• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • December 2010
    M T W T F S S
    « Nov   Jan »
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    2728293031  
  • Archives

Kawan Lama

Hari pertama cuti bermula
Aturcara bermula jumpa kawan lama
Dah lama kenal suara tanpa rupa
Berbual juga macam dah mesra

Pertemuan di rancang seminggu yang lalu
Lagaknya bagai nak bertemu bakal menantu
Bimbang hati dan juga ragu
Kerana kononnya dia ni pemalu

Hamba memang nakal adanya
Mengusik tidak kenal masa
Lagi di ulang lagi hamba suka
Sehingga kawan ne takut nak berjumpa

Bertemulah kami buat kali pertama
Dari gambaran hamba tahu orangnya
Tidak perlu lagi nak kenal nama
Seminit pertama macam pernah jumpa

Lalu hamba memenuhi permintaan kawan
Ikutlah hamba untuk menemankan
Kami pergi membuat lawatan
Tugas hamba sebagai penunjuk jalan

Berbagai tempat kami pergi
Sehinggalah tiba masa makan tengahari
Kembali ke kereta ada sesuatu terjadi
Hilanglah pulak chip yang di beri

Puaslah teman tadi mencari
Segenap ruang di bongkar kini
Hamba kata cubalah di ingati
Di mana tersimpan masa awal tadi

Dalam kocek jawapan di beri
Sampai kosong tidak di temui
Entah kenapa yakin saja hati ini
Pasti ada hanya bersembunyi

Semua tempat sudah di geledah
Tak ada pula nak rasa marah
Lalu pergilah teman mencari arah
Membayar denda tanda mengalah

Sejenak kemudian teman ne kembali
Katanya chips telahpun di temui
Hamba bertanya di manakah ia bersembunyi
Rahsia katanya sebab malu sendiri

Hmm oklah…tak di tanya lagi
Bincang pula nak makan di mana nanti
Kelindan memang tak cekap sana sini
Tersesatlah kami berpusing berkali-kali

Hikmah di sebalik semua ini
Teman yang pemalu berkata lagi
Dapat berbual sesama sendiri
Sambil memerhati papan tanda kanan dan kiri

Kepada teman yang di kasihi
Terima kasih kerana mahu menemui
Diri hamba yang kejam dan suka mengusik ini
Dari pagi hingga petang hari

Cuti sehari berlalu kini
Alhamdulillah sempat hamba singgah di sini
Harapnya teman semua sudah bersarapan pagi
Marilah bersama-sama kita bercuti

Perjalanan hamba akan bermula
Ingin menuruni lembah dan desa
Di temani bukit bukau hijauan serata
Semoga ilham datang ketika bertapa

Soul journey amat di perlu
Merehat minda dan badan yang letih selalu
Mengenal diri mencari ilmu
Itulah tujuan hamba bercuti dua minggu

Selamat jalankan tugas wahai semua
Hiasilah dirimu dengan senyuman mesra
Jangan masam dan marah nanti cepat tua
Hehehe Insha’Allah kita akan bertemu semula

Owned and written by : Sanaa 17/12/10

2 Responses

  1. Helloo….

    Are you playing with snow?

  2. Pn.President berpesan kini
    Katanya nk pergi lembah dan desa
    Di temani bukit bukau hijauan serata…
    adakah hanya untuk bertapa mencari illusi saja?
    emm…cubalah datang ke Borneo Island sekali sekala
    Sabah & Serawak memang di kenali gunung kinabalu & sentubung yang gah di atas buminya
    Guanya class punya…

    Kalau nak memcuba nasi katok berbagai versi boleh juga berkunjung di sini
    Pulut panggang terkenal ke enakkan pasti menjilat jari
    Sambil tengok nodding donkey angguk2 terpacak sana sini
    pasti idea mencurah-curah seperti minyak di hasilkan setiap detik ini…

    So apa lagi…jom kita minum tea tarik sambil menikmati tumpi…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: