• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • Archives

Rindu-rinduan

Sekali lagi kesunyian melanda
Ingatkan apalah yang tidak kena
Rupanya blog sudah agak lama
Tidak merapu dan bercerita

Dari deruan angin yang berkata
Seorang utara seorang selatan adanya
Mungkin urusan bawa Uda kesana
Tinggallah adik melayan rasa

Hati abang tak keruan juga
Maklumlah dah dua hari tidak bersua
Pasti rindu hampir nak pecah dada
Urusan yang ada memisahkan mereka

Apalah lagi nak dikata
Nak dibawa belum lagi sah empunya
Tanggunglah rindu jangan sampai pecah dada
Gunakanlah alatan canggih yang ada

Dinda dah makan tengahari?
Begitulah sms yang berbunyi
Senyuman dibibir terus meniti
Melihat sms dari orang yang dirindui

Belum…jawapan yang Dara beri
Tunggu kanda yang belum pulang lagi
Dimanakah dirimu pujaan hati
Usik Dara dengan hasrat menguji

Jawapan diterima senyuman meniti
Kanda hanya pulang malam nanti
Makanlah dulu…tak usah menunggu lagi
Kita makan bersama malam ini

Tak mahu balasan diberi
Kanda janji hanya sehari
Ini sudah masuk tiga hari
Resah dan rindu timbul kini

Aduhai…adinda
Kenapa tiba-tiba salah mengira?
Sehari setengah pun belum ada
Tiga hari dikata…tidak mungkin kanda silap pula

Hmm itulah sebabnya kanda lupa
Bermakna tiada rindu dirasa
Sehari bagai setahun lama
Kanda memang lupa pada dinda

Wahai buah hati kekanda
Rinduku sudah parah dirasa
Janganlah menuduh kanda lupa
Hanya dirimu dihati kanda

Hehehe janganlah merajuk wahai kanda
Adinda hanya suka nak menduga
Kerana kanda senyap tanpa berita
Seolah dinda tidak membawa makna

Janganlah begitu pujaan hatiku
Urusan yang ada sibuk terlalu
Dirimu tetap ku rindu
Sehingga makan ku tidak lalu

Aduhai kasihan
Boleh dinda tolong suapkan
Apakah hajat dan idaman
Dinda terbang untuk sampai kepangkuan

Kecil tapak tangan
Nyiru kanda tadahkan
Marilah dinda ke pangkuan
Hilangkanlah resah dan kerinduan

Amboi amboi…
Diberi betis hendak peha pula
Nasib baik kanda jauh disana
Kalau tidak cubitan dinda beri

Cubitan juga kanda rindui
Senyum dan tawa yang menghiasi
Laluan hidupku sehari-hari
Hanya dirimu wahai permaisuri

Dinda terima segala yang dikata
Semoga dapat hilang resah yang ada
Jom kanda kita makan sama-sama
Lauk kegemaranmu ada di meja

Dinda kejam…itulah jawapan
Taklah…jawapan menyusul kemudian
Iya…Uda menegakkan
Baliklah kalau itu yang diidamkan

Tidak mampu jari menekan kini
No didail lalu menghubungi
Kekasih hati yang amat dirindui
Mendengar suara puas juga hati

Telefon berdering Dara gembira
Berjaya membuat Uda memanggilnya
Hai kanda…manja sungguh suara
Uda mendengar lemah seluruh anggota

Iya adinda…kenapa nakal adanya
Masak bila kanda tiada
Ohh itulah namanya menduga
Rindu dinda pada kanda

Katamu berbelit adanya
Kurang faham secara tiba-tiba
Hahaha…Uda terus ketawa
Mesti Dara telah mengenakannya

Dinda tidak membohongi
Masak lemak cili padi
Bersama lempeng yang dibuat sendiri
Memang kanda rugi besar hari ini

Katakan wahai adinda
Tidak benar apa yang dikata
Sungguh…dinda tidak bohong adanya
Makanan tersedia hanya menanti kanda

Siapa yang ada disana
Untuk kanda bertanya duduk perkara
Aries ada…ngeow jawapan diterima
Lalu gelak kedua-duanya

Sungguh kanda…dinda tidak menipu
Dinda masak hari ini hanya untukmu
Simpan sikit please…kasihani diriku
Uda memohon dengan rasa terharu

Baiklah kanda…dinda berjanji
Terima kasih wahai buah hati
Sama-sama kasih…kanda pujaan
Akan tetap dinda tunggu kepulangan

Bilakah kanda akan pulang?
Esok lusa atau betul malam karang?
Andainya ada sayap, sudah lama kanda terbang
Untuk segera tiba wahai adindaku sayang

Andainya bersayap dinda tak mahu
Nanti susah pula untuk bertemu
Bahasa perantaraan dinda tidak tahu
Kanda asyik terbang buat dinda menunggu

Derai ketawa bergema kini
Terasa keriangan yang didengari
Itulah merpati dua sejoli
Berpisah sehari rindu dirasai

Hilang sebentar kesunyian yang ada
Bila membayangkan mereka berdua
Tahukah kamu wahai Uda dan Dara
Inilah diriku sang pencerita

Hoore hoore hip hip hore ramai yang suka
Namun kami masih lagi berduka
Dek pengakuan yang tidak sama
Berdebar sentiasa menunggu hari dan masa

Bila berpisah rindu terasa
Namun ditanya kata tak ada apa
Aduhai adik berdua
Bagai nak pecah pula dada hamba

Lepas ini andai ditanya lagi
Jawaplah dengan begini
Kami sekarang kawan rapat sekali
Selepas itu barulah boleh diketahui

Andai terbaca coretan disini
Tahulah segala isihati kami
Walau sehari tidak pernah dilupai
Pada pasangan sepadan dan serasi

Besarlah harapan kami
Untuk melihat merpati dua sejoli
Jalan beriring ada buah hati disisi
Setelah bergelar suami isteri kini

Terlalu banyak harapan kami
Cuma mungkin tidak diketahui
Oleh adik berdua yang kami kasihi
Kerana tidak pernah melawat disini

Oleh itu baik-baik jaga diri
Seperti pesanan ibunda beri
Tata tertib dan peribadi
Dijaga rapi jangan sampai dikeji

Inilah sahaja cerita di hari ini
Igauan sang pencerita di petang hari
Nanti disambung berbagai versi
Rindu-rinduan kekasih hati

Owned and written by : Sanaa 28/10/10

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: