• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • November 2010
    M T W T F S S
    « Oct   Dec »
    1234567
    891011121314
    15161718192021
    22232425262728
    2930  
  • Archives

Dimanakah mereka?

Seharian hari ini pergi melawat
Saudara jauh dan juga dekat
Hubungan insan yang cuba di erat
Bertanya kabar sakit atau sihat

Masak di rumah bawa ke sana
Beramai-ramai menjamu selera
Kerana kasihan melihat mereka
Beberapa hari di hospital sahaja

Namun hati teringat jua
Kepada adinda Uda dan Dara
Apakah kabar mereka agaknya
Sudahkah Dara pulih dari demam melanda

Pulang ke rumah hampir senja
Mengemas barang terbayang di mata
Adakah hari ini mereka berjumpa
Mengatur rencana hari bahagia?

Uda kini sibuk dengan kerja
Tanggungjawab dipikul demi keluarga
Dara adalah tanggungjawabnya jua
Sesibuk mana tetap mereka berjumpa

Itulah kabaran yang hamba terima
Dari carpet sakti dan teropong mata
Hari ini berjumpa sakit reda sementara
Entah iya entah tidak hamba mendengar sahaja

Apakah sang pencerita tidak percaya
Mereka berjumpa dan bergurau senda
Jalan berdua jari bertaut adanya
Cuma tempatnya tidaklah ku tahu di mana

Nak kata laut tidak juga
Hutan belantara pun tidak kena
Tapi adalah di antara berdua
Senang cakap “nature” tempat berjumpa

Kalau tidak silap mereka bina istana pasir
Kasihan Dara mata asyik berair
Menahan selsema yang terus mengalir
Cahaya mentari yang buatnya cair

Oh ya!!! terima kasih carpet sakti
Teropong juga kerana mengikuti
Apalagi yang mereka buat tadi?
Tiadakah bisik-bisik berita sensasi?

Bisik sensasi rahsia kami
Kalau nak tahu tunggulah lepas haji
Pasti sang pencerita senyum sendiri
Ataupun terus lompat tinggi-tinggi

Seolah ada clue yang diberi
Bak kata Dara di siang tadi
Hai…kenapalah berahsia pulak ni?
Hanya kerana hamba tidak ikut pergi

Jangan bimbang sang pencerita
Nanti pasti mimpi datang menjelma
Tekaan tuan hamba boleh dipercaya
Buat semua tersenyum bahagia

Lalu sang pencerita duduk menyendiri
Berfikir dan mencari bukti
Kemanakah Uda dan Dara hari ini
Apakah di rimba mendengar burung menyanyi?

Rasanya mencari ketenangan jiwa
Dara kurang sihat Uda pula penat bekerja
Bird park lake garden nyaman terasa
Butterfly farm cantik juga

Tidak mungkin mereka ke sana
Pasti ramai yang menyerbu mereka
Mana lagi hutan di celah kota
Sibuk pula sang pencerita memikirkannya

Teropong dan carpet sudah ketawa
Melihat sang pencerita duduk bertapa
Nak juga tahu ke mana mereka
Kalau tidak pantun tak umpph katanya

Zoo Negara pasti kena serbu
Orang ramai sebab hari minggu
Hutan kat situpun dah malu-malu
Banyak ditebang oleh orang tertentu

Weiii ke mana mereka hari ini
Kepala tak gatal ku garu kini
Mengucaplah sang pencerita bistari
Teruskan doa jangan dilupa sesekali

Terima kasih teropong dan carpet sakti
Hamba terkeluar batas pula tadi
Doaku tidak putus untuk mereka ini
Semoga Dara cepat sembuh doaku lagi

Rasanya terlerai juga rindu di dada
Pertemuan sebentar penuh makna
Hanya rasa yang hamba terima
Mereka bahagia walaupun di mana

Itulah saja lapuran hamba
Sepanjang hari untuk mereka berdua
Terbayang di mata cerita lama
Uda menyanyi rindu pada si Dara

Kalau di izin adalah cerita
Cinta suci Uda dan Dara
Lagu ku dengar ilham menjelma
Bayangkanlah nanti Uda menyanyi pula

Selamat malam wahai teman
Rehatkan minda dengan senaman
Supaya tidur enak di peraduan
Mimpi hadir semua jadi kenyataan

Owned and written by : Sanaa 07/11/10

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: