• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • December 2010
    M T W T F S S
    « Nov   Jan »
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    2728293031  
  • Archives

Projek Terbaru

Sewaktu terjaga di awal pagi
Wajah cjolimoli menghadir diri
Nampak ceria dan gembira sekali
Apakah agaknya yang mencuit hati

Gunung dan bukit itulah suasana
Ada juga taliair tidak silap hamba
Moli tersenyum tanda gembira
Joli juga gembira sama

Mereka berdiri mengamati keliling
Asyik berjalan berpusing-pusing
Projek apakah yang sedang di runding?
Bila melihat tanah yang kering

Lalu hamba teringat sebuah lagu
Nyanyian kanak-kanak amatlah merdu
Mengenali binatang satu persatu
Apakah moli juga begitu?

Pasangan bahagia nampak di mata
Moli kini sedang berusaha
Projek terbaru pada tanah yang ada
Ternak ayam dan itik agaknya

Kambing lembu juga dalam rencana
Aqiqah korban perlu ada
Kalaulah ini yang sedang di kata
Hamba sokong rancangan berdua

Projek tani hasil di berkati
Telah hamba lalui dalam hidup ini
Sejak kecil telah sebati
Hidup berkat walaupun ada untung rugi

Carpet dan teropong mulakan kerja
Memang sungguh apa yang di rasa
Terfikir Moli untuk terus berusaha
Di bidang tani yang sudah tersedia

Tanah yang ini ada kolam juga
Menternak keli di rancang sama
Ayam dan itik hajat pertama
Inilah yang hendak di bincang berdua

Cjoli tersenyum penuh bahagia
Melihat Moli dengan segala usaha
Akal dan tenaga berganding sama
Pasti berjaya bila berusaha

Kertas kerja telah tersedia
Waktu yang ada tidak di sia-sia
Keletihan yang ada bukan penghalangnya
Sokongan keluarga tunggak utama

Bermulalah projek terbaru
Ayam dan itik sudahlah tentu
Lembu kambing tunggulah dulu
Moli ingin tumpu satu persatu

Dinda setuju dengan rancangan ini?
Sudah tentu…senyuman joli terus meniti
Tiada apa yang di sangsi lagi
Bidang tani terus di terokai

Pengurus dan pekerja telah ada
Tuan tanah sanggup bekerjasama
Bila kata sepakat telah sebulat suara
Tanah di bersih mulakan kerja

Inilah bayangan hamba
Mungkin ilusi tiada makna
Tidak kita tahu ketentuanNYA
Sumber rezeki buat mereka berdua

Keluarga bahagia hamba terbayang
Seperti kisah di dalam wayang
Ayah dan anak duduk bersembang
Sambil melihat ayam dan itik di kandang

Datang ibu membawa dulang
Air minuman untuk keluarga tersayang
Melihat ibu hati ayah menjadi girang
Senyuman ibu bagai bulan terang

Usaha berdua hamba pasti
Rancangan yang ada termasuk galeri
Production house mungkin juga nanti
Itulah cjolimoli yang hamba kasihi

Doa di iring semoga bahagia
Meniti hidup yang penuh cabarannya
Keikhlasan dalam mencapai cita-cita
Tidak hidup dalam pura-pura

Projek terbaru dari hamba
Buat selingan pasangan manja
Masih menanti cerita mereka
Tunggu March amatlah derita

Sekian dahulu di kali ini
Lain kali bersua lagi
Cjolimoli tetap bersemi
Dalam hati kami semua di sini

Owned and written by : Sanaa 08/12/10

*****

Mungkin bila ada anak-anak nanti
Lagu ini menjadi penyeri
Ternakan di lihat sambil menyanyi
Bahagia anak ayah dan ibu di sisi

Lyrics to “Old MacDonald”

Old Macdonald had a farm, E-I-E-I-O
And on his farm he had a cow, E-I-E-I-O
With a “moo-moo” here and a “moo-moo” there
Here a “moo” there a “moo”
Everywhere a “moo-moo”
Old Macdonald had a farm, E-I-E-I-O

Old Macdonald had a farm, E-I-E-I-O
And on his farm he had a horse, E-I-E-I-O
With a “neigh, neigh” here and a “neigh, neigh” there
Here a “neigh” there a “neigh”
Everywhere a “neigh, neigh”
Old Macdonald had a farm, E-I-E-I-O

Old Macdonald had a farm, E-I-E-I-O
And on his farm he had a chicken, E-I-E-I-O
With a “cluck, cluck” here and a “cluck, cluck” there
Here a “cluck” there a “cluck”
Everywhere a “cluck, cluck”
Old Macdonald had a farm, E-I-E-I-O

Old Macdonald had a farm, E-I-E-I-O
And on his farm he had a duck, E-I-E-I-O
With a “quack, quack” here and a “quack, quack” there
Here a “quack” there a “quack”
Everywhere a “quack, quack”
Old Macdonald had a farm, E-I-E-I-O

Continue adding animals with their sounds — it’s fun to allow the children to take turns picking the next animal/sound combination

Compiled by : Sanaa 08/12/10

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: