• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • January 2011
    M T W T F S S
    « Dec   Feb »
     12
    3456789
    10111213141516
    17181920212223
    24252627282930
    31  
  • Archives

Cerita Gambar

Duduk-duduk tak buat apa
Hamba membelek gambar baru dan lama
Gambar siapa? Tentulah gambar Uda dan Dara
Photo shoot yang baru amat menggoda

Terbanglah kabar pada hamba
Uda merajuk katanya
Melihat Dara di samping jejaka
Tampan segak lagi bergaya

Hahaha hamba ketawa tanda suka
Bila mendengar rajuk dan cemburu Uda
Entah-entah tidur malam tidak lena
Hanya terbayang intimnya Dara dengan jejaka

Mari kita skodeng telatah mereka
Pujuk memujuk merayu manja
Selalunya Uda yang memujuk Dara
Apakah kini Dara pula yang terpaksa?

Senyum manja Dara beri
Melihat Uda yang masam muka kini
Di jeling Dara yang hampir di sisi
Nah…makan limau ni, pasti kanda senyum nanti

Tangan Dara di tolak ke tepi
Hmm tak nak sudah…dinda makan sendiri
Selagi kanda tidak berbunyi
Dinda juga duduk diam-diam di sini

Lagi tajam jelingan di beri
Geram dan marah sudah sebati
Kekasih hati pula buat tidak peduli
Rajuk dan cemburu datang bertubi-tubi

Dara duduk bergoyang kaki
Bernyanyi kecil tanda gembira di hati
Kekasih hati cemburu sudah di ketahui
Biarlah sejuk juga nanti…bisik Dara sendiri

Uda melanggar lembut bahu si Dara
Dara menoleh Uda memberi senyum manja
Senyuman di balas cubitan di beri juga
Aduhh apalah salah kanda wahai adinda?

Tak salah cuma geram kerana mengada-ngada
Hanya padamu tempat kanda bermanja
Itulah menyesal juga rasanya dinda
Memberi muka pada kanda sejak mula

Ohhh…menyesal rupanya sekarang ini?
Kenapa tidak di bilang sejak dulu lagi
Aaaa…dulu ingat sebab kasih di hati
Habis sekarang dah timbul benci?

Hmmm mungkin…senyuman nakal mengiringi
Eee eee Uda geram tidak terperi
Cekiklah…kalau kanda berani
Dara mencabar dengan ganas sekali

Amboii…garangnya kekasihku ini
Mestilah…dinda saja yang kanda marahi
Mana ada? Uda mempertahankan diri
Dinda yang menyepi sejak tadi

Mengakulah saja wahai kanda
Gambar terbaru menyakitkan mata
Hmm hanya dinda yang perasan tak semena-mena
Kanda takpun berkata apa

Betul ni? Dara masih lagi menduga
Sungguh…sumpah kata Uda beria-ia
Amat susah Dara nak percaya
Kerana dirinya kenal benar dengan Uda

Elahh…kanda cakap tak nak percaya
Dinda tu…suka-suka buat cerita
Iyalah…Dara mengaku dalam ketawa
Uda memandang dengan penuh cinta

Siapa yang tidak tahu cemburunya Uda
Telah terbukti sekian lama
Itulah kisah yang kedengaran dek hamba
Dara di ikat hingga tak boleh temui sesiapa

Opps…speku speku jangan tak speku
Namun memang sah Uda ni cemburu
Ingat tak Datuk Hamzah setahun lalu
Punyalah marah simpan terbuku

Itulah kabaran tentang Uda dan Dara
Ramai yang berkata Dara memang menggoda
Hai…luluh hati kalau tak kena gaya
Sabar sabar…gambar hanya perhiasan sahaja

Dah hampir malam rupanya
Baru siap pantun merapu hamba
Tadi nak tulis teguhnya cinta
Lihat gambar lain pula jadinya

Oklah wahai teman-teman
Berhenti di sini bersambung kemudian
Rehatlah minda dan juga badan
Semoga nanti lena di peraduan

Owned and written by : Sanaa 05/01/11

2 Responses

  1. san ! cemburu tandanya sayang kan ?
    uda cemburu dara pon cemburu jugak !
    gambar2 uda pegang sana pegang sini dengan orang laen
    kita pon xsuker tgk !

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: