• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • Archives

Keluarga Mak Jah

Di malam hari Mak Jah ku temui
Berbincang berbicara di dalam mimpi
Katanya dah lama tidak ditulis di sini
Cerita keluarga yang mencuit hati

Iya tak iya juga hamba berkata
Asyik sibuk dengan Uda dan Dara
Hampir terlupa watak sampingan juga
Yang menjadi rencah bahan cerita

Cerita ku bermula dengan
Nur yang tidak sihat badan
Kerana pembedahan yang dijalankan
Walaupun sedikit sakit dirasakan

Bayangan luka tidak nampak nyata
Kerana bukan dibedah seperti biasa
Hanya masuk alat disedut sahaja
Hilanglah ketulan yang ada

Mak Jah datang menziarahi
Bersama Aidil dan Aliya sekali
Sukalah kembar ada teman minggu ini
Aliesya datang semua suka hati

Mak Ani Imam Bakar sudahlah pasti
Macam-macam ya Kak Jah sakit sekarang ini
Tidak pernah Ani dengar walau dah tua begini
Hmm itulah dulu mak cakap tak mahu didengari

Sudahlah tu wahai Ani
Dah nak kena itulah rezeki
Kalau tidak mungkin lupa diri
Zuriat hendak kesihatan tidak dipeduli

Nur hanya tersenyum sendiri
Melihat mak dan mertua berdiskusi
Tentang penyakit yang melanda diri
Nak ketawa belum mampu lagi

Hai sayang…Adam datang menyapa
Nak makan…itulah pertanyaannya
Boleh juga jawap Nur dengan manja
Mata dikenyit…ok sekejap ya

Aliya tersenyum bila melihat
Manja dan mesra tidak kira tempat
Resipi mujarab hanya mereka yang dapat
Itulah agaknya sabar membawa berkat

Ibu ibu Sophea datang berlari
Terkedek-kedek mulut mengomel kini
Abang tatak ubit Phea tadi
Dengan muka dan aksi sekali

Phea nakal barangkali
Ibu berkata jangan buat lagi
Kepala digeleng tidak menyetujui
Telahan ibu tidak bererti

Peluh sudah membahasi
Dahi dan baju basahlah kini
Perlu ditukar bimbang sejuk nanti
Tolong panggil kak Sulis kemari

Phea nak susu…ibu bertanya
Hanya diam tiada jawapan diterima
Baju ditukar susu diminta
Nak ibu buat…Sophea berkata

Ayah datang menjemput makan
Semua yang ada tersenyum mendengarkan
Adam menyiap segala hidangan
Sulis membantu Aliya ringankan tangan

Oh ya Kak Jah…Mak Ani berkata
Ani ada hajat nak menjemput semua
Kenduri doa selamat itulah hajatnya
Sarahpun dah lulus periksa

Ohhhh panjang Mak Jah berbunyi
Ingatkan tadi nak bermenantu lagi
Hai kak Jah itulah hasrat hati
Tapi tak juga sampai-sampai lagi

Makanan dihidang enak sekali
Pujian diberi Adam senang hati
Pandai rupanya menantu Mak Ani
Kata Pak Iman ketawa nampak gusi

Bila tarikh kenduri dihajati
Mak Jah bertanya pada Mak Ani
Nanti ya kak Jah, Ani beritahu nanti
Tunggu Nur dan Adam menyetujui

Dah sayang? Adam bertanya isteri kesayangan
Alhamduillah terima kasih kerana melayan
Sama-sama kasih jawapan diiring senyuman
Kepala diusap senyum berpandangan

Sophea hampir terlentuk dipangkuan
Ayah mengambil berbunyi renggekan
Ishh ishh sayang ayah…mari ayah tidurkan
Bagus Adam…baru tahu bila isteri kesakitan

Mak…Nur menegur ibu mertua
Aii sejak bila tidak boleh bersuara
Kata Mak Jah dengan mimik muka
Jangan dimanja nanti naik lemak pula

Kasihan abang Adam…Nur berkata
Tak pergi kerja asyik jaga anak isteri sahaja
Baru dia rasa…itulah balasan diterima
Adam bayar hutang…sekarang baru dia rasa

Iyalah mak…Adam menyampuk pula
Bayar hutang yang berganda-ganda
Mak kata apalah saja
Nur tetap tempat Adam bermanja

Mengada-ngada tidak ingat dunia
Derai ketawa dari semua
Biasalah Adam…berkata Aidil pula
Mak memang…menantu dimenangkannya

Aliff datang mencari ummi
Nak makan tak kenyang lagi
Tak mahu tadi kak Lia dah beri
Merenggek pula…hepps Tok berbunyi

Aliff nak tidur marilah sini
Tok dodoi kita tidur sekali
Senyum Aliff meleret dan berseri
Eee geram kata Mak Su…dicubit pipi

Aliff dan Sophea tidak jauh beza
Hanya empat bulan Sophea lebih tua
Bila berjumpa bahasa mereka sama
Mereka bermain tidak ganggu sesiapa

Sudah masa berehat kini
Nur dan Adam duduk menonton tv
Diam Adam Nur meragui
Abang merajuk ke? Dengan apa mak kata tadi

Hanya senyuman Adam beri
Pada isteri yang di kasihi
Ciuman di beri di jari jemari
Tak…sepatah saja yang berbunyi

Abang janganlah ambil hati
Mak memang suka mengusik kini
Sebagai ingatan buat kita juga
Agar kita tidak sentiasa alpa

Terima kasih wahai sayang
Abang sedar dengan teguran
Cuma terasa penuh kesayuan
Asyik perkara lama diulang-ulang

Nur tetap pasti dan percaya
Kesal abang telah berlalu lama
Hanya guna sebagai panduan sahaja
Semoga kita berbahagia hendaknya

Bahu isteri dipaut manja
Rebahlah Nur di dada suami
Sama-sama melayar mimpi
Mak Jah melihat senyum dan gembira

Mak Jah sentiasa berbahagia
Disamping anak menantu dan cucu juga
Syukur Mak Jah kepada Yang Maha Esa
Diberi kebahagian hingga ke hari tua

Itulah saja cerita kita
Sepintas lalu keluarga bahagia
Kasih dan sayang juga percaya
Nur Kasih yang masih bercerita

Selamat Malam wahai teman
Semoga tidur di layar angan
Melihat pasangan serasi dan sepadan
Jalan beriringan penuh kebahagian

Owned and written by : Sanaa 31/10/10

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: