• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • November 2010
    M T W T F S S
    « Oct   Dec »
    1234567
    891011121314
    15161718192021
    22232425262728
    2930  
  • Archives

Dah Mula Dah

Bila sunyi tiada berita
Mulalah ku berangan entah apa-apa
Namun semuanya pasti baik-baik belaka
Teaser 1 dan 2 di lihat semula

Seronok dan meroyan sudah bermula
Inilah Adam dan Nur setahun lama
Kisah bersambung NKTM di beri nama
Penantian yang lama peminat teruja

Pohon keramat masih di situ
18 saat apa nak di speku
Atas katil sesak nafas hamba tahu
Apakah yang terjadi selepas itu?

Permatang sawah tempat bertemu
Suami isteri yang manja di mataku
Kata apalah saja diriku buat tahu
Memang sah adanya “sesuatu”

18 saat yang penuh bermakna
Di antara cinta dan mulanya derita
Apakah Adam yang di jadikan mangsa
Meninggalkan Nur buat selama-lama?

Huhuhu itulah yang tidak mahu
Lovey dovey berakhir begitu
Bulan March tahun dahulu
Cinta bermula tiada siapa yang tahu

Teaser 1 ada api
Adam dan Nur tidak di ketahui
Nasib mereka lalu tunggu lagi
Aduhh beratnya tanggungan ini

Dari gambar banyak cerita
Kemalangan keretapi ada juga
Nur berdarah Adam di sisinya
Naik unta romantik tak terkira

Suami isteri yang begitu manja
Family photo ramai yang teruja
Cuba lihat dan buka mata
“Sesuatu” tu datangnya dari mana?

Jampi mereka sudah bermula
Demam yang lama kebah tiada juga
Di tambah demam yang baru pula
“Sesuatu” di nanti apakah penyudahnya?

Pelukan kemas Adam pada siapa
Hingga hari ini orang masih meneka
Dua penantian yang amat bermakna
NKTM sudah tentu cerita…alam nyata?

Sang Pencerita mulalah meraban
Idea tak ada tetap diusahakan
Di forum orang sibuk bagi kenyataan
Mencari jawapan setiap persoalan

Gambar kumpulan orang berkata
Adam dan Nur tidak berenggang punya
Iyalah kata hamba
Dah isteri tak mungkin duduk berjauhan pula?

Lirik lagu juga buat mereka
Alam nyata dan juga cerita
Di kelewatan yang makin terasa
Kasih yang kian di damba

Tiada siapa yang tahu pada ketentuan
Walaupun bayang masih tetap digenggam harapan
Banyaklah juga kesinambungan
Tidak silap hambalah yang asyik berangan

Dah mula dah tajuk di beri
Tapi hamba tidak pernah berhenti
Hanya terdiam kerana idea kering kini
Dalam hati memohon tidak henti-henti

Oh ya!!! ada gambar Nur berbadan dua
Itulah…comel sahaja melihatnya
Ishh ishh bilalah nak jadi nyata
Asyik bertanya jawabnya belum jumpa

Genggam bara api biar jadi abu
Hamba guna lagi pepatah dahulu
Aturan Allah tiada siapa yang tahu
Doa tidak di tinggal setiap waktu

Cukuplah sekadar ini dahulu
Esok siang mana nak tahu
Ada lagi teaser pengubat rindu
Adam dan Nur sentiasa di hati ku

Selamat Malam dan Selamat Pagi
Buat teman di alam mimpi
Bila sinar suria datang menyinari
Keluarlah kita mencari rezeki

Owned and written by : Sanaa

One Response

  1. salam buat akak yg diingati
    lama sudah x bertandang kat sini
    x tau perkembangan terkini
    harap sihat dan ceria disamping insan2 yg menyayangi….hi

    Teaser NKTM menjengah kini
    walaupun sebentar mampu mbuat kita penasaran sndri
    makin diulang banyak kali
    terasa bahang NKTM kembali menguasai…..

    hmmmm…lama lg nk tgu thn depan
    br boleh tgk pasangan sepadan
    tp, naper adam mcm menanggung kesakitan
    adakah nur kembali ditinggalkan??????

    akak……cm sedih jer cita NKTM nih????hu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: