• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • November 2010
    M T W T F S S
    « Oct   Dec »
    1234567
    891011121314
    15161718192021
    22232425262728
    2930  
  • Archives

Dollah and Jenab

Wahai Jenab kenapa bermuram durja
Haihh mak aku yang asyik membebel saja
Semua di buat selalu tak kena
Tiba-tiba di tanya bila nak kawin pula

Hahaha patutlah mak kau bertanya
Anak daranya dah bekerja
Nanti di bilang anak dara tua
Tentu tidak sedap di dengar pula

Eh Dollah…jangan tambah sakit di dada
Sudah cukup mak berleter setiap hari dan masa
Naik lemas tak boleh balik rumah rasanya
Di pejabat kau menambah pula perisa

Janganlah marah Jenabku sayang
Aku bertanya jangan pula naik berang
Masam muka berkerut dahi manispun hilang
Duduk macam ini masalah tetap datang

Eee eee ada aku cekik kau nanti
Bukannya nak faham rasa hati
Dah kau pun baru beritahu sebentar tadi
Manalah nak faham baru sangat berdiskusi

Dollah ketawa geli hati
Jangan nak fikir benda tu lagi
Hujung minggu aku bawa kau lari
Gerenti dua hari kau mesti hapi

Jenab memandang besar biji mata
Apa kau ingat aku dah gila
Nak ikut kau lari nak di buat apa
Mak aku repot polis kita juga yang kena

Lahh…kau beritahulah dia
Ikut abang Dollah balik ke kampungnya
Jenab urut dada menahan ketawa
Abang Dollah? Jenab memandang lagi besar biji mata

Aku gerenti kau happy di sana
Tengok segala hutan dan rimba
Fikiran tenang tak sakit kepala
Mandi sungai lupakan masalah yang ada

Jangan ragu dan jangan bimbang
Aku bukan rimau yang makan orang
Sumpah dan janji tak buat perkara terlarang
Sebab Jenab abang Dollah sayang

Jelingan menawan Jenab beri
Mulalah nak lawak menyakitkan hati
Cadangan Dollah Jenab terima kini
Balik kampung hujung minggu nanti

Jenab tiada kampung sendiri
Besar di kota hiruk pikuk sehari-hari
Terasa girang di dalam hati
Kerana Dollah sudi membawa pergi

Perjalanan dua jam tidak di rasai
Wajah desa menggamit kini
Dollah menyanyi tanpa henti
Tidak di sangka Dollah happy go lucky

Rumah Dollah di kelilingi sawah padi
Ada dusun di sebelah kiri
Berbukit sedikit tersusun rapi
Jenab memandang asyik sekali

Kampungku indah dan permai
Penduduk juga duduk aman dan damai
Bila musim padi di tuai
Emping di buat makan ramai-ramai

Jenab tidak pernah menyangka
Dollah anak orang berada
Sepanjang jalan kebun dusun milik keluarga
Rumah besar tersergam cantiknya

Keluarga Dollah baik belaka
Jenab di sambut macam dah kenal lama
Pada mak Dollah berkata
Inilah bakal isteri…mak memeluk Jenab dengan manja

Hampir pengsan Jenab mendengarkan
Senggeh Dollah juga berpanjangan
Pelukan erat di renggangkan
Ciuman pula mak berikan

Tanpa sempat berkata-kata
Mak perkenal Jenab pada ahli keluarga
Semua orang bersorak tanda gembira
Jenab dah tak tahu nak buat apa

Buka mulut Jenab nak nafi
Dollah datang memeluk bahu kini
Selamba dok dengan senggeh di beri
Jangan marah kita bincang nanti

Jenab dah resah dan marah sekali
Dollah di tarik penjelasan minta di beri
We are in the same boat wahai dewi
Just smile you are doing fine sebentar tadi

Perut kenyang Dollah suka hati
Di bawa Jenab duduk di kali
Melihat air mengalir tenangkan diri
Sebelum bercerita apa yang terjadi

Maafkan aku wahai kawan
Aku terpaksa buat pembohongan
Mak aku juga asyik mendendangkan
Bila nak bawa pulang dara pujaan

Hanya kau yang aku harapkan
Memenuhi segala impian dan harapan
Pada mak pernah aku nyatakan
Rakan sekerja hatiku tertawan

Jenab terdiam mendengarkan
Segala kata yang Dollah tuturkan
Tidak marah kalau di bincangkan
Rela membantu sebagai kawan

Kau buat aku macam patung mainan
Tidak pernah sekalipun kau utarakan
Setiap hari kau dengar segala bebelan
Keputusan ini pula yang kau lakukan

Jujurnya hati aku dah lama tertawan
Tapi tidak berani untuk menyuarakan
Bebelan kau jadi pembuka jalan
Cuma tidak sempat di perbincangkan

Terkejut Jenab dengan kenyataan
Apakah benar yang Dollah katakan
Degup jantung tiba-tiba bergetaran
Inikah tanda alam percintaan?

Dollah memandang dengan senyuman
Hati ku ikhlas dengan penuh harapan
Budi pekerti yang kau pamerkan
Aku yakin tidak silap pilihan

Tertunduk Jenab dengan kata-kata
Dollah mengaku menyimpan rasa
Sejak mula bertemu…itulah katanya
Jenab mengira hampir setahun lama

Dollah kata dirinya dah bersedia
Mak pula tak mahu bertangguh lama
Namun akan di ikut segala kata
Andai Jenab perlukan lebih masa

Jenab meminta di beri sedikit waktu
Untuk menyesuaikan dan memberitahu
Kepada keluarga sudahnya tentu
Supaya hubungan mendapat restu

Balik kampung penuh misi
Dollah melamar di tepi kali
Jenab tak sangka begitu sekali
Bertemu jodoh tanpa di sedari

Tiada siapa tahu cinta di hati
Dollah menyimpan dengan rapi
Setiap hari hanya duduk memerhati
Hari ini segalanya terbukti

Kata muafakat bersama keluarga
Sireh pinang menyusul pula
Terperanjat beruk di tempat kerja
Bila pulak Dollah dan Jenab bercinta?

Cincin tersarung tanda dah berpunya
Hanya menunggu debar hari bahagia
Ijab dan kabul menjadikan mereka
Suami isteri yang baru bercinta

Itulah cerita dari hamba
Kisah cinta yang tidak di taja
Di awal pagi Rabu yang ceria
Berteman kokok ayam yang bergema

Waktu subuh menjelang tiba
Hamba berhenti untuk seketika
Nanti siang topic lain pula
Uda dan Dara juga dalam kepala

Selamat pagi meniti hari
Berilah senyuman tanda rezeki
Kepada teman dan pejalan kaki
Semoga indah hidup di hari ini

Owned and written by : Sanaa 23/11/10

3 Responses

  1. huh..jd Jenab n Dollah pulak? haha..sup ada pantun utk depa..

    bila tanya psl cinta
    Jenab n Dollah dok nafi saja
    setuju aja cara mereka
    bila pk..kita pun tentu buat yg sama

    Cinta hanya perlu diungkap pd si penerima
    pd manusia juga paling penting yg Maha Esa
    x perlu di jaja pd semua
    kelak x nmpk dimana keikhlasannya
    perlu di iring dengan perbuatan juga
    sesuai dgn tuntutan dan lebih ‘terasa’

    hv a good day frens…

    • hi sup,
      lama kita tak ‘bersua’
      seronok juga baca pantun sup …
      esok lusa dah Ma’al Hijarah..
      mari kita sama sama menghayatinya…

      have a good day my fren…

  2. apa hal pulak c Jenab dengan c Dollah ne,
    diam diam bercinta pulak…ok lah kalau gitu,
    gue tak de hal…
    teringat juga Gila-Gila…Cik Nab & M.Mahmud…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: