• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • November 2010
    M T W T F S S
    « Oct   Dec »
    1234567
    891011121314
    15161718192021
    22232425262728
    2930  
  • Archives

Hujan Dan Panas

Hujan dan panas silih berganti
Itulah ia putaran bumi
Sakit dan demam sebagai bukti
Peringatan Allah untuk kita hayati

Sakit dan demam juga menguji
Kesabaran kita dalam melalui
Dugaan dan cabaran yang mengelilingi
Untuk kita terus berhati-hati

Demam dan batuk sedikit sahaja
Ujian Allah kepada kita
Sebagai manusia ciptaanNYA
Menginsafi segala perbuatan dan kata

Kurang berehat dan asyik bekerja
Berjaga malam tidur tidak lena
Lama kelamaan badan lemah juga
Sakit datang sebagai tanda

Kita cuma manusia biasa
Dikurnia Allah dengan pancaindera
Menghidu menyentuh dan merasa
Berfikir beringat sebelum kena

Enjin kereta diservis selalu
Badan kita juga begitu
Tidak boleh diguna setiap waktu
Tanpa rehat asyik tidur tak tentu

Andai badan boleh berkata-kata
Mungkin kita takut dengannya
Oleh itu tidak sihat dan demam sahaja
Sebagai tanda untuk kita merasa

Bila demam dan sakit kepala
Kita juga mengeluh tidak tentu rasa
Nikmat dunia Allah ambil sementara
Kita bersungut dan marah pula

Kerana itu Allah berpesan
Ikuti segala arahan tinggalkan larangan
Namun kita manusia ciptaan
Lupa segala pemberian bila keseronokan

Pesanan diberi untuk diri sendiri
Apabila mengenang segala tragedi
Luar negara dan dalam negeri
Alhamdulillah masih ada tempat berteduh lagi

Wang dan ringgit boleh dicari
Kesihatan juga mesti dinikmati
Oleh itu kedua-dua mesti selari
Wang dan kesihatan kita syukuri

Jangan asyik duduk berembun
Itulah kata-kata dan pesanan
Namun tiada lagi pantang dan larangan
Dua pagi pun duduk berkeliaran

Bila terjaga di tengah malam
Sholat sunat itulah amalan
Atau berwirid andai tiada kekuatan
Membaca mengaji heningnya alam

Entah kenapa ini jadi coretan
Mungkin juga asyik kedengaran
Saudara mara yang menjalani pembedahan
Demam dan batuk jadi jangkitan

Alhamdulillah hamba berkata pada diri
Walaupun penat dan letih di hari ini
Dapat juga rehat sebentar tadi
Sebelum menyambung tugas di esok hari

Jam juga menunjukan dua pagi
Sampai masa hamba mengundur diri
Agar tidak terlewat nanti
Bangun pagi dengan tugas menanti

Semoga enak di alam mimpi
Buat teman dan kawan yang sudi melayari
Selawat dan syukur di pagi hari
Kerana dapat kita berjumpa lagi

Owned and written by : Sanaa 06/11/10

3 Responses

  1. Hi Haz..thanks for the info…hehehe siapa tu? curios juga nak tahu…any chance for Tiz to read? hahaha sang pencerita duduk berangan lagi…

    Wa-salam Dee

    Thanks for the pantun diberi
    Nak jawab idea kering kini
    Seharian di luar pergi sana sini
    Baru pulang senja tadi

    Tutup mata pergi Turki
    Memang itulah yang dihajati
    Namun belum nampak bayang kini
    Hmm kenalah tunggu di lain kali…

    Thanks Dee…

  2. someone from brunei mention about your blog kat tiz on twitter.. tak tau la dia baca ke tak eh?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: