• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • December 2010
    M T W T F S S
    « Nov   Jan »
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    2728293031  
  • Archives

Pecah Tembelang

Atan bersiul sejak pagi
Hati Siti sudah meragui
Tidak pernah suaminya begini
Dahlah tu minta di gosok baju lagi

Hairan bin ajaib kata Siti
Suka hatinya sejak pagi
Bila di tanya ke mana hendak pergi
Jawapan di beri pergi kenduri

Tidak pula Siti ketahui
Ada jemputan minggu ini
Buang tabiat kot kata Siti
Entah-entah dalam senyap nak kawin lagi

Kenduri? Abang tak bawa Siti sekali
Ohh yang ini Siti tak payahlah pergi
Balik nanti abang cerita apa yang terjadi
Sabar ya sayang…janganlah berkecil hati

Atan memujuk Siti
Macam tidak bersalah pada isteri
Bimbang juga kalau isteri mengesyaki
Berlalulah Atan dari sisi

Ishh tak baik pula mengesyaki
Tapi macam filem P. Ramlee
Baju Melayu siap songkok sampin sekali
Boleh jadi juga kalau ke rumah Tok Kadi

Sebagai isteri mithali
Siti siapkan permintaan suami
Mulut mengomel hati dap dup kini
Jangan ingat aku bodoh…aku intip nanti

Siaplah Atan hendak pergi
Ciuman di beri pada Siti
Abang pergi ya sayang…kuncilah pintu ini
Nanti isteri abang di bawa pergi

Atan bergurau dengan Siti
Lagilah dap dup makin laju kini
Namun di sabarkan hati
Menunggu sehingga Atan bertolak pergi

Baiklah bang…bawa kereta hati-hati
Jangan pulang lewat…pesan Siti
Senyum manis Siti beri
Dalam hati tak keruan juga ni

Setelah jauh Atan pergi
Kunci kereta dalam genggaman kini
Datang pula Kak Munah terlari-lari
Atan ke mana wahai Siti?

Abang Atan pergi kenduri
Kenapa Kak Munah datang terlari-lari
Tolonglah akak wahai Siti
Abang Murad nak kawin satu lagi

Eh bior betul Kak Munah ni
Dari mana akak dapat berita begini
Hai Mak Andam khepochi datang rumah tadi
Katanya si Limah nak nikah malam ini

Jomlah Siti kita kerumah Tok Kadi
Akak pasti Abang Murad nikah dengan Limah malam ini
Walaupun ada curiga di hati
Hiba pula melihat Kak Munah menangis di sisi

Siti memandu dengan laju sekali
Di pecut hingga silap jalan pula tadi
Lambatlah sampai ke rumah Tok Kadi
Tapi semuanya gelap dan berkunci

Reporter Kak Munah tidak detail kali ini
Teringat pula pada Masjid Negeri
Jom Siti, akak dah tak peduli
Akan akak ganyang abang Murad mu nanti

Kecut perut Siti mendengarkan
Abang Murad dan Kak Munah saling kasih-kasihan
Asyik duduk loving meving sayang tahap gaban
Lainlah ceritaku dengan abang Atan

Demi Kak Munah kereta di pecut laju
Hati Siti juga tak menentu
Manalah tahu mak andam salah speku
Ada nanti bengkak di dagu

Sampai di halaman masjid Kak Munah berlari
Naik tangga dua sekali
Dari jauh Kak Munah dengari
Perkataan SAH tidak silap lagi

Siti mengikut dari belakang
Bimbang pula kak Munah sepak terajang
Abang Murad tiba-tiba kejang
Melihat kak Munah bagai rimau belang

Sabar dulu Munah…biar abang terus terang
Abang Murad cuba menenangkan
Isteri yang naik sheikh bukan kepalang
Kerana hati dah kecut…bila pecah tembelang

Kak Munah memang sudah naik berang
Lengan di sinsing nak mulakan perang
Sabar kak…mengucap kak, bawalah bertenang
Siti memujuk kerana hati amat bimbang

Kak Munah menerkam abang Murad lari
Limah tidak mampu berkata apa lagi
Sedar ini semua salah sendiri
Asalkan Kak Munah tidak bunuh diri

Atan pula terperanjat bila menyedari
Dalam masjid Siti sedang berdiri
Lalu Atan datang menghampiri
Tergolek pula Atan di langgar Tok Kadi

Riuh rendah menjerit sana sini
Abang…jerit pula Siti tanpa di sedari
Melihat Atan melindung diri
Dari di pijak oleh orang yang berlari

Jeritan Kak Munah menjadi-jadi
Siti sudah tidak tentu lagi
Mana satu yang betul ini
Cerita sebenar tidak di ketahui

Atan menarik tangan Siti
Bila dapat membolosi
Lalu Siti di bawa ketepi
Jangan sampai di langgari

Jom-jom kita duduk di sana
Biar abang terang duduk perkara
Harapnya Siti janganlah menyinga
Abang terpaksa berahsia sejak mula

Muka Siti dah merah menyala
Atan sedar terus berkata-kata
Menolong kawan kerana terpaksa
Sebab Limah sudah berbadan dua

Terlopong ternganga Siti mendengarkan
Apakah ini satu igauan
Abang Murad punya perbuatan
Mengangguk Atan memberi jawapan

Tat..tat..tapi kenapa abang subahat sama
Tergagap Siti ketika bertanya
Terbayang Kak Munah sekeluarga
Yang hidup aman damai sentiasa

Benda dah terjadi tidak boleh di ubah kini
Abang menolong atas dasar simpati
Janganlah marah wahai Siti
Sumpah lain kali abang tak buat lagi

Jangan berani abang bersumpah
Siti sudah naik marah
Perkara ini bukannya mudah
Abang subahat tetap bersalah

Ampunkan abang wahai Siti
Sayang abang hanya padamu dewi
Insha’Allah perkara ini tidak terjadi
Kerana Siti saja kekasih hati

Siti maafkan di kali ini
Tapi ingat…jangan lagi nak membohongi
Ambil teladan dari apa yang terjadi
Kalau nak kawin lagi jangan sembunyi

Eh Siti izinkan abang kawin lagi
Atan senggeh melihat isteri
Ohh abang teringanlah…tanya Siti
Apa salahnya kalau Siti persetujui

Amboi-amboi baru berkata tadi
Yang Siti ni seorang saja kekasih hati
Memang sungguh dasar lelaki
Senang sikit nak kawin lagi

Telinga Atan di piat Siti
Menjerit-jerit tidak henti
Riuh di sana sudah tidak di peduli
Atan menyerigai Siti puas hati

Itulah celoteh ketika bercuti
Setelah berfikir sejak pagi lagi
Hujan yang turun tidak henti-henti
Terkurung hamba di bilik ini

Antara lawak dan teladan
Hamba ambil dari lagu dendangan
Ahmad Dahni yang di perbaharukan
Bersesuaian dengan keadaan zaman

Pasti semuanya mengetahui
Hamba bayangkan cjolimoli
Berlakun adegan ini
Mesti gelak pecah perut nanti

Dari itu hamba mengundur diri
Ada masa akan di fikirkan lagi
Cerita merpati dua sejoli
Yang kini sibuk shooting sana sini

Owned and written by : Sanaa 23/12/10

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: