• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • Archives

Hari Yang Ceria

Selamat Pagi dan salam sejahtera
Berada kita di hari Ahad yang ceria
Marilah bersantai bersama-sama
Bawalah teropong ajaib jikalau ada

Tidur sang pencerita resah sahaja
Oleh kerana selsema yang melanda
Dipanggil ahli nujum lewat malam pula
Jadi tidurku terganggu adanya

Hari minggu hari bersuka ria
Berkelah bersantai pilihan semua
Itulah agenda Uda dan Dara
Ahli nujum kata carilah mereka

Apalah ahli nujum ni
Diberitahu disuruh pula cari sendiri
Kalau begitu baik saja ku guna carpet sakti
Teropong ajaib untuk terus mencari

Ehh sudah ku bilang mengomel pula
Kerja sedikit banyak pula cerita
Carilah segala pantai, sungai, kolah serata benua
Mesti nampak mereka bersama

Baiklah ahli nujum yang bijaksana
Hamba menurut segala kata
Bila ketemu ku berikan berita
Untuk semua yang ingin tahu segala

Terbanglah hamba bersama carpet sakti
Teropong ajaib tidak pernah dilupai
Wahai carpet dan teropong yang kukasihi
Buatlah kerja nanti lapuran diberi

Alamak sang pencerita demamlah lagi
Ini mesti sibuk skodeng cjolimoli
Oiii janganlah bising disini
Hamba ingin berehat sementara dapat bukti

Cantiknya sungai di bawah sana
Tidak ramai hanya beberapa orang sahaja
Baju putih seluar coklat macam mereka
Ini bukan laut tapi dimana ya!!!

Jernihnya air nampaklah kaki
Buaya berenang dalam sembunyi
Untuk menangkap kaki kekasih hati
Kekasih melompat dengan tinggi

Wokay…kakak menang sekali lagi
Eikk ada scoreboard markah diberi?
Dara ke itu yang melompat tinggi
Uda pula menjadi penangkap kaki?

Uii Uii carpet dekati pula disebelah kanan
Mahu ku teropong untuk pengesahan
Betullah sah tak silap dek pandangan
Cjolimoli sedang main cubit-cubitan

Siapa yang ada bersama mereka?
Tidak kami kenal tapi macam adik beradik saja
Memanggil abang dan kakak dengan mesra
Uda pula asyik dengan lensa kamera

Suasana sekeliling indah menawan
Pohon buluh dikiri kanan
Air sungai jernih aliran
Batu besar memenuhi ruangan

Papantanda tiada dimata
Untuk kami tahu tempat istimewa
Entah-entah “hideout’ Uda dan Dara
Tiada siapa tahu kecuali mereka

Sang Pencerita meneropong berkali-kali
Rasanya pernah datang kemari
Apakah mungkin kawasan projek tani
Mungkin juga kerana ia macam private property

Uda dan Dara duduk di atas batu
Menikmati minuman dan makanan di situ
Nyamannya udara rasa terharu
Ciptaan Allah disyukuri tanpa jemu

Dara memandang Uda tersenyum manja
Direbahkan kepala di bahu Dara
Memang manja tak boleh nak kata apa
Dara melihat lalu digeleng kepala

Wahai adinda yang cantik jelita
Apakah binatang yang berkaki dua
Rambut panjang mengurai sentiasa
Salah sedikit rajuk punyalah lama

Wahai kekanda pujaan hati
Itu bukannya teka teki
Saja direka untuk menyakitkan diri
Ambil ini cubitan hinggap bertubi-tubi

Oii oii macam kasar pula dinda ini
Kanda tanya baik-baik cubitan diberi
Senggeh Uda menggosok sana sini
Kesan cubitan pedih di kali ini

Hah rasakan…itulah balasan
Menyakitkan hati seorang teman
Nak buat lagi? Dara bertanya dengan senyuman
Uda geleng lalu terjun di sungai berdekatan

Air sungai sejuk terasa
Enak dan nyaman gembira adanya
Marilah dinda kita berlumba
Tak payah…terima kasih sahaja jawab Dara

Angin bertiup nyamannya suasana
Membelai wajah dan rambut Dara
Uda memandang dari bawah sana
Alhamdulillah kasihku hanya untuknya

Pandangan mata bertemu mata
Senyum berdua nampak nyata
Bahagia dan gembira bila bersama
Tidak diganggu oleh sesiapa

Hanya adik-adik yang turut bersama
Oh ini camping juga rasanya
Ada dapur dan kelengkapan segala
Untuk memasak bekalan dibawa

Di atas batu kembali berdua
Menikmati alam ciptaan Yang Esa
Inilah juga kegemaran berdua
Meninggalkan kota yang sesak sentiasa

Abang kakak kami nak mandi di sana
Baiklah jawapan yang diberi Uda
Tidak hamba tahu siapakah mereka
Anggap saja chaperon menemani berdua

Wang ringgit boleh dicari
Kasih sayang tidak boleh dijual beli
Uda memandang kekasih hati
Senyuman diberi berbalas kini

Hanya duduk berdiam diri
Melayani anggan bersama indahnya pagi
Rasa hati dan cinta dihati
Cjolimoli merpati dua sejoli

Senyap juga membawa seribu makna
Duduk berdua melayan rasa
Itulah juga namanya cinta
Tidak diucap namun dalamnya rasa

Kini Dara melentokkan kepala
Dibahu Uda dengan manja
Uda membelai rambut hampir terlena
Mata terpejam indahnya rasa

Pre-celebration birthday kata carpet sakti
Malam esok dinner kita skodeng lagi
Berapa lama kita mesti disini
Carpet bertanya teropong berdiam diri

Semoga Allah memberkati cjolimoli
Memberi ketabahan cekal mengharungi
Segala onak dan duri kehidupan ini
Dapatlah kita melihat mahligai terbina nanti

Tidak kita ketahui rahsia hati
Doa Uda sepanjang usianya kini
Begitu juga Dara yang dikasihi
Oleh itu hanya doa hamba iringi

Baik-baik jaga diri
Kawan ramai yang cemburu dihati
Andai ada terguris disana sini
Cepatlah dileraikan supaya tiada sangsi

Kami meninggalkan merpati dua sejoli
Berhari minggu ditempat misteri
Memang cantik harap dapat pergi
Untuk melihat dengan mata sendiri

Hamba kini mengundur diri
Selamat beristirehat duduk goyang kaki
Kalau mengantuk sambung tidur lagi
Bila bangun terus makan tengahari

Ahli nujum mesti ku temui
Malam nanti untuk sambutan hari jadi
Rasanya tidak berubah venue itu hari
Mandarin Oriental manalah lagi?

Owned and written by : Sanaa 24/10/10

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: