• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • November 2010
    M T W T F S S
    « Oct   Dec »
    1234567
    891011121314
    15161718192021
    22232425262728
    2930  
  • Archives

Tertanya-tanya

Shout Award yang di nantikan semua
Telah bersiaran keputusan telah ada
Di antara rakan yang bercerita
Ada juga menyebut kemenangan tidak kena

Hamba tidak menonton mendengar saja
Berita juga tiada di akhbar mana-mana
Mungkinkah award tiada berita
Atau kemenangan tidak teruja

Ada juga terselit tanda tanya
Bila Uda dan Dara tidak menang piala
Namun teringat kata hamba juga
Uda dan Dara menang di hati semua

Tiada piala untuk di jadikan tanda
Namun anugerah Allah terbaik rencana
Hingga kini masih mencari rahsia
Apakah hikmah di sebalik semua

Ramai yang ternanti gambar berdua
Itulah cerita yang hamba baca
Dari column gossip serta bicara
Teman dan rakan tempat kerja

Walaupun tidak berdua
Kenapa gambar seorang juga tiada
Soalan lain muncul di kepala
Apakah taktik wartawan kali ini pula

Dara cantik dan berseri
Serba putih menghias diri
Tiada gambar di internet lagi
Yang di lihat hanya koleksi peribadi

Datang menyusul Uda selepas ini
Sewaktu piala telah di beri
Sempat promote NKTM sekali
Ada juga yang bertanya dari manakah tadi?

Berbagai cerita mereka berdua
Indah, aneh, tertanya tanya semua ada
Uda masih di buru persoalan serupa
Kita tunggu dan lihatlah sahaja

NKTM banyak kejutan
Itulah yang pernah di kabarkan
Apakah Uda dan Dara dalam adunan
Cerita dan realiti ada persamaan

Tidak sihat pula dengar kabarnya
Nak kata rindu tak mungkin pula
Jagalah diri rehatkan minda juga
Pementasan tinggal beberapa hari saja

Pesanan di terima dari Dara
Makan ubat jangan merayau pula
Datanglah sini tolong jaga
Itulah jawapan yang Dara terima

Tak mahu…dinda ada kerja
Kanda duduk rumah tidur sahaja
Datang juga…alasan tidak di terima
Hanya dirimu penyembuh segala

Hahaha terima kasih wahai kanda
Jangan nak memujuk dan mengada-ngada
Kanda tidur gerenti sihat punya
Usah di ingat apa-apa

Aduhai kasihanlah diriku ini
Kekasih hati tidak juga sudi
Baiklah dinda ku tak berdaya lagi
Pergilah kerja baik-baik jaga diri

Hah macam tulah yang dinda sayangi
Upahnya nanti dinda beri di lain kali
Eh eh nanti dulu si buah hati
Mana ciumanku untuk hari ini?

Memang sah demam dah tinggi
Cakap pun dah tak tentu lagi
Nanti dinda hantar sepasang merpati
Message tertera pengganti diri

Baiklah dinda kanda tetap menanti
Tawa berdua tentu merdu sekali
Bahagia terasa di dalam hati
Walaupun hamba hanya berilusi

Hati hamba belum berubah lagi
Ingin melihat cjoli moli
Berganding sama di alam realiti
Kerana mereka amat istimewa di hati

Pasti ramai yang mengetahui
Rasa tersimpan kemas dan rapi
Uda tidak goyah dalam menangani
Segala cabaran yang di hadapi

Dara juga sentiasa di sisi
Jalan beriring teman sejati
Walaupun arah tidak di ketahui
Istimewa mereka dapat di lihat nanti

Selamat menjamu selera di tengahari
Hamba mohon untuk permisi
Cerita bersambung di lain kali
Sekadar coretan hiburan hati

Owned and written by : Sanaa 22/11/10

One Response

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: