• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • November 2010
    M T W T F S S
    « Oct   Dec »
    1234567
    891011121314
    15161718192021
    22232425262728
    2930  
  • Archives

Pementasan Or Realiti

Panggung Sari hamba lewati
Pementasan Natrah sekarang ini
Terdengar juga segala kontroversi
Jadi hamba tataplah sendiri

Kalungan tahniah hamba beri
Pada semua warga produksi
Persembahan yang penuh berwarna warni
Erma berjaya juga di kali ini

Indah sungguh di sulam tari
Remy Ishak menjadi Mansor Adabi
Daya penarik Natrah sudahlah pasti
Lebih hebat menari di musim ini

Bravo Remy tanggungjawab di laksana
Termakbul sudah hajat pengarahnya
Mansor Adabi mengikut citarasa
Jalinan cinta menjadi tunggak cerita

Tiada salah dan cacat cela
Memang hamba puji Remy dan semua
Tarian Bollywood menggamat suasana
Sebagai hiburan itulah alasan yang ada

Pujian di beri oleh peminat Remy
Bukan lagi sebagai Mansor Adabi
Judul cerita patut di ubah kini
Bukan Natrah di kenal pasti

Hamba terima alasan yang ada
Namun fikirlah kesan pada generasi muda
Bukan cerita dongeng di ubah mengikut masa
Ini adalah sejarah perjuangan agama

Natrah bermulanya rusuhan
Islam dan Kristian menegak kefahaman
Bukan cinta bermulanya perjalanan
Versi di ubah mengikut kesesuaian

Natrah masih anak-anak lagi
Di jaga Che Aminah mandat di beri
Keluarga kandung ketika menjalani
Tahanan tentera yang hamba lupa di sini

Mengikut kata yang mengetahui
Seorang peguam di pukul berkali-kali
Apabila Natrah patut di kembali
Kepada keluarga kandung tanpa dakwa dakwi

Lalu Natrah menikah Mansor Adabi
Jadilah mereka pasangan suami isteri
Mungkin ada cinta di antara mereka ini
Tapi tidak pernah bersama hingga Natrah di bawa pergi

Catatan sejarah penuh tanda tanya
Yang sahih dan benar adalah kerana agama
Untuk kita mengkaji semula
Orang Islam dan Melayu tidak sekata

Ketika Natrah telah di bawa
Putuslah hubungan Tanah Melayu dan dirinya
Usaha di buat tidak berjaya
Che Aminah dan Mansor berdukacita

Rentetan pementasan adalah cinta
Yang tidak ada di alam nyata
Agama punca rusuhan melanda
Itulah Natrah sejarah bermula

Hamba mendengar segala perbandingan
Titanic P. Ramlee jadi sebutan
Orang Melayu masih lagi ketinggalan
Bila bercakap tiada siasatan

Titanic adalah kisah cinta
Kapal di jadi latar belakang saja
Penghujung filem empunya diri bercerita
Kenangan indah waktu bersama

Hiburan P. Ramlee tidak di nafikan
Tiada sejarah di sebalik penerbitan
Cerita di reka jadi tontonan
Kerana itu masih segar dalam ingatan

Cuba baca dan jawab soalan
Kisah Natrah yang di pentaskan
Bagi hamba yang cetek pengajian
Pelajaran dan ilmu tidak bergandingan

Tauladan pementasan dan realiti
Hamba campur tolak dan bahagi
Pelajaran ada tapi ilmu tidak tinggi
Kerana itu semuanya jadi kontroversi

Dari dulu orang Melayu di hina di caci
Oleh penjajah kerana ilmu tidak tinggi
Walaupun agama bukan galang ganti
Cuba lihat apa di sebalik kisah ini

Che Aminah mungkiri janji
Natrah tidak di pulang seperti di persetujui
Kasih sayang yang telah terpatri
Lalu Natrah di nikah dengan Mansor Adabi

Apakah hukum karma di sebalik sejarah
Derita Natrah cerita tak sudah
Tuding jari kata mereka bersalah
Bagaimana pula dengan Che Aminah

Walaupun pujian hamba beri
Pada pementasan tanpa realiti
Andainya di teruskan begini
Pudarlah sejarah kita juga yang rugi

Sedikit kekesalan terasa di hati
Dengan segala alasan yang Erma beri
Bukannya hamba pengarah di kenali
Pementasan teater telah lama hamba minati

Banyak produksi telah hamba saksi
Sejarah ataupun rekaan terkini
Peristiwa Bukit Kepong Lantai T Pinkie
Masih belum ada yang menandingi

Cats Sound of Music pernah ke mari
Tidak ubah seperti mana di TV
Olahan di buat juga berkali
Namun tidak sedikit lari dari identiti

Coretan hamba berhenti di sini
Dengan pementasan verses realiti
Sekadar meluahkan rasa tidak puas hati
Untuk tidak hamba terus rasa di khianati

Terima kasih kepada semua
Sudi membaca coretan hamba
Andai ada fakta silalah kongsi bersama
Untuk hamba faham duduk perkara

Owned and written by: Sanaa 28/11/10

5 Responses

  1. Salam Cik Sanaa dan shabas for this article, that my sentiment too. I wished someone in the production of Natrah or the media read your article

  2. yep! please vote for tiz in ABP.. nak dia masuk top 5 & menang lagi next year.. insya Allah🙂

  3. salam sanaa…..lama akak x beri komen..namun akak masih terus bersama sanaa…
    natrah dah jadi kisah cinta remy dan maya …wartawan sibuk cerita kisah cinta mrk..bukan fokus pada teater itu sendiri..pelakun lain x payah mainlah…asyik fokus katcerita mrk berdua..geli dan meluat nak baca….
    sanaa….teruskan berkarya untuk retiz ..kami menyokong dari belakang…dan jgn lupa undi tiz dan remy dlm anugerah bintang popular berita harian….borang dah keluar..salam

    • Wa-salam Tasha

      terima kasih masih sudi kemari serta dgn komen yg di beri. baru saja selesai baca berita di akhbar, mmg naik meluat dgn cerita mereka kerana itu saya suruh tukar judul yg ada…tiada makna kalau tiket habis dan di sambung pementasan jua…tapi apapun retiz amat bermakna sehingga kita dpt merasa kelainanya walaupun apa org kata.

      Salam Haz

      thanks and the support will go on. Insha’Allah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: