• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • November 2010
    M T W T F S S
    « Oct   Dec »
    1234567
    891011121314
    15161718192021
    22232425262728
    2930  
  • Archives

Sepatah Kata

Sedangkan lidah lagi tergigit
Inikan pula suami isteri
Cubit peha kanan kiri terasa sakit
Itulah asam garam hidup ini

Orang biasa atau di kenali
Kita tetap manusia ciptaan Ilahi
Dugaan dan cabaran yang diberi
Untuk menguji ketabahan diri

Sepatah kata dari seorang selebriti
Hidup perlu ada pedoman diri
Al Quran penuh dengan isi
Namun tidak ramai yang mengetahui

Salleh Yaacob amat di kenali
Di bidang seni mencari rezeki
Sebelas zuriat dari tiga isteri
Beliau berkongsi sedikit di sini

Hanya Al Quran yang dicari
Ketika diri menderita diuji
Tiada pakar yang boleh mengubati
Kepada Allah menyerah diri

Perceraian berlaku di sana sini
Kalangan artis ramai sekali
Bagai musim silih berganti
Seolah perkahwinan tiada erti

Kaunselling juga tidak berupaya
Menyelamatkan rumahtangga dibina
Bila ada sengketa dan salah sangka
Tidak pernah meminta pada Yang Esa

Bijak kita tidak berilmu
Itulah kata orang tua-tua dahulu
Cepat marah dan baran setiap waktu
Hasutan iblis dan syaitan bersekutu

Kata Salleh benar belaka
Tengoklah pada diri kita
Ilmu dituntut tidak diguna sebaiknya
Menuding jari pada orang ketiga

Pahit jangan terus dibuang
Manis pula jangan terus ditelan
Masa sihat semuanya sayang
Bila sakit hilanglah perasaan

Kerdil hidup manusia di dunia
Hanya kasih dan sayang menyatu kita
Amal jariah juga jangan dilupa
Sebagai membantu tiket ke syurga

Hayatilah sepatah kata
Sebagai pedoman kita bersama
Benar sungguh nasihat bermakna
Tidak kira yang tua ataupun muda

Pembaca dan teman budiman
Hamba di sini membina harapan
Semoga hidup hajat kesampaian
Mencapai cita yang banyak ketinggalan

Segala ditulis amat bererti
Pada hamba meniti hidup ini
Walaupun kadang-kadang untuk cjolimoli
Banyak rahsia yang tersirat di sana sini

Seorang teman ada berkata
Al Quran penuh dengan segala
Bukan mengaji sekadar membaca
Oleh itu tersasar kita selalunya

Ambillah pesanan dari selebriti
Yang telah lama dalam bidang seni
30 tahun masih lagi kuat berdiri
Kerana belajar serta menginsafi

Mencari ikhtiar bukan kesilapan
Didikan rohani benteng pertahanan
Sepatah kata penuh panduan
Janganlah kita abai petunjuk Al Quran

Inilah saja berkongsi panduan
Dari akhbar yang membuat liputan
Harap dapat semua jadikan tauladan
Serta berkongsi dengan teman dan taulan

Owned and written by: Sanaa 10/11/10

*****
DEPANMATA: Hayati kata-kata Salih Yaacob

RIBUT tidak, angin tidak, tiba-tiba rumah tangga pelakon dan penyanyi Erra Fazira digosipkan bergoncang. Saya melihat Erra sudah menemui kebahagiaan yang diimpikan setiap wanita apabila berkahwin dan dikurniakan anak comel, Engku Aleesya. Waktu sama, dirinya tetap mendapat tawaran berlakon dan juga mengacara siap ada program sendiri.

Waktu sama, saya sendiri menerima gambar-gambar Erra ketika menerima kejutan sempena ulang tahun perkahwinan keduanya pada pada 25 Oktober lalu oleh peserta Mari Menari yang berada di bawah jagaan Erra, Zul, Yat dan Masri. Erra kelihatan begitu terharu dengan kejutan yang turut dihadiri suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin.

Bagi saya, rumah tangga mana yang tidak bergelora, pasangan mana yang tidak berhadapan masalah. Apa yang penting keinginan untuk memperbaiki kelemahan dan cuba menjadi isteri dan suami terbaik untuk pasangan. Semoga Erra dan Emran terus bahagia ke akhir hayat.

Sekarang berita keruntuhan rumah tangga artis bagaikan bermusim dan cukup menakutkan. Sudahlah sana-sini membimbangkan dengan berita gempa, banjir dan letusan gunung berapi, cerita pergolakan artis juga sama hebatnya.

Pelakon dan model Aleeza Kassim sah bercerai dengan Mohd Fauzi Che Ros pada 27 Oktober lalu. Pasangan itu sah bercerai secara baik di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur dalam prosiding yang dibuat secara tertutup.

Penyanyi Siti Norsaida Tarudin yang juga kakak penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza, menfailkan permohonan untuk bercerai secara baik daripada suaminya, Mohd Ghazali Yahya Zikri, di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 6 Oktober lalu. Mahkamah memutuskan 20 Disember ini mendengar kes mereka.

Begitu juga komposer Adnan Abu Hassan dalam proses perceraian manakala rumah tangga pelakon Rita Rudaini Mokhtar dikatakan terus bergolak. Waktu sama, tunggu juga berita gembira mengenai Raja Azura atau Kak Engku kalau-kalau rujuk semula dengan bekas suami. Namun sehingga kini, belum dengar lagi, tidak tahulah kalau perkara baik ini tidak diketahui umum.

Rabu lalu, saya berbual dengan penyanyi, pelawak, pelakon, pengacara dan penyampai Sinar FM, Salih Yaccob, 49, untuk berkongsi rahsia kejayaannya kekal dalam industri selama 30 tahun. Salih meraikan pencapaiannya dalam majlis Santai Bersama Salih Yaccob 30 Tahun Dalam Industri Hiburan pada 30 Oktober lalu.

Apa yang menarik, Salih bukan saja tabah mengharungi cabaran dunia seni hingga bertahan selama 30 tahun, malah berjaya melayari hidup berumahtangga bersama tiga isteri dan 11 anak! Bukan calang-calang orang yang mampu melakukannya. Sudah tentu topik mengenai artis bercerai turut dibualkan.

Salih sempat bersyarah dengan saya mengenai ilmu agama untuk dijadikan pegangan hidup kita seharian. Katanya, sebelum menceburi dunia seni, dirinya juga dibekalkan didikan agama. Apabila menceburi dunia seni, dia juga mengenali kumpulan dakwah dan ini memberi ruang kepadanya belajar dan mengkaji ilmu yang ada pada dirinya.

Katanya, kita perlu hayati betul-betul makna dalam al-Quran kerana ia lengkap untuk menjadi pedoman hidup. Salih juga cuba renungkan kehidupannya yang mencari rezeki dalam seni. Sebagai manusia biasa, dia sedar urusannya dengan Allah swt dan ia perlu menjadi keutamaan dalam hidup.

“Orang sekarang, kalau ada masalah pergi kaunseling dan minta nasihat orang itu dan orang ini. Ia tidak akan berjaya tetapi kalau kita minta tolong daripada Allah swt, Dia akan membantu kita.

“Itu yang saya praktikkan ketika sakit dulu. Ketika itu saya hilang suara dan terlantar sakit berbulan-bulan lamanya tanpa diketahui penyakitnya. Tapi saya yakin dengan Allah swt dan berserah kepada-Nya. Saya membaca al-Quran dan memahami maknanya dan akhirnya saya sembuh.

“Sememangnya bukan kecil cabaran ditempuh orang seni tapi jika beramal dengan ajaran-Nya, ia menjadi kekuatan kepada kita dan mampu menjauhi segala bala dan perpecahan rumah tangga. Saya sendiri pernah gagal mempertahankan perkahwinan pertama kerana pergolakan iman dan kekufuran.

“Tahun 2000 saya anggap sebagai perubahan jiwa dan bermula kehidupan baru. Segala hasil yang dulu saya tinggalkan dan saya bangkit dengan rezeki diberikan. Saya tidak banyak berharap dan apa yang diberikan itu adalah rezeki yang berhak diberikan kepada isteri dan anak.

“Saya juga yakinkan dan tekankan kepada mereka supaya yakin dengan Allah. Didikan rohani dan batin ini mampu menjadi benteng dalam menempuh cabaran hidup. Kita perlu mencari iktibar dan bukan mencari kesilapan,” katanya.

Pastinya bukan mudah untuk kita mendapat keredaan hidup kerana ia memerlukan kesabaran, ketabahan dan paling penting, keimanan.

Compiled by : Sanaa 10/11/10

One Response

  1. salam san dan semua…

    izinkan sup menyambung ya…

    apalah guna membaca Al-Quran
    jika x fahami isi kandungan
    dalamnya ada kata-kata tuhan
    untuk kita buat panduan

    kita mengaku tuhan itu ada
    tp suruhannya kita lupa
    apakah kerana x nampak di mata
    hingga ramai yg tersasar dan terpesong amalannya?

    tuhan berkata melalui Al-Quran
    lengkap dan relevan sepjg zaman
    perlu terjemahan utk fahami ajaran
    jika tidak umpama ayam & itik beromongan

    diriku ini byk kurangnya
    hanya ingin berkongsi kesedaran yg ada
    sama2 kita baiki diri dan keluarga
    moga selamat kita di sana..

    hv a good day frens..:)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: