• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • Archives

Sinar

Salam Jumaat buat teman-teman
Hari yang ceria dan begitu nyaman
Walaupun deruan kenderaan membingitkan
Hamba bersyukur dengan pemberian

Selamat Pagi kepada semua
Ucap Uda dan Dara kepada kita
Terima kasih kepada pembaca
Yang sentiasa mendoakan mereka berdua

Perjalananan sukar telah di lalui
Masih goyah susah di percayai
Titik hitam pada cjolimoli
Semoga tabah terus menghadapi

Lumrah manusia memang begitu
Sentiasa diuji setiap detik dan waktu
Membina ketabahan meniti jalan berliku
Sinar bahagia pasti menantimu

Hari Jumaat penghulu segala hari
Semoga hidup bersinar lagi
Ucapan syukur kehadrat Ilahi
Pasti hidup sentiasa di berkati

Selamat Pagi kekasih hati
Agar dirimu sihat dipagi ini
Bersyukur kita dapat menikmati
Pagi yang nyaman lagi berseri

Selamat pagi pujaan sukma
Alhamdullillah dinda sihat dan ceria adanya
Terima kasih ucapan di terima
Memanjat syukur kita pada Yang Esa

Sebentar lagi kita bertemu
Makan nasi lemak kesukaanmu
Selepas itu kanda pergi kerja dahulu
Duduk dirumah jangan asyik nak merambu

Ewahh mudah sungguh berkata-kata
Menuduh kita tanpa usul periksa
Nantilah akan ku piat telinga
Selagi maaf tidak di minta

Harapan dan doa buat mereka
Semoga kasih utuh terbina
Rajuk dan manja adat biasa
Bagi pasangan yang hangat bercinta

Opps terlebih pula hamba meneka
Namun tidak salah pula rasanya
Semoga doa kita semua di terima
Di pagi Jumaat hari yang mulia

Bergaduh boleh jangan sengketa
Nanti sinar malap sentiasa
Jangan asyik bermasam muka
Bermaafanlah kita bersama

Celoteh pagi berhenti di sini
Selamat menikmati sarapan pagi
Kunyah perlahan-lahan jangan tercekik nanti
Jangan juga lupa doa pada cjolimoli

Be happy don’t worry
Senang cakap buat susah sekali
Apapun cubalah hiburkan hati
Selawat zikir jangan di lupai

Owned and written by : Sanaa 22/10/10

4 Responses

  1. Salam san & tasha,
    Maaf nak tumpang sini boleh tak?
    Belum di izinkan, red share aje lah….

    CINTA TERSIMPUL RAPI
    {ANIS SURAYA}

    Kulerai segala yang terkusut
    Kusimpul agar menjadi rapi
    Demi menjaga hatimu
    Ku rela mengalah selalu
    Mengapa kau berubah laku

    Inikah yang harus ku terima
    Di atas setia sekian lama
    Kau menjadikan aku
    Pelakon dalam sandiwaramu

    Rinduku cintaku bukannya yang terkusut
    Kuikat kubelai dan kusimpul..oohh…

    Hati ingin berbicara
    Hati pun sering bertanya
    Di mana hujung jalan cerita
    Bukannya di bibir tanpa sebarang noktah

    Selangkah engkau pergi seribu langkah aku mengejarmu
    Sekelip mata engkau hilang seluruh pelusuk ku cari…oohh…
    Setinggi mana engkau cuba membawa diri akan aku daki…oohh…
    Sedalam mana engkau cuba menyembunyi kan ku selami

    Biar tebukti biar bersaksi
    Cinta kita cinta tersimpul rapi

    • Wa-salam Red

      Aduhh syahdunya…cinta tersimpul rapi…cinta siapa tu? dan kenapa kali ini senyum-senyum malu?

      Dodin…

      Wahh nak langit biru? Bolehhh saja dehh tapi nanti kalau blog ku di catu huhuhu…suspenlah ne ingat kan Sophea dah ada adik…sabaq no..akan sampai masanya nanti…Insha’Allah

    • Red selalunye yg tersimpul rapi ni bila dh sedar ‘bersimpui’ je plk ..

  2. salam sanaa~~~~
    lama akak x komen…tapi akak tetap masuk ..membaca cerita sang pencerita…cam merajuk hati aje sidara….takut sungguh suka bertukar rasa~~~moga perang dingin hanya sementara hendaknya…kita disini masih mengharap yg terbaek untuk mrk sanaa~~~~selamat berhari minggu …moga ade berita ceria untuk sanaa kongsi bersama..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: