• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • Archives

Teman

Kampung Dusun nama diberi
Cantik dan permai pemandangan disini
Penduduk kampung duduk harmoni
Bermuafakat berusaha sehari-hari

Ada sepasang merpati dua sejoli
Atan dan Siti nama diberi
Cantik dan ayu semua memuji
Hasrat Atan tersimpan dalam hati

Atan bekerja dikebun setiap hari
Hasil tani laris sekali
Di pasar borong Atan berdikari
Mengumpul wang meminang Siti

Sebuah lori Atan miliki
Rumah cantik penuh diisi
Namun harta yang berharga sekali
Basikal tua amat disayangi

Atan suka membawa Siti
Pergi ke kedai membeli roti
Abang Atan kenapa tak beli kereta lagi
Simpan duit jawapan diberi

Lahh duit banyak untuk apa nanti
Bekerja kuat setiap hari
Gunalah untuk kesenangan sendiri
Bolehlah Siti tumpang kalau abang beri

Apa saja kemahuan abang turuti
Asalkan Siti tidak berubah hati
Tapi basikal tidak bertukar ganti
Inilah peninggalan yang abang hargai

Eh eh abang baik-baik ada batu
Atan bergoyang bawa tak tentu
Pegang kuat-kuat wahai Siti
Kita nak masuk sungai tak lama lagi

Di atas jambatan basikal bergoyang
Atan bawa macam gila bayang
Siti panic jerit abang abang
Jatuh ke sungai macam orang terbang

Bushhh air memercik amat tinggi
Atan tidak lagi nampak Siti
Siti siti teriak Atan kini
Lain kali Siti tak mahu naik basikal lagi

Alahhh Siti janganlah merajuk hati
Sayang abang hanya untuk Siti
Basikal tua kekasih hati
Tidak sama dengan permaisuri

Marilah sayang abang pimpin
Naik ke atas duduk di tebing
Baju basah cuaca pula dingin
Mentari sedikit moga cepat kering

Tak mahu tak mahu…Siti nak balik dulu
Tinggallah abang saja di situ
Jangan sayang jangan begitu
Atan mengejar basikal di bahu

Siti Siti marilah abang teman
Jeritan Atan tidak dipedulikan
Baju yang basah Siti keseganan
Mesti cepat-cepat cari persalinan

Sampai di tebing Siti berlari
Panggilan Atan tidak dipeduli
Janganlah Siti buat abang begini
Sayang abang sama bahagi

Memang abang sayang basikal saja
Siti hanya boneka di mata
Mulai hari ini kita tidak akan berjumpa
Siti sanggup jalan kaki sahaja

Atan senggeh dengar kata Siti
Basikal ditolak jalan berdua kini
Siti diam Atan menyanyi
Kekasih hati buat tak heran juga lagi

Apalah nasib diriku yang malang
Oh Tuhan…apa nak buat diriku dah sayang
Kekasih hati kini meradang
Nasib baik diriku masih dipandang

Lagu apa yang abang nyanyi
Tidak pernah dengar lirik sebegini
Yeah yeah kekasih hati tidak marah lagi
Atan melompat tinggi-tinggi

Huhh Siti mula meradang lagi
Bila Atan suka tak terperi
Memang abang tak sedar diri
Bercekak pinggang pula Siti kini

Pipi dicuit berkali-kali
Tepis menepis tidak terperi
Abangggg jeritan pula Siti beri
Senggeh Atan menyakitkan Siti

Marilah dinda marilah
Kanda dendangkan lagu janganlah marah
Pipi gebumu semakin merah
Bertambah cantik memang menyerlah

Geram Siti menjadi-jadi
Langkahnya juga sudah lama terhenti
Baju yang basah hampir kering kini
Masih juga tidak tiba di rumah lagi

Siti memusing kaki dihayun
Mahu pulang tiada lain di fikiran
Aikk marah lagi rupanya intan payung
Inilah sayangku si pengarang jantung

Bahu Siti ditepuk Atan
Untuk naik duduk di hadapan
Basikal tua jadi tungganggan
Siti menggeleng jalan dilajukan

Kalau tak mahu tidak mengapa
Abang duduk di sini sahaja
Esok sahajalah kita berjumpa
Abang bawa kereta roda tiga

Wahai basikal memang kau tua
Peninggalan datuk amat berharga
Akan ku simpan sampai bila-bila
Jangan marah ok kalau aku beli kereta

Kau kedekut…basikal berkata
Eh sejak bila kau boleh bercakap pula
Aku makhluk yang istimewa
Simpan duit tapi jangan langsung tak belanja

Rezeki dan nikmat Allah beri
Berjimat cermat amalan terpuji
Tapi kalau kedekut sangat nanti
Allah ambil semua kembali

Apa ada kena mengena
Rezeki diberi dengan basikal tua
Itulah disuruh beli kereta
Senang juga hendak kemana-mana

Bawa basikal badanku sihat
Siti naik lagilah berat
Kerana itu aku sihat wal’afiat
Basikal tua bawa berkat

Atan mengusap basikal tua
Teringat pesan datuk semula
Jaga ya Atan…jangan disia-sia
Inilah kenderaan amat berguna

Hai basikal kaulah harta
Walaupun nanti aku ada kereta
Kau tetap akan aku bawa
Siti pasti merindui mu juga

Atan kini sudah berkereta
Diam pula Siti tidak terkira
Rasa cemburu meresap tiba-tiba
Gadis memerhati Atan yang membawa

Aduhai nasib semua tak kena
Keluh Atan pada suatu masa
Basikal tua juga akhirnya
Memberi Atan segala bahagia

Kini sudah beranak dua
Siti isteri yang comel dan manja
Naik kereta bila perlu sahaja
Cemburu Siti masih ada

Atan memang berbahagia kini
Punya keluarga rezeki diberi
Kebun dan usaha menjadi-jadi
Berkat sabar dan berusaha sendiri

Atan dan Siti punya pekerti
Yang disanjung sejak dahulu lagi
Tidak bongkak senyum sentiasa diberi
Murah sungguh rezeki mereka ini

Cerita berlainan sikit di pagi ini
Tapi masih cjolimoli
Bayangkan kalau dibuat movie
Unsur jenaka pasti mencuit hati

Oii sang pencerita mulai perasan
Tulisan tak seberapa asyik berangan
Cjolimoli actor pilihan
Setiap watak yang digambarkan

Sebelum jemu hamba permisi dahulu
Cerita disambung lain waktu
Duduk memikir topic tak tentu
Nanti ditulis bila ada seru

Owned and written by : Sanaa 30/10/10

One Response

  1. salam fren..

    hahaha pagi2 senyum sendiri
    cerita baru kisah Atan n Siti
    setuju sekali dijdkn drama or movie
    gandingkn lg pasangan serasi yg kita nnt2.. jolimoli

    jln ceritanye baik sekali..
    klu jdkn jgk short story
    akn ku bayang kn jolimoli
    yg jadi Atan dan siti.. hihihi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: