• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • November 2010
    M T W T F S S
    « Oct   Dec »
    1234567
    891011121314
    15161718192021
    22232425262728
    2930  
  • Archives

Tulusnya Cinta


(Thank you hamiraS67 for the beautiful video)

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me

Benar sungguh apa dikata
Itulah Adam dalam cerita
Nur Kasih segar di hati semua
Sehingga kini kita bercerita

Kisah cinta yang masih diperkata
Hero dan heroine dikait bersama
Di alam nyata cantik dan manja
Tidak jemu untuk mengorek rahsia

You have opened my heart

Adam mengenali cinta sejati
Bila Nur meninggal pergi
Kerana luka terasa di hati
Hidup bermadu yang tidak diketahui

Dua tahun agak lama
Nur pergi membawa hati yang lara
Pulangnya Nur ke pangkuan Adam jua
Kerana tidak mampu membohongi cinta

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time

Itulah janji yang diberi
Meminta isteri jangan meninggal pergi
Walaupun dugaan melanda diri
Hanya Nur sahaja kekasih hati

Janji juga di lafaz isteri
Nur berjanji tidak ke mana lagi
Hiduplah mereka sebagai suami isteri
Dalam perjalanan cinta hakiki

I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Through days and night
I`ll thank Allah for open my eyes

Nur Amina cahaya menerangi
Hidup Adam sehingga kini
Macam juga di alam realiti
Remy dan Tizzy bersatu hati

Opps sang pencerita speku kini
Nanti di marah merpati dua sejoli
Kenapa nak marah hai cjolimoli
Doa kami tidak pernah berhenti

Now and forever I I`ll be there for you

Inilah janji yang amat bermakna
Menjaga isteri tidak kira masa
Seperti spin off yang hamba reka
Adam sentiasa disisi isteri tercinta

Sokongan dan dorongan Nur beri
Kepada Adam suami yang dicintai
Bersama beriringan business menjadi
Keluarga gembira Adam dan Nur bahagia kini

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength

Rangkap di atas penuh segala
Gambaran Adam Nur Amina berdua
Boleh juga dibawa ke alam nyata
Kerana ada “friend” yang tertera

Itulah yang hamba kata
Maher Zain tonton Nur Kasih juga
Kerana lagunya seolah kena-mengena
Jalan cerita dan pertemuan bermakna

Walaupun Adam meninggal pergi
Nur Amina isteri mithali
Tidak mampu untuk terus dilupai
Bayangan cinta sering menghantui

Cinta hakiki menemukan mereka
Walaupun terpisah sekian lama
Jujur dan ikhlas hati berdua
Akhirnya mengecap bahagia

Cerita berdua nampak nyata
Telah hamba buat kupasan merata
Bersama Dodin lima hari tak habis cerita
Red pula boleh dikata setiap hari dan masa

Datang pula Maher dengan lagunya
“For the rest of my life” di tuju pada mereka
Oleh kami yang sungguh setia
Mengharap cerita sampai ke tua

And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along

Dari skodeng dan cerita merata
Inilah yang terjadi di alam nyata
Dara ketahui hajatnya Uda
Cita-cita dan hasrat untuk berjaya

Andai tidak salah hamba meneka
Mata kasar telah lihat adanya
Kejayaan dan rezeki yang datang berganda
Atas sokongan dan dorongan bersama

I know that deep in my heart now that you`re here
In front of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

Rasa kasih dan cinta tersimpan rapi
Hanya Allah sahaja yang mengetahui
Kejujuran membawa erti
Semoga berbahagia hingga akhir nanti

Kasih Adam pada Nur makin teguh
Tidak tumpang ataupun roboh
Walau dugaan datang menceroboh
Adam dan Nur cekal menempuh

Itulah agaknya yang berlaku
Dalam NKTM yang kita tunggu-tunggu
Harapnya janganlah Adam pergi dahulu
Meninggalkan Nur keseorangan dalam sendu

Rindu di hati hamba layari
Video di atas hamba temui
Bersama lagu yang mengiringi
Tepat dan kena buat mereka ini

Marilah kita sama-sama hayati
Bait-bait kata dengan scene sekali
Cubalah bayang di dalam mimpi
Apakah benar tiada cinta di hati?

Hahaha nampaknya hamba anggau juga lagi
Bila melihat kembali cjolimoli
Pasangan sepadan dan juga serasi
Tetap utuh setahun berdiri

For the rest of my life itulah janji
Pada diri dan kasih yang di beri
Untuk kita juga sama-sama menginsafi
Cinta itu sebenarnya suci dan murni

Harapan dan doa yang ada
Janganlah ada fitnah melanda
Semoga tabah dan cekal hendaknya
Mengharungi arus dunia

Sekian dahulu buat kali ini
Malam ini hamba skodeng lagi
Apakah bertemu lerai rindu di hati
Teropong dan carpet sedia berbakti

Selamat malam wahai semua
Tidurlah semua dengan lena
Mimpi yang indah datang menyapa
Bangun pagi segar dan ceria

Owned and written by : Sanaa 05/11/10

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: