• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • November 2010
    M T W T F S S
    « Oct   Dec »
    1234567
    891011121314
    15161718192021
    22232425262728
    2930  
  • Archives

Kembali Bermula

Sudah lama tidak mendengar cerita
Kisah berdua Uda dan Dara
Di keluarkan oleh akhbar sehari lama
Terubat sebentar rindu di dada

Demam tak kebah kembali bermula
Melihat senyum dan lentok manja
Berbagai cerita mentafsir berdua
Melihat gambar indahnya pandangan mata

Tidak berkelip memerhatikan
Senyum yang cantik lagi menawan
Manjanya Uda di sisi Dara pujaan
Aura berdua mengamit ingatan

Entahlah bila kebah demamnya
Penafian mereka dikata pula
Aduhh adinda tercinta
Berita dibawa tersenyum juga

Kembali bermula anggau dan royan
Gambar tersiar menyentuh perasaan
Sama cantik dan sama padan
Rasa hati kukuh tersimpan

Itulah indah cinta yang ada
Hanya berdua tahu apa ertinya
Kalau iya jawapan pada semua
Makan cendolpun orang bertanya

Jadi biarlah disenyapkan berita
Hamba di sini terus skodeng sahaja
Tiada berita berangan pula
Menatap gambar yezz setahun lama

Wahai adinda bicara bermula
Orang tidak percaya apa yang dikata
Kalau mereka nampak kita berdua
Hmm jangan-jangan diserbu pula

Andai begitu di jadikan cerita
Tidaklah usah kita keluar bersama
Dinda dah tak siuman agaknya
Jerkah Uda dalam ketawa

Dara membalas tawa yang ada
Apalah nak jadi dengan mereka berdua
Jumpa salah tak jumpa rindu melanda
Silap-silap rehearsalpun tertunda

Namun Uda tidak akan begitu
Kerja dibuat memendam rindu
Selepas latihan terus menderu
Bertemu kekasih yang dirindu selalu

Wahai kekanda apa yang dilamunkan
Tegur Dara apabila Uda tidak berkata
Entahlah dinda apa nak jadi dengan kita
Janganlah di bimbang itulah cabaran

Dinda pasti kita mampu mengharungi
Cabaran dan dugaan di kali ini
Buat sementara sehingga tidak disyaki
Pandailah dinda memujuk hati

Dara tersenyum Uda disisi
Dilanggar bahu mengusik buah hati
Dara menolak lalu cabut lari
Uda menangkap nasib tak tersungkur tadi

Bercekak pinggang kononnya marah
Bagai saga pipi dah merah
Ketawa berderai itulah lumrah
Bila bertemu lerailah resah

Janganlah kanda bermuram durja
Kita tetap masih berjumpa
Andai nanti ada yang bertanya
Dinda pura-pura garu kepala

Oiii cik adik senang sungguh berkata
Dirimu itu tanggungjawab hamba
Sekadar bertanya tidaklah kemana
Kanda bimbang keselamatan dinda sebenarnya

Selama ini tidak kanda hiraukan
Orang melihat kita berkeliaran
Issh mana ada kita duduk bersidaian
Sekadar bersembang dan juga makan

Hah tahupun duduk perkara
Kenapa pula resah kanda rasa
Percayalah semuanya tetap macam biasa
Hmm ok kanda…jom temankan dinda

Nak kemana pula wahai pujaan
Dinda nak beli sesuatu di kedai hadapan
Ehh tak naklah…Uda menolak ajakan
Melintas jalan tak boleh ku pegang tangan

Hehehe Dara ketawa melihat Uda
Bagai anak-anak asyik dengan manja
Hidung dicuit mengusik pula
Uda menepis konon marah adanya

Kaki diangkat meletak dagu
Macam rupa orang tak laku
Tak pegang tangan peganglah bahu
Uda memandang…tak betul agaknya kekasih hatiku

Jomlah wahai kekanda
Temankan dinda sebentar cuma
Jalan kaki tidak jauh mana
Tangan ditarik seolah memaksa

Hai…kata Uda melepas keluhan
Baiklah sayang buah hati pujaan
Tidak ku kira tetap dipegang tangan
Kata Uda tanda kepuasan

Kasihan pula pada mereka
Pegang tangan jadi cerita
Alahai orang yang lebih tak ingat dunia
Tiada pula dihebah merata

Kenapa agaknya wartawan mengejar mereka
Apakah kerana chemistry berdua
Atau liciknya agenda yang ada
Sehingga tidak terhidu setahun lama

Yang meroyan anggau tak reda
Hamba menulis pun sama sahaja
Tidak berangan tiada cerita
Gambar di akhbar beribu makna

Akan hamba belek setiap hari
Mencari makna apa tersembunyi
Huh senyum memikat menawan hati
Kalau marahpun tetap serasi

Tiba-tiba teringat pada anugerah
Pemberian Allah memang terserlah
Kita melihat senyum tak sudah
Apakah cinta semakin parah?

Hamba memang wartawan sensasi
Setiap hari berita hamba cari
Bila menulis senyum sendiri
Harapnya kawan-kawanpun suka hati

Dalam akhbar orang bertanya
Masihkah mahu berlakon berdua
Nasib baik jawapan tak kisah katanya
Semoga adalah skrip untuk mereka

Mungkin itu NKTM ditunggu-tunggu
Kabar yang bersiaran dan asyik di speku
Kisah berdua katanya ada “sesuatu”
Apakah ia…kepala tak gatal pun digaru

Selamat bercuti di hujung minggu
Buat teman dan rakan hingga bertemu
Semoga ada kabaran menepati waktu
Uda dan Dara yang dikasihi selalu

Akhir kata janganlah lupa
Mengiring doa kepada berdua
Semoga Allah menerima segala
Doa kita untuk Uda dan Dara

Coretan hamba berhenti di sini
Kita sambung di lain kali
Cerita masih untuk cjolimoli
Pasangan sepadan dan juga serasi

Owned and written by : Sanaa 04/11/10

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: