• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • November 2010
    M T W T F S S
    « Oct   Dec »
    1234567
    891011121314
    15161718192021
    22232425262728
    2930  
  • Archives

Selami Jiwa

Selamat pagi wahai teman
Harapnya sihat dalam keceriaan
Dipagi Khamis kita mulakan
Bicara kata tentang keinsafan

Dua orang terkenal berlainan bidang
Bertemu lalu duduk bersembang
Motivasi pagi kerana menyumbang
Kisah mereka tidak tahu dek orang

Malik Noor Amy Search amat di kenali
Kejayaan mereka telah kita ketahui
Namun kehidupan milik peribadi
Bukan hak kita untuk bercerita sana sini

Dalam siri selami jiwa
Malik dan Amy berkongsi rasa
Dr Fadzilah menjadi pengacara
Untuk kita kongsi bersama-sama

Malik pernah menjadi juara dunia
Amy pula terkenal dengan suara
Kedua mereka menjadi alpa
Dalam mengharungi hidup dunia

Kemewahan hidup tidak membawa bahagia
Mereka berdua pernah mendirikan rumahtangga
Malik runtuh kedua-duanya
Amy bertemu untuk kali ketiga

Pertemuan ketiga Amy mengubah segala
Malik pula terdengar azan dari mahligainya
Datanglah keinsafan dalam diri mereka
Petunjuk Allah kepada berdua

Kisah mereka menyatakan segala
Tidak mudah membuka pekung di dada
Mungkin ada hikmah di sebalik ini semua
Lalu membuat kita mempelajari yang ada

Kejayaan berdua adalah pemberian
Yang diberi untuk dikongsi sekalian
Wang dan ringgit yang berlimpahan
Tidak memberi mereka kebahagian

Walaupun wang ringgit amat diperlukan
Namun ada kala kita lupa itu pemberian
Mulalah lupa untuk memberi ucapan
Syukur kerana nikmat yang di kurniakan

Terima kasih kepada mereka
Kerana berkongsi pengalaman berdua
Semoga Allah memudahkan usaha
Melanjutkan usia yang berkat juga

Cerita di akhbar telah lama
Baru sekarang hamba membaca
Lalu teringat untuk dikongsi bersama
Mendengar Isabella pasti mencuit rasa

Itulah sahaja di pagi ini
Kepada teman dan pembaca yang sudi
Pesanan biasa jangan lupa bersarapan pagi
Tenangkan minda untuk mencari rezeki

Lafaz Bismillah permulaan hari
Alhamdulillah syukur rahmat diberi
Dapat kita bersama lagi
Menikmati pagi yang indah ini

Selamat bertugas wahai teman
Semoga hidup dalam keberkatan
Senyuman diberi dengan keikhlasan
Meniti hari penuh keindahan

Owned and written by : Sanaa 04/11/10

*****

Kongsi keinsafan
Oleh Hanisah Selamat
nisa@bharian.com.my
2010/10/26
Amy, Malek Noor dedah kesilapan lalu dalam Selami Jiwa

TIDAK semua insan mampu menyingkap sejarah lalu yang dicalit rona hitam apatah bagi mereka yang cukup dikenali ramai kerana segala pendedahan itu bakal menyelak semula segala nanah kehidupan.
Namun lelaki bernama Datuk Malek Noor dan Suhaimi Abdul Rahman atau panggilan pentasnya, Amy Search, sudah tidak peduli lagi dengan status duniawi itu, kerana mereka nekad mahu berkongsi rasa supaya kesilapan masa lalu dapat dijadikan pengajaran buat semua.

Bukan mahu menunjuk atau mendabik dada diri mereka kini sudah kembali ke pangkal jalan. Namun seperti diakui, platform sebagai figura terkenal cuba digunakan sebaik mungkin bagi mengajak peminat ke jalan yang diredhai Allah.

Bagai diluah bekas jaguh bina badan negara, kehidupan dulu seakan kosong meskipun dilimpahi kemewahan hingga membawanya merentasi benua dari Hong Kong ke Amerika Syarikat. Kekosongan yang dirasainya itu pula seperti tidak berpenghujung.

Tanpa berselindung, penama yang enggan dipanggil dengan gelaran berpangkat, mengakui hidupnya berpaksikan keseronokan semata-mata tanpa mempedulikan halal haram. Bersujud kepadaNya jauh sekali biar rezeki tidak putus dikurniakan Allah.

“Saya pernah leka dan langsung tidak mensyukuri nikmat yang Allah berikan. Alhamdulillah, masih belum terlambat untuk saya kembali kepadaNya. Malah jika masa boleh diputar, saya mahu menjadi muslim sejati dan menjalankan segala kewajipan yang diberikan.
“Setiap saat saya sentiasa berdoa semoga Allah mengampunkan segala dosa. Dulu saya jahat, langsung tidak ingat mati malah hingga kini saya masih menyesali perbuatan lalu dan tidak putus-putus bertaubat,” katanya dengan suara sebak.

Bertempat di Studio 1, Astro Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malek Noor atau nama sebenarnya Abdul Malek Mohamad Noor, 54, diundang bersama Amy muncul menerusi program Astro Oasis, Selami Jiwa, yang dikendalikan Datuk Dr Fadzilah Kamsah.

Dalam kupasan bual bicara bagi judul Mencari Jalan Pulang, dua selebriti berkenaan menjadi pilihan produksi untuk berkongsi kisah lalu sekali gus menterjemahkan erti penghijrahan berlandaskan pengalaman mereka.

Sepatah kata hikmat pakar motivasi terkenal itu, kehidupan di dunia dan akhirat harus seimbang kerana tiada guna punya nama besar atau kemewahan di muka bumi namun menjadi ahli neraka kemudian hari dek kealpaan diri.

“Sekali kita sudah bertaubat dan tidak mengulangi dosa silam, jangan pula kita menghina orang lain. Selami dengan sebetulnya jiwa sendiri supaya dapat mencari jalan pulang yang diredhai Allah Taala kerana ia lebih indah daripada segala-galanya,” katanya.

Tidak menunggu lama, cerita Malek berkisar pula mengenai penghijrahannya sebagai muslim sejati kira-kira lapan tahun lalu, bermula dengan mimpi didatangi arwah ibu dan bapa, yang membawanya melihat dirinya diseksa selain dibakar dengan besi panas.

“Sememangnya syurga itu di bawah tapak kaki ibu. Biar pun sudah tiada, mereka mendoakan saya dari sana dan paling saya ingat, ketika itu seminggu sebelum puasa di mana ibu hadir lagi lalu memimpin saya bersujud di depan Kaabah,” ceritanya.

Pada saat itu, air mata lelaki bertubuh sasa yang pernah merangkul pelbagai anugerah pada peringkat global itu gugur di pipi, apatah lagi tatkala dia menceritakan saat terdengar laungan azan Maghrib di kediamannya yang menghadap Menara Berkembar Petronas lapan tahun lalu.

“Nyata Allah masih sayangkan hambaNya dan membuka pintu taubat untuk insan khilaf seperti saya. Saya bersyukur dengan kehidupan baru ini. Saya tidak minta orang lain menuruti apa yang saya lakukan, cuma saya ingin berkongsi rasa supaya ia setidak-tidaknya boleh dijadikan pengajaran.

“Cinta saya kini hanya kepada Allah selepas dua kali gagal dalam kehidupan berumahtangga. Namun saya percaya setiap kejadian punya hikmah tersendiri di sebaliknya,” kata Malek yang masih rancak mengusahakan perniagaan namun pada masa sama turut berceramah.

‘Bakat itu satu tanggungjawab’

SEMENTARA itu, vokalis Search pula punya kisah berbeza apabila populariti yang diraih tidak mampu melenakan tidurnya atau membuatkan pelantun lagu Isabella itu mampu meneruskan hari tanpa diselubungi rasa was-was dengan kehidupan.

Jika ditanya, segala kemasyhuran dan kemewahan dikecapi lelaki ini, namun kebahagiaan hakiki bukan miliknya apabila dalam kehidupan berkeluarga Amy kerap menemui kegagalan hinggalah perkahwinan ketiganya dengan Norhasniza Hassan.

“Saya sendiri tidak mengetahui mengapa hati tidak tenang sedangkan segala-galanya Allah sudah beri kepada saya. Saya inginkan sesuatu hingga saya bertemu wanita pilihan dan mendirikan rumah tangga sekali lagi.

“Kami bernikah dan tidak lama kemudian dikurniakan anak lelaki seperti yang saya hajati. Pada 2007 saya menunaikan umrah kali pertama dan di depan Kaabah saya bertanya mengapa Dia menganugerahkan bakat seni ini. Akhirnya, saya sedar suara ini sebagai tanggungjawab kepada orang lain,” luah Amy.

Kembali dari Tanah Suci, dia berhijrah ke fasa yang diredhai Allah kerana yakin itulah pencarian sebenarnya selama ini malah secara tidak disedari, semua dendangannya mempunyai makna tersirat yang menjurus kepada cinta terhadap keagungan Maha Esa.

“Syukur kerana Allah sentiasa bersama saya. Apabila diuji dengan pelbagai dugaan termasuk ditipu dan dituduh bermacam-macam, saya masih kuat walaupun dulu nyaris berputus asa. Jika wang bertimbun pun, ia belum mampu memberi kebahagiaan sebenar kerana jiwa kita harus mencintai Allah dulu,” katanya lagi.

Bagi bapa kepada lima cahaya mata itu, kini menjadi kewajipannya untuk mengingatkan orang lain khususnya peminat supaya tidak lupa kepada suruhanNya kerana segala pesona sebagai selebriti sewajarnya digunakan untuk kebaikan bersama.

“Saya tidak sebaik mana, malah hingga kini saya masih mendalami Islam sepenuhnya dan berguru dengan mereka yang punya ilmu. Jika di hati peminat terdetik untuk mengikuti jejak langkah saya, ia sudah cukup besar, sekali gus menandakan pintu hati mereka sudah terbuka ke arah kebaikan.

“Malah bukan harta yang saya kejar. Sebaliknya saya takut jika harta semakin melimpah, saya akan lupa daratan. Itu yang paling saya elakkan. Saya tidak mahu Allah menarik balik hidayah yang dikurniakan ini dek kealpaan saya mengejar kebendaan,” kata penyanyi yang sudah menginjak usia 52 tahun.

Compiled by : Sanaa 04/11/10

One Response

  1. moga kita dipanjangkan umur spy dpt beramal kepadaNya dgn sebaiknya…ramai yg belum sedar kita selama ini hanya ‘membaca’ Al-Quran dan bukan ‘mengaji’ Al-Quran yg septtnya dijdkan ‘panduan’ hidup, ‘penjelasan’ ttg apa yg sdg berlaku di muka bumi dan ‘pembeda’ ant haq dan bathil…wallahuaqlam…

    good day to all my frens…:)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: