• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • December 2010
    M T W T F S S
    « Nov   Jan »
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    2728293031  
  • Archives

Masih Ada

Kisah teater masih ada
Tun Mahathir The Musical muncul pula
Latihan masih belum bermula
Sudah ada perkara yang di cerita

Press conference kalau tidak silap hamba
TMTM2 tanpa Zizan dan Erra katanya
Masing-masing ada tugas untuk di sempurna
Tidak dapat memenuhi permintaan yang ada

Desas-desus yang kedengaran
Kisah sebenar kini di bongkarkan
Zizan menarik diri kerana bayaran
Setelah di nasihat oleh pihak pengurusan

Bayaran tidak setimpal di katakan
Lalu pelakon menolak tawaran
Jangkamasa yang lama juga jadi soalan
Belum di ambil kira waktu latihan

Tulisan yang dahulu hamba terlupa
Filem dan teater tidak pernah sama
Kalau dah di ambil pelakon ternama
Andai tidak sihat bagaimana pula?

Oleh itu setahu hamba
Pelakon teater watak sama di beri dua
Stand in itulah nama yang di guna
Andai tidak sihat ada penggantinya

Shooting filem boleh di tangguh esok lusa
Teater bersiaran hingga habis tarikhnya
Kalau dah sakit macam mana nak kerja
Masakan pelakon popular boleh di ganti sesiapa

Itulah satu sebab di antara
Dalam teater di latih semua
Supaya persembahan berjalan sempurna
Sekiranya watak utama kena selsema

Teater adalah sebuah pementasan
Yang mendidik diri penuh keyakinan
Pentas yang akan di gunakan
Mesti sebati dengan pelakon utama dan sandaran

Kerana itu semasa latihan
Pelakon teater kena membiasakan
Ruangan pentas dengan persembahan
Supaya tidak kaku di hari tontonan

Sewaktu latihan mereka jalani
Pentas yang sama untuk pertunjukan nanti
Fokus mata dan segala gerak geri
Menguasai ruangan dan penonton di kerusi

Bukanlah hamba orang seni
Sekadar belajar untuk pengetahuan sendiri
Dengan rezeki yang Allah beri
Stratford Upon Avon pernah hamba kunjungi

Perkampungan teater indah berseri
Tempat lahir Shakespeare yang di kenali
Dengan penulisan cinta sehingga hari ini
Perjuangan di teruskan hingga kini

Andaikata kita ada perkampungan sebegini
Cerita pelakon tidak wujud lagi
Anak-anak teater sedia berbakti
Membuat persembahan yang di kagumi

Jadual waktu pelakon ketat sekali
Dari awal pagi hinggalah dinihari
Makan di jaga supaya tidak melebihi
Agar stamina dapat di penuhi

Senaman juga hamba saksi
Sebelum bermula latihan setiap hari
Itulah disiplin hamba lihat sendiri
Di waktu malam berehat sambil diskusi

Seharian hamba melawat di sana
Waktu malam menonton persembahan pula
Anak-anak muda dengan aksi mereka
Menghibur pengunjung tidak kira masa

Ada juga seniman jalanan
Bermain muzik amat mengasyikan
Bila dapat sedikit sumbangan
Terima kasih di ucap menyambung persembahan

Itulah serba sedikit pengalaman
Hamba faham kenapa teater berlainan
Andai kata epic yang di persembahkan
Act 1 dan 2 pelakon juga berlainan

Kadang kala muzikal begitu juga
Mereka kata tidak boleh seorang saja
Sediakan payung sebelum hujan gamaknya
Pengganti ada bila-bila masa

Hamba sekadar membuat perbandingan
Dari sedikit dalam catatan perjalanan
Alhamdulillah syukur di berikan kesempatan
Melihat sendiri sebuah perkampungan

Doa hamba pada Yang Maha Esa
Semoga dengan segala izinNYA
Dapat hamba jelajah benua
Melihat segala khazanah bangsa

Adat dan budaya memang berbeza
Sebagaimana Allah aturkan makluknya
Supaya dapat kita belajar bersama
Mengenal budaya ambil tauladan darinya

Owned and written by : Sanaa 14/12/10

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: