• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • December 2010
    M T W T F S S
    « Nov   Jan »
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    2728293031  
  • Archives

Rumahku Syurgaku

Time is too slow for those who wait
Too swift for those who fear
Too long for those who grieve
Too short for those who rejoice
But for those who love time is eternity

Henry Van Dyke

*****

Cerita ini baru hamba baca
Gossip Uda dan Dara bersama-sama
Meninjau rumah di Ampang sana
Dari Zubir terkenal orangnya

Pasti semua sudah membaca
Cuma hamba yang ketinggalan rasanya
Apapun yang ada dalam rencana
Hamba gembira dapat kabar tentang mereka

Melihat rumah bersama-sama
Hendakan pendapat teman setia
Walaupun cerita Zubir susah hendak percaya
Kali ini hamba layan sahaja

Sambil menyelam minum air
Itulah jawapan Dara pada Zubir
Memang sekarang Dara sudah mahir
Memberi jawapan bagai air mengalir

Tertanya-tanya juga dalam hati
Adakah Zubir wartawan atau celebriti
Duduk minum teh pak guard menyapa diri
Terus bertanya tentang cjoli moli

Zubir kata pak guard datang menyapa
Bertanya pula tentang Uda dan Dara
Kepoh jugalah orang bila melihat mereka
Sehingga bertanya hubungan mereka juga

Hamba anggap ini gossip saja
Walaupun dalam hati berbunga-bunga
Kali ini Zubir bercerita macam betul pula
Atau adakah Zubir juga amat teruja

Lalu hamba baca berkali-kali
Sudah pasti pesona mereka menarik hati
Pak Guard juga tidak boleh lagi nak lari
Hati tertarik-tarik lalu Zubir di rapati

Jadilah indah gossip yang tertera
Hikmah di sebalik ini semua
Adalah contoh yang baik buat kita semua
Bahawa Uda membuat pelaburan berguna

Apatah lagi tinjauan di buat bersama
Dara yang kita tahu teman setia
Andainya ini pelaburan berdua
Pasti indah nanti kediaman mereka

Uda dan Dara orang yang berseni
Susun atur mesti cantik sekali
Lukisan Dara memenuhi sana sini
Potret berdua lagilah berseri-seri

Kilauan cahaya yang menembusi
Memancar indah kediaman cjoli moli
Bersama kasih berpadunya dua hati
Gelak tawa si comel turut mengiringi

Ehem ehem hamba pulak yang syok sendiri
Mereka tak cakap apapun lagi
Dah lama sebenarnya tak berangan begini
Lebih-lebih lagi bab cjoli moli

Tak ada salahnya pun berangan sendiri
Semoga angan-angan jadi kenyataan nanti
Hanya doa dapat hamba iringi
Sementara menunggu nak lompat tinggi-tinggi

Terima kasih ucapan di beri
Kepada Zubir yang menyebar berita ini
Dapatlah hamba berangan di sini
Di hadapan mata melihat Uda dan Dara menari-nari

Pada mu adinda berdua
Buatlah kerja dengan sempurna
Dengan rezeki yang di beri olehNYA
Bersyukur kita sentiasa

Banyak hikmah di sebalik ini
Yang kadang-kadang di lupai
Kabaran berdua yang hamba nanti
Kini berita di siar berselang seli

Inilah saja coretan hamba
Duduk berangan dari sebuah berita
Supaya blog tidak kosong adanya
Ketika hamba bercuti jauh dari segala

Oh ya pada Zubir hamba berpesan
Janganlah doa berakhir di pelaminan
Berdoalah selagi hayat di kandung badan
Kalau berakhir di pelaminan…esoknya semua bertaburan

Selamat menikmati makan tengahari
Kepada semua teman dan pembaca di sini
Teruskanlah doa ikhlas buat cjolimoli
Andainya harapan masih lagi berdiri

Owned and written by : Sana’a 21/12/10

******

Aktres Nur Kasih akui menemani aktor popular tinjau kawasan perumahan

SEKALIPUN masih bercuti, namun setiap kali Zubir melepak di kawasan tumpuan umum, pasti ada cerita sensasi yang disampaikan ke telinga ini oleh individu yang layak dipanggil sumber. Nampaknya gosip memang tidak pernah padam dalam kepala Zubir, sudah sebati agaknya.

Ketika Zubir sedang menikmati teh tarik di sebuah restoran sekitar Ampang Point baru-baru ini, seorang pakcik menyapa dan memperkenalkan dirinya, sekali gus memberitahu dia bertugas sebagai pengawal keselamatan di sebuah kawasan kondominium sekitar Ampang.

Kata pakcik yang mengakui dirinya pengikut setia drama bersiri popular TV3 yang pernah menempa fenomena suatu ketika dulu, Nur Kasih, dia pernah terserempak dengan dua pelakon utama drama berkenaan, Remy Ishak dan Tiz Zaqyah datang bersama ke kawasan kondominium tempatnya bekerja, baru-baru ini.

Dia mendakwa, melihat Remy dan Tiz masuk ke kawasan kondominium itu dan aksi mereka seolah-olah pemilik unit kondominium di situ apabila kedua-duanya terus naik ke tingkat atas.

“Pakcik memang kenal sangat Remy dan Tiz sebab tak pernah missed tengok Nur Kasih sebelum ini. Pakcik rasa Remy dan Tiz berkongsi beli unit kondominium di situ, ataupun mereka memang ada unit masing-masing. Zubir tanyalah dia orang.

“Tapi, dia orang berdua tu, memang nak kahwin ke Zubir, iyalah sampai dah beli kondominium, seperti merancang sesuatu saja. Zubir pergilah teropong, apa cerita sebenar dia orang berdua tu,” cerita pakcik pengawal keselamatan tadi bersungguh-sungguh.

Zubir berusaha menghubungi Remy, tapi telefon bimbitnya dimatikan, namun menurut pengurusnya, Azlin Abas, aktor berkenaan ada hal. Pun begitu, SMS yang dikirimkan kepada Tiz, terus mendapat maklum balas apabila tidak sampai 15 minit kemudian, dia terus menghubungi Zubir.

“Tiz mengaku ada menemani Remy meninjau kawasan kondominium itu di sekitar Ampang, baru-baru ini. Ingat lagi, masa tu kami baru habis dubbing. Remy ajak Tiz temankan dia dan kebetulan, Tiz tumpang kereta Remy.

“Tapi, nak kata kami sama-sama beli kondominium di situ, tak adalah. Remy seorang saja yang meninjau kawasan di situ, tapi sama ada dia beli ke tak kondominium itu, Tiz tak pasti,” katanya tanpa berselindung.

Sekalipun itu jawapan selamat yang diberi, bagi Zubir secara peribadi, antara Remy, 29, dan Tiz, 22, mereka ini seperti menyimpan perasaan antara satu sama lain, namun belum bersedia berterus-terang.

Tiz juga mengaku kepada Zubir, dia dan Remy tak pernah bercinta, namun tidak menafikan kedua-duanya memang berkawan baik. Katanya lagi, Remy adalah antara kawan rapatnya ketika ini.

“Just go with the flow Abang Zubir,” kata Tiz seolah-olah merungkai sedikit persoalan hubungannya bersama Remy.

Pun begitu, sekiranya antara Remy dan Tiz, wujud api cinta, Zubir mendoakan mereka berbahagia dan hubungan itu bakal berakhir di jenjang pelamin, Insya-Allah.

Compiled by : Sanaa 21/12/10

2 Responses

  1. salam san…..
    berita yg menggembirakan …impian dan angan semakin jadi kenyataan…insyaAllah.
    san…great to know u…teruskan menulis…akan sentiasa menyokong..san ada kreativiti dan daya imiginasi yg kuat ….seronok share perasaan dgn u…love u

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: