• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • December 2010
    M T W T F S S
    « Nov   Jan »
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    2728293031  
  • Archives

Orang Teater Berkata

Selamat Pagi wahai teman semua
Tidak hamba sedar adanya berita
Khalid Salleh yang tidak teruja
Teater muzikal indah kabar dari rupa

Miss Saigon Khalid guna
Sebagai contoh muzikal yang ada
Kerana itu adalah muzikal sebenarnya
Tahu beat dan tempo itulah cerita

Tulisan hamba tidak se dalam mana
Bacalah pula luahan rasa
Orang teater yang bergiat lama
Dalam bidang yang di minati olehnya

Luahan Khalid tepat pada masa
Ketika Natrah baru melabuh tirainya
Menyusul pula teater Mahathir dengar cerita
Setelah yang pertama tidak memenuhi citarasa

Hamba tahu apa dalam perasaan
Khalid dan juga teman-teman
Seperti sedikit yang hamba coretkan
Pelakon popular di jadikan tarikan

Tidak lagi teater yang di utamakan
Penuh panggung di anggap kemajuan
Sabar Khalid pasti tidak berkesudahan
Untuk melihat teater di nobatkan

Tidaklah perlu hamba teruskan
Kata Khalid jadilah pedoman
Untuk kita terus bergerak ke hadapan
Memajukan teater rakyat tempatan

Silalah bersarapan wahai teman
Roti sardin jadi pilihan
Hal teater jadi perbincangan
Semoga ada ulasan memberansangkan fikiran

Owned and written by : Sanaa 13/12/10

*****

Khalid tengok tak Natrah musim kedua baru-baru ini?

Saya sudah terputus dengan dunia teater yang bersifat muzikal. Lagi pun saya dah tengok Natrah yang pertama. Siap tulis komen, buat apa nak tengok lagi. Saya pun tak fikir ada perubahan besar kalau yang pertama pun ada hal-hal yang tak memberangsangkan.

Rugilah tak tengok. Tiap-tiap malam penuh dan pementasan dilanjutkan dua hari lagi?

Itu bukan alasan untuk saya teruja. Istilahnya macam ni, senang cakap tapi bahasanya tak sedap didengar. Kalau nak ambil kira (diam)… rasa tak payah cakaplah.

Sekarang trend pengarah teater guna pelakon popular sebagai tarikan utama. Pelakon teater lekeh sangatkah?

Teater bertambah hancur – Khalid Saleh

Bukan masalah pelakon teater lekeh atau tidak. Masalahnya orang buat teater tu sendiri. Siapa mereka? Apa matlamat mereka? Saya tengok mereka tak ada keyakinan. Apa asas perjuangan dia terlibat dalam bidang teater? Adakah membawa gagasan perjuangan, landasan berkarya atau nak menumpang glamor? Saya dari dulu pun buat teater juga. Tapi tak pernah ambil pelakon popular kerana dia popular. Kalau ada pun macam Eman Manan atau Sani Sudin(Kopratasa). Isunya bukan popular atau tidak, tapi boleh berlakon atau tidak.

Habis tu di mana lagi tempat untuk orang-orang teater pada hari ini?

Dah tak ada arah dah. Satu ketika, orang teater ada tempat untuk berkumpul. Secara tak langsung, boleh cari sesama sendiri di Kompleks Budaya Negara (kini Aswara). Nak ke IB hari ini? IB tidak menjana suasana teater untuk orang teater berkumpul. IB dah jadi tempat untuk orang rasa glamor. Kalau lepak di kafe IB, boleh jumpa artis. Saya pernah ke kafe IB, tapi rasa gelilah. Nanti dicop saya artis popular.

Maksudnya pelakon teater hari ini macam dah tak laku lagi?

Nak cari pelakon yang laku, sudah tidak ada. Ini kerana suasana syarikat produksi yang terbit drama sampai 10, 50 episod. Festival Teater pun sudah tidak ada. Kalau tidak, boleh juga merangsang remaja lepasan sekolah menengah untuk kembang bakat mereka sebelum dapat menyambung pengajian teater di peringkat tinggi. Warna budaya teater sudah tidak ada untuk menjadi perangsang bukannya nak berlumba buat teater.

Pelakon teater memang sudah tidak ada ke hari ini atau orang tak nak ambil?

Saya tak kata pelakon tak ada, orang tak nak ambillah. Sebab mereka bukan crowd puller.

Apa kesannya kepada bidang teater untuk jangka masa panjang?

Kesannya akan bertambah hancurlah kerana perkembangan teater tidak ada. Sebab ia tidak membina satu kekuatan peribadi pembikin. Kalau di Indonesia, apabila Arifin C. Noer, Rendra dan Ratna Sarumpaet nak buat teater, orang dah tahu gagasan pemikiran mereka. Atau apa yang mereka disentuh kali ini? Bukan datang menonton teater kerana siapa pelakonnya popular.

Trend pelakon popular ni macam kita ‘paksa’ penonton terutama generasi muda. Apa komen Khalid?

Semuanya berbalik kepada nawaitu orang yang nak buat teater. Sebab teater satu medium, orang membuat kritikan atau tanggapannya tentang pelbagai masalah persekitaran. Orang teater guna landasan teater untuk tujuan itu. Sekarang orang buat atau masuk dalam teater kerana apa? Adakah kerana dia tidak ada ruang nak ke tempat lain, maka dia terpaksa buat teater? Atau teater jadi tempat himpun segala macam artis popular untuk membantu orang mengingati mereka?

Tapi macam Natrah ni dapat sambutan hebat, panggung penuh. Tidakkah ini satu kemajuan?

Mana ada panggung penuh tanda teater dah maju. Itu semua bukan ukuran kemajuan. Teater yang maju mampu membuat penonton berfikir dan muhasabah diri untuk keluarga dan negara. Tapi kalau setakat nak berhibur, baik main games. Betul saya cakap main games lagi baguslah.

Orang kata pelakon popular menyumbang merancakkan teater pada hari ini. Betulkah?

Sumbangan? Sumbangan apa? Saya tidak melihat daripada aspek sumbangan atau apa pun. Pelakon popular ni kalau tak dibayar, awak ingat mereka nak naik pentas? Itu bukan sumbangan namanya. Sepanjang saya buat teater, tak pernah orang tanya bayaran, bagi skrip sahaja.

Banyak pelakon popular berlakon macam di televisyen. Macam dalam Natrah, Remy tak sampai watak Mansor Adabi. Komen sikit?

Kenapa ambil pelakon yang tak boleh berlakon teater? Bagi saya masalahnya terletak kepada yang mengambil pelakon itu yang tidak ada kekuatan. Minta maaflah, saya tak nak sentuh peribadi orang. Tapi landasan dan sejarah teaternya daripada mana?

Justeru, apa formula terbaik untuk memajukan teater pada hari ini yang sudah kelabu asap?

Istilah formula terbaik tak ada. Teater adalah satu proses dan proses ini perlu bermula dari bawah. Penstrukturan dulu dah nampak. Kita ada program Drama Sebabak. Sebut Drama Sebabak orang tertunggu-tunggu. Sekarang dah tak ada. Bila sudah terputus, nak bina khalayak balik dah tak boleh. Sebab tu guna modal pelakon popular yang tak tahu apa-apa.

IB asyik dengan teater muzikal. Akan datang Muzikal Tun Mahathir musim kedua? Hebat sangatkah kita buat muzikal?

Tolonglah jangan sebut istilah muzikal dengan saya. Saya geli geleman dibuatnya. Bagi dia orang, muzikal ni bukan asal ada muzik saja dah muzikal. Sebab itu semua nak dimuzikalkan. Dalam muzikal pelakon kena kenal beat macam dalam Miss Saigon. Semua pergerakan dalam beat termasuk intonasi dan menyanyi. Tapi muzikal kita ada dialog lepas tu nyanyi. Itu bukan muzikal, itu filem Hindustan. Teater muzikal apa macam tu? Tak sampai tahap pun kalau betul-betul nak buat teater muzikal. Ini berlatih baru sebulan dua, dah dipanggil teater muzikal.

Tetapi IB yang berjaya mempopularkan teater walaupun banyak mementaskan teater muzikal. Setuju tak?

Dari satu aspek, betullah. Tapi sampai bila IB nak bagi gula-gula kepada orang. Penonton yang tak kenal teater ingat itulah rupanya teater. Mereka rasa itu okey. Sebenarnya tak okey. Ah…malaslah cakap pasal teater di IB. Jom minum teh tarik lagi baik.

Dengan ehsan Utusan Malaysia bertarikh 12/12/10

Compiled by : Sanaa 13/12/10

4 Responses

  1. I tend to be agree with u and Sup. One of our audience weaknesses is that they only think one sided ye know as in ‘narrow minded’ thinking’. We should look at all aspects. We need to be open minded. I guess our audience are tormented by the opinions they have of things, rather than by the things themselves. The director or the crew casting should recognize their dilemma. Whether it’s the quality that they wish to achieve or to gain recognition or perhaps the money that’s written on their face. It’s sort of like the ‘blind leading the blind’. Much has been put to waste or simply nothing is gained.
    I must congratulate u ‘Sanaa’ for making us and hopefully the audience to think from a different perspective and not juz to accept things as they are. Juz coz Natrah got a great review from the media, it doesn’t mean that our theatre industry is getting better and better each day.
    ….. and bravo to Khalid Salleh for his sincere expression on our present day theatre

  2. don’t know what to say about this theatre thingy..am not the right person to talk abt it but as ‘penonton dunia seni’..i wld say ‘org seni’ penuh PHD..their ego menggunung tinggi..yg sana kata begitu..yg sini kata begini..in the end dua-dua rugi coz our entertainment industry going nowhere..it boils down to their ego and they hardly help and collaborate with each other….hmmmm…

    • dear sup

      thanks for your comment

      khalid got his message across because if they are true to themselves it will go back to what it use to be…film drama and theater is different all together. that is why I compared our theater with the west. they are entirely different entity. may be you are right with all the “PHD” thing but again I was part of it previously although indirectly…it was fun because it is all something new when we go for theater not just the same old faces on tv or cinema. and org theater was never on tv before and it is hardly tv person on theater but again as Khalid mention the director and producer looking at dollar sign now. they need the crowd puller. zaman dulu org theater mmg tak kaya compared to org tv and they call themselves seniman jalanan. that’s how I look at it after years of being at matic and ib and a little bit of exposure with foreign production

  3. Agreed with the article, quite disappointed. Mungkin saya letak too much expectation. Anyway nice blog Sanaa, keep on writing.

    Btw, someone saw remy n tiz at Lot 10 last Saturday! Hehehe..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: