• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • November 2010
    M T W T F S S
    « Oct   Dec »
    1234567
    891011121314
    15161718192021
    22232425262728
    2930  
  • Archives

Haihh Banyak Lagi

Di awal pagi yang dingin
Suasana sunyi lagi nyaman
Kokok ayam yang kedengaran
Mengejut semua insan

Semalam asyik dengan korban
Dodin kabarnya tak menang tangan
Red pula mencari kekuatan
Untuk menyambung tugas seharian

Cjolimoli hadir dalam ingatan
Cerita Sabar yang jadi tontonan
Banyak juga ciri kelainan
Menguji tahap lakonan

Terimbas kembali cerita lama
Adam dan Nur itulah nama
Belum padam dan belum lupa
Ingatkan hamba sahaja…ramai juga di luar sana

Di mana agaknya mereka berhari raya
Kabar yang ada ibu bapa tiada bersama
Mengerjakan haji agakan hamba
Kerana senyap tiada cerita

Duduk berangan di pagi hari
Nampak di mata cjolimoli
Bertemu bermesra sepanjang hari
Menghabiskan cuti sempena raya haji

Usik dan nakal itulah Uda
Manja dan menawan pula itulah Dara
Teropongku hanya nampak mereka
Tapi di manakah tempatnya?

Renungan Uda dalam dan manja
Dara gusar juga di buatnya
Apa lagi yang tidak kena wahai kanda
Memandang dinda hingga tak berkelip mata

Adam memandang tidak pula bertanya
Hehh itu sebab dalam cerita
Beberapa saat dinda tahankan saja
Apa bezanya Adam dan kanda?

Dagu di tongkat menunggu jawapan
Geram dan marah mula kelihatan
Eh eh kanda tanya apakah perbezaan
Jangan nak marah tak ketahuan

Lagilah geram di hati Dara
Dirinya di uji tidak semena-mena
Jadi apakah bezanya Nur dan dinda
Soalan pula yang di aju Dara?

Nur hanya nama dalam cerita
Orangnya tetap Dara di hati kanda
Menyangkal rasa kerana terpaksa
Tahukah dinda iya datang tanpa di duga

Wajah hairan di beri Dara
Jari jemari di belai mesra
Apa maksud kanda menyangkal rasa?
“Rasa” hanya untuk Adam dan Nur dalam cerita

Senyum manja Uda beri
Bagai terbayang di depan mata kini
Dara masih mencari pasti
Kenapa Uda berbicara begini

Boleh dinda tahu apa yang bersembunyi
Sehingga kanda berbicara begini
Tiada apa yang kanda hindari
Sekadar berkias rindu di hati

Muka selamba jawapan di beri
Bertambah geram Dara di sisi
Ketawa sedikit memecah sunyi
Itulah cinta yang tersembunyi

Wartawan saja yang asyik memburu
Mencari berita yang semua dah tahu
Kisah mereka bukan untuk di speku
Rahsia hati memang sepadu

Tawa mereka masih bersisa
Mungkin juga teringat cerita bersama
Lakonan yang masih di ingat semua
Uda dan Dara nakal serta manja

Jomlah kanda kita keluar sahaja
Nak ke mana wahai adinda
Cerita tv dah di tengok berdua
Hehehe hamba speku macam tahu pula

Semalam hujan sepanjang hari
Hamba duduk asyik mengingati
Apakah cerita yang mencuit hati
Namun terbayang ep 18 dan 19 lagi

Adam cinta Nur wajah berseri
So sweet semua berkata hingga kini
Tidak pernah jemu di putar berkali
Ishhh dah taksub sungguh diriku ini

Hahaha hamba ketawa sendiri lagi
Sebenarnya berangan nak buat short story
Adam declare Katrina lagi kecil hati
Bersama Nur Adam temui kebahagian sejati

Setahun lama cerita berlegar
Telah ku tulis tapi tidak tersiar
Bimbang geram nanti tersebar
Ketidakpuasan yang masih bergegar

Hamba terbayang di hadapan mata
Uda dan Dara duduk berdua
Berbual mungkin kisah mereka
Kesibukan yang ada jarang berjumpa

Adam dan Nur sebati di hati
Begitu juga Uda dan Dara di realiti
Bak kata Apple sejak dulu lagi
Forever and ever infinity

Tidak ada drama berdua
Sebelum NKTM menemui peminat semua
Itulah seorang teman berkata
Hadiah mereka untuk peminat setia

Banyak lagi yang hamba bayangkan
Uda dan Dara dalam setiap coretan
Tanpa mereka hamba bagai kehilangan
Idea yang bernas hilang berterbangan

Cinta abadi sudah di temui
Masa dan waktu terus meniti
Mata yang melihat semua mengetahui
Kasih tersemat dalam sanubari

Sekian dahulu buat kali ini
Coretan hamba buat pembaca di sini
Gangguan yang ada tidak dapat di hindari
Idea juga gersang sejak akhir-akhir ini

Keabadian cinta lagu mengiringi
Pantun gersang di hari ini
Namun maksud menepati
Uda dan Dara yang di kasihi

Owned and written by : Sanaa 18/11/10

One Response

  1. Salam san, tq bravo…
    aduiii terkenang setahun lalu waktu Raya Korban
    atau waktu bersiaran
    tak nak OT, pukul 4 sharp bye bye kawan
    dinner mesti jam 6, takut terlepas siaran
    warning family tak boleh anything dalam agenda malam
    betapa berkobar kobar tunggu tayangan lepas berita jam 8 malam…
    duduk mesti depan, walau tak ada siapa dgn bertolakan
    screen besar pun rasa tak puaskan…
    commercial break pun terasa gangguan
    hairannya lepas menonton tak lena tidur kegusaran..
    hai Adam Nur…kenapa bikin org mcm meroyan
    nak tunggu minggu depan, rasa setahun menanti dlm ‘keraguaan’
    Hari Jumaat memang hari yang pasti di nantikan….
    ohhh sup, dodin, teman kat platform cik puan San
    tolonglah kenapa jadi bergini org tak keruan…
    percikkan apa cjoli moli buat sehingga tahap gaban….
    ini bukan kicik punye hal…
    SABAR!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: