• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • November 2010
    M T W T F S S
    « Oct   Dec »
    1234567
    891011121314
    15161718192021
    22232425262728
    2930  
  • Archives

Cinta

Uda dan Dara masih menguasai
Segala bicara di dalam hati
Cerita mereka yang satu ini
Menggamit hamba menulis lagi

Adam dan Nur cinta bersemi
Dari drama bawa ke movie
Hamba sambung sedikit di sini
Walaupun sudah lama tiada short story

Dalam kepala asyik mengingati
Apakah yang terjadi andai Katrina tidak mati
Apakah mungkin Adam mampu menangani
Suara hati yang hanya mahu Nur di sisi

Empat tahun Adam meninggal pergi
Tanpa berita nafkah di beri
Pertemuan semula bergetar di hati
Melihat kembali wajah isteri

Malam pertama menyakitkan hati
Saya tidak cinta awak kata di beri
Terlalu yakin tiada juga cinta si isteri
Berendam airmata Nur Amina kini

Perjalanan Adam sentiasa di iringi
Doa keluarga serta isteri
Aidil turut menipu diri
Demi adik yang di kasihi

Cinta dan pengorbanan plot cerita
Keluarga sederhana hidup bahagia
Berpegang teguh pada agama
Halangan dan dugaan di tempuh bersama

Itulah sebahagian dari cerita
Yang masih di ingat semua
Adam dan Nur di mana sahaja
Kadang-kadang tertanya-tanya kenapa

Shout Awards untuk mereka
Menang atau kalah tiada beza
Kemenangan telah lama di terima
Cuma piala tiada sebagai tanda

Script dan dialog sukar di lupa
Terbawa-bawa bila bercerita
Walaupun sendu tidak terkata
Bahagia sedikit besar maknanya

Cinta Adam dan Nur begitu lama
Pernah di jadi topic bicara
Kupasan demi kupasan dari hamba
Malam ini kembali teruja

Hamba merasa dengan pasti
Adanya cinta berbunga di hati
Pertemuan pertama amat menguji
Amaran Adam beri tanpa di sedari

Bila kisah ini bersambung nanti
Cinta Adam dan Nur berkumandang lagi
Membawa kita menghayati
Perjalanan kasih dan cinta hakiki

Kalau di ikut jalan cerita
Cinta Nur Amina berbalas jua
Walaupun liku yang di tempuhi olehnya
Pahit dan perit di pandangan mata

Cinta Adam terlewat rasa
Setelah derita yang di laluinya
Berkat doa isteri serta keluarga
Adam pulang ke pangkuan mereka

Perubahan Adam tetap di uji
Pabila isteri meninggal pergi
Hanya Nur Amina yang terus di cari
Kerana perjalanan yang serasi dan hakiki

Terlalu banyak cinta dalam cerita
Bersama liku untuk mencapai bahagia
Adam dan Nur adalah cinta
Yang ingin di kecapi oleh semua

Short story makin tiada
Oleh kerana keadaan yang amat memaksa
Tidak dapat ku fikirkan plotnya
Oleh itu ku putar cerita lama

Mungkin ada selepas ini
Cinta dan kasih Adam buat isteri
Setelah projek baru terus menjadi
Percutian keluarga adalah pasti

Selamat berhari minggu semua di sini
Shout Award pasti duduk depan tv
Hamba kena mengalah pada bola dan undi
Esok saja suratkhabar di beli

Owned and written by : Sanaa 19/11/10

One Response

  1. Panjang nak bagi komen. Komen ringkas ajelah.

    Rangkap 1: Siapakah gerangannya Uda & Dara ni?
    Rangkap 2: Oh … Adam & Nur rupanya.
    Rangkap 3: Katrina dah meninggal pun. Tak yah susah2 nak ingat. Penat dapat, penin dapat, sakit pun dapat.
    Rangkap 4: Manele idak bergetor? Lame bnor dok perap nafkah zahir dan batin tu.
    Rangkap 5: Ate .. dah ada mam kat sblah. Montok plak tu. Mana nak diingatkan Nur.
    Rangkap 6: Diiringi doa rupanya. Teman ingat semua dok pakat nak pi Ostolia.
    Rankap 7: Gitulah hendaknya institusi keluarga Islam. Amin.
    Rangkap 8: Ate .. pagi petang siang mlm asyik2 Adam .. Nur, Nur .. Adam, sure dema ada kat mane2 aje.
    Rangkap 9: Tak yah piala. Sarung aje cincin tu kat jari manis Tiz.
    Rangkap 10: Apa kata kite tukar pule bahagia besar sedikit maknanya.
    Rangkap 11: Jawpn adalah sama spt Rangkap 8.
    Rangkap 12: Ape bendenya amaran Adam beri? Adakah merokok membahayakan kesihatan?
    Rangkap 13: Pasti berkumandang lagi di corong2 radio. “feelings .. nothin more than feelings …… ” hehehehe
    Rangkap 14: Ate .. udah suke same suke. Mestilah ade balas membalas. Alah, nyampahlah sya.
    Rangkap 15: ‘Better late than never’
    Rangkap 16: Apa kata org .. ada krismas tree .. chemistry
    Rangkap 17: Baru gua tau … Cinta = Adam + Nur, betul ke cikgu?
    Rangkap 18: Putar .. putarlah sang penyajak asal jgn kepala berputar.
    Rangkap 19: La .. nak ikut .. nak ikut. Aku tak peduli .. aku nak ikut jugak. Mmg muka aku tak malu .. hahaha
    Rangkap 20: Yang ini, kau org aje yg komen.

    Nota: Saja aje nak komen. Harap penyajak tak kecil hati ye!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: