• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • November 2010
    M T W T F S S
    « Oct   Dec »
    1234567
    891011121314
    15161718192021
    22232425262728
    2930  
  • Archives

Bisikan Rindu

Dalam kerinduan tidak teredah
Memori datang lagi
Sewaktu kau hadir menyulam mimpi-mimpi indah
Menyuntik semangat menyusur gelora
Lalu kita sama-sama dalam pelayaran

Ibarat Adam dan Hawa
Kita teruji bersama deraian airmata
Marah benci sakit hati
Bersamanya kita mendaki
Dalam satu situasi
Memberi cahaya kehidupan

Cinta
Tumbuh bergetar bersama denyutan nadi
Menjadi rahsia dalam hati
Sesuatu yang di beri dan di rasai
Bukan harga untuk tawar menawar
Atau untuk di perdebatkan

Huluran tangan di sambut mesra
Membawa pergi pedih dan kecewa
Kau tetap tersenyum
Walau di selaputi bait hampa

Kehadiranmu
Tidak lagi aku jalan sendiri
Tiada jua kekosongan
Yang menghimpit diri

Di memori ini
Bersama sejambak kasih
Bersulam bibit rindu
Sebuah puisi tertulis
Beriring doa harapan dan impian

Seindah warna pelangi
Dengan fitrah yang tercipta
Kaulah kekasih
Yang menghiasi seluruh hidupku

Owned and written by : Sanaa 24/11/10

5 Responses

  1. Mcmna nak luahkan pd gadis pujaan sdgkan sya berminat pada celebriti janda beranak dua Rozita Che Wan .. hehehe. Sya takkan komen apa2 lagi selepas ini.

  2. Pemberitahuan: Sya masih baru belajar. Sya berpegang pada kata2 aruah parents sya, jgn main benda alah tu, habis belajar dulu, lagipun masa sjak tu ditulis, sya bayangkan diri sya sebagai wanita lembut yg bernama Nur …. wakakakaka

  3. Atan …..mungkin dah jatuh cintakan?….

    Ini bunga-bunga org jatuh cinta..
    Sajaknya indah belaka….

    Nota:
    *Tiada kena mengena baik yg hidup maupun yg mati…
    {tak kiralah..karya pn.president pun hanya illusi, yg penting jgn di pendam bakat yang ada}

  4. hamboi atan nak lawan tauke ker ?
    jiwang ek ?

  5. Fullamak .. aku feelin habislah. Mcm aku plk kekasih penyajak ni.

    Nah! ambik semua. Testing .. one .. two .. testing .. one ..two .. three

    Rangkullah diriku dalam belaian kasihmu
    Hiasilah hidupku seperti dahulu
    Kerna setiap bahagian diriku
    Ingin bersamamu
    Maka ambillah hatiku
    Ambillah semangatku
    Hanya itu ku pinta darimu

    Apa masihkah kau ingat
    Saat kita ketawa dan menangis berdua
    Kemesraan yang dikongsi bersama
    Kau bisikkan kpdku
    “Aku milik abadimu selamanya”

    Maka leraikanlah kekosongan
    Yang menghimpit dirimu
    Bersama-sama kita lakukan semula
    Menukar awan hitam menjadi awan biru
    Menukar ribut petir menjadi pelangi pagi

    Bersama memori ini
    Tersimpullah kasih sayang
    Yang pasti kita lalui
    Bertemankan cinta hingga ke akhir hayat.

    Nota: Tiada kena mengena baik yg hidup maupun yg mati. Sekadar nak mencuba kot2lah ada bakat … hahahaha

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: