• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • Archives

Hoore Hoore Hip Hip Hoore

Di awal pagi buka forum cari
Ada berita pegang tangan lagi
Berita benar atau spekulasi
Hmm tak habis-habis mereka ini

Marilah kita sama-sama kongsi
Berita diakhbar dan statement diberi
Dua-dua hamba suka hati
Tapi jangan bergaduh pula nanti

Hahaha akhbar dah tak ada berita
Kes pegang tangan dibuka semula
Aduhh pergilah cekup artis lain pula
Yang mereka buat lebih dari segala

Apalah salah adik berdua ini
Para wartawan tidak henti-henti
Kalaupun ada cinta dihati
Biarlah mereka sama-sama layari

Katanya dua-dua single belum berpunya
Apa salah berkawan bertukar cerita
Heboh wartawan rosakan cinta yang ada
Nak cerita tu pandang kiri kanan juga

Entah betul entahkan tidak
Hampa baca macam tak nampak
Kok tersendeng bersentuhlah jugak
Yang berpeluk berparti tak kisahlah pulak

Berat sebelah betul berita di bawa
Pegang tangan macam tak biasa
Sudahlah tu asyik buka cerita lama
Orang ke bulan awak dok tang tu juga

Wake-uplah para pemberita
Dah tak ada cerita duduk diam sahaja
Kalau kena marah bilang pada mereka
Gossip hanya menambahkan dosa

Pada adik berdua “kongsilah” perkara
Kami disini support bila-bila masa
Rahsiamu rahsia kami juga
“Iols like” macam selalu hamba baca

Setahun lama masih kedengaran
Kisah berdua tidak kering tangan
Untuk ditulis oleh bukan wartawan
Termasuk hamba yang selalu berangan

Teropong ajaib dah ku guna
Masih tak cukup untuk meneka
Jadi ku anggap mereka bercinta
Selama ini setahun lama sampai bila-bila

Hati dan budi telah kenal mesra
Cincin nak disarung bilalah agaknya
Esok lusa mesti ada speku pula
“Adam dan Nur” real life story di bawa

Macam-macam speku wartawan reka
Sanaa and the geng memang suka
Yang betul saja kami gembira
Lompat tinggi itulah tanda

Pantun ini sekadar suka-suka
Adik berdua janganlah lara
Sembunyilah rasa tapi jangan pula lama-lama
Nanti dispeku lagi susahlah pula

Hore hore hip hip hore
Siang malam pagi dan sore
Inilah cerita romantic couple of the decade
Percaya ini cerita bawa hingga ke cicit

Simpanlah kenangan ini
Adik berdua memang kami sayangi
Pantun tak lucupun hamba tulis kini
Ikut lagu lompat tinggi-tinggi

Hari sudah hampir pagi
Sepanjang hari blog tidak diisi
Oleh kerana stress sepanjang hari
Boss naik angin tiada ampun lagi

Nasib baik ada cjolimoli
Yang sentiasa sudi menghiburkan hati
Forum cari dah speku hari ini
Statement berdua bercanggah pasti

Deru angin bertiup kencang
Sana sini pohon bergoyang
Ada pula topeng ajaib terpasang
Sang Pencerita senyum sorang-sorang

Wahh kalaulah benar ini cerita
Kenalah hamba buat topeng juga
Untuk mengekori adik berdua
Eh nak kenal macam mana? Dah tutup muka

Bagus sungguh strategi
Makin bijak lagi berisi
Ok wartawan…belut nak lumba lari
Kejarlah supaya penuh ruangan gosip nanti

Itulah saja cerita hamba
Yang melalut tapi isinya ada
Kalau tak percaya tunggu saja
Pasti ada berita gembira

Owned and written by : Sanaa 26/10/10

5 Responses

  1. Hi San & Haz,
    Hoore Hoore Hip Hip Hoore
    sup dan red nak lompat dah ne..
    coz terlalu happy…
    at least dah tahu isi hati….
    gaduh tu hanya illusi..
    untok kabur org-org yang mengikuti ‘c-tweety’
    cjoli moli ne pakar reversed physiology
    tak caya tengok lah nanti…
    jgn red di baling dengan kerusi
    koz tak tembus red jauh kat you all punya bumi…..

    sang pencerita tak perlu worry
    senyum sendiri terapi jiwa dan pipi…
    ikat boss dalam peti besi..
    dia tak pernah rugi
    coz kita productive dan make money..
    kerja beres..task target melebihi hari2
    tugasan & integrity tertanam hati nurani..

    cjoli moli forever and ever..inifinity…

    • temanku red nama diberi
      hari ni muka merah nampak berseri
      pasai pa lagi kalu bukan berita cjoli moli
      yg mmg red dok nanti-nanti…hehehe…

      sup kat sini senyum aja
      kalu ku jd joli pun akan ku nafi segala
      yerrlahh…teruna x ckp apa2..takkan dara nak melebih pula?
      dah tentu kena tunggu statement dr si ‘timba’..br follow suit by ‘perigi’nya…hahaha…

      teman2 juz wait n see
      kita tgk apa jg lepas ni…
      untung sabut..tersarung ler cincin kat jari
      kalu batu…meh la kita pakat tenggelam kat blog ni…hehehe..

      hv a good day frens..;P

  2. hadoi! bz body la wartawan2 ni..
    cjoli dah fedup dah..

    jgn gaduh lagi pasni sudah la ye *pray*

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: