• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • December 2010
    M T W T F S S
    « Nov   Jan »
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    2728293031  
  • Archives

Murai oh Murai

Murai telah mengeluarkan cerita
Yang memang di ketahui semua
Remy Ishak dan Tiz Zaqyah bercinta
Tapi ada pula tanda tanya

Bila tengok tajuk yang ada
Senyum simpul hamba di buatnya
Gambar pula posisi yang sama
Hilang sebentar rindu pada mereka

Dah memang cinta kenapa di tanya
Masakan murai tak tahu sekian lama
Kenapalah di ganggu mereka berdua
Biarkan saja…sampai masa tahulah kita

Wahai murai mari kita bercerita
Minggu lalu hamba bertemu mereka
Si teruna kata cintanya luar biasa
Pada si dara yang cantik dan manja

Teruna kata Dara memang untuknya
Tiada lain hanya itulah penawar duka
Senyum manis tak terlawan dek sesiapa
Hati teruna dah jatuh sejak lama

Ini bukan sejak cerita tu
Murai mesti tahu apa maksudku
Kajilah murai jangan asyik nak speku
Kisah hamba sambung untuk di beritahu

Dalamnya cinta dan kasih si teruna
Melepas Dara terlalu lama
Teruna percaya kalaulah Dara untuknya
Pasti satu hari bertemu semula

Tidak di ganggu Dara yang jelita
Hanya menyimpan hasrat yang ada
Dalam sungguh cinta si Teruna
Apakah murai tidak tahu ini cerita?

Bila bertemu gembiranya rasa
Harapan yang ada bertambah mekar adanya
Tetap di tunggu hingga hati terbuka
Dara di pandang dengan penuh cinta

Klise atau clue murai tak teliti
Itulah cerita keluar gosip sana sini
Hamba kaji dari hati ke hati
Di cantum juga dengan gerak geri

Murai gelabah tiada cerita
Teruna Dara memang perahsia
Asyik di cungkil marah juga mereka
Buat macam hamba diam tapi tahu juga

Hahaha murai kamu tahu bising sahaja
Hati teruna dara tidak mahu di jaga
Bila marah kamu keluarkan cerita
Manalah teruna dara nak kerjasama

Murai terjah tidak kira masa
Pegang tangan yang di jadikan cerita
Mana gambar tunjuklah pada semua
Kalau itu murai kata mereka bercinta

Bercium berpeluk berparti tutup rahsia
Pegang tangan heboh berbulan lama
Kenapalah murai cemburu dengan mereka
Asyik-asyik di ulang cerita itu juga

Hantar ambil murai sebut tadi
Apakah motif murai berkata begini
Ambil berat di kata driver taxi
Murai juga teringin tapi tiada yang peduli

Beginilah murai proposal hamba
Janganlah di ganggu gugat teruna dara
Dosa banyak nanti tak tertanggung pula
Apa kata lepas ini kita berdoa untuk mereka

Andai murai tidak percaya
Cuba doa tentu lapanglah dada
Kalau tidak tengok scene ini semula
Pokok azimat mesti ada jawapannya

Tengoklah dengan hati yang suci
Mesti murai tahu segala yang tersembunyi
Jangan percaya apa hamba kata di sini
Murai tanya dan lihatlah sendiri

Dah tengok buat kajian berkali-kali
Barulah tulis dengan fakta di beri
Ok tak murai dengan proposal ini
Lahh surrender pula…belum cuba lagi

Clue klise telah hamba beri
Janganlah di usik merpati dua sejoli
Sampai masa tentu jemputan di terima nanti
Masa tu murai tulislah cinta mereka ini

Oh ya terlupa pula hamba
Lagu Afgan hamba tuju pada mereka
Murai dengar tau senikata yang ada
Cinta teruna yang memang luar biasa

Kalau murai pandai dengan kata-kata
Huraikanlah segala yang tertera
Manisnya perjalanan cinta teruna dara
Tidak terganggu gugat oleh sesiapa

Aturan Allah tidak kita ketahui
Oleh itu doa adalah sebaik-baik misi
Buatlah murai jangan dok bising lagi
Percayalah jawapan pasti di temui

Demikianlah cerita dari sang pencerita
Yang agak lama duduk diam sahaja
Kerja banyak tugas nak di sempurna
Bukan teruna dara hilang dari hamba

Marilah murai kita bersama-sama
Berdoa untuk kita dan juga mereka
Pasti lepas ini tulisan laris belaka
Cerita di tulis dengan ikhlas adanya

Owned and written by : Sanaa 06/12/10

One Response

  1. san !
    nama pon murai sib baek tak ” murai cabut ekor ” lagi
    la parah gossip dier !
    rasanyer murai pon nak kongsi berita gembira yg dah lama dinanti2kan oleh peminat2
    RI & TZ kot !

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: