• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • December 2010
    M T W T F S S
    « Nov   Jan »
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    2728293031  
  • Archives

Seronok Memerhati

2010 bakal meninggalkan kita
Bakal menjelma 2011 beberapa hari saja
Kenangan yang tidak mungkin hamba lupa
Bermulanya kisah Uda dan Dara

Sedang melayan coretan dulu kala
Tersenyum sendiri dan ketawa juga
Membaca kembali cerita Uda dan Dara
Entah dari mana datangnya segala idea

Angan dan harapan masih sama
Bagi hamba sebagai sang pencerita
Kini bukan lagi berkenal mesra
Tapi mengukuh cinta yang di bina

Terus saja terbayang wajah berdua
Uda dan Dara yang sedang berbual mesra
Asyik sungguh Dara bercerita
Uda menekan perut menahan tawa

Kanda nak dengar lagi sebuah cerita?
Dara bertanya dengan manja
Cerita apakah wahai adinda
Kisah seorang jejaka ingin melamar adinda

Apa? Uda terkejut hampir terlompat juga
Eh kanda..relax ok…kata Dara
Belum dengar cerita nak melenting saja
Dinda tak ke mana-mana…masih duduk di depan kanda

Jelingan tajam Uda beri
Dara senyum mengeyit mata kiri
Rindulah kanda…buat sekali lagi
Mata pula di jegil kini

Alahhh…janganlah marah
Nanti luka di hati lagi parah
Kata nak cerita…penat menunggu sudah
Dinda ubah tajuk lalu bermadah

Ohh…kanda benar nak tahulah ni
Hmm… kenapa tak cakap tadi
Senyum Dara makin berseri
Uda bertambah geram di hati

Cuba di tangkap tangan si Dara
Dara mengelak berdiri pula
Tangkaplah…Dara mencabar lagaknya
Please sayang kanda…Uda merayu manja

Tangan di hulur senyum di beri
Senyuman berbalas tangan di biar sepi
Dara bermain tarik tali
Apakah mungkin mereka main kejar-kejar nanti?

Uda melangkah Dara mengundur
Senyuman menguntum Uda terhibur
Tu kanda…kata Dara untuk mengabur
No dinda…jawab Uda lalu mengatur

Uda pasti Dara cuba mengaburi
Langkah di atur untuk menangkap si buah hati
Usik dan manja menambah kasih di rasai
Kini jelingan manja yang Dara beri

Sang Pencerita pasti cinta di uji
Hanya kepercayaan dan setia di hati
Membuat Uda dan Dara tabah menghadapi
Dugaan dan cabaran yang datang bertubi-tubi

Kanda dah mengaku kalah ya…
Dara masih dengan nakalnya
Taklah…mudah saja jawapan Uda
Larilah…tambah Uda pula

Angin petang menemani mereka
Ketika berdiri bertentang mata
Tangan di hulur kini di sambut mesra
Oleh Dara dengan senyum dan tawa

Jari jemari kini dalam genggaman
Mata juga masih bertentangan
Tiada bicara hanya angin yang menemankan
Menyampai rindu yang tersimpan

Tiba-tiba ada sesuatu yang bercahaya
Yang berkilau di mata sang pencerita
Cincinkah yang berkilau-kilau adanya?
Kerana ianya datang dari jari si Dara

Teropong pula tiada dengan hamba
Untuk melihat dengan sebenar-benarnya
Puas sudah memerhati sejak mula
Akhirnya benar itulah cahaya batu permata

Ada juga sebentuk di jari Uda
Batu permata di ikat suasa
Eh apakah dah bertunang agaknya mereka?
Tapi kenapa tiada siapa yang berkata-kata?

Lama sungguh hamba duduk memerhati’
Melihat mesranya merpati dua sejoli
Wajah Dara kian berseri-seri
Entah apa yang menggelikan hati

Mungkin juga cincin di pakai sebagai tanda
Bahawa mereka sudah berpunya
Walaupun tidak di kabar pada semua
Hati berdua telah di ikat lama

Uda dan Dara kini diam membisu
Pandang-pandang hingga dah jadi malu
Kalaulah macam ini selalu
Bagaimana hamba nak dpt clue

Sekarang ini tengah main tolak tarik
Ada pulak nanti terputus jari cik adik
Abang oii…kasihanlah pada jari kecil molek
Eh eh tak mengapa…teruskan, ia satu pandangan yang menarik

Uda dan Dara main lawan-lawan
Jari bertaut tinggi di awan
Ohh London Bridge jadi mainan
Itulah sang pencerita membuat andaian

Kuat juga tenaga si Dara
Boleh putarkan tangan Uda
Aduh aduh wahai adinda
Sakitlah…jerit Uda

Hahaha Dara ketawa
Genggaman kuat tidak terkata
Uda pula sudah kurang berdaya
Apabila sakit mulai di rasa

Gelagat mereka bagai anak-anak pula
Pastinya rindu kerana lama tidak bersua
Yang berkilau di jari makin jelas di mata
Kini nak tahu tarikh rasminya

Duduk seorang hamba mengenang
Pandai sungguh Uda dan Dara berenang
Tiada berita diam-diam dah bertunang
Bising tidak kecoh tidak…semuanya tenang

Issh issh tapi hati ni nak tahu juga
Lalu sang pencerita mencari ahli nujum bijaksana
Cinta dah mekar kasih dah berbunga
Kamu talipon saja Buletin Utama

Hahaha hamba ketawa
Cakap ahli nujum lucu bunyinya
Hambalah orang terakhir nak report segala
Rahsia mereka rahsia hamba jua

Itulah cerita terbaru mereka
Yang hamba selidik sekian lama
Dari sang pencerita yang duduk bertapa
Memanjat doa pada Yang Maha Esa

Wang melimpah bukan ukuran
Kebahagian di raih atas kepercayaan
Setianya kasih di uji dengan kepayahan
Kerana itu tidak boleh di beli dengan kemewahan

Wang ringgit perlu dalam kehidupan
Tapi sesekali bukan ukuran keutuhan
Dalam mencari kasih yang berkekalan
Setia bersama dalam dugaan dan cabaran

Semoga Uda dan Dara di kurniakan
Hati yang tabah bila berhadapan
Gelombang ujian dalam kehidupan
Sehingga terbina mahligai idaman

Selamat tahun baru buat Uda dan Dara
Semoga 2011 mengubah segala
Cinta dan kasih yang telah di bina
Membawa kepada ikatan yang lebih bermakna

Selamat tahun baru juga buat semua
Insha’Allah 2011 akan lebih bermakna
Untuk kita tingkatkan usaha
Mencapai segala apa yang di cita

Owned and written by : Sanaa 30/12/10

2 Responses

  1. selamat tahunbaru san~~~~moga apa yg diimpikan menjadi kenyataan……kalau betul jari sudah tersarung cincin pemberian uda …melompat tinggi kita.insyaallah.

  2. Selamat tahun baru jugak buat TEMAN n semua yg masih disini

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: