sudah hampir pukul 12. Hanya ada setengah jam saja lagi sebelum Amsyar dan Amin habis waktu sekolah. Rancangan telah Nur atur dengan pihak sekolah andaikata terlewat sedikit mengambil mereka nanti.

*****

Intercom berbunyi buat Salmah terperanjat kerana extension yang memanggil.

“Salmah, tolong masuk sekejap”, Adam meminta.

“Baik boss,” jawab Salmah. Mulutnya berkumat-kamit bertanya sendiri apa yang di ingini oleh Adam.

Pintu bilik Adam di ketuk. Arahan masuk yang kedengaran membawa Salmah ke dalam.

“Duduklah”, pelawa Adam.

“Ada apa boss?” Salmah bertanya kehairanan kerana di lihat wajah Adam agak sugul di matanya.

Saya perlukan bantuan awak, Adam memulakan bicara dan mohon maaf juga kerana terpaksa membawa awak kedalam keadaan ini. Berkerut muka Salmah mendengar kata-kata Adam. “Maaf”, saya tidak berniat bertanya orang lain tentang masalah yang di tanggung oleh isteri saya, tapi nampaknya kali ini terpaksa.

Dada Salmah tiba-tiba berdegup kencang. Namun di tahan perasaan yang ada lalu terus bertanya. Kenapa dengan Nur? Nur sakit ke? Saya rasa awak sedar yang Nur tidak berapa sihat sejak dua atau tiga bulan yang lalu, Adam melontarkan soalan.

Hmm, maksud boss? Salmah bermain tarik tali. Please, sudah saya katakan tadi, tidak sesekali saya bermaksud untuk bertanya hal isteri saya pada orang lain. Saya terpaksa kali ini kerana sudah dua kali Nur teragak-agak untuk memberitahu. Keadaan kesihatan Nur yang terganggu di pagi raya membuat saya mengesyaki sesuatu.

Nur, tegur Adam lembut. Kenapa ni? Adam bertanya bila melihat Nur bersandar di kepala katil. Dengan kaki di lipat ke atas, Nur menekup mukanya di situ. Adam merapati Nur dan menyentuh kepalanya lalu bertanya lagi, kenapa Nur? Kali ini suara Adam penuh kerisauan. Nur hanya geleng-gelengkan kepala..tak tahu itu saja yang kedengaran. Ketika Nur mengangkatkan kepalanya, dunianya rasa berpusing, lalu bersandar di kepala katil. Rasa menyucuk datang lagi dan sepantas kilat juga Nur membongkok dan menekan perutnya untuk menahan sakit.

Kenapa ni Nur? tanya Adam lagi penuh kerisauan. Di rapati Nur yang masih dalam kesakitan dan tiada satu jawapanpun yang Nur beri kepada pertanyaannya tadi. Kata-kata Salmah sebulan yang lalu tiba-tiba menyapa cuping telinganya, namun tidak mungkin Nur memberitahu Adam perkara ini sekarang.

Nur, kenapa ni? beritahulah abang sakit apa pula ni, Adam sudah makin risau. Tangan Nur sejuk kerana menahan sakit. Sayang abang, apa yang Nur rasa sebenarnya ni? Tak mungkin sakit tiba-tiba, lalu membawa Nur bersandar di bahunya. Adam memijit lembut bahu Nur. Di lihat wajah Nur dari sisi, pucat saja dan seingat Adam awal pagi ni tadi tidaklah begitu. Kita ke klinik ya, Adam mencadangkan. Hanya gelengan kepala Nur berikan.

Buka semalam makan apa? Nur tak makan ke? Bermacam soalan Adam tanya kini. Taklah bang, sebenarnya rasa tak sedap dah ada dari lepas buka semalam dan bila abang balik bawa juadah kiriman Mak Leha ,Nur jamah juga. Kenapa semalam tak cakap? Adam menegur sambil memicit bahu Nur.

Azan subuh yang berkumandang dari surau yang berdekatan dengan rumah, membuatkan Nur mengalih kedudukannya. Abang solat lah dulu, Nur tak apa-apa, angin saja dengan harapan untuk melegakan kerunsingan Adam waktu itu. Mungkin kalau Nur muntah akan rasa lega, kata Nur. Tiada alasan lagi yang boleh di berikan pada suaminya itu kecuali angin. Nur juga berharap Adam akan mempercayainya dan tidak akan menyoal siasat sehingga mereka kembali ke Kuala Lumpur nanti.

Adam memandang, ok ke Nur? tanya Adam lagi selepas keluar dari mengambil wuduk, apabila melihat Nur sudah bangun untuk menuju kebilik air. Hmm nasib baik masa baik pulih dan naik taraf rumah mak dulu, abang Adam dah rancang untuk ada attach bathroom dalam bilik ni, taklah nak bergegas ke bawah untuk guna bilik air atau keluar rumah. Nur ok, jawab Nur. Abang nak kejut anak-anak, kalau Nur siap nanti keluarlah, abang tunggu, kita solat sama-sama. Ok, sahaja jawapan yang Nur beri.

“Nur tak cakap apa-apa”? “Sikitpun tak ada”? Salmah bertanya inginkan kepastian sebelum membuka cerita. Hanya gelengan kepala Adam berikan.

Salmah melepaskan nafas berat, kerana tidak disangka Adam akan bertanya kepadanya. Baiklah boss, saya akan ceritakan apa yang saya nampak dan agak sahaja. Melihatkan sakit yang Nur alami saya meneka yang dia mungkin ada fibroids atau ovarian cyst. Setiap kali Nur sakit hanya sewaktu mendekati pusingan haidnya. Apapun saya rasa apa yang Nur alami tidaklah serious, tapi tidak juga boleh di pandang ringan, kata Salmah.

Adam melepaskan tarikan nafas yang panjang. Terasa bebanan perasaan yang ditanggung terlerai sudah. Ohh jelaslah kini, kata Adam dengan nada lega. Kelegaan Adam menjadi tanda tanya pula pada Salmah. Maksud boss? Salmah bertanya. Nur kata dia sakit perut di pagi raya. Saya syak sesuatu yang tidak kena tapi Nur hanya kata masuk angin. Saya menerima saja masa tu, pucat muka Nur membuat saya tidak yakin, Adam menjelaskan.

Ohh macam tu, jawapan dari Salmah. Tapi boss janganlah bimbang, Nur dah pergi jumpa Dr. Rashidah hari tu, but I did not asked further. Tak jumpapun Nur after her visit, baru hari ini Nur datang ke pejabat. Salmah memberi keyakinan kepada Adam pula.

It’s explain things again, kata Adam lagi. Nur cuba beritahu saya agaknya pagi tadi, tapi teragak-agak. Hairanlah juga kenapa Nur merasa payah nak bercerita, Adam mengeluh. Mungkin juga bukan payah, tapi tak selesa nak diceritakan. Nur ada beritahu, she never discuss her cycle with you, walaupun dah ada anak tiga. You monitor her cycle kan? Salmah ketawa kecil bila mengemukan soalan.

Mana you tahu? Adam bertanya kehairanan. Saya paksa Nur beritahu bila dia sakit hari tu, sebab Nur kata, “aku lahirkan anak Adam sepuluh orangpun perkara ini tidak mungkin di bincangkan dengan mudah”. “You tahu tak Adam ada complete time table about my cycle. Lambat dua puluh empat jam pun dia tahu”. Marah betul Nur masa tu kat Dina dan saya. Adam ketawa kecil mendengarkan, ia menjadi tanggungjawab saya sebagai suami untuk ambil tahu, Adam menambah.

“Terima kasih”, Salmah, kata Adam. Sama-sama jawab Salmah pula. Janganlah bimbang. Insha’Allah sakit Nur bukan di tahap yang serious. Thanks again, kata Adam sekali lagi.

Kakak kena serang angin lagi? Sulis tiba-tiba bertanya. Agaknyalah, jawab Nur. Boleh saya tolong picitkan, pelawa Sulis. Tak mengapalah, kita siapkan sarapan dulu, nanti nak ke masjid untuk sembahyang sunat Aidil Fitri jawab Nur.

“Nur sakit” tanya Mak Jah pada menantunya.

“Taklah mak, cuma rasa pening dan mual saja,” jawab Nur pula. Dah muntah lendir tadi rasa kurang sikit, tambah Nur.

“Hmm, penat sangat agaknya semalam,” sambung Mak Jah pula. Nur makan tak juadah yang Adam bawa balik dari rumah Mak Leha, teka Mak Jah lagi.

“Kenapa mak?” mak sakit perut juga ke? tanya Nur terperanjat kerana bimbang food poisoning pulak nanti.

“Terasalah juga, sebelum masuk tidur semalam”, tapi nasib baik Sulis dan Ika ada. Sulis urut mak dan Ika tuam dengan air panas.

“Hanya kita berdua saja yang jamah pulut tu semalam”, Adam tak makan pulut tu, walaupun masa di sana. Mak dah tanya Adam subuh tadi. Ingatkan mak seorang saja yang terasa tak sedap perut sejak semalam, terang Mak Jah.

“Tapi, Nur hanya rasa awal pagi ni mak, pukul 4 pagi tadi Nur terjaga masih tak ada rasa apa-apa”, kata Nur.

“Hmm, perut Nur kebal lagi agaknya” Adam bergurau, bila menyampuk perbualan mereka. Sakit lagi ke Nur? Adam bertanya. Sikit saja, janganlah abang risau, kata Nur. Dah siap kopi?

Nur menghulurkan secawan kopi kepada Adam. Kopinya bang, kata Nur. Thank you sayang, jawab Adam lalu memberi pandangan manja pada isteri kesayangan. Apa yang tak kena pulak ni bang? Nur bertanya bila Adam merenungnya seolah ada yang tidak kena di wajahnya. Tak ada apa-apa, jawab Adam dengan senyuman. Saja nak tengok wajah isteri abang, tak boleh? Dengan senyuman yang lagi lebar.

Dengan tarikan nafas…hmm ada-ada sajalah abang ni. Kalau orang lelaki di beri manja terlebih, inilah rupanya, kata mak mertua ku tiba-tiba. Apa Nur tak tahu? Mak bertanya.

Lagi lebar senyuman yang Adam berikan. Lahh mak ni, salah ke Adam nak bermanja dengan isteri? Tanya Adam. Taklah salah, tapi terlebih, kata mak dengan menjuihkan sedikit bibirnya kepada Adam dan berlalu pergi. Hah cepat siap, nanti lewat pula ke masjid, pesan mak.

“Nur ok ke ni?” pucat saja abang tengok muka isteri abang di pagi raya, sambil menyentuh pipi isteri yang di kasihi.

“Jangan bimbanglah bang” kata Nur. Nur tak ada apa-apa. Insha’Allah sambung Nur lagi.

Adam melepaskan helaan nafas yang panjang. Kenapalah Nur suka berahsia, apa yang susah sangat nak berbincang dengan abang? Adam berkata sendirian. Tak kesian kat abang ke? Gambar isteri di atas meja di tatap manja.

Ketukan di pintu mematikan lamunan Adam. Nur menjengukan diri, jom bang nanti lambat sampai sekolah kesian anak-anak tunggu lama, kata Nur. Nur dah telefon sekolah? Adam bertanya. Sudah bang, jawab Nur.

*****

Seperti selalu Omar dan Ramdhan adalah orang yang terdahulu sampai.

“Wahh besar nampaknya jamuan raya kita”, kata Omar memuji.

“Mana ada besarnya”, kata Nur pula.

Sama saja, mungkin sebab tempat separuh tertutup tu yang buat kita rasa besar. Makanan di susun sebaris. Kalau di rumah kita selalu buat bentuk L. Betul tak? Tambah Nur lagi. Hmm kenapa buat di sini tahun ni, Nur? tanya Ramdhan. Nur tersenyum lalu menjawab, Puan Nur Amina dah ‘malas’. Lalu mereka bertiga ketawa.

Nak ubah selera sebenarnya. Lepas cuti raya kita semua sibuk dengan kerja, tak sempat nak fikir macam-macam. Jadi I terfikir, kemudahan dah ada kenapa tidak kita gunakan. Lagipun bila majlis selesai tak perlu nak susah-susah kemas rumah, Nur memberi penjelasan.

Amboi amboi punyalah asyik bersembang, kita sampaipun tak sedar, gurau Salmah. Hai Salmah, kata Nur sambil bersalaman dengan Salmah dan tiga orang anaknya. Suamimu di mana? Nur bertanya. Dia kirim salam, tak dapat nak datang. Kami berpecah hari ini kerana ada jemputan lain yang hendak di penuhi, jawab Salmah dengan alasan di beri.

Jam sudah menunjukan pukul 12.30 tengahari, anak-anak buah Adam Hassan Associates dah mula memenuhi ruang club house dengan keluarga masing-masing. Jamuan hari raya yang agak berbeza dari tahun-tahun sebelumnya, kata semua. Omar datang menghampiri, ok lady boss, venua yang baik. Lain kali nak buat jamuan atau kenduri buatlah kat sini. Sebelum makan terjun kolam, habis makan masuk sauna. Sambung makan, main tennis pulak. Omar macam tu juga, awal datang last pergi, di ikuti ketawa dari semua.

Buatlah suka hati kamu, sampuk Adam. Jangan masuk kolam tak timbul balik sudah, pegi tennis court, court tanya “apa kau buat di sini?” Pegang racket juga dari tadi, duduk saja, betul tak, gurau Adam. Boss ni tak bagi encourangement langsung, asyik nak perli sahaja, kata Omar lagi.

Betul tu boss, sampuk Ramdhan pula. Eh kawan, orang yang datang kemudian pun dah balik tau, kita ni masih juga di sini, kata Ramdhan. Tahun ni bukan nak tolong kemas, jomlah balik, ajak Ramdhan. Elahh, kau ni potong steam betullah Dhan, tu kambing masih ada tu, orang ni semua tak reti makan agaknya, kata Omar berseloroh lagi. Kejap lagilah Dhan, pujuk Omar. Hmm..ialah kata Ramdhan lalu menggelengkan kepalanya.

Oklah boss, kami balik dulu, kata Omar kepada Adam. Ada rumah lagi nak pergi so tak tahu nak letak mana pulak dalam perut ni? Ada tempat lagi? no worry sampuk Dina di sisi. Alahh korang semua ni memang jealous tengok aku dengan boss. Ishhh cemburu kuat semua. Ok guys see you tomorrow, kata Adam. Thanks for coming, lalu Omar dan Ramdhan beredar.

Thanks you sayang, kata Adam kepada Nur dengan ciuman di pipi. Mata-mata yang memerhati tersenyum melihat kemesraan suami isteri yang secara kebetulan boss mereka. Dengan manja tangan Adam memeluk pinggang Nur, you are most welcome Encik Adam, jawab Nur manja beserta senyuman mesra. Pandangan Nur sememangnya manja di mata Adam.

Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar, tiada apa yang perlu di risaukan. Selepas tetamu pulang dan caterer pulang, kawasan jamuan akan di bersihkan oleh pengurusan bangunan. Nur menarik nafas lega. Jam juga menunjukkan hampir tiga petang, kini sudah selesai semua.

*****

Takbir raya hinggap di cuping telingaku…hah bagai petir menyambar aku terkejut dari lamunan. Sebuah senyuman menyambutku di pagi syawal yang mulia. Selamat pagi sayang, selamat hari raya ucapnya. Degup jantungku kencang kerana merasakan aku kesiangan dan dalam kelemahan yang terasa oleh kejutan itu, senyuman itu masih menguntum. Kenapa ni? tanyanya mesra. Masih awal lagi, terkejut ya? antara kenyataan dan persoalan.

Hah keluhan kecil aku lepaskan untuk menghilangkan debaran yang masih ada. Wajahku terus di belai, rambutku di kuak manja. Senyuman masih bersisa memerhatikan gelagatku. It’s only 4 o’clock in the morning katanya. Awal lagi bentak hati Nur. Betul ke aku dengar takbir tadi. Sekali lagi takbir menyapa cuping telingaku…Alhamdulillah, aku tidak bermimpi rupanya.

Berapa lama dah duduk memerhati? Akhirnya Nur bertanya pada sang suami. Terlalu lama tapi masih tidak terlerai rindu di hati, jawab Adam. Mengada-ngadanya, kata Nur, Tawa kecil Adam berikan di awal subuh yang dingin. Tak jemu? tanya Nur lagi. Tidak akan pernah jemu, tambah rindu adalah, jawab Adam di ikuti senyum yang lebar. You are so energetic early in the morning my dear, komen Nur yang tiba-tiba terasa sejuk melanda lalu menarik selimut yang ada dan terus Adam membawanya ke dalam pelukan.

Berbantalkan dada sang suami tercinta serta belaian mesra…tidurlah balik nanti abang kejut subuh. Hmm saja jawapan yang Nur beri, Nur sememangnya masih mengantuk, kerana tidurpun hampir jam 1 pagi. Ok tidurlah manja, kata Adam terus membelai mesra sehingga Nur terlena semula.

Nur memerhati Adam yang lena di buai mimpi. Kepenatan melayan anak-anak dan tetamu mungkin menyebabkan Adam tidur dengan nyenyak sekali. Menyandarkan diri di kepala katil, apalah bodohnya aku ini, kata Nur sendirian. Entah apa yang buat mulutnya terkunci untuk berkongsi penyakitnya pun Nur sendiri tak tahu. Mahu tak mahu fibroids kena di buang, sebab Sophea mesti ada adik, itu keinginan Nur sendiri.

Arghh..ehhh jerit Nur bila katak melompat di hadapannya. Jangan bimbang Nur Amina, tangkap saja katak tu dan mulakan pembedahan, kata guru sains mereka. Eee kenapa nak bunuh katak ni? tak sangguplah lalu Nur menangis. Sejak dari hari itu Nur sering takut dengan alat pembedahan, perkara yang tidak pernah di beritahu pada Adam atau sesiapa. Hanya Nabila saja yang mengetahui.

Nur ketawa sendirian di tengah malam yang sunyi. Oh agaknya inilah yang aku takutkan, katanya sendirian. Lama-lama bila di fikir, bukan memberitahu Adam masalah yang di hadapi, tapi mengenangkan pembedahan yang mesti di lalui. Aduhh pengecut juga aku ini, keluh Nur lagi di malam yang sunyi.

Ayah…ayah panggil Amsyar dan Amin. Sophea datang terkedek-kedek untuk masuk dalam kolam renang sama. Bushh kata Sophea bila terjun dalam air. Oii dahlah tu kata Nur pada semua. Ayah nak kena siap, nanti orang nak datang. Lahh kejaplah ibu, rayu Amsyar. Please my darling twins, dah lama sangat dalam pool sejuk nanti, keluarlah pinta Nur. Kak Sulis dah siapkan baju tu. Please…please, kata Nur lagi. Ayah pun keluarlah, abang please dah pukul 11.30 ni. Hehh am I talking to the wall, Nur melepaskan geram. Hehehe Adam ketawa dan Sophea ikut serta…eee princess ni kalau dengan ayah manja sungguh. Ibu dah naik angin…ibu dah naik angin, ayah berdendang.

Salmah asyik memerhati Sophea yang berlari bersama Amsyar dan Amin. Puas juga Sulis nak mengawal mereka hari ini. Apa yang you tenung tu Sal? Nur menegur. Ohh, terkejut I Nur, kata Salmah. I asyik memandang Sophea tu, tak padan dengan kecik, kuat berlari juga. Nakal pun nampaknya boleh tahan, Salmah menyambung.

Oii, nakal jangan sebutlah Sal, sampai pernah I kata dengan Adam, jaga Sophea seorang macam jaga tiga orang anak. She’s very mischievous, kata Nur. Ishh Nur meletakkan jari di mulutnya, princess boss, kata Nur sambil mengerling pada Adam yang berada tidak jauh dari mereka.

Hmm, itulah yang seronoknya Nur, tengah seronok main. Aku kalau tak payah beranak, jaga malam tiba-tiba dapat dah setahun nak juga, Ila buat lawak bodohnya. Salmah dan Nur ketawa mendengarkan. Betul apa…nak bawak sembilan bulan, dah beranak ada pantang, issh banyaklah urusan, kata Nabila sambil menyengih.

Cepatlah Nur, ada seorang lagi, usik Salmah. Ialah sementara makcik-makcik ni kuat lagi nak menolong, Salmah ketawa kecil. Cepatlah sikit, pejam celik pejam celik Sophea tu makin membesar, nanti lagi bertambah manja.

Issh semua orang bercakap macam masing-masing tak pernah beranak. Senang agaknya nak beranak dan bela anak kecik…hee suruh orang, you to beranaklah juga, kata Nur. Tanpa disedari Adam memandang dan mendengar perbualan mereka. Senyum manja Adam beri dengan mengenyit mata.

Ha’ah betul cakap Salmah tu Nur, sampuk Ila. Kau tu beruntung, boleh kerja dari rumah, rezekipun berlipat ganda. Nanti bila ada anak, mesti rezeki bertambah lagi, betulkan Salmah? Ila bertanya Salmah di sisinya. Betul tu Ila, lagipun tengoklah mereka tu, semuanya comel dan cute macam ibu dan ayah juga, Salmah menambah perisa.

Sejak bila kau jadi batu ronson Ila? Nur bertanya. Kau tu pun dah patut ada seorang lagi. Cakap orang, dia tu entah apa yang di tunggu, kata Nur geram dengan bercekak pinggang.

Hehehe…dah tu Ila, jom kita lari. Puan Nur dah naik angin, Salmah bergurau. Mereka bertiga ketawa.

Demi memenuhi hasrat di hati, pembedahan mesti di lalui. Cuma akan berubah kalau Adam bersetuju dengan alternative medication, yang akan mengambil masa lebih kurang setahun seperti yang Dr. Rashidah terangkan.

Ini ada brochure dan pamplets untuk alternative medication. Bincang dulu dengan suami, bila dah ada kata sepakat kita boleh pergi ke proses seterusnya.

Huh, Nur melepaskan keluhan. Di toleh lagi pada suami yang enak di buai mimpi, lalu meninggalkan katil untuk ke balcony. Jam sudah 1.30 pagi namun Nur masih tidak rasa mengantuk. Hembusan angin bertiup nyaman menyapa wajahnya diawal pagi yang hening. Nur hilang di telan khayalannya sendiri. Alhamdulillah, Nur mengucap syukur dengan keindahan malam ini dan juga kini telah mengetahui punca kegelisahannya.

Pelukan manja dan ciuman dileher mengejutkan Nur dari lamunan. Malam yang indah, kata Adam dengan pelukan kemas diberikan. Abang…hmm jawab Adam. Mainan bibir Adam di tengkuknya membuat Nur kehilangan kata-kata.
I love you, bisik Adam di telinga Nur.

Belaian Adam membawa Nur kelangit biru…..

Owned and written by Sanaa : 25/09/10

2 Responses

  1. aduhhh….betul betul langit biru lah….
    hari tu Dee gelak mcm ‘hantu’, malam ne red senyum malu malu….

    kat IB…kenapa tak bawa adam red…

  2. salam san….

    uuummm ciput nye hati.. langit biru no..hihihi..otak biru sungguh teman ni.. sesepang teman td..ingt kn Sophea dh nk dpt adik..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: